Followers

Monday, March 9, 2015

Abah Iqy Homemade : Sup Ikan Tenggiri untuk Iqy

 Iqy ni kan sejak masuk umur 10 bulan aritu, tetiba selera makan dia berubah, drop terus, biasa aku bekalkan dia tiap hari bubur blended dengan broccoli karot n kentang..,sebelum ni okay je dia makan, tetiba je sejak dua menjak haritu, ibu (baby sitter) dia bagitau Iqy takmo makan sampai tahap baru nampak mangkuk bubur dia je , dia dah meraung2 macam kena bantai..Pening aku fikir nak masak apa untuk dak Iqy ni, last-last abah dia suruh buat sup ikan dengan nasi lembik.Malam tu gigihlah pergi cari bahan-bahan untuk masak sup ikan Iqy ni, dengan harapan dia sukalah makan dan kembali berselera.
 
Bangun pagi2 macam biasa rutin aku pukul 5,6 aku dah bangun masak untuk Iqy, saje bangun awal sebab lepas masak boleh sambung tido balik sebelum bangun balik pergi kerja plak, ngengada kan..haha..Tapi pagi tu, Abi suruh kejutkan dia, dia nak masakkan untuk bekal Iqy ..Relax lah sikit aku.hehehe..
 
Kat opis , ibu Iqy wassap bagitau Iqy makan banyak arini..Lega rasa hati, ooo dah boring makan masakan mama ek, nak masakan abah plak.Biasa mama je suka buli abah masak untuk mama, sekarang Iqy pon join sekali, bertabahlah abah Iqy oiii..haha..
 
Bila dah makin membesar ni, macam-macam plak demand dia yer..Pandai pilih makan..Tapi jenuh mama nak pikir nak buat menu apa plak untuk Iqy lagi..Tercari-cari menu yang mudah n simple je tapi sedap, maklumlah aku ni mama yang bekerja, tak sempat weyy pepagi nak masak yang remeh-temeh..Dah dapat masak untuk anak tu pon dah syukur dah..Tapi anak plak demanding lebih..Ngadeee dak bobot ni taw, dah besar nanti jangan request western food plak hari2, botakkk kepala mama abah nak oiii..hahaahaa..
 
Ok2, meh nak share resipi simple untuk Sup Ikan Tenggiri ni..
 
 
 
sekeping ikan tenggiri
kentang
baby karrot
seulas bawang putih
bawang Holland
secoit halia
daun sup/parsley
 
Caranya mudah saje, campur je kesemua bahan dan reneh sampai menggelegak, sampai kentang empuk.SIAP!!!Lepas tu hidangkan dengan nasi lembik dan ready untuk disuap ke mulut anak, kot yer pon tunggu lah sejuk sikit, kang melecur plak lidak anak tu,..kikikiki..
 
 
*update terkini, Alhamdulillah selera makan Iqy dah kembali seperti biasa, lega sikit hati ni.Pergi jalan2 pon bawak bekal taw, gigih mak ko masak untuk bawak bekal ko nakkk..Sebab tak berani lagi nak bagi makanan luar, walaupon nurse dah bagi hint boleh kenalkan anak dengan makanan keluarga, tapi aku macam takut-takut lagi, kalau kat rumah ibu dia, ibu dia dah bagi macam-macam dah..hihi..Aku tak kisah pon, ibu dia pon taw yang mana baik untuk dia kan..Aku je takut-takut lagi..hahaha..

9 comments:

  1. iye dh beshau la mama..namo makan bubur dh..hehehe..

    ReplyDelete
  2. ikan tenggiri masak buat bubur anak, anak mkn laju je...sedapkan :)

    ReplyDelete
  3. nak setahun dah iqy mestilah iqy nak makan lg sedap².. pandai iqy yer... klu sup ikan merah pun sedapp jgk .. nnt nory cuba ..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum nory. wahh sedapnya air tangan abah iqy.. wooo berselera iqy makan. adam 3hari sekali sheila tukar resepi. takut dia cepat bosan sebab skrg ni pun dah kurang makan.

    ReplyDelete
  5. haishhh abah iqy masak ape semua sedap hoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  6. Iqy berubah selera lah tu.. hehe.. Sup ikan.. orang dewasa pun suka.. sedap..

    ReplyDelete
  7. Waaaahhh.. Blh jadi resepi rujukan ni nanti... Hihi

    ReplyDelete
  8. Assalam nory,
    memang la sayang oiiii
    bebudak bukan boleh tahan lama makan satu jenis makanan jaaa he3
    kena slalu2 tukor resipi
    ikan isi memang baek untuk bebudak tau3

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)