Followers

Thursday, June 22, 2017

Iftar with Kesayangan



Entry dimulakan dengan sedulang muka selfie penuh satu muka surat.Ampunkan hakak yang hobi suka selfie ni.hahahaha..Asal masuk kereta je, start selfie, kecuali kalau drive sendiri.Sebab lighting dalam kereta sangatlah membantu untuk tampil selfie dengan lebih plohlesss gitu..Haahahahahha pecah lobang!!!


Nak cover line, ajaklah anak ngan laki join sekaki.Dak Iqy kat belakang bosan dah layan mak dia ni.Nasib baik dapat mak persis Kak Lopa kan...hahahaha ...Pitammm lah nakkk..hahahahah




Eh buat-buat betulkan tudung plak.Okeyyy lah nak share cerita ni sebelum raya katanya, takut lepas raya kang basi plak kalau apdet kan..Ko ingat ni rendang ke hape?hahahah..Takmo lah campur citer raya dengan citer Ramadhan..Citer Raya kang dah tentu penuh dengan gambar selfie lagiiii..Berbuluuuu lah mata kome baca blog hakak musim Raya nanti..hahahahah..

Minggu lepas sempena minggu terakhir Ramadhan, kitorang dah plan nak berbuka puasa bersama.Tapi macam biasa lah memang susah nak cukup korum, 2 orang lagi tak dapat join.Milo jauh di Batu Pahat sana, Ieza plak ikut event suami.Maka yang ada aku,ida & yaya jelaaa..Maka terciptalah hashtag #gengkeretaputihtakcukupkorum..huhuhuuuu..InsyaAllah raya nanti kite jumpa yer korang semua.

Mulanya plan nak berbuka puasa kat luar, tapi memandangkan memasing dengan anak2 kecik, tukar plan buka puasa kat rumah Yaya je.Kalau dah kat umah Yaya, memang akan melekat lama lah sampai pukul 2 pg tau tak,macam tak kerja je esok tu kan.Mengensot aku bangun pagi gi kerja tau, ngantokkk wey.Tapi takpe lahhh demi kesayangan kan, walaupun hakak ratu MC, tapi gigih jugaklah hakak bangun pergi kerja jugak esok tu.Baik kannn hakakkkk lopa..hahahaha..Semoga boss sayang hakak banyak2

Yaya cakap nak masak tomyam dan macam2 menu lagi lah, aku tak tau nak bawak apa, kebetulan ada kepala ikan, bawak kepala ikan masak kat umah Yaya, rajin plak aku memasak kalau kat rumah orang, kat umah sendiri hurmmmm faham2 sudahlah ..huhuhuuu..Itupon siap2 salin resipi mintak kat Abi.Konpiden je nak masak kari kepala ikan.Tapi sebelum ni pernah je masak kari kepala ni, jadikkkk je sedappp je..Entah kenapa masa kat umah Yaya tu aku masak macam tak kena je.Maybe sebab Abi pon menyelit sekali kat dapur kot, sampai aku ngan Yaya nervous nak masak.hahahahahah..Hurmmm mesti tak sedap kari aku haritu..Next time aku kasik improve lagi lahhh..heeee..


Tengah ralit memasak kat dapur, aku masak kari , Yaya masak tomyam, sekali gas habis...Choiiii..Dahlah gas sampai time berbuka.Nasib Yaya ada mini dapur gas.Sambung lah masak atas dapur kecik tu.Kalau tak , makan nasi tanpa lauk lah weolls haritu..hahahaha..Sebelum waktu berbuka, sempat lagi Ida buat live kat FB.Tau2 je dah azan, kelam kabut duduk kat makanan.Nasib baik suami2 weols ni jenis suka bantu bini, sorang tolong senduk nasi, sorang susun lauk..Sweettt angat kan..hahahahha..Bini2 dah masak, tau nak makan je..kihkihkihkihhh...



tunggu dorang ni tacappp sebelum selfie..kemain celet lipsetikk merah kauuu..




bila lah peha tu nak mengecut...tak paham aku...?

Selfie welfie dulu sebelum berbuka, aku tak puasa aritu, cutiii...Tapi Dak Ida yang bertuahhhh sangat tu tak bagi aku teguk air..Kejammm kann..Sabooo jela aku..Aku dahlah hausss nii...grrrrr...•~~~~~Aku tengok dia pon dah macam milo ais..hahahahhaha..



Menuuu kitorang pada hari itu..Kari Kepala Ikan Nalarekekkkk , Tomyam Perghhh Malatop, Sambal Udang Bazar Ida, Sayur masak lemak  dan kuih muih . Aku spesis yang tak reti makan nasi dengan lauk banyak, aku biasanya makan nasi dengan satu lauk je..Dah dorang sedih tengok aku makan sikit, aku memang jarang makan nasi time berbuka weyy..Tu kira banyak jugak lah aku makan tu..heheehhehhe...


Lepas berbuka, kemas2 semua dok melepak sembang gosip segala, dah berbuka baru boleh gosip..hahahha..Sambil layan anak2 main, besar dah Bunga & Dak Iqy.Dah pandai main kejar2 dah, anak aku pon amboiii kemain dengan pempuan lembut gigi dari lidah, buat lawak apa ntah, mengekek2 dak Bunga gelak.Dah main kejar2, main kaler2 plak, main pasir lah, tapi tang main pasir mama Ida yang lelebih..hahahahha..Aku peratiii je..🙄

Yaya plak selagi weoll tak balik, selagi tu lah dia keluarkan segala makanan yang ada, baru buka mulut cakap nak balik, dia bawak keluar pizza, tak jadi nak balik...pastu sambung sembang2 lagi, sebut lagi kata nak balik, dia goreng keropok lekor dengan air kopi plak, Dah tu bila aku boleh balik ni weyyy?..Sajeee je dia ni.Mentang2 dia tak kije esok tu kannn..Eyyyy nasib baik sayang kan..hahaha..



Sebelum balik, macam biasa lahhh, mari bergambar ye anak2.Walau tak cukup korum, yang takde tetap dihati selalu.Miss you Ieza n Milo..Nanti Raya kite gathering lagi ok..Nak jumpa semua...Ghinduuuu~~~~~






Ni laaa disebalik gambar yang nampak ayu gojes gonjeng mak2 orang ni...Bila bergambar dengan anak2 bukan satu perkara yang mudah yer.Sorang tak pandang kamera, sorang nak sambung main, sorang lagi time nak snap gambar lah nak menangis, lagi2 anak aku yang sorang tu tapiii macam 10 orang kekdahnya...Mak tengok ko kecik besar je nakkk..Kalau kat umah ni, dah lama aku kunyah2 budak bertuah ni..huhuhuhuhuhuhu...

Entry last before Raya...So nak wish awal2 lahh, buat semua readers blog kesayangan (yang nyata dan juga tersembunyi) hakak Lopa, ...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI.

Tahun ni #teamrayapuchong #teamdarkpurple  yeayyyyyy!!!!!


HOYEAHHHHH!!!

HOYEAHHH!!!!

Amboii suka nampak!!!kihkihkihkihkihkkih..






Monday, June 19, 2017

Percubaan pertama, jadik ke idok?

Jumaat aritu, balik kerja singgah umah mak, mak ajak berbuka sekali, Abi plak balik kerja awal haritu, dia nak masak kari kepala ikan dan bawak rumah mak sekali, perghhh banyak plak lauk berbuka aritu.Alhamdulillah.Lepas berbuka, ingat nak balik rumah dulu, nak mandi   dulu baru datang balik rumah along aku.Sebab malam tu nak start buat kuih raya ngan Kokti (kak ipar).Sekali Dak Iqy tertidur plak kat rumah mak, abi lepas berbuka terus pergi rumah along teman merokok dia.hahahah..Alaaa rumah along depan je rumah mak.Tu yang main pergi balik je tu.

Dalam kul 8 lebih, Dak Iqy tak bangun2 lagi, mula tu ingat nak suruh Abi jaga Dak Iqy kat rumah, sebab kalau dia ikut aku sekali gi rumah  along, mau tak tenteram aku nak buat kuih, asyik nak bergaduh je dengan Dak Dicha.Pastu kalau gaduh diam2 takpe, ko tau jela anak aku kan, sangat sinonim dengan jeritan yang kuat terpekik terlolong.Ya Allah pening kepala.Sementara dia tido tu, aku lari jap pegi rumah along aku, saje melawat kawasan, dah sampai tengok Kokti dah ready bahan2 atas meja.Terus aku suruh buka oven dia yang tak pernah guna tu..Bila dah buka, terus rasa tak sabar nak mula, so kitorang start je buat kuih Abi pon taknak balik sebab nak sembang dengan along sambil tengok2 kan Dak Iqy.



Kitorang buat semperit dahlia untuk kali pertama nya..Semperit susu rangup diluar cair dimulut gituuu..Wahhhh tak semudah yang disangka buat semperit ni, nak sediakan bahan2 tu senang, dah siap adun pon senang.Yang mencabar nya masa proses picit acuan tu, umang aiiii..Round pertama, sampai lebam2 jari aku, sampai pegang apa pon tak rasa, round 2 dah jumpa rentak, barulah laju sikit kitorang buat..Ya Allah ..sakitnya tangan.Ni baru buat semperit..hahahahah..


Disebabkan pestaim buat , masa pertama kali masuk oven tu, agak hangus jugak lah..sebab tak  kenal lagi oven tu kan, kali kedua bakar dan seterusnya baru lah ok..Tapi yang hangus tu pon sedap jugak..hahahahhaha...Kul 11 mlm camtu, Abi balik bawak Dak Iqy sebab dia dah mengamuk2, gaduh dengan aku.Aku memang tak boleh buat kerja kalau bising2 ni, anak aku tu setiap saat terjerit..Tak paham aku...Aku suruh diam, dia lagi jerit.Kenapalah ko pilih menjerit sebagai hobi..adehhhh..Dia dah balik, barulahhh tenang sikit aku buat kerja.Kul 2 pg baru aku gerak balik rumah, nasib baik dekat je, tu pon takut jugak nak drive sengsorang, jalan nak keluar dari taman rumah mak aku ni gelap.Bulan pose pon kau ingat "dia" takde..Ade jeeeee sebenarnya..urghhh seram..Alhamdulillah selamat sampai rumah.

Dah lah sebelum nak masuk area rumah aku tu, kubur..hahahahah...Punyalah laju drive, habis lobang semua aku langgar janji cepat sampai rumah.Dah sampai rumah, parking full weyyy..Tak pernah2 parking full camni..Ke sebab aku pestaim balik lewat waktu camni, tu yang parking full.4 kali aku pusing blok aku tu.Takde satu pon..Last2 aku park kat tempat tong sampah, aku main selit je..Lantakkk ahh..Esok pepagi, Abi pergi alih parking kat tempat lain.huhuhuhuu...

Friday, June 16, 2017

Buat kuih raya katanya


Tahun ni semangat giler nak sambut raya, tak pernah dalam sejarah hidup aku buat kuih raya.Taktau lah jadi kuih ke jadi apa nanti..hahahahah..Plan dengan Kokti (kakak ipar) dari sebelum puasa haritu lagi, sebab kebetulan masa tu dia menang lucky draw OVEN.Tu yang tercetusnya idea nak buat kuih raya secara berjemaah tu.Itu pon masa tu lebih kepada cakap2 kosong je, tak kompom pun lagi, tiba minggu haritu Kokti tanya, jadi ke projek kuih raya kite tu.Haaaa terus bersemangat balik, dan terus kompom nak buat, mak pon dah tempah slot dia awal2, dia pon taknak beli kuih raya tahun ni.hahahahha..

Bincang punya bincang, minggu terakhir puasa ni nak pulun buat kuih raya.Memang dah plan nak buat kuih raya yang simple2 je, dan under bajet..hahaha..Mak aku suruh buat 4 jenis..Aku pon dok gugel lah, dapatlah 4 jenis kuih yang termasuk dalam senarai.Antaranya ialah Semperit, Biskut Nestum, Kuih Suji/arab, dan Cornflake Madu.Semalam aku dan Kokti dah start shopping barang2 serta bahan2 membuat kuih.Gigih aku buat list barang okey..hahahha..Mulanya plan nak pergi berdua je dengan Kokti dalam keadaan tenang, anak2 tinggal kejap kat suami masing2, last2 along cakap nak join jugak sebab bosan dok umah, suruh ajak Abi sekali, jadiknya berjemaah lah kitorang ke Tesco shopping barang nak buat kuih.huhuhuuuuuu

Erghhhh, dah kalau Dak Iqy ada, bergabung plak dengan sepupu dia Dak Dicha, hurmmm malatopp sangat lah kan.Paling WIN siapa lagi, anak aku lah yang paaaaling champion bab jerit satu bangunan, lari sana sini, cari gaduh , paaaling tak tahan suka sangat gaduh mulut dua ketul budak ni, sama naik je dedua.Sabooo jela aku.Ada aku telan jugak budak 2 ketul ni kang.hahahaha

Nasib baik list barang yang nak beli ada stock..Lagipon beli kat Tesco yang kite dah biasa pergi ni senang sikit sebab dah tau nak tuju kat mana,tepung area sana, gula area sini.So tak amik masa lama pon kat situ.Amik2 barang, terus bayar.Kongsi bayar dengan Kokti, tu pon Kokti bayar lebih..Macehhhh Kokti, ailebiuu..hehehehhhhh




Dah sampai kaunter baru teringat nak amik gambar, ni lah sebahagian barang yang dibeli.Harap cukuplah cover untuk 3 rumah punya stock kuih raya..Dah kalau bawak budak 2 ketul tu, mesti ada terselit barang dorang sekali kan..Tau2 je ada masa nak bayar.Tu kalau layankan Dak Iqy tu, mau dia ngepauu mainan.Malas nak layan, nak mainan jom kedai  RM2..hahahahah..

Harini ( jumaat) bermulalah projek kuih raya kitorang buat julung kalinya..Urghhhh nervous plak tetiba.Harap2 menjadik..Tahun depan boleh buat lagi, bawak balik bagi mertua rasa plak..heheheheh..

Thursday, June 15, 2017

Iftar ala2 piknik kat padang Putrajaya (Precint 3)


Dari awal puasa haritu mak aku ajak berbuka ala2 piknik kat putrajaya  ni, cuma memasing takde masa free.Lagipon kalau planning ni jarang menjadik, biasanya yang last minit planning, tetiba ajak jommm kita, haa tu baru menjadik.Contoh macam kitorang ni lah, aku dah tengok schedule, minggu terakhir puasa nanti dah ada program iftar dengan geng kesayangan.So fikir punya fikir camne nak curi masa sesuai nak penuhi permintaan mak kesayangan aku ni, sekali ‘plinggg", haaa idea sudah mariii..Hari Nuzul Quran haritu, kan semua orang cuti, tapi aku kerja, Abi pon kerja, kakak ipar pon kerja, papa dengan along je yang cuti, Tasha pon takde kelas haritu, so aku planning lepas balik kerja nak terus shoot ke Putrajaya , berbuka kat sana.Mak aku kata okey, bagitau dengan along dan kak ipar aku pon dorang setuju.Mujur tempat kerja aku dengan kak ipar dekat dengan rumah, balik kerja 5.15 terus amik Kak Ipar kat opis sebab kereta dia rosak, pastu amik Dak Iqy kat rumah babysitter, terus gerak sekali dengan mak dan along.Abi balik dari kerja terus shoot kesana, sebab takut tak sempat plak nak tunggu gerak sekali, sebab nak singgah bazaar lagi beli makanan.huhuhu..


Sampai sana, ramai jugak orang, maklumlah cuti umum kan, meriah rasa.Tapi kan sebab jarang pergi bazaar, dah sampai bazaar jadi blur taktau nak beli apa.Hahahaha..Aku boleh beli bihun je dengan air katira, tak mencabar langsung menu aku kan.Abi beli nasi lauk ikan keli.Yang Dak Iqy plak boleh buat onar masa kat sana, dia nak air laici, taknak air lain, air bermacam2 kaler menarik yang ada kat sana langsung tak menarik minat dia, dia tetap nak air laici, aku cakap lah takde orang jual lah kat sini, laju je dia jawab, "mama beli lah kat seven-E (7E),Iqy taknak air lain".. bertuah punya budak..Tiap kali berhenti kat orang jual air, aku cakap kat dia, "haaaa tengok mana ada air laici"..Kat situ jugak dia menjerittttt macam kena histeria...Ya Allah malunyaaa aku, semua orang pandang..Pujuk pon tak jalan weyy, last2 atok bawak dia round lagi sekali bazar semata2 cari air laici Dak Iqy, kitorang sampai berpecah tau semata2 nak cari air laici dia...Urghhhhhh mencabar sungguh layan kerenah Dak Iqy yang bertuahhh sangat budaknya ni tau..Aku tengok dia kecik besar kecik besar je tau, mujur bulan pose tau, malas nak marah2 kang kurang pahala aku, penat je aku puasa dari pagi ..hahahahahah

Kak ipar beli air kelapa denga harapan Dak Iqy boleh accept sebab kaler macam air laici kan..Tapiiii ko tau jela Dak Iqy, dia rasa je terus dia menjerit lagi "Ni bukan air laici, air ni tak sedap, welkkk welkk, mama beli lah kat seben-E (7E) mama" Adehhhh...Ya Allah, tak tau lah nak gelak ke telan budak ni..hahahahahahaha...Last2 atok jumpa jugak orang jual air kelapa laici, dah bercampur lah plak, atok Iqy paksa penjual tu korek cari isi laici je, sampai merayu2 atok kat penjual tu, tolonglah dik korek buah laici yang ada, cucu pakcik dah mengamuk2 cari air laici satu bazaar tak jumpa..hahahahahahha..


Tengah serabut cari air laici Dak Iqy, terjumpa plak orang jual roti superhero ni, Dak Iqy terujalah tetiba terjumpa "kaum kerabat" dia kat bazar tu kan..Lupa sekejap air laici dia, tapi kejap jelaa, pastu dia tuntut balik, dok berzikir je "nak air laici, nak air laici"...Gerammmmmnya akuuu...grrrrrr

Ngam2 masa kat bazaar, Abi pon sampai, cerita pasai Dak Iqy cari air laici, terus dia nak pergi beli kat kedai time tu jugak, aku cakap tak payah, atok dah setelkan..hahahahah..Sambung beli kuih-muih sikit, pastu terus bergerak ke padang depan Perbadanan Putrajaya tu, dah ramai orang kat padang tu, seronok plak makan ramai2 kat atas padang rumput camtu.Kat area situ pon ada food truck, aku sempat ajak Tasha pergi beli ayam Korea Pedas tu, Rm5 sebekas, sedapppp...Rugi tak beli 2 bekas..Makan rebut2 weolls..hahahahah..


Ada pentas kat situ, sementara tunggu azan maghrib dan waktu berbuka, dorang alunkan zikir dan selawat ke atas Nabi.Sayup2 je kedengaran..Time berbuka, ramai2 tadah tangan baca doa berbuka puasa dan doa makan, seronokkknya rasa.Rasa nak repeat lagi akhir2 puasa nanti.Tapi takut dah tak ramai orang plak..huhuhuhu..Lepas berbuka, kemas-kemas buang segala sampah, terus balik, waktu maghrib pendek je, kalau tak sempat solat kat rumah boleh sembahyang kat situ ada disediakan tempat solat sekali.Kitorang rumah dekat, balik solat kat rumah je, papa nak gi terawih plak lepas tu.






Wednesday, June 14, 2017

Update 19 Ramadhan

Alhamdulillah tinggal beberapa hari je lagi kite nak sambut raya kan,cepat betul rasanya masa ni berjalan, rasa macam baru je start puasa, tau2 je dah nak raya bila pergi mana2 mall,semua dah start pasang lagu raya., time drive nak pergi kerja pon dengar lagu raya dalam kereta.hahahaha...Nasib baik iman aku kuat, kalau tak ..mau aku melencong tak pergi kerja sebab fikir nak raya je..muahahahahaha...

Persiapan raya aku alhamdulillah, cehh mentang2 baju raya sendiri dah siap beli, terus rasa bersyukur alhamdulillah, cuba kalau belum beli, mau melopong nauzubillah aku dibuatnya kan.Tinggal baju melayu abi dengan Dak Iqy je tak beli lagi, Dak Iqy punya baju jalan2 dah siap beli awal2 dah.Mujur aku tergerak hati nak prepare awal2.


Haritu masa gi amik stock mekap yang customer order, sempat jugaklah aku tambah koleksi mekap aku lagi, untuk persiapan raya katekooo..Macam dah lama tak beli eyeshadow, eyeliner liquid pon dah habis, so alang2 beli sekali lah.Ingat nak beli foundation, tapi code yang aku nak dah habis plak masa tu, so takde lah beli.

Pastu mulalah gatal tangan nak main mekap2 tengah malam buta.Kau dah kenapa???hahahaha..Lama nya tak mekap weyyy...Sejak diawal peknen dulu, pastu gugur, pantang..dan sekarang minat tu datang balik.Haritu pergi mana ntah sesat agaknya..hahahaha..Welcome back bebeh...Gituuuu...So aku pon startlah main mekap2, sampai lah pukul 3pg, ingatkan takmau tidur terus sampai sahur..Tapi mata ngantuk giler time tu..Tidur2 ayam je dengan harapan moga aku tak terlajak bangun sahur nanti.Mujur abi tersedar..Ngeeee...



Hasil mekap tengah malam buta, mekap simple2 je, tangan dah keras weyyy...Lukis kening pon fail...Urghhhh...Dah rupa ulat bulu setepek je kat situ.Lantak situuu..Selfie tetap diteruskan.Harap dapat asah balik skill mekap sebelum raya ni..Harap2 raya skill dah makin mantap..Tak mintak banyak, macam Nory Hasrita pon jadiklah..Hahahahahah..Ko dah kenapa kejap Lopa kejap wany hasrita..??#lempangnakkk? Spesis tak tetap pendirian tau minah ni..hakhakhakhak..


Nampak tak ketirusan muka ku, cewahhh perasann lebih.Apa orang panggil "jawline" ehhh..hahahaha...Yang nampak tulang pipi dan ada shape gitu tu..Haaa aku mulalah nak perasan tu..Baru kurus sikit je kot..Turun 4 kilo je uolls sepanjang bulan pose ni.Takyah nak berangan sangat yer Nory Hasrita oiii..hahahaha





Monday, June 12, 2017

Spinner vs Dak Iqy


Dak Iqy sekarang ni kan, tingkah laku dah macam budak besar2 je lagak dia.Tak kena dengan umur dia.Mulut dia lagi lah 24 jam beroperasi, menjawab je kerja dia, tak cukup dengan tu, soalan pon bertubi2.Kalau dia tanya, selagi ko tak jawab selagi itulah dia desak suruh jawab.Kalau jawapan ko salah, dia perbetulkan dan suruh ko ulang balik.Kau rasa? Kalau bercakap dengan dia aku tak rasa macam sedang bercakap dengan budak berusi a 3 tahun mengkudu  tapi rasa macam dah bercakap dengan budak yang dah bersekolah. (Tak pasal2 buah mengkudu jadi mangsa perumpamaan, klu nak guna jagung untuk umur setahun je kan, hahahahaaa).

Contoh kalau kita larang dia " iqy jangan usik benda tu nanti jatuh"..spontan je dia jawab " tak laah, Iqy tengok je,mana ade jatuh, tengok ni, haaa..tak jatuh pon" dia punya jawapan meleret2 dah macam karangan SPM.Mak aku pon cakap, Dak Iqy kalau bercakap macam baca skrip, ayat  dia penuh dan detail..hahahahaaa..contoh kalau dia lapar, dia tak cakap "iqy lapar",tapi dia bagi sepotong ayat yang panjang "mama, Iqy lapar lah, Iqy nak makan nasi kari, tapi taknak sayur, sepatu (pastu) nak air sejuk.Nak kecikk (sikit) je, letak pinggan tanak mangkuk"..haaa nampak takk..Jenuh nak tunggu dia nak habiskan ayat, nak makan je kot..ko cakap mama,iqy nak makan pon mama dah faham dah Iqy oii...huhuhuhuuu..

Bab pergaulan plak, Dak Iqy ni memang kawan2 dia lagi tua dari dia, kawan dengan budak2 sekolah, tu yg mulut dia pon macam org besar, kemain sangat..Ada masa pelat jugak, tapi kalau dia membebel hilang terus pelat dia, aku gaduh mulut dengan dia pon kalah,rasa nak nangis gaduh mulut dengan dia tau..Kuat menjawab budak tu..hahahaaa..

Bila dah kawan dengan budak2 besar,hobi dan kecenderungan dia pon terikut2 cara budak besar.Terbaru ni dia suruh aku belikan dia "spinder" (spinner), haah benda yg tengah hot tu,dia sebut spinder aku ingat spender..hahahahaa..apa daa sebut pon silap.Aku macam tak boleh nak hadam budak seusia 3 tahun 2 bulan ni dah kenal spinner ni.Aku pon tak habis kaji lagi pasal spinner, yang Dak Iqy siap dah tau jenis2 apa yang power,3 bilah lah 10 bilah lah,ada lampu lah takde lampu lah..Bawak gi kedai, aku beli jelaaa yg paling murah, ada 5 bilah, sekali dia pilih sendiri beb, dia nak yang mahal tu, ada 3 bilah, dia kata laju..hoiii bilalah ko kaji pasal spinner ni nak oii..last2 mama malu sendiri anak lagi tahu dari mama..hahahah..aku belikan je yg murah tu dulu.Pastu janji next time beli yang laju tu plak.Esok tu datang opis terus gugel pasal spinner..Nampak sangat tak amik port langsung pasal spinner ni sebelun ni, bila Dak Iqy dah suka, aku terpaksa jugaklah tau pasal spinner ni jgak, kang dia tanya aku, tak dapat jawab kang, aku yang malu sendiri..hahahahaaa...malu lahh dengan budak 3 tahun mengkudu je kot, aku ni dah 30 tahun durian dah..hahahahaaaa..

Friday, June 9, 2017

Syiokknya Ramadhan


Ni cerita basi, masa awal2 puasa aritu.Balik je dari kerja, baru je masuk rumah, Abi dah siap dah terus ajak berbuka kat luar.Laki aku ni memang spesis tak suka planning, tau2 dia ajak je, pastu kalau ajak janganlah kau menolak, sebab bukan senang nak tunggu dia ajak keluar..hahahahahaha...Dia memang sejenis yang suka dok rumah je.Kebelakangan ni je baru nak berjinak2 ajak bini gi jalan2, selalu bini je yang plan dan ajak dia, dia menurut aje..So aku yang baru balik kerja ni, takdan lah nak bersiap2 bagai, sebab takut jammed plak kang.Terus pergi je nasib baik wangi lagi..hahhahaha..Cuma selebet jelaa, aku pergi kerja idoklah nak melawa, lepas solat asar kat opis selalunya aku malas nak mekap dah berbedak bagai, sebab fikir dah nak balik dah kan, rugi bedak hakak nanti..hahahaha..Tu yang muka macam tak siap je pergi dating..Nasib baik asben tetap cakap bini macam Lopa, kalau tak sentap 44 hari..kahkahkahkahhh..

Sampai je kat IOI Mall, sempatlah cuci mata dulu, tak beli apa pon, beli hok pakai dalam2 je, laki belanja kannn..Mintak yg hok dalam2 je, baik kan bini dia..hahahaha..Sempatlah bawak Dak Iqy main2 jap, mulanya nak bawak dia masuk Reka Zone tu, indoor playground tu, tapi pikir dah nak dekat berbuka, malas plak, yang Dak Iqy dah mengamuk2 nak masuk main kat dalam tu, adehhh sabooo jela aku..Pujuk2 bawak pergi jalan tempat lain dulu sementara tunggu waktu berbuka, dia nak naik kuda pusing plak, tapi pukul 8 baru start.Ermmm jenuhlah nak pujuk dia ,  merajuk hentak2 kaki dah tu.Tapi nasib baik mood dia okey sikit lah dari sebelum2 ni.


Sementara ada masa lagi, sempatlah Abi bayar zakat sesiap, kebetulan ada kaunter zakat kat situ, terus bayar, bayar awal2 senang kang lewat2 terlupa plak , terkocoh2 pon satu hal.

Dah nak dekat waktu berbuka, terus cop tempat duduk kat MCD, sebab Dak Iqy dah berzikir nak makan McD, nak makan MCD,kecoh sangat tau mamat tu, dia nak happy meal tu je sebab ada mainan, pastu nugget..hurmm senyap lah dia..Tupon nugget dia tibai habis 4 ketul, mintak burger abah dia plak..hohohohooo..


Ramai plak orang berbuka kat MCD ni, ingatkan hari bekerja tak ramai macam biasa, rupanya ramai yang balik kerja singgah berbuka kat sini.huhuhuu..Mujur dapat tempat, tu pon meja kecik je, nasib baik muat letak makanan kitorang bertiga.

Lepas berbuka, tunaikan permintaan Dak Iqy yang nak naik kuda pusing tu.Aku pon naik sekali, kuda pusing ni memang lagend tau, dulu masa darjah 3 selalu datang sini semata2 nak naik kuda pusing ni, sekarang bawak anak plak naik.How times fly..Esok lusa datang bawak cucu plak kot..hahahahah..Dulu sekali naik RM1.50 je, sekarang RM5 okey..Bertabahhhlah nak..huhuuu..

Lepas tu sambung hiburkan hati Dak Iqy lagi, bawak dia main segala mak nenek game kat dalam Aeon plak, kasik cannn.Bukan selalu dapat jalan2 dengan abah ni, selalu dengan mama je time abah kerja..hehehhehe..Dah puas main segala sampai IOI nak tutup dah, barulah gerak balik.Bawak Dak Iqy gi toilet dulu, nak terkencing plak dia.Nasib baik dia boleh tahan sampai kat toilet..Gud boyyy..Dah kencing, mintak aiskrim plak.Bertuah punya anak..Kemain lagi kau mengepauu kan..Mama geram je tgk aiskrim ko, tak dapat nak kongsi, selalu kongsi ngan mama je, haritu kongsi dengan abah jelaa, mama takleh makan lagi.Kuat iman mama kan..huhuhuu..


Dalam perjalanan nak balik, Abi tanya nak singgah mana2 tak? Urmmmm dia tanya tu, rugi kalau cakap nak balik, hahahahaha..Terus ajak singgah uptown puchong .hehehehehe...Aku bukan nak shopping pon, nak jalan2 je amik angin.Gituuuu...Dak Iqy je beli mainan masak2, apedaaa masak2..Menurun abah sangat ni, suka masak.Nape mama tak suka masak ek..hahhahaah..Dalam taknak shopping, sempat jugak beli 2 helai tudung baru..Ehhhh sangat kan..Alaa tudung murah je buat pakai gi kerja..hahahah..

Okey dah penat, esok nak bangun sahur pastu nak gi kerja, dahlah tak mandi2 lagi ni..Rimas dah rasa badan, sampai je rumah terus mandi..Nikmatnya lahaiii..segar rasa badan..Tenkiuuuu abi bawak jalan2, esok ajak lah lagi..Ehhhh..hahahaha

Thursday, June 8, 2017

Iftar rumah mertua


Minggu lepas kitorang balik rumah mertua untuk sambut puasa dan berbuka bersama.Lama tak balik kampong.Dak Iqy dah rindu kat opah n tokwan dia.Hari2 bising ajak balik rumah opah.Kalau dia sendiri request ajak balik kampong tu maknanya memang dia rindu sangat lah tu.hehehehe..Sekarang ni pon dia dah besar sikit, dah tak macam dulu, sampai je kampong , ajak balik, meraung2 nak masuk rumah opah.Ntah kenapa ntah..Tapi sekarang, nak ajak balik plak meraung2 taknak..Sabooo jela aku.

Kitorang gerak jumaat lepas, kebetulan aku cuti haritu.Abi plak kerja tapi shift pagi balik tengahari.Dia tahu aku tak kerja, dia mintak balik awal, konon nak gerak awal lah, sempat berbuka kat kampong nanti, sempat singgah bazaar sekali.hehehehe..Sebelum gerak tu singgah rumah mak aku kejap, mak nak jumpa Dak Iqy dan nak ambik ikan mentah bawak balik kampong sekali.

Kejap je singgah umah mak sebab nak kena gi bank jap ada urusan sikit.Nasib kejap je kat bank, and then terus gerak balik kampong dalam kul 4 petang camtu.


Sementara dalam perjalanan nak sampai kampong tu, belanja lah sekeping dua selfie..muahahahahah...Lighting semula jadi bila selfie dalam kereta ni.Tapi terang sangat sampai takleh nak cover parut jerawat tu..Adehhhh camne nak raya dengan muka berparut ni.Terus rasa tak konpiden nak raya..hahahaha ko dah kenapa?


Dak Iqy kat belakang acah2 candid, asyik sebut susahnya nak sampai umah opah..sepatutnya lambatnya nak sampai..dia gantikan ayat lambatnga dengan susahnya..hahaha lantak ko lah nak oiii...Last2 tertido sendiri..Elok nak exit simpang kampung, dia pon bangun.Macam tau2 je dah sampai..Abi cakap dia dah terbau bau kampung lah tu..heheheh..


Mak sambung selfie lagi..anak kat belakang dah meluat dah tengok mak nya asyik selfieee je..Pandang pon takmau dah...hkhukhuk..sampai hati tau..


Alhamdulillah selamat sampai kampong sebelum waktu berbuka, sempat amik adik ipar kat hospital slim river dan singgah bazaar kat pekan Slim lagi.Sedapppnya tengok air macam2 kaler..Mendugaaa sangat uolls..Beli kuih muih sikit , sekali sampai kak ipar pon dah beli kuih banyak giler..Kalau kak ipar ada, memang kenduri besar lah perut memasing  Macam2 menu ada.

Gambar kat kampong banyak kat henpon Abi..tak dapat nak tempek sini..So sekadar boleh cerita je laa..Macam- macam aktiviti masa kat kampong aritu, malam terakhir kitorang kat sana, sempat buatkan stor baru (DIY sendiri) , pasangkan langsir raya untuk mertua siap2, sebab raya nanti anak2 nya semua turn beraya rumah mertua.Termasuklah laki aku...hahahah..Tapi jauh disudut hati ni, sedih jugak.Tengoklah kalau ada kelapangan raya nanti, lari balik kampong kejaplah.InsyaAllah..Aku bukanlah menantu yg terbaik tapi berusaha jadi yg baik..Dapat gembirakan hati mertua kan sama macam gembirakan hati mak sendiri jugak.hukhukhukkk touching plak..Aku sayang mertua aku sama macam aku sayang mak aku sendiri..hurmmmm sape potong bawang siang2 ni.?? Sobbb sobbb sobb


Tuesday, June 6, 2017

Warna tema raya untuk tahun ni


Jeng jeng jenggg....Orang lain dah tetapkan tema warna raya berbulan2 sebelum ni lagi, aku ni dah 11 Ramadhan baru nak fikir kaler tema untuk raya tahun ni.Penting ke???Urmmm entahlah dah macam wajib plak kena fikir warna tema apa tiap kali nak raya kan.Kalau orang lain berbulan2 sebelum puasa dah siap beli kain pasang, bawak pergi tempah.Tapi berbeza dengan aku, aku memang suka prepare last minit ni..kahkahkahkahkahhh..Maklumlah rakyat miskin bandar macam aku ni kena lah prepare ikut bajet yang ada dalam poket.kahkahkahkahkah..Tak mampu lah nak tempah sampai 3,4 ratus untuk tempah sepasang baju raya..Aku bernasib baik dikurniakan badan yang senang nak cari size..Wahhhh tetiba rasa nak puji badan sendiri dah kenapa??hahahahah..

Haritu balik kampung Abi, Abi ajak cari baju raya aku kat pekan Tg Malim..Sebab kena beli baju aku dulu baru boleh beli baju Abi dan baju Dak Iqy, maklumlah perempuan kannnn, tetiba je kang kata nak tukar tema kaler..Tahun ni aku pilih kaler Dark Purple untuk baju raya sedondon anak beranak.Sebab tu kena beli baju aku dulu, baru senang nak matching dengan baju Abi dan Dak Iqy, buatnya tetiba aku beralih arah nak tukar kaler tema lain kang, tak ke naya...hahahaha..Hampir 3,4 kedai baju aku masuk, kedai yang keempat baru jumpa yang berkenan dan sesuai dengan bajet gitu..Murah je baju raya iolls tau, RM90 je sepasang, tak malu pon nak bagitau...Bangga lagi ada, hikikhikhikkk..Dengan harapan pakai baju murah pon tetap nampak mahal dan gojes gonjeng bila hakak Norylopa yang pakai..kahkahkah...#lempangNak? 

Yang bestnya, baju raya tahun ni size S uolls...Sumpah susah nak percaya.Menyesal plak jual preloved baju2 size S aku yang lama2 dulu..Mana lah tau dah muat, tu pon masa beli baju tu aku mintak size M, mati2 ingat tak muat size S..Dahlah tinggal size S je masa tu..Hukhukhukkk..Sebab aku takut kain sekat kat punggung kalau pakai size S ni..Tapi promoter kedai tu beria2 suruh aku try..Aku pon try lah, eh eh muat lah.Elok je takde sangkut2, Pelik betul aku..Dah kurus sangat ke aku ni weyyy...Rasa macam turun sikit je...Tapiiii gumbiranya rasa hati, dah muat size S.Yahooo...Tapi lepas raya badan naik balik, aku jual preloved jela baju raya aku tu..hahaha..Musim raya malas lah nak diet, rugiiii tak dapat makan sedap2,,,hahahaha..Aku dahlah jenis pemalas nak work out..Sekarang ni je rajin entah kenapa..Sementara tengah rajin berdiet dan berwork out ni, izinkan kakak berpoyo sakan buat semnetara ni ekk..Malas nak letak harapan tinggi sangat..Sebab aku jenis yang cepat turun dan cepat jugak naik badan ni..Mak redha nak..


Mempersembahkan baju raya RM90 dengan tema kaler Dark Puprle untuk tahun ni...Sape sama tema dengan aku angkat tangan...?Seppp sikit...Cayaaaaa lah...