Seksyen 1 , 47100 Puchong
03-8060 2218
Yeayyyy jumaaat dah..Korang cuti raya berapa hari?Aku cuti 2 hari je..Tu pon satu masalah jugak tu, opis aku ni tak ambik cuti Raya Haji..Maksudnya kalau nak cuti jugak kena apply tolak cuti tahun..Disebabkan aku staff baru takde cuti tahunan lagi, terpaksalah ambik cuti tanpa gaji.Habis takkan aku tak cuti kot time raya..Memanglah raya haji je, tapi tetap raya jugak kan.Gilerrr ahh..
Pasrah jelaaa potong gaji pon, aku sampai takde perasaan dah kat gaji ni.Tak berkat kot, asyik merungut je aku ni, tapi untung bisnes yang tak seberapa aku tu yang aku rasa berkat walaupon tak sebanyak gaji aku.Yelaaa bisnes kan hasil titik peluh kita,usaha kita matlamat kita satu je..Bekerja ni plak lebih kepada satu tuntutan.Kadang kerja sebab terpaksa, badan je kat opis tapi jiwa kemana2.Cukup bulan terima gaji.Mungkin lah mungkin..
Raya haji ni sambut dengan family aku.Mak dah plan suruh Abi buat Laksa..huhuhuuuu...Kalau suruh aku, meggi aku pandailah masak..ahahahhaha.Biasanya raya haji tak kemana pon, duduk rumah mak dan tunggu kedatangan sedara mara terdekat.Sebab tu mak suruh masak lebih.Nanti kite share cerita raya ekkk..okbaiii...
Harini bangun pagi terus berdoa semoga gaji masuk harini, penat dah aku meroyan pasal gaji.Dan akhirnya gaji juga.Alhamdulillah..Ya Allah, tabahnya aku..hekhekhekhek..Ni namanya tabah terpaksa.
Punyalah frust sampai takde mood nak hapdet entry semalam, baru je janji dgn diri sendiri nak hapdet belog hari-hari walaupon cerita pasal beli gayung kaler pink baru..hahahahah...
Just nak share perkembangan diri sendiri sekarang, aku dalam usaha nak menceburkan diri dalam bidang bisnes.Bisnes sampingan je dulu..Sebenarnya minat tu memang ada dari dulu lagi, cumanya sebelum ni lebih kepada hangat2 tahi engkau, eh hangat2 tahi ayam lah..hehehe..Sekarang ni pun secara kebetulan, secara tak langsung aku terserius dan terus jadi minat lebih mendalam.Harap kekal lah semangat macam ni.
Langkah permulaan memang struggle sikit,sebab orang taktaw lagi kite jual apa, aku banyak study dari mereka2 yg berpengalaman, jadikan dorang mentor sebagai pencetus semangat aku.Bila aku rasa down, aku baca balik pengalaman dorang dan slow2 bangun balik.Memang mula2 rasa macam urghhh iklan je org tak bosan ke, like pon takde.Tapi bila yg PM tu bukan terdiri drpd yang mengelike tu, aku belajar sesuatu.Tak semestinya orang tak like status bermakna dia tak berminat,biasanya dorang minat dalam diam, asal berkenan je takyah like2 terus PM..Haaa gitu konsepnya..Makin lama makin seronok belajar dari pengalaman sendiri..
Kadang rasa penat jugak, iklan banyak2 sehari, tapi itulah pengorbanan, kesenangan tak datang bergolek.Dapat sorang dua customer pon dah happy sangat dah.Masa tu baru rasa bersemangat giler nak beriklan,hehehehe..Setakat ni aku cuma jadi dropship je untuk Dianz Vitamin dan barang mekap dan kosmetik.Tapi yang aku perasan ramai yang suka COD..Aku takde stock kat tangan camne nak COD..InsyaAllah ada modal nnt nak upgrade jadi agent plak lah..Semoga dipermudahkan..Orang puchong suka COD..heheheheh...
Nanti ade masa nak tepek iklan kat blog lah.Mana taw ade dikalangan pembaca yang terberkenan dengan barangan jualan aku..Mana lah taw kan.hikhikhikhik...
Dak Iqy ni kan setiap hari penuh dengan persoalan dari kotak fikiran dia, setiap hari, setiap minit dan setiap detik, dia akan bertanya, kadang soalan yang sama.Padahal dia sendiri dah tahu jawapan pada soalan dia tu, tapi dia tetap suka bertanya disamping menguji dan mencari silap kita.
Dan aku adalah mangsa yang selalu terkena dengan budak usia 2 tahun ni.hahahahah..Sampaikan aku suruh dia diam, pastu kesian plak kat dia, orang kata budak yang banyak soalan dan suka bertanya ni ,bijak..haah memang bijak pon, bijak jugak mengenakan orang.Tak padan dengan usia yang 2 tahun jagung tu.Eh buka setahun je ke boleh guna perkataan jagung tu? Hahahaha..
Ni antara soalan2 yang aku selalu terkena, dia tanya dia jawab balik, pastu suka betulkan kesilapan jawapan orang, aku rasa Dak Iqy ni cita2 dia jadik cikgu kot..hahahahaaha..
Dak Iqy : Mama , ni apa?
.
Mama : oooo, itu pistol
.
Dak Iqy : Bukannn....GUN
.
Mama : (adeh terkono den)
*****************
Dak Iqy : Mama, ni ape?
.
Mama : Anjing
.
Dak Iqy : Bukannn...DOG
.
Mama : (terkono lagi aku)
*******************
Dak Iqy: Mama, ni ape? (sambil tunjuk 3 jari)
.
Mama : three
.
Dak Iqy : Bukannn...Ni Dabeliew (huruf W)
.
Mama : (dasyat jugak imaginasi dia), 3 jari kan bentuk macam huruf W...haishhh asyik mama je terkono ni..
*********************
Dak Iqy : Mama, tu ape?
.
Mama : Elephant
.
Dak Iqy : Bukannnn....tu GAJAH..
.
Mama : (tepuk dahi)
.
Dia memang suka tanya dan menidakkan jawapan orang..sabooo jelaaa..sometime kalau dia tanya , aku tanya dia balik, konon nak kenakan dia balik, tapi hasilnya hambar..Sebab dia lagi bijak mengenakan mama dia..Bertabahhhlah nak!!!!
Dan setiap soalan dia, mesti dimulakan dengan Mama, abah dan sebagainya.."Mama, ni apa?", "Abah, nak shushuwa" "Abah, nak nasik".."Mama, tengok tu" , " Mama, ambik tu" "Mama, jom kidai (kedai)....fuhhhhh...