Followers

Wednesday, October 3, 2018

Lawatan Tadika Seri Kiambang ke Petrosains & Farm In The City


Ni pestaim Dak Iqy pergi jalan2 tanpa mama / abah. Biasa kalau pergi ngan siapa pun, mesti ada salah sorang mama atau abah, takpon mama sorang mesti ada sekali.Kalini pestaim Dak Iqy pergi lawatan bersama kawan2 dan cikgu2 nya..Abah sampai sanggup cuti, semata2 nak hantar Dak Iqy kat sekolah untuk lawatan ni.Sebenarnya abah dia tu berat hati, tapi terpaksa akur jugak..Dak Iqy pon excited kemain, mulanya dia macam blur2 bila aku cakap Iqy nak pergi jalan2 naik bas dengan teacher. Dia tanya mama tak ikut sekali ke? mama tak ikut, teacher dengan kawan2 Iqy ada sekali nanti.Haa pastu dia start excited dah, walaupon dia taktau dia nak pergi mana sebenarnya sampailah hari lawatan.hahahaha..



Lawatan tahunan untuk Tadika Seri Kiambang untuk tahun ni, pihak tadika telah pon memilih 2 lokasi lawatan. Pusat Sains Negara dan Farm In The City. Pagi sabtu tu bangun awal, kejut Dak iqy bersiap, teacher kata suruh berkumpul pukul 8.30pg, pukul 8 pagi teacher dah call tanya akak tak sampai lagi ke?Hahahahah cuak lah member kan..Rupanya teacher dia nak remind je, kot lah ada yang terlajak tidur lagi ke kan..Sampai2 je, memasing dah siap berkumpul beratur depan tadika. Sementara tunggu lagi pelajar yang tak sampai, beratur pakai sanitizer, pakai name tag yang tertulis nama dan sekolah serta guru pengiring.Alhamdulillah, puas hati dengan pihak tadika dan guru2 kat sini, pelajar2 pon memasing dengar kata,  jalan bersama2 dalam kumpulan, so tak ler risau sangat nak lepaskan anak to'ang2 tu pergi berjimba ria.
Tak lama pastu, bas pon datang, memasing teruja, ada yang pestaim naik bas, ada yang dah biasa, Iqy pon second time ni naik bas, tu pon masa pestaim dulu, umur dia setahun lebih camtu, masa tu ikut mama gi event blogger kat Melaka.Dia mentidooo je dalam bas..huhuhu..Kalini dia macam teruja sikit lahh, lagi2 dapat naik dengan kawan2, tapi dalam dok suka2, time nak lambai kat tingkap bas masa bas dah bergerak, muka dia dah berubah, tapi tak nangis, cuma nampak macam sayu je, abah terus takleh tengok dah time tu..Aku rasa kang abah dia ikut sekali naik bas tu kang...hahahaha..
Tak sampai beberapa minit bas bergerak, teacher dah send whatsapp hantar pic dorang2 sume dalam bas, amboiii kemain lagi yer, masa mama abah hantar, elok je duduk dengan Syamel, alih2 dah bertukar duduk dengan Aleesya..Teacher kata, saya terpaksa tukar tempat dia kak, dia susah hati asyik tanya Aleesya mana je? Saya bagi je dia duduk dengan Aleesya, baru dia diam..hahahahah..Teacher pon dah paham perangai dua belangkas tu..Oklahh mak restu, janji sunat dulu...Ehhh, janji habis belajar dulu ok..muahahahaha...

Bila anak pergi lawatan, mama abah pon tak lepaskan peluang berdua-duaan ni, sempat pergi dating wakkk, tengok wayang citer hantu kak limah, hahahahaha...Menyempat.. Tapi bila anak takde ni, selalunya mak2 yang meroyan kan teringat anak, tapi aku dengan laki aku ni, laki aku yang over tangkap leleh, dalam kereta dia dah start dah ayat sedih dia "sunyinya anak takde, selalu ada je bising2 kat belakang tu" hahahaaha...Abah sangattt kan..Aku pon iyekan jela, bukan lama pun bang, petang kang balik lah "anak bujang to'ang" tu..Mama nampak cool je luaran, tapi dalam hati berdoa tak putus2, mintak Allah jaga kan Iqy sepanjang ketiadaan dan keberadaan kami..Aminnn..Mintak jauh dari segala kecelakaan..








teacher belanja aiskrim....


So ini antara gambar2 yang teacher send. Amboiii seronoknyaaa memasing, Dorang pergi Pusat Sains dulu sebelah pagi ni, petang redup sikit baru gerak ke Farm In The City..Balik je memasing lembik, penat lah tu berjalan seharian..Macam cerita lah dia duk bercerita, tengok ular lah, rusa lah, kambing lah, macam2..Tapi dia tak berani pon pegang ular, dia kata kawan dia je pegang..Cehhhh, takut lah tuuu...huhuhuhu



1 comment:

  1. hahahhaa..kelakarlah mama iqy nh..gelak sorang2 baca..sunat dulu yea..hihi

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)