Followers

Thursday, March 12, 2015

Pelindung Bucu Tajam

 
Bila anak dah makin buas ni, kejap ketepi kejap ketengah, paling terkejut time dia tengah sedap-sedap tido, taw-taw je dia bangun terus duduk, cer ko bayangkan dia buat camtu time tengah-tengah malam, tak ke terkejut berok mak dia ni, ingatkan toyol ke apa yang tengah duduk betul-betul depan muka aku, kadang tu sambil duduk sambil pejam mata, adoiiii.Pastu bammm, tido balik,eh ngigau ke dia ni?
 
Nak-nak plak sekarang ni suka benor memanjat sana sini, dah lah almari tv tu rendah, memang port dia je bertenggek tengok tv kat situ, kalau citer Karoot Komedia dengan Betul ke Bohong?, memang bertenggek jela dia kat situ sampai citer habis.Dahlah pandai buka tutup tv sendiri, mana dia taw ntah, dia sendiri jumpa button on/off tu, bila dia dah taw, asyikklah buka tutup,gerammm..
 
Masalahnya sekarang, bila dia bertenggek kat situ, asyiklah main ngan bucu, dia dahlah tak reti duduk diam, terlompat2, kadang-kadang tu terpeleot jugaklah, ngilu je aku tengok bucu almari tv tu, takut sangat kena kepala dia, lagi kite larang dia, lagi dia asyik main kat situ je, haishhh rasa nak gugur je jantung ni.
 
Lagi satu. kalau dia main dalam playroom dia ,suka benor main buka katup pintu almari baju dia, paling rasa nak menyinga bila dia diam je, mesti dia tengah memunggah, aku pon intai, memang SAH!!!Habis dia selongkar baju bajan dia satu almari, jenuh lah aku nak melipat menyusun balik,adehhh.
 
Ada lagi satu masalah, dia sangat obsess dengan pintu, apa yang seronok sangat ntah main buka tutup pintu bilik, aku risau terkepit tangan dia je.
 
Jalan penyelesaiannya, yup!!!!Aku perlukan pelindung bucu, penyendal pintu, childlock untuk pintu almari .3 barang untuk 3 masalah diatas, yang sepatutnya awal-awal lagi aku kena beli.Dan ternyata ianya berhasil. Beli kat Mr DiY je, murah sikit.Kat Daiso ada jugak, tapi kat Mr DiY lagi murah..hihihi.
 
 
Total untuk ketiga barang kat atas ni RM9.70 je.Murah kan..

 
Comel kan penyendal pintu tu, aku yang suka sangat sebenarnya, comel sebab tu beli, hahaha boleh?..

 
Pelindung bucu pon dah selamat dilekatkan.Pasni takde lah risau sangat kalau dia bertenggek kat situ lagi.

 
Penyendal pintu almari ni pon dah selamat dipasang, takdelah aku menyinga lagi tengok dia memunggah baju bajan dia, kihkihkihkih..

 
 
 





6 comments:

  1. bgs juga ada alat pelindung bucu utk yg ada ank kecik ni..elakkn dr bahaya kn

    ReplyDelete
  2. pc tu memang khas untuk abam iqy je er nory?

    ReplyDelete
  3. baru tahu,,barang2 camtu memang ada jual,,,hihih..
    eh,,,tak bahaya ke untuk mata?,,,rapat sangat tengok tv,,,,nnti takut effect kat mata lak,,
    salam perkenalan..

    ReplyDelete
  4. Assalam nory,
    akak dedolu si fayyadh tu kutil bagi terkeluor hokeyh menatang lindung bucu2 almari tu he3
    lagi satu sepesen iqy n fayyadh kalo nengok tv soper nak masok teruih dalam tv tu kan3 :P

    ReplyDelete
  5. nak kena beli jugak tang penyendal pintu almari tu.asyik punggah buku dari almari buku je.tension ibu.

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)