Entry kalini nak kongsikan pengalaman aku sendiri masa pertama kali buat buku merah/pink kat klinik kesihatan (kerajaan).Ada yang panggil buku merah, ada yang panggil buku pink.Tapi aku panggil buku pink lah sebab logik sikit, kaler buku tu dah sah2 kaler pink kot, ntah celah mana kaler merah nya aku pon tak taw..hahahaha..Sebelum ni aku check up monthly dekat Klinik Sofea je, tapi bila dah masuk 15 minggu pregnant ni, baru timbul kesedaran nak check up kat klinik kesihatan kerajaan.Lagi pon aku tak berapa berkenan dengan buku check up kat klinik sofea yang kaler kuning tu, tak cantikk lah..hahaha..Jadi, aku pon semangat lah nak buat buku pink kat klinik kesihatan jugak semata-mata nak dapatkan buku pink tu..hahahaha...boleh plak camtu kan...Sanggup tunggu lama, and sanggup pekak kan telinga dengar cakap2 orang yang rata-rata cerita pasal pro n contra klinik kerajaan ni.Ai is redhaaa, niat satu je nak dapat buku kaler pink tu and nak yang terbaik untuk baby dalam perut, orang kata ubat-ubat kat klinik kerajaan ni lagi bagus dari ubat kat klinik-klinik swasta lain.Free plak tu..hehe..
Buku check-up kat Klinik Sofea
Buat buku pink ni, bukan boleh main terjah je mana-mana klinik kesihatan yang kita suka, kena buat research jugak, kena banyak tanya orang, mujur aku memang dah lama menetap kat sini, dan aku tahu hala tuju klinik kesihatan yang patut aku terjah.Ikutkan alamat aku, aku kena buat check-up kat Klinik Kesihatan Pulau Meranti,Puchong..Nasib aku baik sebab, kakak ipar aku pon pregnant jugak, beza sebulan je dari aku, so, aku ikut dia pergi check up hari selasa aritu, dia boleh lah tunjuk ajar aku sikit kan, and aku boleh buka buku pink sekali.Kat klinik ni hari apa2 pon boleh datang untuk buka buku pink, tak macam sesetengah KK lain yang dah tetapkan hari tertentu untuk buka buku pink ni.Pengalaman aku mungkin berbeza dengan KK lain, jadii jangan konpius plak yer.Bagi aku KK Pulau Meranti ni, walaupon dari luaran nampak macam klinik desa yang tak berapa nak membangun walaupon terletak ditengah2 ceruk bandar Puchong n Cyberjaya tapi servise dia sangat bagus.Nurse-nurse pon semua peramah, tanya banyak kali pon dorang setia menjawab, senyummm je..
sumber dari google
Masa nak pergi tu, aku risau jugak takut kena marah sebab dah 15 minggu pregnant baru terhegeh2 nak buka buku pink kat KK.Takut sangat kena marah, dah lah Abi takde..Semalam kemain lagi eksyen takmau bawak Abi,sebab kakak ipar ada temankan..Tapi first time pegi check-up tanpa Abi, rasa lain macam plak lagi2 time amik darah, biasa aku genggam tangan Abi kuat2..Tapi kalini kena hadap sendiri, tak memasal2 rasa sakit plak tempat kena cucuk tu sampai biru-biru..Masa cucuk time ada Abi kat klinik Sofea aritu tak rasa apa pon..Huwaaaa next check-up nak ajak Abi lah..Takottt sakit lagi..huhuh..(heyyy ngengadeee je lebih)
Ok, sambung cerita, lebih kurang pukul 8.10pg aku n kakak ipar dah terpacak kat KK.Orang tak ramai sangat, still dalam keadaan terkawal lah, terus pergi kat kaunter bagitaw nurse tu nak buka buku pink.Pastu dia suruh amik nombor, tapi dorang panggil tak ikut nombor pon, panggil secara rawak je.Pastu nurse tu cakap, check-up untuk pukul 8pg ni dah ada orang booking, maybe turn aku lambat lagi dalam pukul 11lebih camtu.Aku pon cakap, takpe saya boleh tunggu, nurse tu suruh balik dulu tapi aku taknak.Nasib baik aku tak balik, tak lama lepas tu nama aku dipanggil, nurse tu cakap pesakit yang booking kul 8pg tu dah cancel, so, aku dapat lah check awal.Yeayyy..Rezeki baby ..Urusan dipermudahkan aritu, dapat nurse yang baik-baik, Waktu menunggu pon tak lama..Alhamdulillah..
First sekali, nurse suruh aku kencing dulu ujian air kencing, yang kelakarnya baru aku taw, kat KK sini lepas kencing kena basuh balik bekas air kencing tu, adoiiiyaiii.Aku redha jela, sedapkan hati cakap alaa biasa lah KK kerajaan, asalkan dia layan aku baik-baik pon dah syukur dah..hehehe..Lepas tu pegi kaunter, hulur tangan cucuk hujung jari untuk check gula dalam darah, sambil berdiri dan dalam keadaan tak bersedia, aku risau aku termenjerit je kat situ, sebab aku jenis cepat terkejut kalau cucuk amik darah ujung jari tu..Alhamdulillah gula dalam darah aku pada paras yang normal..Lepas tu pam tekanan darah plak, pon ok jugak, cantekk je, then ukur tinggi and berat badan plak.Berat pon normal katanya..Alhamdulillah..Baby n mak baby dalam kondisi yang baik dan sihat kata nurse tu.Lepas tu kena masuk satu bilik untuk pemeriksaan perut, time ni lah nurse tu akan tanya macam-macam pasal latar belakang penyakit family kite sambil isi dalam buku pink tu, selain tu nurse tu akan bagi sikit taklimat pasal penjagaan dan pemakanan sihat yang baik untuk kita n baby.Lepas dah pot pet2, kena baring atas katil, nurse tu tekan-tekan perut, pastu ukur perut semua.Nurse tu cakap kalau rasa sakit, bagitau yer, dalam hati aku cakap, saya tak sakit, tapi rasa nak kentutt je...hahahaha..Aku dah lah tak makan lagi time tu..kihkihkih..
Lepas tu , kena tunggu sekejap, then nama dipanggil lagi sekali untuk amik darah yang cucuk kat lengan tu plak, untuk check HIV dan 2 balang darah untuk ujian apa ntah.Time ni lah rasa sakit sikit, mybe nurse tu salah cucuk kot, sampai biru-biru tempat kena cucuk tu, tapii ok lagi, still boleh tahan, cuma tiba2 teringat kat Abi je jadi sedihh..Ngengada kann..haha..Sebab kalau Abi ada, aku poyo sikit boleh tahan sakit, tapi kalau Abi takde, tak reti tahan sakit..terbalik plak kan..So, aku takdelah ngengada sangat kan..Cume suka tunjuk terer je depan Abi..hahahaa..
Lepas dah amik darah semua, masuk bilik jumpa doktor plak, doktor just bagi penerangan je pasal penjagaan pregnancy yang mana kebanyakan nya semua aku dah taw hasil dari sumber google aku sendiri.Anyway thank you doktor..Maka, tamatlah sessi check-up aku di KK pada hari itu.Dan, kini buku pink dalam genggamann..Balik rumah asyiklah dok belek2 buku pink tu..Seronok sebab kaler pink ke atau sebab lain, aku pon tak taw..Teruja barangkaliii..heheheh
Tapi check up aku kat klinik sofea tetap diteruskan setiap bulan, sebab aku suka scan kat situ, doktor dia best giler, sebulan sekali pejam mata jela keluar duit poket sendiri, bukan untuk sape pon, untuk anak sendiri jugak..hehehe..
Detail jugak yer. Buku pink tu pun semua maklumat nak kena bubuh kat cover tu ek, I rasa dulu mmg I tak pernah ada kot buku pink ni, sebab I macam syiok jer ni belek u punya hehehhe.
We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:- Lady doctor MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia Possess valid Annual Practicing Certificate Registered with Malaysia Medical Council Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology Attended an Obstetric Life Saving Skill Attended A Neonatal Resuscitation Program Working hours negotiable with minimum on-call Very attractive salary
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG NO. 12 JALAN SL 1/13 BANDAR SUNGAI LONG 43000 KAJANG SELANGOR TEL / FAX: 03-90114833
Wife pun baru semalam buat buku pink tu. Memang ramai org kn menunggu sampai giliran. Wife buat buku pink di luar kawasan. Klinik desa tetap terima, tapi dorang bagitahu lepas bersalin dorang takkan pergi melawat dalam pantang
Heya i am for the first time here. I came across this board and I find It truly useful & it helped me out much. I hope to give something back and help others like you aided me.
I will immediately seize your rss feed as I can't to find your e-mail subscription hyperlink or e-newsletter service. Do you've any? Please let me know so that I could subscribe.
tahniah kak noryyyyyy,tak sabaq lak nak terima anak buah baru ni,hihi....
ReplyDeleteMaka bermulalah fasa baru Nory ya..check up kat klinik kjaan ni ok juga rasanya. Kita belum kahwin so taktau sgt tapi ikut kata kwn2 ok je
ReplyDeleteyey.. bulan 3 dapat baby.. cepatnya rasa... jaga kesihatan ye nory.. :)
ReplyDeletetak buat buat pun buku pink atau buku merah ni... ada buku biru jer... dari medical centre yang selalu pergi check up...
ReplyDeleteDetail jugak yer. Buku pink tu pun semua maklumat nak kena bubuh kat cover tu ek, I rasa dulu mmg I tak pernah ada kot buku pink ni, sebab I macam syiok jer ni belek u punya hehehhe.
ReplyDeletemama buat buku je kat klinik kesihatan, check up semua swasta, tak larat nak tunggu, ramai benor...
ReplyDeleterase sronokkan bila ade buku pink..hehehe
ReplyDeletennti ida refer nory nye tuto ni.. hahahhaha.. ntah bile laa gamaknyeee ;p
ReplyDeleteBuku merah jgn lupa bwk kemana sahaja didlm handbeg...
ReplyDeletegood info sis :) TQ
ReplyDelete4d kt sofea brpa sis?lma x dia scan?
ReplyDeletePERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!
ReplyDeleteWe are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833
Wife pun baru semalam buat buku pink tu. Memang ramai org kn menunggu sampai giliran. Wife buat buku pink di luar kawasan. Klinik desa tetap terima, tapi dorang bagitahu lepas bersalin dorang takkan pergi melawat dalam pantang
ReplyDeleteWhile microwave radio technology has been used successfully worldwide for decades, deploying it
ReplyDeletein the HFT application is not without some challenges.
Heya i am for the first time here. I came across this board and I find It
ReplyDeletetruly useful & it helped me out much. I hope to give something back and help others
like you aided me.
I will immediately seize your rss feed as I can't to
ReplyDeletefind your e-mail subscription hyperlink or e-newsletter service.
Do you've any? Please let me know so that I could subscribe.
Thanks.
Nak buat buku merah kena ada hari2 tertentu je ke dekat Pulau Meranti ni ? atau boleh pegi bila2 je ?
ReplyDelete