Followers

Friday, March 6, 2015

Aku menangis di suatu petang

 
Entry ni bukan nak citer pasal cerpen or synopsis novel terbaru ke apa taw, ni citer betul, bukan citer rekaan.Baru je lagi citer ni, agak sedih lah bagi aku, walau citer dia takdelah se"tragik" mana pon, cuma secara kebetulan maka terjadiklah kisah ni.
 
Rutin setiap petang aku bila Abi kerja shift pagi, balik dari kerja mesti bawak dak Iqy ronda-ronda naik motor pusing dari blok A sampai ke Blok L, pusing 2 ,3 round sampailah dak Iqy tertidor atas motor, biasalah dia kalau kena angin sepoi-sepoi gitu, mata dia senang je layu.Sebab tu kalau Abi kerja shift petang, aku bawak dia pergi rumah mak aku, kalau tak kompom dia mengamok ajak naik motor..huhu..Jenuh nak memujuk dia nanti, dah tentu satu blok boleh dengar dia menangis..Wakakkaka..
 
Nak dijadikan cerita satu petang tu, tengah syiok pusing sekali ternampak sorang budak ni dok panjat tong sampah besar, dalam hati aku geram rasa nak marah je, sebab main kat tempat kotor..Aku jelling je la, ingatkan budak-budak situ saja main kat tong sampah tu, sekali aku terpandang basikal dia terikat satu bakul yang penuh dengan tin-tin kosong, terus rasa kesal menyulubungi aku.Rasa kesal sebab tersalah sangka kat budak tu, dan buat lagi terharu, hati aku terusik sangat bila ternampak basikal dia dengan bakul berisi tin-tin kosong tu sampai meleleh-leleh airmata aku kat atas motor tu, Abi tanya kenapa, aku pon citer lah pasal budak tu.Rupanya Abi dah selalu nampak budak tu kutip tin kosong kat situ cuma tak berkesempatan lagi nak pergi secara dekat kat dia.Aku menangis-nangis cakap ngan Abi, jomlah kite tolong dia, dapat sedekah sikit pon jadiklah, maklumlah aku pon bukan orang senang tapi teringin jugak nak bantu sebab bila tengok dia, aku terbayang kalau budak tu anak aku, Ya Allah tak kuatnya aku nak tahan airmata time tu, bila dah ada anak ni aku memang jiwa sensitive sikit.Mak bapak mana nak tengok anak dia susah, takde kan..Bila dah tengok keadaan budak tu camtu buat aku rasa bersyukur dengan kehidupan sekarang, aku ingat aku susah rupanya ada lagi yang lagi susah dari aku, tapi biarlah aku susah takpe, jangan sampai anak-anak aku susah.Ya Allah, rahmatilah budak itu ,Ya Allah.
 
Nak dijadikan cerita, esoknya tu aku ronda lagi naik motor macam biasa, cari jugak budak tu tapi takde plak.Esoknya tu baru aku terjumpa budak tu, sempatlah aku hulur sumbangan sikit kat dia, tak banyak mana pon, rezeki dikongsi dengan pelbagai cara kan, banyak cara nak kongsi rezeki ni, bukan untuk ditunjuk-tunjuk,bukan takat bagi makanan kat jiran-jiran je,bukan takat bagi derma kat surau or masjid je, banyakk cara lain lagi, yang penting ikhlas.Aku cakap dengan budak tu, dahlah dik, arini tak payah cari tin lagi, pergi balik yer,senyum dia amik sumbangan yang tak seberapa dari aku tu.Ya Allah, kalau lah aku ni berduit, memang aku nak bantu budak tu, cuma aku mampu bantu setakat yang termampu je, aku kesal sangat.Tsk tsk, Semoga Allah permudahkan urusan dia dan sentiasa lindungi dia..Terlalu muda untuk dia lalui semua ni, budak-budak seusia dia biasanya tengah seronok bermain, seronok bersama-sama kawan-kawan dan sentiasa disisi keluarga, tapii dia, takkk...Dia terpaksa buat semua tu..Hurmmm
 
 

4 comments:

  1. Assalamualaikum nory, kesiannya.. sedih baca.. sheila pun takleh dah tengok orang susah2. dulu tak rasa sangat. skrg sejak ada anak, hati cepat tersentuh kann

    ReplyDelete
  2. Assalam nory,
    AMIN
    semoga budak tu sentiasa dalam rahmat Allah
    akak pun tak boleh tgk bebudak2 mcm tu kesian sgt
    kan3

    ReplyDelete
  3. sangat sangat sedih, akak yang baca ni pun dok bergenang air mata... hu hu hu...

    ReplyDelete
  4. semoga Allah S.W.T memanjangkan rezeki Nory sekeluarga sebab bantu budak tu.

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)