Alamak terlewat plak update entry ni, tapi takpe, biar lambat daripada tak update langsung kan,heee..Bagi peminat dekorasi rumah mesti dah kenal sangat dengan Majalah Anjung Seri ni, satu-satunya majalah hiasan dalaman rumah yang paling laris sekali kat pasaran.Kalau nak taw, mak aku merupakan salah seorang peminat setia Majalah Anjung Seri ni, tiap2 bulan tak pernah misss beli majalah ni.Aku minat jugak, cuma aku jarang beli sebab harga dia mahalll jugak, hahaha..So, aku tumpang baca mak punya jela..huhuh.
Nak dijadikan cerita, mak aku ni dari dulu berangan nak tengok rumah dia sendiri masuk dalam majalah kesayangan dia tu.Tiap-tiap bulan kalau baca majalah tu, mak mesti cakap "bila lah rumah mak nak masuk dalam majalah ni, huhu" .Mak aku minat sangat dengan hiasan dalaman ni, terutama perabot jati.Lain orang lain citarasa kan, macam aku minat yang ala-ala moden sikit, tapi mak aku minat jati, tapi tak bermakna aku tak sokong mak aku, kadang-kadang aku follow jugak mak pergi usha kedai perabot jati tu.
Dan tak disangka-sangka, angan-angan mak tu bukan angan-angan kosong semata-mata, mak terujaaa giler bila aku bagitahu Kak Onlia (wartawan Anjung Seri) nak datang rumah mak buat sessi interbiu..Amboiii, kemain suka lah mak aku bila angan-angan dia tercapai jugak akhirnya.Bagi aku plak, takde apa yang lebih menggembirakan selain dari melihat mak aku gembira, aku lah orang pertama paling excited bila mak aku happy.Bila mak happy, aku pon happy..hehehe..
Interbiu ni dibuat tahun lepas, bulan November sehari lepas Deepavali, bayangkanlah dari bulan Novermber 2012, tahun ni bulan July 2013 baru keluar majalah.hahaha..Bertabahh jelah, gambar aku pon sememeh je time tu, still budak hingusan lagii...bhahahahaha..
Hujung bulan June aritu, Kak Onlia call bagitau yang keluaran July ni akan keluar cerita pasal rumah mak aku tu, excited lah kitorang tunggu keluaran terbaru tu.Kat kedai semua tak sampai lagi.Dan akhirnya , taraaaaaa...Dah keluar dah..Mak tergamam tengok rumah sendiri dalam majalah,selama ni dia asyik tengok rumah orang je dalam majalah tu, sekarang tengok rumah sendiri plak.Suka letteww...hehehe
Masa interbiu tu hari bekerja, aku n kakak ipar aku MC semata-mata nak teman mak.Kak Yati tolong masak bihun, Tasha plak memang cuti .Yang takde dalam gambar, Papa, Along , Hubby, dan anak buah aku yang kecil,Darwish..Jangan tak taw, Laura Stella pon interframe sekali taw, masuk ni dah 2 kali Laura ni masuk media..Sekali aritu masuk paper, kalini masuk majalah plak..Amboiii kemainnn ko kan Laura..
Rumah mak aku ni asalnya 3 bilik, tapi dah direnovate jadik 2 bilik je, sebab tinggal adik aku je yang tinggal ngan mak aku, aku n along dah kawen dah duduk rumah sendiri.Tu yang mak aku ligat deko-deko rumah tu, lagipon mak aku suri rumah, duduk rumah je 24 jam, so, masa dia banyak habis dalam berhias rumah jelah.heheBukan ada anak kecik nak dikelekk lagi kan..hahah..
Yang ni sudut dapur, kat meja makan kat dapur tu lah tempat kitorang selalu bergosip2 sambil makan cekodokk..hahahaha..Mak aku memang cereweetttt bab2 kebersihan..Dapur dia pon tak macam dapur, tapi macam ruang tamu siap boleh baring-baring lagi, sebab dapur tu sentiasa keringgg.
Dan akhir kata, kalau nak taw kisah selanjutnya, dapatkan majalah Anjung Seri keluaran July 2013 dipasaran sekarang, ingattt taw, July taw bukan Ogos, sebab sekarang mungkin keluaran Ogos dah keluar.Bajettt macam korang nak beli je kann..hehehe.Eh aku tak paksa beli taw, aku tak cakap pon yang rumah mak aku ni cannnnteeekkkk sangat, sebab banyakkk rumahh lain yang lagi cantikkkk lagii..Tapi cuma nak berkongsi cerita je ngan korang semua..Ni antara kenangan manis lah untuk family aku..Lebih-lebih lagi mak aku..
Walaupon dah masuk part ke 5 entry pasal Krabi ni, tapi percayalah kami masih di hari pertama, kan aku dah cakap, aktiviti kami sepanjang hari adalah sangat2 padat.Waktu tidur pon hanya beberapa jam je itupon curi2 tidur dalam van , tapi momantaii, we all is enjoyy angat2 taw..Lepas balik dari Hot Stream Waterfall tu, kitorang terus naik bilik untuk bersiap sebab kitorang ada perut yang sangat lapar untuk diisi, kitorang plan nak makan kat Krabi Town, sebab lepas makan boleh terus "buang duit" kat "Krabi Night Market".
Kitorang ke Krabi Town dengan menaiki Tuk Tuk service, senang je nak dapat tuk-tuk ni, duduk je tepi jalan, then tahan je tuk tuk yang lalu lalang, kadang-kadang takyah tahan pon, dia sendiri yang akan berhenti.Itulah rupa tuk tuk yang kami naik, kecik comel je, tapi boleh memuatkan kami bersepuluh, masa ni adik Yaya tak ikut, sebab dia tertido kat bilik, Yaya tak sampai hati nak kejut, sebab dia nampak penat sangat.Kesian adik.
Kitorang sembilan orang duduk kat belakang, Mcdee (suami Mila) duduk kat depan dengan driver Tuk Tuk nama dia Collick (aku main bedal je eja nama dia camni).Bayaran untuk seorang tak mahal, THB40 je ke Krabi Town, maknanya untuk sepasang suami isteri, we all bayar THB80 je untuk pergi dan balik ke Krabi Town,tapi sebab Collick ni baik sangat bawak kami and tunggu kami, kitorang bagi extra tips THB20 bersamaan RM2.00..So, total kitorang bayar untuk tuktuk dari hotel ke krabi town, dari krabi town ke pekan Aonang dan balik semua ke hotel adalah THB100 (RM10) untuk 2 orang..Dari Hotel kami kat Aonang tu nak ke Krabi Town jauh jugak taw, lebih kurang setengah jam jugaklah kot, ke lebih tak ingat dah.Tapi Krabi town ni biasa2 je, macam pekan biasa je, tak happening sangat, nak happening sila lah ke Aonang Town, perghhh situ giler happening, tu nanti aku cerita kat entry lain.Entry ni citer pasal Krabi town dulu okay.,yang menarik kat Krabi Town ni adalah pasar malam (night market) dia setiap sabtu malam minggu aje.Shoooppppping taimmm..
Dalam perjalanan ke Krabi Town tu, driver tuk-tuk kami yang sangat2 memahami ni sempat berhentikan kami kat tepi jalan untuk bergambar kenangan dekat tempat yang ada tulis "Krabi Romantic Road" ni.Dia berhenti tanpa disuruh okay, baik betul hati si Collick (kholid) ni kan, betul2 memahami, tanpa kenakan sebarang caj tambahan pun.
Dan kat sini jugak terjadiknya tragedi dimana aku tertinggal beg masa tengah sakan berposing kat situ.Dahlah masa aku sedar yang beg aku tu tertinggal masa kat atas tuk-tuk, dan masa tu jarak nak ke tempat tu semula pon amik masa 10 minit.Aku dah start buat drama air mata dah, gilerr weyyy..Purse aku semua kat dalam tu, buatnya orang amik beg aku tu, camne aku nak balik malaysia wey...IC aku semua kat dalam beg tu, cuma duit THB je semua Abi yang pegang.Dan nasib baik jugak passport aku tinggal kat bilik.Sebab aku mmg risau bawak barang2 penting dalam satu beg.sebab aku taw yang aku memang seorang yang sangat2 careless.Kalau nak taw IC aku dah hilang 3 kali..huhuuhu..Carelesss kan??
Nak dijadikan cerita, ending drama tamil aku tu berakhir dengan "happy ending".Driver tuk tuk macam biasa tak pernah mengecewakan, dia dengan baik hatinya sudi patah balik ke tempat tertinggal beg tu tanpa kenakan caj jugak.Jauhh kott..Dan sampai2 je, alhamdulillahhhhh, beg aku still ada kat situ lagi, elok je tersandar kat batu tepi jalan..Ya Allah, nasib baik lah takde sape yang ambik..Syukurrrr...Kalau tak, taktaw lah apa nasib aku..huhuhu..Abi?? Tak marah pon, cool aje, tapiii aku taw dia kecewa jugak dengan aku sebab selalu sangat cuaii..Sorry Abi,pasni sayang janji tak careless lagi.huhuhu.(janji kali yang ke 119,haha)..
Ok, dah tamat cerita sedih, now dah sampai kat pekan Krabi @ Krabi Town.Collick berhenti kan kami kat satu tempat , dan kitorang memang dah siap-siap deal dengan dia, yang kitorang nak booked dia terus untuk balik nanti,dia okay aje, dan dia suruh kitorang berkumpul kat tempat situ balik lepas dah puas berjalan nanti..Setelll satu masalah..Now, masalah perut yang kelaparan, haruslah tuju tempat mengisi perut dulu, kitorang makan kat gerai nasi ayam tepi jalan je, yang penting tempat tu bersih, halal sebab orang islam yang berniaga, dan lagi satu, nasi ayam dia sedapp mungkin sebab time tu perut tgh lapar kot,kau hidang nasi putih semata-mata pon aku kata sedapp..hehe.Dorang siap makan 2 pinggan lagi..Landmark gerai ni terletak berdekatan dengan traffic light Krabi Town dan betul2 depan pintu farmasi..Yang bestnya kat Thailand ni apa yang aku perasan, setiap gerai mesti sediakan air mineral free untuk pelanggan.No,no air manis, tapi kalau restoran lain tu ada lar air manis.So, kat situ je kitorang dah berjimat.Nasi ayam sepinggan THB40 , dua pinggan untuk aku n Abi cuma bayar THB80 bersamaan RM 8.00 je, air kosong diberi percuma siap dengan ais sekali,comel plak tu cawan2 dia kalerfull..heee
Selesaii isi perut, memasing pon dah kenyang, now time untuk terjah Pasar Malam Pekan Krabi (Krabi Town Night Market)..Tujuan utama kitorang pergi sini nak beli t-shirt sedondon untuk pakai keesokan harinya kat pantai.Itukan trademark kitorang, pergi mana-mana, baju mesti nak sama, tak pon beg sama, takpon seluar sama..Boleh kata semua nak sama je..hehe..Suami-suami kitorang ikutkan aje, we all beruntung sebab dapat suami yang tak banyak bunyi.hehe..Dan tujuan yang lainnya adalah nak merasa Banana Pancake yang orang sibuk dok kata sedap sangat tu.Kitorang pon nak jugak merasa tahap kesedapan dia tu camne kan.Yang paling bestnya, Eida belanja kitorang semua sorang satu banana pancake, mmmhmuaahh2 tenkiuuu Eida..Berkat duit CF eida kan...aminnn..
Aku sangat menrekemen kan Banana Pancake kat pasar malam ni, sepanjang 3 hari kitorang merasa tiga tempat berlainan, tapi semua takleh lawan tahap kesedapan Banana Pancake kat pasar malam ni..Kat sini paaaaling sedapp okay..Ingat taw kalau korang pergi Krabi Town Night market, cari gerai Banana Pancake yang ni..Sumpahh sedappp..!!Sambil tunggu Banana Pancake kitorang siap, aku sempat jugak beli air kelapa kat sebelah gerai tu, beli dua biji baru THB30 bersamaan RM3.00..Sedaaappp jugak,walaupon aku kureng sikit minum air kelapa ni, tapi teringin jugak nak cuba kan..Selain Banana Pancake, Fruit Shake pon terkenal kat sini.Tapi tak sempat cuba pon, dah banyak sangat nak makan, pening pulak cacing dalam perut aku ni kang..hehehe..
Lepas dah makan-makan, kitorang jalan satu pasar malam tu, macam-macam ada jual kat sini, tapi sayangnya baju yang kitorang nak banyak yang kehabisan size, aku cuma rembat baju untuk anak-anak buah aku and adik aku je kat sini, pastu beli sikit FM and serveniour, masa ni tak servey lagi, main beli je, so harga agak mahal sikit lah.Sebab time ni Abi belum kuarkan taring dia lagi, hari kedua baru dia tunjuk taring dan kehebatan tawar-menawar dia tu..Memang murah2 dapat masa shopping hari kedua n ketiga kat pekan Aonang..So, malam pertama ni redha jela bayar lebih sikit.Tapi still dalam lingkungan harga murah jugaklah..Sehelai baju dapat THB150 untuk baju adik aku, baju anak buah aku dapat THB100 sehelai.Pastu serveniour & FM dalam THB450 jugaklah berhabis..huhuhu
Dalam duk kalut-kalut bershopping tu, aku boleh plak tersesat dalam orang yang ramai-ramai tu, padahal rasa macam sekejap je baru lepas tangan Abi, sekali pusing belakang tengok Abi dah takde dah, yang lain pon sorang aku tak nampak, ahh sudahh...Jalan punya jalan, tak sempat nak nangis pon, terjumpaSheila n Hadi, dorang pon terpisah dengan yang lain2..Pastu aku follow je dorang, then terjumpa Abi..Yeayyy!!! Nasib baik laki aku tak hilang..Lagi rela hilang beg dari hilang laki taw..huhuhu..
Lepas dah puas shopping and dah rembat apa yang patut sempat lagi singgah 7E beli jajan untuk bekalan dunia akhirat, kitorang pon berkumpul semula kat tempat kitorang turun dari tuk tuk tadi, terus naik tuk-tuk and mintak dia bawakkan kitorang ke Travel Agent sebab kitorang nak beli pakej untuk Phi Phi Island keesokan harinya.Collick bawak kitorang ke Pekan Aonang, kat situ kitorang dapat harga pakej untuk Phi Phi Island untuk seorang THB1100 seorang, so untuk sepasang suami isteri kitorang kena bayar THB2200 bersamaan dengan RM220 termasuk lunch dan transport.(aku kira ikut normal rate jeni, sebab rate matawang kan berubah2)
sedondonn tak we all??? bersama "rumah sukan" masing-masing..dari kiri rumah merah (Andi & Eida) ,rumah hitam (Mila & Mcdee) ,rumah kuning (Syafiq & Yaya), rumah biru (Hadi & Sheila), rumah pink (Nory & Zul)
Lepas dah setel beli pakej untuk esok, kira-kira duit, ehh ada lebih lagi ni, boleh sambung shopping, kitorang ke kedai berdekatan, kedai tu jual pakaian dan segala peralatan untuk kemudahan ke pantai.Kat sini baru lah kitorang jumpa baju yang ada size..Abi pon dah start dapat kawan baru kat sini, time balik siap peluk2 lagi..Huhuh sedihh plak..Kalau nak taw, tiga malam kitorang merambu kat Pekan Aonang, mesti singgah kedai ni..Walaupon perempuan tu kerekkk giler taknak bagi harga murah..Tapii kawan abi kan adaaa..hehehe..Kitorang dah beli baju samaa..Walau kaler lain2, tapi tulisan sama..hehehe..Kitorang kan suka kalerfull, ceriaaa macam kitorang jugakkk..hehe..Kat kedai ni aku berjaya rembat 2 helai t-shirt kaler pink untuk aku and Abi, Abi okay je bila disuruh pakai pink, hade dia kesahhh...hehehe..Selain tu Abi sempat jugak rembat mafla ala-ala Jack Sparrow punya, and dapat jugak rembat Beg Waterproof 5 liter .Murah beg waterproof kat sini, THB300 je bersamaan RM30..T-shirt plak dapat harga sehelai THB130 dua helai THB260..Penat Abi kawtim harga, lecehh betul perempuan kerekk tu ada..kalau tak boleh mintak diskaun utk semua sekali..Mafla plak THB150 bersamaan RM15.00..Yang ni tak dapat diskaun rasanya..huhu..
Inilah rupe beg kalis air tu, aku beli yang 5liter je, boleh sumbat tuala, kamera gedabak, duit , spek mata and sunblock.., muattt je...
Kerja booking membooking hotel untuk penginapan kitorang kat Krabi haritu semuanya Ieda yang setelkan, dah dia je yang suka buat kerja remeh temeh tu, dan dia pon rajin tolong booked kan untuk kitorang sekali.Ieda booked melalui Agoda.com, haa kalau nak dapat hotel dengan harga murah rajin-rajinlah terjah Agoda.com ek..Aku takde credit card, kalau terjah pun tak guna, nasib baik Ieda ada credit card so, boleh lah dia bookingkan hotel untuk kitorang.hehe
di lobby hotel
Kitorang sepakat nak cari hotel area Aonang sebab dekat sikit nak ke pantai,masing-masing ada citarasa sendiri dalam memilih hotel mana nak di booking ni, yang sorang nak ada bath tub dalam bilik air, yang sorang nak ada balcony, yang sorang lagi nak ada aircond, yang sorang lagi nak ada gajah kat atas katil (aku lah tu), yang sorang nak yang ada breakfast..Heyy macam-macam..tapii percaya tak, we all jumpa jugak semua ciri-ciri tu (cuma takde lift je, pasrah lah naik tangga).Dan sepakat membooking Aonang Goodwill Hotel..Dari luar macam hotel bajet je, macam tak percaya je, betul ke ada semua ciri-ciri yang we all nak..Sekali masukkk...wahhhh terujaaa beb..Semua ada..Puas hati sangat-sangat..Masuk-masuk bilik je check atas katil dulu tengok ada gajah bersila tak??
Sekali tengok, eh eh ada lah..Comeyynyaa lahaii..Berbunga-bunga hati bile ternampak anak gajah kat atas katil tu sampai tak bagi Abi sentuh sikit pon anak gajah tu.hikhikhik..Pastu check bilik air plak ada bath tab tak??
Selak je shower curtain tu, taraaaaaa itu dia bath tab didepan mata..Teruja siot terus tadah air, and berendammm..Phewwwww...
Jangan kata anak gajah, bapak gajah pon ada.Unik kan lampu tidor pon ada kepala gajah..Romantikk okay malam2 pasang lampu gini..Samar-samar ditemani bapak gajahh..huhuhuhu..
Bapakkk luas giler bilik ni, kalau ada anak puas dorang dok berlari-lari dari hujung sana sampai hujung sini..Tapi apakan daya, yang ada cuma anak tekak je..hikhikhikhik..So, main kejar-kejar je lah aku laki bini..hahaha..Yang bestnya tv kat bilik aku je yang flat screen, bilik dorang semua tv kotak yang besar kat belakang tu..Sempat jugak layan tv cerita Muay Thai sebelum tidur, sebelum we all plak ber"muay thai"..Kohkohkohkoh..
Siap ada balcony lagi, malam-malam makan kacang sambil tonggang botol coke sorang satu kat balcony ni..Santaiii je duduk sini, banyakk anginn..Kat balcony ni jugak ada disediakan penyidai baju.Sangat berguna okay penyidai tu, sebab aktiviti kitorang boleh dikatakan semuanya aktiviti air, baju kompom basah lencun, dah tu takkan nak bawak balik dengan baju basah2 kan, buat berat beg je, so kitorang sidai kat situ, siap beli sabun basuh baju lagi..Senang balik rumah nnt tak payah basuh baju banyak2..huhuhu..
Jangan risauu, aircond pon ada...Sejuk giler aircond dia, baru lepas service kot.Heaven giler buka aircond sampai ke pagi, bangun pagi, pijak lantaii, ohmakkau sejukkknya tapak kaki..hhewhewhewhew,terus terjun dalam bath tab mandi air panas plak..lalalalaalalaaa
Peti ais mini pon disediakan, senang kitorang sumbat berbotol-botol air Coke kat dalam tu.Dah lah murah giler air botol kat sana, singgit je weyy, haruslah borong berbotol-botol, hajat hati nak bawak balik Malaysia botol tu, tapii hape ke bangangnya imigresen rampas daaa...Kempunannn haku..Dan paaaling penting WIFI is freee aje...Online lah sampai lebammm..
Cer teka berapa yang aku kena bayar untuk segala kemudahan-kemudahan yang terdapat kat hotel tersebut??Aku cuma bayar RM258(include breakfast) sahaja untuk 4 hari 3 malam..Murah kan..Kira satu malam RM86 sahaja..Bagi aku dah murahhh sangatt dah tu, dah bajett sangat dah tu,,dah rasa macam duk hotel 5 bintang dah..Duduk hotel bajet pon boleh fefeelingg honeymoon taw.heee..Kedudukan hotel ni plak betul-betul tepi jalan, starighttttt je dah sampai pantai (Aonang Beach), kalau jalan kaki dalam 15 minit je, agak2 malas nak jalan kaki, tahan je tuk-tuk yang bersepah lalu lalang kat situ.7-Eleven pon dekat je, jalan kaki 5 minit dah sampai, macam-macam ada, murah2 plak tu, Abi kemain seronok borong stock-stock jajan dia..hehehe..
Kalau nak booked aktiviti boleh booked kat lobby hotel, dorang akan sediakan sekali dengan transport semua, tak payah buang masa pegi servey kat travel agent lain..