Iftar ala2 piknik kat padang Putrajaya (Precint 3)
Dari awal puasa haritu mak aku ajak berbuka ala2 piknik kat putrajaya ni, cuma memasing takde masa free.Lagipon kalau planning ni jarang menjadik, biasanya yang last minit planning, tetiba ajak jommm kita, haa tu baru menjadik.Contoh macam kitorang ni lah, aku dah tengok schedule, minggu terakhir puasa nanti dah ada program iftar dengan geng kesayangan.So fikir punya fikir camne nak curi masa sesuai nak penuhi permintaan mak kesayangan aku ni, sekali ‘plinggg", haaa idea sudah mariii..Hari Nuzul Quran haritu, kan semua orang cuti, tapi aku kerja, Abi pon kerja, kakak ipar pon kerja, papa dengan along je yang cuti, Tasha pon takde kelas haritu, so aku planning lepas balik kerja nak terus shoot ke Putrajaya , berbuka kat sana.Mak aku kata okey, bagitau dengan along dan kak ipar aku pon dorang setuju.Mujur tempat kerja aku dengan kak ipar dekat dengan rumah, balik kerja 5.15 terus amik Kak Ipar kat opis sebab kereta dia rosak, pastu amik Dak Iqy kat rumah babysitter, terus gerak sekali dengan mak dan along.Abi balik dari kerja terus shoot kesana, sebab takut tak sempat plak nak tunggu gerak sekali, sebab nak singgah bazaar lagi beli makanan.huhuhu..
Sampai sana, ramai jugak orang, maklumlah cuti umum kan, meriah rasa.Tapi kan sebab jarang pergi bazaar, dah sampai bazaar jadi blur taktau nak beli apa.Hahahaha..Aku boleh beli bihun je dengan air katira, tak mencabar langsung menu aku kan.Abi beli nasi lauk ikan keli.Yang Dak Iqy plak boleh buat onar masa kat sana, dia nak air laici, taknak air lain, air bermacam2 kaler menarik yang ada kat sana langsung tak menarik minat dia, dia tetap nak air laici, aku cakap lah takde orang jual lah kat sini, laju je dia jawab, "mama beli lah kat seven-E (7E),Iqy taknak air lain".. bertuah punya budak..Tiap kali berhenti kat orang jual air, aku cakap kat dia, "haaaa tengok mana ada air laici"..Kat situ jugak dia menjerittttt macam kena histeria...Ya Allah malunyaaa aku, semua orang pandang..Pujuk pon tak jalan weyy, last2 atok bawak dia round lagi sekali bazar semata2 cari air laici Dak Iqy, kitorang sampai berpecah tau semata2 nak cari air laici dia...Urghhhhhh mencabar sungguh layan kerenah Dak Iqy yang bertuahhh sangat budaknya ni tau..Aku tengok dia kecik besar kecik besar je tau, mujur bulan pose tau, malas nak marah2 kang kurang pahala aku, penat je aku puasa dari pagi ..hahahahahah
Kak ipar beli air kelapa denga harapan Dak Iqy boleh accept sebab kaler macam air laici kan..Tapiiii ko tau jela Dak Iqy, dia rasa je terus dia menjerit lagi "Ni bukan air laici, air ni tak sedap, welkkk welkk, mama beli lah kat seben-E (7E) mama" Adehhhh...Ya Allah, tak tau lah nak gelak ke telan budak ni..hahahahahahaha...Last2 atok jumpa jugak orang jual air kelapa laici, dah bercampur lah plak, atok Iqy paksa penjual tu korek cari isi laici je, sampai merayu2 atok kat penjual tu, tolonglah dik korek buah laici yang ada, cucu pakcik dah mengamuk2 cari air laici satu bazaar tak jumpa..hahahahahahha..
Tengah serabut cari air laici Dak Iqy, terjumpa plak orang jual roti superhero ni, Dak Iqy terujalah tetiba terjumpa "kaum kerabat" dia kat bazar tu kan..Lupa sekejap air laici dia, tapi kejap jelaa, pastu dia tuntut balik, dok berzikir je "nak air laici, nak air laici"...Gerammmmmnya akuuu...grrrrrr
Ngam2 masa kat bazaar, Abi pon sampai, cerita pasai Dak Iqy cari air laici, terus dia nak pergi beli kat kedai time tu jugak, aku cakap tak payah, atok dah setelkan..hahahahah..Sambung beli kuih-muih sikit, pastu terus bergerak ke padang depan Perbadanan Putrajaya tu, dah ramai orang kat padang tu, seronok plak makan ramai2 kat atas padang rumput camtu.Kat area situ pon ada food truck, aku sempat ajak Tasha pergi beli ayam Korea Pedas tu, Rm5 sebekas, sedapppp...Rugi tak beli 2 bekas..Makan rebut2 weolls..hahahahah..
Ada pentas kat situ, sementara tunggu azan maghrib dan waktu berbuka, dorang alunkan zikir dan selawat ke atas Nabi.Sayup2 je kedengaran..Time berbuka, ramai2 tadah tangan baca doa berbuka puasa dan doa makan, seronokkknya rasa.Rasa nak repeat lagi akhir2 puasa nanti.Tapi takut dah tak ramai orang plak..huhuhuhu..Lepas berbuka, kemas-kemas buang segala sampah, terus balik, waktu maghrib pendek je, kalau tak sempat solat kat rumah boleh sembahyang kat situ ada disediakan tempat solat sekali.Kitorang rumah dekat, balik solat kat rumah je, papa nak gi terawih plak lepas tu.
0 comments:
Post a Comment
* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)