Kemain lagi anak bujang aku tu, sejak dah pandai jalan sendiri ni, kemain eksyen pergi mana-mana pegang tangan pon tak kasi, grrrr..Geram betul.Kalau pergi supermarket memang mencabar bawak dia, takmo berpegang langsung, nak lepas je, nak bebas berjalan kesana kemari, kalau setakat berjalan je takpe, ni tangan dia tu "banyak" kerja nau nau..Aritu pergi Tesco, mak oii mencabarnya lahaii, buas kemain, sempat lagi tangan dia mencapai tomato, alahai anak..Tak sempat dia nak baling aku dah rupa penjaga gol tangkap tomato tu dulu..kahkahkah..Tu yang aku sempat tangkap, masa pergi supermarket Hero plak, aku tak sempat nak halang, dah berdebuk ketepek , dia dengan muka tak bersalahnya telahpon mencampak sebijik bawang besar, bergolek2...aduhaiii anak..Pening kepala mama.Belum aku citer macam mana dia mengamuk mintak lepas masa aku dukung dia ajak balik, dia punya tantrum maha dasyatt sekarang ni..Pffftttt...
Ni masa pergi Hero untuk beli barang masak untuk besday party Iqy..Abi busy beli barang, aku lah yang kena handle Iqy, kalau aku pandai beli barang dapur, memang aku je yang beli, suruh abi je jaga Iqy, disebabkan diri ni tak reti pilih dan beli barang apa, nak pilih ikan pon tak reti, so aku kenalah hadap kerenah dak Iqy yang tak reti dok diam tu.hukhukhuk..Dah macam Hero tu abah dia yang punya je.
sama jer pakat dia dengan abang Ash... hu hu hu...
ReplyDeleteterbaiklah iqy..:)
ReplyDeletebudak nk membesat mmg mcm tu ..sikit hari lg Iqy yg nk tolak troli plk..Bertabah la wahai mama Iqy..
ReplyDeletelg kurus la mama pasnie..hehe
ReplyDeletesenget senget pale mama ida tgok video iqyyy kejap nk kentang kejap ke bawang hahahahahaha
ReplyDeletesemakin memberangsangkan ye..lagi lagi bila tengok warna warna pada barang barang yang di layout..
ReplyDeleteAssalam nory,
ReplyDeletehe3
pulun korek segala yang ada yer iqy :P
Salam sis. salam perkenalan. comel anak sis.
ReplyDelete