Followers

Friday, February 27, 2015

Part 1 : Rizqy Turns 1 - Checklist

 
credit picture from google.
Weee..Aku sedang mencounting hari demi hari sempena anak bujang to'ang2 aku tu nak cecah usia setahun jagung.Besarr dah anak bujang aku, setiap bulan tak pernah jemu kira monthsary, tak lama lagi aku kira tahun jela,setahun hanya sekali..Jenuh lah mama nak kira hari, bulan , bintang semua.Walaupon mak ko yang seghonok sangat duk kira hari bulan bintang bagai tu kan, haaa sape suruhh??hahaha
 
Bila nak cecah umur setahun jagung ni dan memandangkan dialah satu-satunya permata hati mama dan abah dia, maka mama dan abah sepakat nak buat party kecil-kecilan khas buat pengarang jantung cinta hati mama abah ni.Cuma party kecil-kecilan je, yang pasti akan menjadi kenangan buat Rizqy bila dah besar nanti dapat sambut besday dikelilingi orang-orang tersayang.Amiinnn..Ikutkan hati memang teringin nak buat party yang bertema, panggil badut, buat game segala, tapi mama buat ikut kemampuan je, asalkan buat dari tak buat langsung, ye dokk..hikhik..
 
So mari lah kita memikiorkan bersama apa yang akan ada di majlis itu nanti, ni baru nak buat majlis hari jadi, belum kenduri bersunat lagi, belum kenduri sambut menantu lagi, belum kenduri akil baligh lagi (ehh akil baligh pon buat kenduri ke, over mak ko niii, mihmihmih).
 
Tarikh & Masa
Memandangkan 17 Mac jatuh pada hari selasa, so aku cadang nak anjakkan sikit tarikh besday party Iqy nanti, aku plan nak buat 04.04.2015 hari Sabtu.Masa plak dah tetapkan nak buat pukul 3petang dan keatas, tiada had masa, datanglah duduklah sampai tengah malam pon takdo hal punya, dan makan jela apa yang ada.InsyaALLAH cukup juadah untuk tetamu-tetamu nanti.OK setel.
 
Lokasi
Ekceli ada keserabutan sedikit dalam memilih lokasi, plan asal nak buat kat rumah mak aku sebab rumah mak aku lebih besar plus rumah bawah senang orang duduk makan, selesa lah sikit kan, tapi last minit tukar plan, kitorang decide nak buat kat rumah sendiri, sebab lebih baik dirumah sendiri kan, lagipon kalau buat kat rumah mak aku, bajet kena besar, mak aku ramai kenalan, jiran dia je dah sekampong, so aku tepok poket aku dulu, okeyy tak mampu, mampu buat dirumah sendiri dengan bajet yang ada je..kihkihkikihkih..Janji adooo..pegang prinsip tu je okey, so takdelah telan air liur sangat..hahaha..Cumanya nak bagitaw awal-awal la, rumah sewa aku tu kecik jeee, maybe akan bersesak-sesak sikit., nasib baik sebelah rumah maklang aku, so sedara mara boleh sumbat sana separuh..Okey setel.
 
Bilangan tetamu
Tetamu yang akan dijemput dalam lingkungan 50-80 orang.Ramai ke??sedara mara aku ramai, so ni kira anggaran je la.Kalau aku jemput korang, korang nak datang tak? Jemputlah datang yer korang semua, bukan ajak2 ayam taw, ikhlas ni..Tapi nanti aku kompomkan tarikh betul2, nanti aku announce yer.Kalau tak dapat datang takpe, send je hadiah...kahkahkahkah....(gurauuu lahh wey,jangan amik hati).Tetamu semua terdiri daripada keluarga terdekat, jiran terdekat dan kawan-kawan terdekat je.
Ok setel.
 
Tema
Aku kan dari Iqy dalam perut aku dah berangan nak buat tema Pilot.Tapi sekarang macam nak tukar tema plak, nak tukar tema carca merba,hahaha..Abah Iqy suka tema super hero, macam batman, superman, aku ikutkan ajeee..Tapi tema takdelah terikat dengan tema sangat, tengoklah nanti camne.Sebab aku ni jenis tak tetap pendirian, kejap nak Roary The Racing car, kejap nak Pilot, kejap nak tema Superman, haisshhhh last2 apa pon tak buat, belasah jela tema carca merba.Pon okeyyy
Okey tak berapa nak setel.
 
 
Pre-Birthday Photoshoot
Ekceli tak penting pon session ni, tapi macam biasa mak budak ni memang excited, nak2 plak si anak bujang aku tu memang gemar bergambor, ko hengat ko shantekkk???kikikiki..Okey mama kasik can ko bergambor puas2 dalam studio.Masa cuti CNY haritu aku dah booked session untuk Pre-Birthday Photoshoot dia.Nasib baik mood dia baik dan sangat memberi kerjasama dengan fotografer.Fotografer pon jadik seronok tangkap gambar dia.Nanti aku upload gambar fotoshoot dia.Belum siap lagi gambarnya.huhu.
Okey setell
 
Menu
Masih dalam perbincangan tapi dah senaraikan pon, menu2 wajib harijadi lah macam biasa.Chocolate fountain wajib lah ada.Nak rasa Chocolate Fountain by Ms Ieda kite bolehlah rasa nanti, dah rasa kenalah booked pakej dengan dia sekali, aku dah masuk ni dah 2 kali amik pakej Chocolate Fountain dengan Ieda ni.Memang tak carik lain dah, carik dia je, asal ada party-party ke cari dia je.Kejor dia kejor..hihih.Menu lain macam roti jala n bubur kacang, mak aku tolong buatkan.Nasi lemak mungkin ada kot.Tapi tak janji lah.Tengoklah apa yang jadi nanti.
okey tak berapa nak setel
 
Goodies
Goodies ni aku dengan penuh kasih sayangnya merelakan diri nak buat sendiri, kengkonon nak DIY sendiri lah, barang-barang dah beli dah, tapi satu hape tak usik lagi, takpe banyak masa lagi, kena buat time Iqy tido, kalau tak, dia kompom nak sibuk sekali, habis dikirai-kirai nyer nanti, haishhh..Bahan-bahan yang akan diletakkan dalam goodie tu macam biasalah jajan2, ingat nak letak alat tulis, tengok pada bajet lah nanti..Ngehngehngeh,,Aku planning nak letak dalam tippuware, pastu hias2 sikit lah atas tu bagi nampak kelainan sikit.hihhiihi...Citer macam aku ni rajin sangat lah plak, padahal planning je kemain, tapi satu hape tak usik lagi..hahhaaha..
okey setel
 
Banner
Majlis simple2 je tapi siap berbanner dah kenapa??Alaaa memang simple pon, saje je sempena first time Iqy sambut besday ni, nak lah meriah sikit, biar simple asal meriah..Tahun depan save bajet sambut anak beranak duduk kat umah diam2 je..Tapi kan ..aku tak tempah pon lagi bannernya, sebab tunggu gambar siap dulu.Cer korang suggest katne tempat tempah banner yang best,murah dan berkualiti.??TQQQ..=)
okey tak berapa nak setel
 
 
credit picture from google
 
 Lagi apa lagi ek??Urmm rasanya ni je dulu yang ada dalam kepala otak.Yang lain-lain baru nak pikir.Nanti aku kongsikan preparation yang tak seberapa ni yer,bolehlah buat panduan bagi korang2 yang nak buat majlis simple untuk anak korang.Aku buat ikut bajet aku je.Dont expect more taw.kihkihkihkih..
 
 
 
 
 

6 comments:

  1. Assalamualaikum nory, wahh bestnya counting days iqy nak masuk setahun... in shaa Allah, kita datang party iqy. lama adam tak jumpa iqy... hehehhee

    ReplyDelete
  2. coklat fountain masuk listt yeayyyy !

    ReplyDelete
  3. Assalam nory,
    laaaaaaaaaaaaa
    KEK mana KEK :)
    Mama iqy looopaaaaaaaaaaaaa kaaaaaa???? he3
    penting tu
    akak masa buat 1st b'day si Fayyadh dok google kek yang dolunya he3

    ReplyDelete
  4. Sue pun counting days ank nk masuk setahun 25/3...anak dah 3 blom pernah buat bufday party lg..byk dah tu perancangannya, smg semua berjslan dgn lancar ^^

    ReplyDelete
  5. best counting days anak masuk setahun.

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)