Followers

Monday, November 25, 2013

Percutian paling bajet ke Cameron Highlands (Part 1)


Perancangan bercuti ke Cameron Highlands ni dibuat sebulan sebelum tarikh.Asalnya semua geng ikut, tapi atas sebab kesibukan masing-masing, akhirnya yang dapat pergi aku n Eida je..Mila n Yaya tak dapat join..Takpe..takpe...kita kan ada next vacation lagi..hikhikhik..Tarikh yang dah kitorang setuju adalah pada 19 Okctober 2013 (Sabtu) - 20 Oktober 2013 (Ahad)...Iyerrr...2 hari 1 malam je..Jadiklah kan, asalkan dapat bercuti, nak rehatkan kepala otak ni yang kadang-kadang stress menghadap macam2 kerenah kat opis tu..Dapat hirup udara segar yang sejuk-sejuk tu kan best..Hilanggg stghesss..

Ekceli ni percutian paaaling sengkek untuk aku laki bini, bayangkanlah tarikh tu betul2 time poket tengah nazak menggila.Dengan roadtax baru lepas renew nya, dengan belanja raya haji nya..Faham-fahamlah orang bergaji kecik macam aku ni..hihihih...Tapi disebabkan teringin bebenor nak bercuti, walaupon dekat-dekat aje, ikat perut pun wa sanggup beb..hehehe..So, marilah berbelanja secara berhemah, ikut kemampuan yang ada..

Malam sebelum 18 Oktober (Jumaat), lepas balik kerja, terus kemas-kemas beg, sebab kejap lagi nak ke rumah Ieda, memang dah plan nak tidur umah Ieda malam tu, sebab kononnya nak gerak awal2 pagi dari rumah, plak tu kitorang dah pakat nak naik satu kereta je, tong2 duit minyak n tol..Kata percutian bajet kann..hehe..Dekat kul 12 jugaklah sampai umah Ieda, sempat tapau roti canai lagi..Mak buyong ni ngan roti canai memang susah nak dipisahkan.huhu..

Malam tu Ieda tido paling lambat, pukul 3.30 pgi kot, aku dah tido-tido ayam dah..Abi pon dah krohh krohh dah..Ieda busy setelkan kerja-kerja rumah, cian dia..Sudahnya, janji melayu kan, janji nak gerak sebelum subuh, sudahnya, dengan aku sekali terlajak tido.hahaha..Kul 5pg kot baru kejutkan ieda, kitorang gerak dari rumah pon pukul 6.10pg.Singgah petronas isi minyak penuh-penuh, beli jajan siap-siap, terus gerak.We all ikut highway Jalan Duta dan exit Simpang Pulai, biar jauh sikit, asalkan jalan ok.Tak de selekoh tajam-tajam sangat.Pastu kitorang singgah hentian Ladang Bikam, berhenti buang air, Abi n Andi hisap rokok dulu, n makan roti buat alas perut.

Mak buyong ada hati nak melompat..Lupa diri lah tuu...hahaha

Oleh kerana kitorang exit ikut Simpang Pulai, kitorang jumpa Avant Chocolate kat tepi jalan,kitorang pun singgah jela,sebab macam menaik je kan.Memang menarik pun, paling terkilan sampai sekarang tak sempat merasa Strudel yang sedap kat Cafe tu..Sebab masa tu awal pagi lagi, kitorang semua tengah kebulur nasi.Konon nak cari nasi lemak sambal strawbery..hahaha..Terus tak pandang Strudel yang maha sedappp tu..Rugi...rugi...rasa nak repeat lagi semata2 nak makan strudel je, boleh tak agak2..haha..
Terujaaa nya




Kat sini pon ada house of lavender, tapi ni kedai serveniour je..

alahaii kan dah kempunan nak makan strudel tuu..

macam sedapp je, macamm nak makann je..hukhuk
Next station, perjalanan diteruskan, nampak plak Kedai Serveniour Meiko, kitorang berhenti lagi.Kat Cameron ni banyak cawangan Meiko.Macam-macam serveniour ada jual.Beli jugak fridge magnet 6 ketul 10 hengget, padahal tahu dah kat pasar malam pon ada jual, tapi saja je gedik..Walaupon FM cameron dah berlambak2, tapi tetap nak beli jugak..Tengok pattern lain sikit je, nak beli..hehehe.



Pastu kitorang teruskan perjalanan ke Brinchang, sebab apartment yang aku book ni area Brinchang.Pengalaman aku, kalau stay kat Cameron, suka pilih area Brinchang, sebab Brinchang ni happening sikit.Malam sabtu n Ahad ada pasar malam, apartment kitorang pon dekat je ngan pasar malam, jalan kaki aje.



Sampai kat Brinchang,dah time lunch dah, kitorang terus plan nak brunch sekali, dah alang-alang je kan, jenuh oii cari restoran melayu, restoran cina je berlambak.Dah lah hujan time tu, kitorang redah jela cari restoran sampai dapat.Last-last jumpa jugak, area deretan kedai-kedai sebelah petronas tu je.Restoran Idaman Ala Thai..Nasib baik buka, kitorang customer pertama, lepas kitorang duduk tu, terus penuh restoran tu dengan orang..Aku order nasi goreng paprik ngan air bandung, Abi plak order Sup Ayam dengan nasi putih dan air teh o ais.

Lepas makan aku try call orang Apartment tu, tanya boleh check in awal tak?Then dia cakap boleh, terus kitorang check in siap-siap letak barang semua.Apartment ni ada 3 bilik 2 bilik air, lengkap dengan dapur semua, nanti aku buat review pasal apartment ni, dulu aku pernah buat, tapi aku nak buat lagi sekali, sebab apartment ni dah banyak perubahan positif..I loikeee....Boleh datang lagi..


Kitorang lepak-lepak baring depan tivi, siap usung tilam susun depan tivi lagi..Makan pun sambil baring atas tilamm..Femalasss kan..hahaha..Kan tengah bercuti, kenalah banyak bersantai..haha..Last-last tivi yang tengok kitorang, semua tertido.Konon nak bangun pukul 4.30petang..Disebabkan hujan , makin sedap plak kitorang tidur, sedar-sedar dah pukul 6 lebih.Terus siap-siap nak gi pasar malam Brinchang nak cari makanan untuk malam nanti.Masa kitorang nak pergi tu, hujan dah reda sikit, so Andi bawak satu payung je la.Last-last sampai kat pasar malam, hujann turun lebat giler.Kesian suami2 berhujan, aku n Ieda kongsi payung yang comel tu.hehe..

Aku beli strawberi kat sini, sebab senang nanti tak yah beli lagi, last-last menyesal, sebab kat Kea Farm lagi murah..Ieda untung dapat beli banyak dengan harga murah..Tapi yang untungnya, Ieda bawak mesin Choclate Fountain (CF) dia yang mini tu, bolehlah main celup-celup stoberi malam nanti.Jangan kata stoberi, sweet potato pon kena celop-celop sekali.Abi lah ni mengajar pelik-pelik..hahaha..Kitorang tapau nasi siap-siap, sebab dah hujan kan, memang kalau sampai kat apartment nanti takde makna lah nak turun lagi, so, tapau siap-siap, senang citer..Eh sempat lagi aku beli bantal busuk baru, perkenalkan Mr Rilakuma si bantal busuk baru..Bantal busuk penyu Abi tak bagi bawak, dia kata dah bercandu..Haaa tak bagi bawak kan, so belikan yang baru..heheheh...

Malam tu kitorang berparti kat apartment je, sejuk oii..Dahlah sejuk, hujan plak tu, tahap beku dah aku ni.Sejuk-sejuk minum air panas, main cicah-cicah stoberi best jugak..laaaayaannn...Abi plak rajin nak merebus sweet potato bagai..Kenyang jugak lah malam tu..Lepas makan kitorang sambung golek-golek depan tivi, Abi n Andi lepak hisap rokok kat balkoni sampai ke pagi. aku n Ieda dah selamat hanyut dah.Krohh...kroh..Sampai tak sedar time bila Ieda masuk bilik, pastu aku pon masuk bilik, tinggalkan Abi n Andi yang tengah rancak berbual.Sedappppnya tido...Baby behave je duk dalam perut, suka lettew tempat sejuk2..hikhikhikhik


********************************************************************************

TOTAL PERBELANJAAN HARI PERTAMA :

Duit minyak kereta ( tong tong ngan Ieda) : RM50 (per couple)
Duit Tol (Jalan Duta-Simpang Pulai-Jalan Duta) : RM24.80 (per couple) 
Apartment 2 hari 1 malam : RM125 (per couple) 
Beli jajan kat Petronas : RM 7.40
Beli FM kat Meiko : RM10 + RM5.90 = RM15.90
Lunch di Restoran Idaman : RM17.00 (Nasi putih+sup ayam+nasi goreng paprik+Air bandung + teh o ais)
Beli strawberi (6 paket) : RM20.00
Nasi lemak ayam + Nasi goreng : RM 11.00
Bear Rilakuma (bantal musyuk baru) : RM13.00
Sweet potato : RM5.00
Burger daging : RM6.00
Megi Cup ( 4 cup) & Air mineral : RM10.20
---------------------------------------------------------
TOTAL : RM 305.30



22 comments:

  1. janji seronok.... tak kiralah bajetnya sikit ke... pa guna keluar duit bebayk tapi x sonok kan?

    ReplyDelete
  2. yeay...nanti kita pegi sama-sama lak.

    ReplyDelete
  3. seronoknya...boleh ikot bajet sis nory ni..hehehe

    ReplyDelete
  4. noryyy............ mane gambar nye? hihihihi

    ReplyDelete
  5. Nak gie CH..adehhh...selalu gie pun xpenah nk puas..hehr

    ReplyDelete
  6. lama dah tak pergi Cameron.. pergi tmpt sejuk2 best jgk skli skla.
    makan strawberry fresh. hehe

    ReplyDelete
  7. amboi8..teringin gak akak nak gi sana...hihi....

    la adik nampak gemuk dah sekarang nie...alolo tomelnya...hihi..
    baby tu jaga elok2 tau...

    ReplyDelete
  8. Wahhh untungnya eida bwk cf dia ape lg mood coklat cf lah hihihihi.... Beruntung baby

    ReplyDelete
  9. uishh tengok bajet tu tak la ciput benor bajetnya. kira ok la apartment selesa takla camping dalam kemah bawah pokok. hihihi yang epnting mak buying happy :)

    ReplyDelete
  10. kita kalau pergi cameron balik hari je.. sebab dekat..hehe..
    yela ipoh ke cameron sejam lebih ke 2jam je.. tp kalau nak tido sana, kena pakej hnymoon la baru best kut.. :p

    ReplyDelete
  11. ermm bestnya... bila tengok cameron mesti teringat strawberry.. nyum3.. hehe

    ReplyDelete
  12. salam, boleh share tk nama apartment tu, tq

    ReplyDelete
  13. waa bestnya, murahnya apartment tu, sy selalu sewa RM250, apartment mana tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan per couple tu...rm125*2 ler yeop

      Delete
  14. bestnye..ape nme apartmenye ye?

    ReplyDelete
  15. makan salad fresh kat ch mmg sedap..teringin nak pegi lagi..
    http://www.tonexpress.com/mytoneworld

    ReplyDelete
  16. Apartment ape? Area mne n bleh bg no fon dia x?

    ReplyDelete
  17. Mak buyung jangan lompat ye.
    Dapat gegirl ke boy?

    ReplyDelete
  18. stay apartment mana ni tuan tanah... mcm nice je :)

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)