Followers

Friday, June 16, 2017

Buat kuih raya katanya


Tahun ni semangat giler nak sambut raya, tak pernah dalam sejarah hidup aku buat kuih raya.Taktau lah jadi kuih ke jadi apa nanti..hahahahah..Plan dengan Kokti (kakak ipar) dari sebelum puasa haritu lagi, sebab kebetulan masa tu dia menang lucky draw OVEN.Tu yang tercetusnya idea nak buat kuih raya secara berjemaah tu.Itu pon masa tu lebih kepada cakap2 kosong je, tak kompom pun lagi, tiba minggu haritu Kokti tanya, jadi ke projek kuih raya kite tu.Haaaa terus bersemangat balik, dan terus kompom nak buat, mak pon dah tempah slot dia awal2, dia pon taknak beli kuih raya tahun ni.hahahahha..

Bincang punya bincang, minggu terakhir puasa ni nak pulun buat kuih raya.Memang dah plan nak buat kuih raya yang simple2 je, dan under bajet..hahaha..Mak aku suruh buat 4 jenis..Aku pon dok gugel lah, dapatlah 4 jenis kuih yang termasuk dalam senarai.Antaranya ialah Semperit, Biskut Nestum, Kuih Suji/arab, dan Cornflake Madu.Semalam aku dan Kokti dah start shopping barang2 serta bahan2 membuat kuih.Gigih aku buat list barang okey..hahahha..Mulanya plan nak pergi berdua je dengan Kokti dalam keadaan tenang, anak2 tinggal kejap kat suami masing2, last2 along cakap nak join jugak sebab bosan dok umah, suruh ajak Abi sekali, jadiknya berjemaah lah kitorang ke Tesco shopping barang nak buat kuih.huhuhuuuuuu

Erghhhh, dah kalau Dak Iqy ada, bergabung plak dengan sepupu dia Dak Dicha, hurmmm malatopp sangat lah kan.Paling WIN siapa lagi, anak aku lah yang paaaaling champion bab jerit satu bangunan, lari sana sini, cari gaduh , paaaling tak tahan suka sangat gaduh mulut dua ketul budak ni, sama naik je dedua.Sabooo jela aku.Ada aku telan jugak budak 2 ketul ni kang.hahahaha

Nasib baik list barang yang nak beli ada stock..Lagipon beli kat Tesco yang kite dah biasa pergi ni senang sikit sebab dah tau nak tuju kat mana,tepung area sana, gula area sini.So tak amik masa lama pon kat situ.Amik2 barang, terus bayar.Kongsi bayar dengan Kokti, tu pon Kokti bayar lebih..Macehhhh Kokti, ailebiuu..hehehehhhhh




Dah sampai kaunter baru teringat nak amik gambar, ni lah sebahagian barang yang dibeli.Harap cukuplah cover untuk 3 rumah punya stock kuih raya..Dah kalau bawak budak 2 ketul tu, mesti ada terselit barang dorang sekali kan..Tau2 je ada masa nak bayar.Tu kalau layankan Dak Iqy tu, mau dia ngepauu mainan.Malas nak layan, nak mainan jom kedai  RM2..hahahahah..

Harini ( jumaat) bermulalah projek kuih raya kitorang buat julung kalinya..Urghhhh nervous plak tetiba.Harap2 menjadik..Tahun depan boleh buat lagi, bawak balik bagi mertua rasa plak..heheheheh..

2 comments:

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)