Followers

Tuesday, September 6, 2016

Sampai sudah tak habis kerja

Haiii uolls, harini nak borak kosong je, nak mengadu domba sikit boleh tak? Harap sudi mendengar..Taw tak hingga ke hari ini, aku masih menunggu gaji yang tak kunjung2 tiba.Aduiiii tuhan je taw betapa siksanya, ibarat tunggu buah yang ntah bila nak gugur..Hari2 berharap..Bukan mintak duit orang pun, duit gaji sendiri tuuuu..Taktaw nak sabar macam mana lagi.Ni pestaim dalam sejarah kerja dengan company yang liat nak bayar gaji..alahaiiiiii...Aku anggap ni ujian buat aku.Tahun ni betul2 menduga, banyak ujian dan cabaran..Moga aku diberi kekuatan hadapi semua ni.Aku sedang jatuh gedebuk sekarang ni weyyy, moga aku kuat untuk bangkit kembali.Cewahhhh..

Berharap sangat dapat peluang kerja lain yang lebih baik.Nampak nya masih belum layak bergelar surirumah sepenuh masa lagi, rezeki ke arah itu belum ada..InsyaALLAH Maybe perlukan sedikit or lebih masa lagi .Okey stop cerita sedih, tu je nak luah, sebenarnya pasal gaji lambat je..Hutang2 semua dah setel, sekarang ni tinggal duit nak belanja tu memang bebetul harap gaji je weyyy, tu jela untuk nak berjoliii pun...Tolong lah fahammmm oiii..Eh ni nak marah niiii..

Weekend haritu, bila dah bosan taktaw nak buat apa, mula lah nak berkemas itu nak menyusun ini..Nak kata rajin tu taklah jugak, cuma saje nak mengisi masa lapang,kan tengah frust menonggeng tunggu gaji ni..Tengok plak almari solek dah serabut, maklumlah pagi2 mekap rushing piap, piap selerak satu meja.Nak berkemas hujung minggu jelaaa, kalau sakit mata sangat just kuis-kuis je lah setiap hari, asalkan nampak kemas, padahal dalam drawer tu segala  mak nenek berserabut, tak tersusun.Kalau tutup, sedaplah mata memandang, nampak kemas je yang atas, punya nak jaga hati sendiri..hahahahahah..Cuba kalau buka drawer tu, nak terburaiii dah segala isi dalam tu,penuh sarat barat sangat..


So ni lah hasilnya, dah kemas pon still nampak berserabut, aku ni suka berkemas cuma kurang berseni je..hahahha, sebab tu kot still nampak serabut walau dah kemas, suka tengok orang lain susun atur, nampak kemas rapi je, asal aku dah kemas pun still nampak serabut haaaa...Tak faham akuu..


Dalam dok sibuk menyusun atur lemari solek, sesuatu terjadi di bilik sebelah.Bilik sape lagi.Bilik permainan Dak Iqy lah...Oiiiiii bilik ni lagi serabutt...Kemas sejuta kali sehari pon belum tentu nampak kemas..Dalam gambar tu baru hint je tu..Hakikatnya macam kena serang garuda..Saboooo jela aku, pastu pandai plak tu, dah tengok bilik bersepah, dia plak yang membebel "Ishhh epah-epah (sepah2)"..Haaaa taw pon merunguttt..Pastu sambung plak selerak mainan kat ruang tamu...Haaaa tang ni melampauuu, tang ni yang selalu buat mak kau jadi hijau niii...hahahahahahaha..

Biarpon penat jadi surirumah sebab kerja rumah takkan pernah habis, tapi aku rasa enjoyyyy je, atleast sambil buat kerja rumah boleh layan karokkk kat Smule Sing...Ehhhh...hahahahaha...Ni baru rumah flat, belum rumah banglo lagi, kalau banglo, mau kurusss aku dok mengemas je hari2..kahkahkahkah...Tu pon ada hati nak duduk rumah bawah, yang lebih besar sikit, rumah besar kangkang semut ni pon ko dah tunggang terbalik emngemas, acaner tu???

*Harap2 esok gaji...nak raya ni weeyyyyyy...

5 comments:

  1. Ya Allah..murahkan rezeki nory..aammin

    ReplyDelete
  2. Aduhaiiii..gaji lambat nie mmg betul rase nak naik hangin kan..pasal duit gaji jgn la main2..tuh belum cite sakit kepala mikir lg..haihhh..harap2 esok nory dpt la gaji..nie dh berapa aribulan dh..selalu ke dieorg masukkan gaji lambat?

    ReplyDelete
  3. mila pun malas kemas nory tapi tingin nak nampak kemas je haha...

    ReplyDelete
  4. lama sgt tu masuk gaji... maybe company Kak Nory skg tak kukuh bab kewangan..kena hati2 pasni...sabar jela ye..ekonomi skg pun tak menentu

    ReplyDelete
  5. mak aih... barang mama dia dgn barang baby fight2 byk..

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)