Followers

Friday, September 27, 2013

Banyak mulut lah ini olang


Gigih aku curik2 tangkap gambar dari cctv opis aku..Situasi dalam gambar ada 2 orang, yang kat bahagian dalam tu lady boss aku, yang kat luar grill tu, kawan lady boss yang banyakkkkk cakappppp...Aku tension giler kalau dia datang, dah lah aku tak taw apa motif dia letak alamat opis aku untuk urusan surat menyurat dia, setiap 2 minggu sekali dia akan datang collect surat2 dia kat opis aku, kalau bernasib baik aku bagi dia masuk jumpa lady boss aku kat atas, tapi kesian aku tengok lady boss aku nak melayan dia, dari riak muka lady boss aku pon aku taw, dia malas nak layan minah tu sebenarnya, tapii terpaksa layankan aje, ntah apa lah yang dia seronok sangat bercerita, dah lah aku tak paham sepatah haram apa dia cakap, lagi lah aku stress, ntah dia ngumpat aku ke kan..hahaha..

Tadi time aku balik dari lunch, nampak lady boss aku tengah dok melayan dia, lady boss aku pon malas nak ajak dia masuk opis kot, bersembang kat luar grill tu je, ingatkan sekejap je..rupanya dekat satu jam ok dia terpacak kat situ, tiap kali datang macam tu..Kesian lady boss aku, dah lah kerja dia tak setel lagi, nak kena layan minah tu plak, minah tu plak macam tak paham bahasa plak, puaslah lady boss aku duk menggeliat2, pusing sana pusing sini, aku perhati je dari cctv..Terkekek2 aku gelak tengok boss aku, yang si minah tu tetap tak berhenti2 bercerita...Haishhhh lecehh betul..Aku tengok yang rimas..Ada satu hari tu, dia datang, aku tipu cakap lady boss aku dah keluarr..Padan muka dia tak dapat nak menyembang lama2 dengan lady boss aku..


8 comments:

  1. kadang meluat tgk org gitu, macam takde keje je,haha

    ReplyDelete
  2. terlebih peramah ler pulok..
    mmg susah nk lari kalu jumpa org cmnie.a
    angguk kapla je lar.

    ReplyDelete
  3. kikikiki... mesyuarat tingkap, kalau berdiri pun 1 jam.. kalau masuk opis dpt duduk mau lbih berjam-jam kan.. kesian lady boss kene dgr

    ReplyDelete
  4. Ada la tu dia tak puas hati..
    Nakkan tmpt meluahkan rasa
    Hehe

    ReplyDelete
  5. Hahaha...byk mulut..kalo akak dh lme cbut..

    ReplyDelete
  6. Hahahaha orang gila mulut gini mmg tak reti baca body language. hahahhaa

    ReplyDelete
  7. lady bos nak jaga hati tu. Mesti lady boss dh bnyk bagi hint yg dia pon bnyk keje kan tapi member dia tak paham2. Susah gak dpt member camnih.

    ReplyDelete
  8. hahaha..cian lady bos sis.susah kekadang nak cakap dgn org yg xfaham bahasa,lagi kita nk melarikan diri,lagi rancak pulak ceritanya...

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)