Followers

Thursday, October 19, 2017

Satu family berjangkit


Lepas Iqy discharge sabtu haritu, boleh dikatakan yang datang melawat Iqy kat hospital semua dah start demam.Mulanya Abi berjangkit, lepas tu mak aku, papa , maklang, dan paklang aku dan terkini Dicha, anak buah aku yang sebaya Iqy tu.Allahu ujian demi ujian..Setakat ni yang ada simptom2 influenza A, mak aku sebab dia kena cirit birit,selsema dan batuk sekali.Yang lain semua demam je..Dicha plak, suhu dia tinggi giler, lebih tinggi dari Dak Iqy, hampir 40c..Kesian aku tengoknya..Hari selasa haritu along & kokti bawak pergi KK, check temp tinggi sangat terus kena refer hospital serdang, drip air.

Aku risau dengar suhu tinggi2 ni, sebab Dak Iqy haritu 38c pon nurse dah kelam kabut cakap tinggi dan terus sumbat ubat kat bontot tu.Aku selama ni takde thermometer, lepas dak Iqy kena demam on off ni, terus aku beli online, standby kat umah satu.Nape ntah aku tak terpikir nak beli benda ni dari dulu lagi..ahahahaha..Risauuu lah kalau suhu tinggi sangat, kena tarik or sawan ke kannn..Bahaya tu..Mintak dijauhkanlahh hendaknya..Sebab tu Dak Iqy kalau demam sikit pon aku hangkut hospital terus..Aku takutttt weyyy...Mak aku pon kalau cucu2 nya demam sikit je, along aku mesti kena bebel 4 ratus muka surat dengan mak aku, berbuih mulut dia paksa bawak pergi klinik or hospital secepat mungkin..hhehe

Urmmm setakat ni aku dan adik aku je yang belum dijangkiti lagi..Mintak2 antibodi aku terus kuat lahh..Aku kalau demam kang lagi super melepekkk punya..Lembik semacam je nanti..hahahaha..Dahlah cuti dah banyak hangus bulan ni, lama kot aku cuti masa Dak Iqy warded aritu..huhuhuuu...Nasib baik boss dan kawan opis spesis memahami.Siap suruh sambung cuti lagi, aku je taknak sebab kang banyak plak kena potong gaji, annual leave dah habis..Sedihhhhh...Sebagai persediaan, aku paksa diri minum bergelen2 air, dengan harapan tak berjangkit lah hendaknya, aku dahlah tidor sekatil dengan Dak Iqy masa kat wad aritu..huhuhuu..Tapi kalau berjangkit jugak, mak pasrah nakkk..

Dak Iqy balik dari hospital je pelik, tengok nape semua orang lembik je tak bermaya..Nenek dan atuk pon taknak peluk cium Dak Iqy, sebab dia baru sihat kan, takut antibodi lemah lagi.So dia macam pelik nape semua macam taknak layan dia je, hahahaha..Last2 mainlah ko sorang2..Kawan gaduh (Dicha) pon tak sihat, dah dia sorang je yang terkinja2, terlompat sana sini..Haishhh...Mentang2 dah sihat ..huhuhuuu..

Tuesday, October 17, 2017

Kos admit 4 hari 3 malam di wad sang kancil, Assunta Hospital

Sekadar perkongsian untuk rujukan sesiapa yang nak tahu berapa kos admit Dak Iqy selama 4 hari 3 malam di Assunta Hospital, PJ..Assunta Hospital ni popular masa aku zaman sekolah rendah dulu.Yang lahir kat hospital ni kira macam orang 'ada-ada' lah.Tapi sekarang dah banyak dah hospital swasta yg lagi popular dan mahal plak tu .Tapi untuk pengetahuan korang, Assunta Hospital ni antara hospital swasta termurah kat KL ni.Aku tau pon sebab ada sekali tu bersembang dengan sorang uncle ni masa tengah tunggu ubat, dia dari klang, jauh tuu..Aku tanya kenapa datang jauh2 sampai ke sini, dia lah yang cakap ni antara hospital yang termurah.Urmmm aku pon taktau sejauh mana kebenarannya.Sebab tak pernah bayar bil, Dak Iqy under cover, abahnya staff kat situ.huhuuhuu..Pernah juga saje ngade2 nak tengok bil, perghhhh mahal jugak bagi aku..Kalau tak under cover, takde maknanya aku pilih swasta, hakak masyarakat marhaen je dik nonn..huhuhuuu


Kalau ikutkan ni kali kedua Dak Iqy warded kat sini, first sekali 2 tahun lepas, time tu Dak Iqy sakit perut, muntah2.Itupon aku yang nak sangat dia warded, dah lembik dah tengok dia time tu, kena tahan masuk air je, merasalah 2 hari 1 malam warded.Masa tu duduk bilik 2 bedded, selesa sangat lah.Rasa taknak balik, Dak Iqy je meraung2 ajak balik, yang mak dia tak sedar diri taknak balik dah kenapa...hahahha..Tapi time tu lupa nak mintak bil..Taktau berapa kena cas..

Kali ni kena warded sebab positif Influenza A.Rupanya ramai yang warded sebab virus ni..Doktor kata tengah musim.Cuma ramai yang tak tahu dijangkiti, aku rasa aku demam aritu pon sebab virus ni kot..Tapi tak cek, tau2 sihat je..hahaha..Dak Iqy pon masa check darah, cuma detect demam sebab jangkitan kuman dalam darah je, tapi taktau kuman apa.Lepas amik test hingus dia baru dapat detect influenza A..Hingus jenis yang tak macam selsema biasa, nampak macam tak selsema je, tapi hidung berair cair ..itu antara ciri2 influenza..Tapi doktor kata tak bahaya (tapi still boleh berjangkit melalui sentuhan, udara, etc), tak macam H1N1 tu.Ni adik beradik influenza sahaja.Aku mula2 tu cuak jugak, masa google Influenza A semua tulis H1N1..Haishhhh...konpiusss aku..urmm entahlaa..


4 hari 3 malam berkampung kat sini, wad 2 bedded semua penuh, yang ada 4 bedded, aku tak kisah pon pasal 2bed ke 4bed , bukan aku bayar pon, hahaha..4 bedded pon aku syukur dah..yang bestnya kalau swasta ni, masa melawat flexible sikit, takde had kan bilangan pelawat, family aku ramai, sedara mara datang sekali harung, senang dorang masuk lawat sekali.Teringat anak buah aku warded kat hospital serdang dulu, sorang2 kena masuk lawat, tapi aku tak cakap hospital gomen tak okey..Okey je, sebab aku bersalin kat situ dulu pon selesa je, takde masalah pape pun.Cumanya swasta ni selesa sikitlah bagi aku.Dak Iqy ni pon mujur under cover, kalau tak hospital gomen jugak pilihan aku.


Dak Iqy duduk wad sang kancil, lengkap dengan tv (lengkap dengan astro) dan wifi free yang laju giler untuk setiap katil, aku kasi can lah dia layan wifi puas2, kalau tak dia sibuk berzikir ajak balik..grrrr..Bilik air yang selesa lengkap dengan heater segala.Siap dengan katil boleh ubah untuk parent.Yang bestnya dua2 parent boleh berjaga sekali kat wad.Aku tido atas katil sekali dengan Iqy, Abi tidur kat katil boleh ubah tu..Lena weyy aku tidoo, aircond dia sejukk..kahkahkahh..Aku rasa dah macam check in hotel dah..muahahaha..Abi pon senang pergi kerja, siap2 mandi semua terus naik tingkat atas, mula kerja..ngeeee..10 minit kang turun kat wad, bawak makanan..hahahaha..aku duduk wad selera kemain lagi..Makan je 24 jam..



Bab makanan plak, sape kata makanan hospital tak sedap..Kat sini sedappp weyy...pastu menu boleh pilih plak tu, setiap hari ada menu pilihan yang berlainan.Aku bantai tetiap hari order western..kahkahkah..Yang lawaknya, yang check order sheet tu laki aku, siap perli lagi amboiii kemain patient 3312 tu, order western jekk..hahahahah..bukan patient yang makan, mak patient yang makan..Mak & papa aku pon makan sekali, dorang pon berselera.Dorang kata "eh orang kata masakan hospital tak sedap, tawar je, tapi ni sedappp lah.."

Habis sepinggan mak aku makan, papa pon sama..hahahaha..kat sini makanan dorang dimasak sendiri kat dapur hospital tu, bukan under kontrak..Tu yang sedap kot.Abi cakap sebelum menu tu dikeluarkan, 3 orang juri yang nilai setiap menu tu..Kalau okey baru boleh proceed..Thats why lah sedappp..tapi tengok menu jugak lahh..ikut selera masing2 kan.Ada jugak yang aku rasa macam pelik je..hahahah..


Sepanjang aku teman Dak Iqy warded kat situ, 7 Eleven kat level 1 tu dah macam rumah kedua aku dah..hahahaha..Dok berulang situ je berapa kali setiap hari..Beli jajan buat kunyah2 je.Kedai roti pon ada, cafeteria kat level 3, kantin kat tingkat 5.Tapi aku tak jejak kantin pon, tak sedap sangat.Cafeteria dia okey, tapi mahal sikit laah..Aku teman tasha je makan haritu sekali.boleh tahan gak western food kat situ.Malam2 suka beli megi cup, amik air kat pantry, lepak atas katil layan TV..Heavennn jugak rasa..kalau duduk sebulan pon iolls sanggup macam ni.hahahaha


Layanan staff, alhamdulillah semua okey..Sama macam hospital gomen jugak, baik2 je semua.Sebab aku belum berpengalaman lagi jumpa nurse2 yang kerek samaada kat hospital gomen mahupon hospital swasta..Selalu jumpa orang yang baik2 je..Alhamdulillah..Doktor pon okey, yang handle kes Iqy ni , Dr Paranjothy, memang dari kecik refer dia je..Muka ada iras Ahmad Nisfu..hahaha..Tapi Dak Iqy takut betul kalau dia datang..taktau lah kenapa, fobia kot dengan doktor..hahaha..

Hari ketiga Dak Iqy punya suhu dah stabil.Tak de naik2 dah..Ada harapan nak discharge dah ni..Doktor pon cakap esok boleh keluar kalau takde pape..Malam tu plak, lepas makan ubat dia cakap nak muntah, tak dan nak bawak gi bilik air, dah selambak atas katil, sampai tercabut drip kat tangan dia, melalak2 lah dia sebab sakit.Aku tengok pon ngeri.Ngiluuu oii..Tangan dia pon dah bengkak sikit..Terus cabut drip, mujur tak kena cucuk lagi, sebab botol ketiga tu pon dah nak habis, dia pon dah okey, terus buka jarum tu..Makin bebas lah dia..Siap ikut hantar mama ida kat car park lagi..ngeee...





Esok tu bangun pagi, dah start hyper dah, mentang2 jarum dah cabut..Adoii..pepagi dah ajak aku turun gi 7Eleven & lepak mini playground..Doktor datang kat katil tengok takde orang..Mujur Abi ada time tu, so doktor pesan kat Abi cakap Dak Iqy dah boleh discharge..Yeayyyy...sementara tunggu tasha datang pick up, kitorang lepak2 dulu kat wad.Dak Iqy dah berlari2 dah kat wad tu, macam hospital bapak dia je dia buat..hahaha..Sempat lagi dapat kawan baru, selamba je pergi katil depan, selak langsir, dok hallo, halloo ajak kawan tu main..hahaha..Siap kenalkan kat aku " mama, tu lah kawan Iqy, dia maluu"..huhuhuuu..Yelaa dia malu, kau je tak tau malu kan..haha. 


Ok tu jelaa nak kongsi sedikit pengalaman aku menginap di wad sang kancil, Assunta Hospital..Masa nak discharge tu, aku suruh Abi mintak bil, saje je laa nak tengok berapa kena kan..4 hari 3 malam , RM1520.79 bebbb..Bagi orang kebanyakan macam aku, terbeliak jgak lah biji mata walau tak kena bayar satu sen pon..Tapi aku rasa murah kot banding dengan hospital swasta lain..Eh entahlah sebab aku takde pengalaman dengan hospital swasta yang lain..heheheh..Ke sama je ..?



Friday, October 13, 2017

Positif Influenza



Live blog update dari Wad Sang Kancil, Assunta Hospital.Malam kedua Dak Iqy check in kat sini.Start dari minggu lepas lagi dia demam pakej dengan cirit birit ni.Tapi dah sihat dah sempat balik kampung lagi weekend aritu.Tup tup Isnin haritu moksu aku cakap Dak Iqy ada muntah.Badan pon macam dedar2 sikit.Berak pon still cair2 lagi.urmmm..Hari selasa dia okey sikit, takde demam, tapi berak cair lagi, aku continue bagi ubat yang sedia ada.Then, hari rabu pagi, aku rasa badan dia panas sangat.Terus Abi ajak bawak hospital.Check suhu 37 camtu..Pastu doktor suruh buat blood test, setel amik darah macam biasa detect ada jangkitan kuman je, cuma tak tau kuman jenis apa.Denggi pon bukan.

And then, doktor suruh refer Paed, aku mintak refer dengan doktor Paranjothy tapi dia half day haritu, sebab dari Iqy kecik refer dia je, tapi sebab dia half day ganti doktor lain, aku okey je..Tak kisahlah janji doktor kan..Doktor Mary check suhu Dak Iqy lagi sekali, kalini makin naik..38.9...perghhh panas tu..Terus sumbat ubat kat bontot lagi..Pastu doktor suruh admit sebab demam pun on off kan, suhu pon turun naik, aku memang nak sangat Dak Iqy admitted sebab aku risau sangat tengok keadaan dia dari minggu lepas lagi..Aku tak yakin nak pantau sendiri kat rumah, risau jadi pape..Biarlah admitted demi kebaikan dia.Walaupon abah dia sangatlah berat hati tengok anak dia admitted.Yuppp, antara mama dan abah, mama lebih kuat..Abah hati tisu sangattt..huhuhuuu..Takpe abah, positif okey, demi kebaikan Dak Iqy jugak..Aku lagi tak kuat tengok dia melepekkk lembik je kat rumah, risauuu wey..


Masa nak cucuk jarum untuk masukkan air, Dak Iqy macam biasa lah, penuh dengan drama air mata dia tu.Mujur mak hati kental nakkk,aku tunggu luar bilik, sebak jugak dengar dia meraung, "mama, jangan tinggal Iqy mama"..chill mama chill..Kalau abah ada, mesti abah nangis sekali ni..Mujur masa ni abah dia sambung kerja kat atas..hahaha..Nurse2 kat situ pon cuak dengan dia, tapi rajin plak melayan dia.Tiap kali datang katil nak check temp mesti nyorok dulu belakang langsir, hulur thermometer suruh aku yg buatkan..hahaha..Dia takut Dak Iqy melalak nampak dia .Hadoiii..tapi oklahhh sekarang, tak macam first time admit dulu, cleaner masuk bilik nak sapu pon dia melalak, dia ingat doktor..hahahaha..Sekarang ni oklaaa, nurse2 ni plak rajin layan dia bersembang, macam2 dia tanya nya..Jenuh nurse nak menjawabnya, check nadi kan guna kepit kat jari tangan kan, ada sekali tu, dia tengah leka main, nurse malas nak kepit jari tangan dia, so kepit lah jari kaki, pastu dia tanya nurse " eh kenapa kepit kaki, tadi kat tangan?? " hahahaha..sibuk nak tahu..


Tiap kali nak makan ubat, yang nurse sorang ni suka panggil " hye darling kakak, time utk makan ubat" ..sengihhh je dia..suka lettuew...gedik angat..Patient katil depan ni nyanyi kuat2, selamba je dia sound, "hishhh nape bising ni, diam lah Iqy nak tido ni" ..dah lah cakap kuat, cecepat aku gi mintak maaf, kang tak pasal2 kena kecam plak anak mulut tkde insurans..hahahaahha...Aku rasa nak cepuk2 je mulut dak Iqy ni tau .haishhhh..Pastu cerewettt yg amat..Selimut hospital dia cakap busuk, mujur aku bawak sesiap selimut dr umah.Cerewet tu faktor keturunan, takleh nak buat apa..Abah dia kata, cerewett macam mama..Do i care??? Hahaahhaha

Semalam doktor ada amik sample hingus, dan resultnya positif Influenza A. ALLAHU....Dalam kepala otak aku, bila sebut Influenza je aku terus ingat H1N1,..kuarantin, bahaya, berjangkit..Tapi alhamdulillah doktor kata influenza ni banyak jenis..A, B, C sampai lah Z kot..Entah aku pon tak habis kaji..Yang pasti doktor cakap bukan selsema babi dan bukan selsema burung.Tapi virus dari kaum kerabat Influenza jugak..Berjangkit melalui banyak faktor, udara, dan sebagainya..Aku tak habis kaji, sebab bila gugel, aku konpius, mesti dikaitkan dengan H1N1..haishhh seram nak baca..Doktor kata jangan risau, benda ni biasa berlaku, cuma kadang tak sedar pon yg kite dijangkiti.Sebab melalui ujian darah pon adakala tak dapat detect, macam Iqy lepas buat test dari sampel hingus dia baru tahu dia diserang Influenza A.Kalau tak, memang ingat dia demam sebab jangkitan biasa jela..Sebab tu sekarang ni kalau demam je dah kena buat blood test, sesetengah tempat perubatan dorang buat test dari airliur, najis , hingus dan sebagainya untuk detect penyakit..Sekrang ni kan macam2 penyakit..urmm..

Updated terkini, sekarang ni suhu Iqy dah turun, normal takde demam.Tapi takleh seronok sangat jugak, sebab semalam pon camtu, demam tu datang dan pergi, kejap kang naik, kejap kang turun suhu dia.Doakan Iqy cepat sihat dan boleh balik, 2 malam dah 3 beranak tidur wad..Dah macam check in hotel plak..Malam ni je aku jaga iqy sorang2, abah iqy balik kampung, baru dpat berita mak mertua kena strok.Allahuakbar..harap2 mak cepat sembuh..baru je cakap dengan mak kat telepon semalam.Kami redha dengan semua ujian dan dugaan ni ya Allah..Permudahkanlah segala urusan kami.Amiiiinnn Ya rabbalalamin.



Tuesday, October 10, 2017

Ada anak lelaki???Baca ni



Anak lelaki banyak energy.
Anak lelaki suka berlari.
Anak lelaki suka bergusti.
Anak lelaki perlu keluar kena matahari, nanti dapat tidur berquality.
Anak lelaki perlu keluar kena matahari supaya mood jadi happy, kurang depresi, tingkatkan memory.
Semua ni ada scientific study.
Anak lelaki perlu terapi alami.
Ada penyembuhan pada alam semulajadi.
Biar main parit. Panjat pokok sana sini.
Ini untuk tabung emosi.
Buka kasut, sentuh tanah, jalan tanpa alas dikaki.
Badan dapat create sistem immunity.
Dapat neutralize cas negative.
Kita nak restore humanity.
Jangan asyik pegang controller Dan main psp.
Terpekap dalam rumah, dinding kanan kiri.
Dihadapkan pasif skrin entertainment dari phone sampai tv.
Beri anak lelaki haiwan peliharaan.
Tak kisahlah walaupun ikan guppy.
Supaya belajar rasa empathy.
Moga besar jadi suami mithali.
Tak da la ego meninggi. (Kannnn)
Anak lelaki perlu ayah disisi.
Untuk jadi idola diri.
Spend lah time ke masjid. Suggestion saja ni.
Kalau buat Allah sukai.
Anak lelaki perlu ibu, sentiasa dengar Dan mengasihi.

Memang macam-macam perangai dia buat, kadang-kadang sakit hati.
Jiwa kena kental, sabar tidak bertepi.
Cakap sekali belum tentu bergerak.
Kenalah ingatkan beberapa kali.
Bukan semberono ya.
Ada cara dan seni.
Otaknya tak boleh proses banyak benda, satu arahan satu situasi.
Rasa-Rasa nak mengamuk, cakap pada diri,
Ini amanah Illahi
Tugas kita bukan menghakimi
Tapi mendidik
Beri kasih sayang, tanpa belah bahagi.


Ini soalan yang last sekali
Dah peluk anak lelaki pagi tadi?
Sekejap saja mereka membesar
Peluklah selagi berdenyut nadi.

#copypaste #credittowriter








Friday, October 6, 2017

Tewas akhirnya


Hallluuuu geng..Lama kan tak muncul kat sini..Entahlah sejak umur diambang 30-an (bulan depan) ni, mood blogging makin kelaut.Salahkan faktor usia plak..huhuhu..Alang2 tengah ada mood ni, nak share lah sikit cerita yang ada.Life aku macam biasa je, takde yang menarik pon untuk dikongsi tapi menarik lah bagi diri aku sendiri, bila hari2 dapat tengok wajah mak ayah, suami dan anak pon dah cukup buat hari2 yang aku lalui cukup indah..cewahhhh...

Oh yerrr, baru2 ni Dak Iqy demam..Perghhh ingatkan nak pecah rekod tahun ni tanpa demam, alih2 tewas jugak anak bujang aii toang2 tu, hujung2 tahun plak tewas nya kan..Dak Iqy ni sejenis yang jarang sakit demam dari kecik lagi aku perasan.Tapiiii sekali dia demam, haaa amik kau pakejjj sekali harung.Aku risau kalau dia demam.Kalini dia demam sekali dengan cirit birit..Demam tu tak lama, tapi yang cirit birit tu yang aku risaukan tu, 3, 4 hari jugak dia cirit birit tu.Taktau sebab apa, nak kata salah makan, entahlah apa dia makan ek.Aku jarang bagi makanan merapu2..Biasa aku masak sendiri..

Demam kalini dia dah besar, dah pandai mengadu sakit itu sakit ini, lagi buat aku cepat risau..Kejap dia cakap sakit perut, kejap cakap sakit kepala, kejap cakap sejukk..hukhukhukk..Risauu tau tak..Sampai 2 kali pergi hospital.Hampir2 kena tahan wad..Nak ikutkan aku nak dia admit je, tapi Abi taknak, dia kesiankan kat Iqy takut trauma..Aku bukan apa,atleast kalau dia kena tahan wad tu, lagi terjaga, boleh drip masuk air dalam badan, makan ubat ikut waktu..Ni nak makan ubat punyalah payah.Sebelum2 ni senang je, sekarang ni sejak dah "bujang" ni pandai plak taknak makan ubat.urmm...


Hari pertama pergi hospital lagi lah, nurse check suhu cakap tak demam, 2 kali aku suruh nurse double check suhu dia..Tapi aku mintak ubat demam jugak..Mujur aku mintak, sebab malam tu panas badan dia, sampai gigil2..Esok tu bawak hospital lagi, suhu tinggi 38 darjah...Tu paling tinggi ke atau ada lagi tinggi?? Rekod Dak Iqy kalau demam memang suhu dia gitu je..Tu pon badan dia dah panas giler..Camne lah yg suhu 40 darjah tu ekkk...uishhh risauu..Doktor tanya nak admit ke tak? Aku cakap kalau terpaksa admit, admit jelaa. Tapi abi cakap, kalau boleh taknak admit plak..okeyy takpe, doktor kata takpe, cuma takut dia dehydrate je, sebab berak banyak kali kann..Tapi setakat yang doktor check, Iqy belum dehydrate lagi, kalau tak admit pon takpe..Tapi kena pantau jugaklah..So doktor masukkan ubat ikut bontot..Standby kot2 malam nanti suhu dia naik lagi ke kan..Alhamdulillah malam tu badan dia sejuk je, tapi perut dia sakit lagi, kerap berak jugak, 2 kali bangun tengah malam nak berak..



Padahal aku pakaikan pampers , dia nak berak kat bilik air jugak, sebab dia dah kekok guna pampers, asyik cakap suruh buka je.Dah lah pampers tu size kecik aku jumpa dalam almari, hahahaha...bertabahlah nakkk..

Balik dari hospital tu pukul 10 malam, ajak singgah Tesco..mujur tesco tutup 1pg..Maka singgahlah kami, abah Iqy ni kalau anak demam, macam2 perjanjian dia.Nak belikan mainan lah, bawak jalan lah, dengan harapan anak cepat baik..Gitulah abah Iqy..Belum sihat sepenuhnya lagi, dah dapat mainan baru..Untonglaaaa anak kesayangan abah...huhuhuuu...



Sampai rumah terus mintak nak baring, sakit kepala dia kata, aikkk masa kat Tesco tadi elok sihat je aku tengok dia terkinja2..Sampai rumah sambung sakit balik ke camne..hahahah..
Urmmm musim demam kot kannn..Mertua kat kampong pon tak berapa sihat, anak buah sebelah Abi pon admit sebab demam muntah2..Ermmm semoga cepat sihat semuanya..Jaga kesihatan memasing yer semuaaa...Semoga sihat sentiasa dan dijauhi dari penyakit berbahaya..aminnn...