Followers
Wednesday, April 19, 2017
Makin lemau nak kerja
Wednesday, April 12, 2017
Surirumah separuh masa
Mueheheheee...tak dapat jadi surirumah sepenuh masa, dapat jadi part time surirumah pun boleh.Biasanya cuti hujung minggu macam ni lah baru boleh merasa jadi surirumah sepenuh masa ni.Kalau hari bekerja tu faham faham jelaa, balik kerja dah penat, dengan kerenah anak lagi, dengan nak masak lagi, kadang tu tak terlarat nak kemas rumah dengan betul2 proper punya.Kemas2 gitu je buat sedapkan mata ,so bila tiba hari cuti ni lah nak berkemas rumah, menvacuum, lap perabot, kemas dapur, kemas peti ais, kemas bilik segala.Pfffttt memang penat jadi suri rumah ni, tapi jadi surirumah yang dalam masa yang sama bekerja jugak penat giler.
Sabtu haritu, baru lah ada masa terluang nak melipat baju , mula2 vacuum satu rumah dulu, lap perabot, pastu mop lantai, dalam masa yang sama dah siap2 mesin baju bajan, mujur Abi cuti weekend ni, so dia yang tolong sidai kan, masak pon dia yang prepare, oohhh thats why aku suka kalau abi cuti time weekend , so aku tak rasa diri ni macam amah sangat.hahahahah..Abi ni dia memang spesis suami yang sentiasa memahami, tak payah suruh, dia sendiri akan volunteer tolong setelkan kerja rumah.Syukurrrr, aku patut bersyukur dengan kelebihan suami yang satu tu.Tu pon selalu mengeluh laki aku macam ni lah macam tu lahhh..Nak perfectt je manusia ni kann..hahahah..Aku sendiri pon tak perfect mana..Pigidaaaa...Aku sambung mesin baju Dak iqy plak, sampai sekarang aku masih asingkan baju bajan Dak Iqy kalau membasuh, sidai pon aku yang sidai, sebab baju bajan Dak Iqy, aku je tau cara nak sidai camne, heheheehe..Orang lain takleh masuk campur..muahahaha..
Ok dah setel semua, lepak depan tv, lipat baju bajan yang seminggu menggunung itu..Sakit mata dah aku ni tgk gunung ganang baju tu, takleh tahan, gagahkan diri jugak melipat.Oh yang ni aku tak bagi Abi tolong, sebab cara lipat abi dengan cara lipat aku berbeza, aku cannot accept..hahahahaha...Pernah dulu dia tolong lipat, tapi aku kirai balik dan lipat semula.Entah aku pon tak faham nape aku macam ni.Mungkin ada sindrom OCD sikit2 kot..Tapi masih tak terlalu serius lagi lah..hehehehe...
Dak Iqy dah terlepas kat rumah sebelah, melepak rumah Neklang dia.Lepas tu tak reti2 balik siap ikut paklong n paksu dia beli cendol durian lagi, punyalah suka sampai halau aku suruh tinggal kat rumah diam2.Bertuah punya anak.huhuhuhuuuu..Kemain dah macam orang bujang2 plak dia, kawan dengan orang bujang je.Kemain sangat..Pagi tu dia mengamuk tak tentu pasal, aku dah sakit kepala dah dengan kerenah dia, mujur Abi ada, bawak dia keluar pergi kedai, bagi aku reda sikit emosi aku ni.Gerammmm wey..Bila dia balik, barulah sejuk sikit hati ni.Kalau tak sebelum tu aku rasa nak telan2 je dia..hahahaha..
Ingat petang nanti nak bawak Dak Iqy main kat playground, kasik dia happy2 sikit, bosan agaknya cuti2 terperuk je kat rumah,tapi dia tidur plak..huhuhu.. aku ni kadang time weekend suka memerap kat umah, sebab malas nak bersiap2 nak keluar tu..Duduk umah lagi best aku boleh fokus kemas rumah je, seronok je tengok semua teraturrrr..Kalau keluar kang, kepala ni tak tenang je serabut fikir rumah bersepahlah apa lah..Susah betul jadi seketul Nory Zoulkefle ni..urghhh..
Tuesday, April 11, 2017
Lunch date dengan kak Zila
Khamis dan Jumaat lepas, dua hari berturut2 lunch dengan Kak Zila, ex-opismate Trio dulu.Memang selalu pun lunch dengan Kak Zila, tapi kadang tu lama jugak tak lunch sama sebab aku selalu balik rumah mak aku.Khamis aritu dekat2 time lunch, Kak Zila call, ajak lunch sama, gaya cakap macam ada masalah je.Mesti dia stress tu.Biasanya kalau dia stress , aku lah tempat dia meluah, sebab dulu kitorang kan dah biasa meluah antara satu sama lain.
Kitorang set nak lunch kat Restoran Johan, aku okey jelaaa, sambil makan sambil bergosip, geram aku dengar kak zila mengadu pasal kerja yang makin hari makin melampau2.Semuanya punca dari sorang minah ni, yang dulu jadi punca aku stress sampai berhenti dulu tu, aku ingatkan dah berubah lepas aku berhenti, rupanya makin teruk dan makin naik tocang.Ya Allah, tak baik tau aniaya orang.Kak Zila tu punya lah stress sampai dah nak resign sebab tak tahan jugak.Maybe lepas dia kahwin nanti dia terus blah dari company puaka tu.Ekceli company tu tak puaka, yuppp perempuan tu yang puaka.Astaghfirullah~~~Seronok sangat ke kerja aniaya orang ni.Tak berkat rezeki kak oiii..Ko nak kerja senang, dok mengangkang je, orang lain kau pijak2 camtu.Ya Allah, jauhi lah aku dari mengenali orang2 yang camtu lagi.Takmau tambah dosa membenci orang ni.Aku ni bukan jenis yang senang2 nak benci orang, tapi kes ni dah melampau sangat.
Aku percaya cerita2 kak Zila ni sebab aku sendiri pernah alami situasi kena aniaya masa kerja kat situ dulu.Masa tu aku memang under perempuan tu, orang atasan dia kipasss baik punya, sampai dorang tak nampak langsung kebaikan kau, tapi kesalahan kau yang sikit je dorang akan perbesarkan..Dan dia, yang kerja mengangkang sahaja, orang nampak dia yang bekerja keras.Yang dapat nama diaaa...ko rasa???sape boleh tahan kerja dengan orang macam tu??Dah berapa orang sebelum dan selepas aku, semua tak kekal lama, yang kekal hanya dia yang semakin hari semakin berpengaruh besar kat company padahal jawatan ko dengan dia sama je...Tapi yang separuh mati buat kerja, tanggung risiko, kauuu...Kau rasa???
Aku kesian dengan kak zila dan Farah, macam2 kak zila cerita kat aku.Aku tak tahu nak cakap apa, nak api2 kan pun tak, cuma boleh suruh kak zila sabar jela.Dia dah lah pening dengan urusan persiapan kahwin dia, stress dengan kerja lagi, aku faham sangat camne serabutnya kepala dia sekarang.Aku dulu pon, hari2 sakit otak kerja situ, gaji tinggi pon hati tak tenang buat kerja bila ada orang buat aniaya camni.Moga Kak Zila kuat semangat hadapi cabaran ni, doa yang baik2 jela untuk perempuan tu.
KFC Tasik Prima, Puchong |
Hurm citer pasal lunch plak, esok tu hari jumaat kitorang lunch sama lagi.Kalini kat KFC, makin lembab plak sistem order kat KFC ni, lepas order nak tunggu nombor plak, dah macam MCd..Dahlah lembab, aku tak faham nape dorang tukar sistem macam ni, rasa macam lagi lambat adelah.Sistem biasa macam sebelum ni pon okey dah, order terus dapat makanan, takyah nak tunggu giliran lagi, 2, 3 kerja..Buang masa je tau tak..
Monday, April 10, 2017
Pantang pergi petrol pump
Friday, April 7, 2017
Tetiba rajin ke dapur
Sebelum kukus |
Thursday, April 6, 2017
Kena "paw" dengan Dak Iqy
Dak Iqy ni kan memang WIN bab mengepaw ni..Yang selalu jadi mangsa, aku lah.Tiap kali balik kerja lepas amik dia kat rumah babysiter, kalau tak singgah rumah nenek dia, mesti mengamuk, pastu kalau pujuk mesti nak upah.Upah dia mainan jela.Ye salah aku yang ajar dia suka beli mainan ni.Tapi nasib baiklah aku ajar dia beli mainan dia kat kedai RM2 je, kalau ajar beli kat ToyRus, mufliss lah mak ko ni nak oiii...hahahaha..
Boleh kata selang sehari mesti kena singgah kedai RM2 ni, asal dorang topap je mainan baru, Dak Iqy lah orang pertama yang borong banyak2.Dia bukan jenis nak beli seketul ni, paling sikit pon 2 ketul mainan okey..Haritu baru masuk mainan baru Spiderman, memang feberet dia lah, masa tu beli tiga pcs je, pastu kat rumah dia tuntut lagi dia kata "mama, Iqy nak spiderman banyak2".."Tu kan dah beli banyak tu"..Dia jawab apa tau " Iqy nak banyak lagi, nak five sambil tunjuk lima jari dia siap kira satu persatu jari dia tu, punyalah nak bagi aku faham suruh beli banyak2..
Esok tu, ingatkan dia lupa , masuk je kereta, terus dia cakap "yeayyy!!! Iqy nak beli mainan banyak2"..urghhh baru nak ngelat, dia ingat plak.Tulahh budak kan, jangan sesuka hati tabur janji kat dorang, dan jgn sesekali korang mungkiri janji tu, tak pasal2 hidup diselubungi misteri nanti..hahahahah...Okey nasib baik lah kedai RM2 kan, okey aku turutkan aje.Dah janji nak beli 5, tapi beli 4 je, sebab aku beli whisker 1 nak buat puding karamel..hahahaha..Nasib baik dia tak bising sebab tak cukup 5..hahaha..Dia borong spiderman 3 pcs dgn 1 pce bomba..Kat rumah kalau dikumpul2 mau dekat 5, 6 bakul kot..Tapi banyak dah jadi OKU lah, ade yang patah tangan, patah kaki..haha..
Dak Iqy memang suka susun macam ni, lepas susun dia akan tenung sambil tersenyum, tak tau apa yang dia dok imagine kan..hehehe, seronok sangat kot dapat susun semua superhero2 dia macam tu..hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)