Followers

Monday, February 2, 2015

Cabaran menjadi seorang mama

 Ni merupakan pengalaman pertama aku bergelar seorang mama, dimana semua wanita pernah dan akan melalui pengalaman pertama tu, jujur cakap, bukan semudah yang disangka.Makin hari makin mencabar, seiring dengan pertambahan umur anak tu sendiri, anak bujang aku sorang ni, masa baru lahir sampai 6,7 bulan macam tu, aku still boleh handle lagi, tapi sekarang dah 10 bulan ni, uihhh boleh tahan gak tahap mencabar dia.Perghhh..Lepas satu, satu perangai baru dia tunjuk.Tahap kesabaran aku kadang2 flat jugek, urut dada je tahan sabar, huhuhu..Dengan kepala hangin dia, dengan garang dia tu, perghhh tapi dalam kepala hangin dia n kuat mengamuk dia tu, terselit sifat dia yang manjaaaaa sangat2 tu.Manja dia tu tahap jenis nak meleset je lagi2 lepas bangun tido, bila nangis, nak berpujuk,tetiba plak kang dia datang kat kite, sua muka mintak ciom, kadang2 tetiba dia nak ciom pipi kite siap pakej gigit sekali, nak2 plak sekarang ni dah makin jelas sebutan dia panggil aku mama, manja je nada suara dia panggil, kadang2 bila tengah marah pon cair dengar dia sebut "mamma, mamma"..Tak jadik nak marah..huhu..Kalau budak pempuan manja Nampak sweet gitu kan, ni anak lelaki yang manja terlebih, ok ke ek??Padahal selalu je kena marah , tapi kalau nangis, tetap cari aku jugak, masa tu lagi terharu, terasa kuat sungguh ikatan seorang ibu dan anak, patut lah orang kata anak lelaki ni rapat ngan mak, walaupon mak dia segarang singa, abah dia plak jenis yang ikutkan aje kata dia, tapi dia tetap rapat ngan aku jugak, abah dia tempat mengadu je kalau mama dia keraskan hati  takmo layan tangisan dia tu, ko rasa aku mama yang kejam tak?kihkihkihkihkih..
 
 
Aku selalu berdoa mintak Allah tingkatkan kesabaran aku, kalau boleh aku takmo langsung marah dia kalau dia notty, tapi dah jadik mak2 kan, mak2 memang terkenal dengan sifat garang kan..kahkahkahkah, aku plak kalau ko nak taw, memang jenis yang kepala hangin jugak, that's why anak mengikut tu..wakakaka..Abi plak selalu pesan nak marah anak, nak rotan anak bila dia dah umur 10 tahun ke atas nanti, peringkat umur sekarang ni layan anak macam raja.Macam raja okey, macam RAJA..ko dengar tu nory..??huhuhuhu.Abah jelah layan macam RAJA okey, mama tetap layan macam "ANAK", dimana kalau buat silap, mesti kena marah jugak, mesti kena dengar jugak mama membebel2..Tu wajibbb...ahahhahaha..Tak boleh jugak kalau mama n abah layan macam raja je, kena lah contra baru dia ade rasa respect sikit.Biar dia cuak sikit ngan mama yang macam singa ni..hahaha..Padahal sikit pon dia tak takut..Cehhhh 
 
 
Bila dia dah start melasak ni kan, buatkan aku tak terpikir lagi nak bagi dia adik dalam masa terdekat ni..Sebab nak handle dia sorang pon, aku dah serabut tahap orang anak 10 dah.Dengan manja dia yang tahap maximum tu, aku rasa kalau ada adik, mau dia bergayut je kat kaki aku, mana nak godek dia,mana nak godek adik dia lagi..hahahaha..Yang abah dia kemain request lagi 5 orang..Phewwwww...Katanya nanti dah tua, seronok tunggu anak ramai balik raya berkumpul kat rumah bakar lemang., hahahah..Alaaa takde beza lah anak ramai ke sikit, janji dah ada sorang ni pon aku dah bersyukur sangat2 dah, tapi kalau diberi rezeki nak jugak sorang lagi, takmo lah bagi Iqy ni pulun kasih sayang sorang2 je, biar dia berkongsi kasih sorang sikit ngan adik dia nanti, tapi tunggulah Iqy dah sekolah darjah satu nanti..hahaha..Nanti dia boleh tolong mama jaga adik sekali.Kan..kann...kan..tapi tu perancangan, kalau ditakdirkan awal dari tu aku terima je, kalau takde, aku redha Iqy jadi anak tunggal kami berdua.Dia sorang pon dah cukup menyerikan lagi hidup aku ni, yang kadang2 aku rasa macam ada anak 10 orang sekarang ni,hahahah..

Selalu kan, lepas dah marah2, bebel ngan dia, bila dia tido mesti rasa kesal sangat, time tu aku usap ubun2 dia, cium dahi dia , pipi dia, alaarrr nak menitik rasa air mata mintak maaf ngan dia.Tapi bila dia dah bangun,aku pon start jadik singa balik..Acaner tu??.wakakaakaka...Sabor jela Iqy oiii...
 
 
Yang pastinya, aku seronok dengan pengalaman pertama ni, walau terkadang tak lepas jugak dari termengeluh, nak buat camne, aku bukan manusia sempurna, ada jugak cacat cela sana sini. Dan aku bukan mama yang sempurna dan terbaik, banyak benda aku kena belajar lagi,cuma aku cuba nak jadi yang terbaik, walau ko dah ada anak 10 sekalipon, ko belum tentu sempurna, mesti ada cacat cela,jangan nak membongak cakap ko pandai sangat jaga anak.hahaha..Aku sulee ko nanti..Garang tak garang tak..kihkihkihkih
 
Untuk anak mama, tiada harapan lain selain nak yang terbaik untuk anak mama, walau kite tak mewah mana, cukuplah mama n abah dapat sediakan yang mana termampu je untuk Iqy..Biar kite dengan cara hidup kite je yer, jangan terikut2 kemewahan orang lain, mama abah bukan orang senang, yang mana termampu mama n abah cuba usahakan ok.InsyaALLAH.Semoga menjadi anak yang berjasa pada kedua orang tua yer, bukan wang ringgit yang mama harapkan, cukup dapat lihat Iqy berjaya didunia dan di akhirat kelak.Amiinnn..Sedihh lah taip entry ni.wuwuwuwuwu...

6 comments:

  1. Wahh..sama la saya pun baru sorg..8 bulan..layan karenah dia jer skang, dah banyak akal..baby gurl..klu 10 bulan nnt xtau la camna..haha..jadi singa jugak pa..

    Apa pun jmput join..
    http://nazirahnyerr.blogspot.com/2015/02/segmen-projek-syukur.html?m=0

    ReplyDelete
  2. Iqy dh pandai pandai sebut mama ka... bagus2 tahniah Iqy

    ReplyDelete
  3. Mama Nory nampak kurus la..ke mmg dah kurus ni..hehe..

    ReplyDelete
  4. dah tak pasal2 ida pun sedih sekalii kau dah kenapa nory? HAHHAHHAHA

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)