Followers

Thursday, September 22, 2016

3 beradik

Aku ni 3 beradik je, aku anak tengah2..Hampir2 jadi anak bongsu, tapi lepas 11 tahun tetiba plak adik aku lahir.Hahahaha..Lambat kan aku jadi kakak.11 tahun wa ditatang dengan minyak yang penuh beb.Sebab tu sampai skrg mak aku still takleh move on panggil aku "adik".Dak Iqy selalu "bahan" aku, asyik dengar nenek dia panggil aku "adik" , dia pon sibuk jugak nak panggil aku adik..Cehhh..

Kalau nak throwback cerita zaman kanak2 memang banyak untuk diceritakan.Cuma yang pasti aku dari kecik memang rapat dengan along aku.Tapi dalam dok rapat2,selalu jugak gaduh2 manja.Biasalah abang sulung ni memang suka cari pasal dengan adik dia kan, nak menang sangat kan, haaa ambikkk..Ai is redha jelaaa.Aku ni masa kekecik dulu takut sangat dengan tarian singa yang aku panggil "dung dung chey".Masa kat rumah lama kitorang dulu, memang selalu ada tarian singa ni sebab jiran2 aku ramai kaum cina.Nak dijadikan cerita, si dung dung chey pon suka nau nyakat aku, mentang2 aku budak hingusan lagi time tu, kalau sakat time sekarang dah lama kaki aku hinggap kat mulut kau singa oiii..hahahaha..Yang along aku plak suka lah nyakat aku, kalau aku noty sikit je, mulalah ugut nak jadi "dung dung chey", aku ingat lagi gaya dia buat aksi "dung dung chey" guna selimut dia.Aku punya lah takut sampai rasa nak terkencing, eh dah terkencing dah kot,lupaaa plak..hahahaha..Bodoh je terin gat balik..

Aku plak masa kecik2 dulu penakut, takut tido sorang2, so setiap malam aku akan pastikan along aku tido dulu,dia jenis yang suka main gitar sebelum tidur.Aku pon tunggu sampai dah tak dengar bunyi gitar tu tandanya dia dah tidur, dia plak jenis keturunan Nobita, letak kepala je terus lena.Pastu jenis yang berdengkur kuat.So boleh taw kalau dia dah tidur.Bila dah konpom dia dah tidur, aku pon senyap2 amik spare key bilik dia, dan menyelinap tumpang tidur dlm bilik dia.Dapat tidur hujung katil pon dah syukur sangatt dah..Hahahahaha..

Yang bikin spoil tu, kalau dia tersedar tengok aku dah tidur kat bilik dia? Cepat2 dia halau aku balik bilik sendiri, yang aku pon meraung2 lah taknak.Masa tu lah start drama swasta, merayu segala moga2 dapat tumpang tidur sampai ke pagi..heheheheh..Ada satu hari tu, along aku sorok spare key bilik dia.Tapi dia taktaw aku ada spare key lagi satu..hahahah bijak tak aku.Aku pon slow2 buka pintu bilik dia macam pencuri.Sekali buka je pintu, taraaaa!!! Along aku dah tercegat depan pintu dengan berselubung selimut pastu suluh torchlight kat muka dia sambil cakap "salamelekom"..Kohajaaa betull..Aku punya terkejut sampai hampir nak kojol ko tau tak..Dah lah gelap masa tu..Haishhh rasa nak hempuk2 je masa tu..Aku pikir malas nak derhaka je..hekkkhekk

Banyak lagi kenangan aku dengan along aku masa kekecik, dia memang kaki buli tapi sebenarnya dia tu penyayang, kalau aku kena marah ke hape, dia yang selalu back up, sampai sanggup offer diri utk di"hanger" ganti tempat aku..Cewahhhh sweeett kan..Tapi kalau ingat kes buli tu rasa nak pijak2 je..haahhaha

Makin meningkat dewasa, dah kurang kes buli, aku selalu jadi tempat luah perasaan, awek pertama awek kedua, skandal sana sini semua aku tahu.hahahah..Semua rahsia dalam poket aku.Tiap kali nak pergi dating, mesti suruh aku pilihkan baju, pastu aku jugak lah tukang gosok baju dia.Sampai sekarang aku ngan along masih rapat, masih wassap aku kalau nak share problem, aku taw antara aku dengan adik aku mesti along sayang aku lebih..hahahahaha...kan along kannn..babailahhh ko Tasha..kihkihkih..Sometime cerita sedih2 pon dia share dengan aku, pastu sama2 nangis..anyonyonyo...

Aku dengan Tasha ada jugak kenangan, tapi sebab perbezaan umur yang jauh sangat so taklah semanis kenangan aku dengan along.heheheh..Tasha lahir pon aku dah nak meningkat remaja kot.Aku macam "shock" sikit mulanya.Yelaaa dah biasa jadi bongsu kan..tetiba dah turun takhta jadi anak tengah2 plak.Ko rasa???Aku dengan Tasha masa kecik2 selalu gaduh, jenis gaduh yang tragis sangat, entahlah kenapa..Macam anjing dengan kucing, tapi lepas aku kahwin, semua berubah, aku jadi rapat sangat dengan dia.Masa aku nikah, dia nangis beria2 taw minah tu.kahkahkahkah.Kalau dulu dia benci aku sebab aku ni garang macam kakak tiri cinderella tu, tapi sekarang dah jadi kawan baik plak.Ada hikmah aku kahwin kan, dapat merapatkan dan menjernihkan kembali hubungan aku dengan adik aku yang selama ni asyik bercakaran je.hahahaha..Ekceli gaduh2 manja je, takdelah gaduh sampai tak mengaku adik beradik, still tidur dan kongsi bilik yang sama.


Uishhh panjang jugak aku bercerita, sebenarnya aku taktaw nak cerita pasal apa, kebetulan belek2 gambar terjumpa gambar kami 3 beradik ni, tu yang terciptanya sebuah entry ni..hahahah..layaannnn kan aje lah ehhh.

2 comments:

  1. Yaya pun takut tengok tarian singa masa kecik2 dulu. Skrg dah besar seronok pulak hee

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)