Followers

Tuesday, September 27, 2016

Kedai Basikal Murah di Puchong


Dah lama nak belikan basikal untuk Dak Iqy ni, kebetulan ada rezeki lebih sikit, moh ler kita ke kedai basikal.Cerita pasal kedai basikal ni, dah tentu nak cari yang murah dan berbaloi, kalau boleh biar boleh pakai lama, tempat duduk dan pemegang yang boleh laras, dan nak yang tayar hidup, boleh tukar kalau pancit, 

Mulanya ingat nak beli kat Klang, orang kata murah, tapi malas plak nak pergi jauh-jauh, tolak duit minyak tol segala sama je sebenarnya.Last-last pergi kedai basikal area Puchong jugak, ekceli ni kedai turun temurun ni, anak-anak buah aku dulu pon semua beli basikal kat sini, sebab murah dan banyak pilihan, harga pun tawar-menawar lagi.
Ni antara pilihan-pilihan basikal yang ada kat sini,dari basikal budak sampai basikal atok budak pun ada jual kat sini, macam-macam kaler, macam - macam design, rambang mata nak pilih.
Masa datang kedai ni pon Dak Iqy tak ikut, Konon nak kasik seperais lah ni.hehehe...Disebabkan Dak Iqy ni tinggi orangnya walaupun baru berusia 2 tahun lebih, basikal yang sepatutnya sesuai untuk budak seusia dia pun tak sesuai untuk Dak Iqy, Dak Iqy kena pilih basikal yang untuk budak 4 tahun punya.Tu yang nampak so abang-abang sangat bila dia naik basikal tu..hehehehehe...
Dan akhirnya setelah kata sepakat, mama abah pilih basikal ni..Abah Iqy memang minat design camni, dah lama dia duk ngidam nak beli macam ni untuk Iqy nanti.Harga asal basikal ni, RM199, tapi kat sini boleh tawar menawar, kitorang dapat best price RM165 je..Berbaloiii kann...Masa kat kedai tengok macam besar risau jugak takut Dak Iqy tak sampai kaki dia, nasib baik ngam-ngam je kaki dia cecah tanah.huhuhu.Lepas beli terus bawak Dak Iqy rasmikan basikal baru dia kat taman permainan.Biasalah abah Iqy kan, paranoiddd sangat, taknak anak jatuh katanya, dia bawak main kat padang berumput..hahahaah...pasrah jela ko nakkk...Mula-mula tak pandai kayuh, dah lama-lama baru boleh kayuh sikit-sikit, tu pon berlagak tak kasik orang tolong tolakkan basikal dia..hahahahaha...Pastu bila dia lupa skill nak kayuh, mulalah mengamuk sorang-sorang...Haiiishhhh ikut perangaiii sape lah tu kan...ahahahahahah..


Lepas Isyak, ajak nenek atuk semua lepak Putrajaya, nak asah lagi skill kayuhan Dak Iqy, Kemain lagi main basikal pon siap dapat moral support dari atuk nenek..hahahaahha..

Info kedai basikal:

SPORTY RIDE TRADING
21, Jalan Utama 1/13, Taman Perindustrian Puchong Utama, Puchong Perdana,
Seksyen 1 , 47100 Puchong
03-8060 2218


6 comments:

  1. Seronoknya dak ensem tu dapat basikal. Hee

    ReplyDelete
  2. Wah, ktorg pn nk cari basikal utk darwish juga. Tp mcm bhya plak nk bw main kt luar ni kawasan xsesuai. Kang terperap je basikal tu main dlm umh semak. Hahaha.

    ReplyDelete
  3. Knp kte xblh view gmbr eh..huhuu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..nak tanyee , pkp ni kdai Basikal buka x?

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)