Followers

Saturday, November 9, 2013

Dinner Ephyra bersama Norman Hakim dan Memey Suhaiza


Berbesar hati sangat-sangat bila dapat jemputan ke Majlis Makan Malam Ephyra bersama Norman Hakim dan Memey Suhaiza.Kemain jemputan sebagai "Blogger VIP" lagi..Tenkiuu kak Myza atas jemputan ni.Majlis yang agak eksklusif ni diadakan di Flora Terrace, Kuala Lumpur,


Majlis start pukul 9 malam, tapi pukul 8 malam dah kena ada kat sana untuk registration, ekceli tak boleh bawak pasangan, tapi hasil perbincangan, boleh bawak husband sekali, untunglah Abi dapat ikut,dapat makan sedap2 kan..hehe..


Masa registration dapat lah gift comel ni sorang satu, ada mug "I love Ephyra", coklat Forrero Rocher dan set percubaan Ephyra..Set percubaan tu Abi yang pulun,sekali rasa terus jatuh cinta katanya.Tiap-tiap hari tak pernah miss minum Ephyra..Agak-agak boleh hensem macam Norman Hakim katanya..haha..



Kitorang duduk semeja, macam biasa aku ,Eida , Yaya n Mila lah sape lagi..ke ada yang tak kenai lagi si kembar 4 ni..hikhikhikhik..Geng suami-suami plak duduk semeja, lama tak berjumpa , kemain lagi dorang borak sakan, siap sambung lepak mamak lagi lepas habis majlis...hahaahahah..





Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Norman Hakim, sedikit ucapan dari Kak Myza (CEO Ephyra) dan ada acara lepaskan belon sebagai gimik acara.Oh yer emcee untuk majlis malam tu pelakon terkenal kak Amiza Adnan yang sporting giler, cun meletopp lagi..Geli hati jugak tengok gelagat dia yang kelakar tu..



Majlis malam tu sebenarnya sebagai memperkenalkan duta Ephyra yang julung-julung kalinya, iaitu Norman Hakim dan Memey Suhaiza.Diorang berdua memang amalkan minum Ephyra dari dulu lagi dan mengakui akan keberkesanan Ephyra sebagai makanan tambahan yang paling sesuai untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan yang lebih optimum.Aku pon sebagai peminum Ephyra , memang tak nafikan lah kebaikan Ephyra ni..Memang terbaikk..




Cupcake ni sangatlah sedap...bape biji ntah aku telan..siap tapau seketul lagi bawak balik..hahaha


Antara blogger lain yang hadir jugak  Yana  dan suaminya.


Lepas acara lepaskan belon tu, semua dijemput menjamu selera.Saat-saat yang dinantikan..hahaha..Semua hidangan menyelerakan, sampai tak tahu nak makan mana satu dulu..Ada nasi, lauk pauk, kuih muih, cupcake, puding roti dan macam-macam lagi lar.Kenyang gilerrr...



macam-macam gaya depa ni taw..

haaa ni ada gaya duta Ephyra terbaru untuk tahun 2014...hehehehe...Undi Mcdeee...
Lepas makan, ada sessi beramah mesra antara 10 pemenang yang terpilih untuk beramah mesra dengan Norman Hakim dan Memey Suhaiza.Siap ada sessi karoke lagi..Aku gian je tengok microfon tu, nak nyanyi segan..hahahah...Tapi suara Kak Myza memang meletoppp...Macam suara artis tuuu...Ada juga acara minum Ephyra beramai-ramai sambil Memey Suhaiza menunjukkan cara-cara meminum Ephyra..Suami-suami semua tak pernah minum kena paksa minum jugak..Tapi Abi terus ketagih, dah jadi minuman feberet dia dah sekarang ni.hehehe..Tu lah dulu suruh rasa, takmau...Sekarang, dah rasa baru tahu yang Ephyra tu sedappp...kan...kan..kan..


Selain tu, acara potong kek pon ada, tapi aku tak sempat rasa pun, hehehe..Pastu ada sessi soal jawab dengan pihak wartawan, ramai jugak wartawan yang datang, dengar kata Melodi pun ada.Tapi tak perasan plak yang mana satu.Aku suruh Abi je tolong snap-snap gambar, aku duduk makan aje tak henti-henti..Eh buruk perangai kan..heheehe..



Dengan Darwish (anak Memey n Norman)...Amik berkat katanya...baby kat dalam duk tendang2, jelesss ek baby?...heheheh..


Amiza Adnan yang sporting giler...



Sempat jugak bergambar dengan Memey Suhaiza , Norman Hakim n Amiza Adnan..Baby Darwish (anak Norman n Memey) pun ikut sekali taw, merasa jugak aku dokong budak hensem yang wangi tu..Wangii sangat pipi dia, tak bau masyammm pun..suka...suka...suka..



Abi n Andi senyap-senyap je gi tangkap gambar berdua ngan Amiza kat luar ek...ooo cakap gi isap rokok tapi ke lain...hahahahha...Siap laga-laga bahu lagi...haish nak jeles ke taknak ni...huhu





Comeyyy kan kak Myza ni....

Dan last sekali, mesti lah bergambar dengan CEO Ephyra ni, Kak Myza yang cun melecun ni..First time jumpa kak Myza ni, dia sangatlah peramah, sentiasa rendah diri, mudah bergaul dengan semua orang tak kira pangkat, darjat dan sebagainya..ngeeee...Semoga Kak Myza terus sukses dan maju jaya dalam bidang yang diceburi,semoga Ephyra terus berkembang ke serata dunia.InsyAllah..

6 comments:

  1. wah..bestnyer...nory dah nampak tembam sket..

    ReplyDelete
  2. kak myza, meh bg ephyra utk yui test? ngeh2..

    best2..

    ReplyDelete
  3. kuikjuii.. ida baru jee nak update ;p

    ReplyDelete
  4. bestnyer...kemain sakan bergambar dgn retis yer

    ReplyDelete
  5. bergambar sakan ngan retiss..hehe.. kurusnya amyza...

    ReplyDelete
  6. Hi all!
    Berminat nak mencuba Ephyra?

    Beli Ephyra dengan HARGA PROMO dan dapatkan FREE Body Shop shower cream 250ml / body butter 50ml!

    Seriously, grab this GREAT deal! Sementara stock masih ada!

    Yours truly,
    Izza (Pengedar Sah Ephyra)
    0192198619
    izza_grrl@hotmail.com

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)