Followers

Wednesday, April 15, 2015

Tips anak minat baca buku

 
Takde lah tips hebat sangat pon, cuma nak kongsi pengalaman aku , cara aku terapkan minat membaca buku dalam diri Rizqy.Seawal iqy dalam perut lagi aku dah biasakan dengan bacaan al-quran, walaupon tak sempat nak khatam satu Quran, tapi syukur dapat amalkan surah-surah tertentu seperti surah Maryam, Yusof, Lukman, Yunos dan Al-Baqarah serta surah Yassin.Alhamdulillah, aku biasakan membaca setiap kali lepas solat, walaupon sebelum pregnant,aku takdelah segigih tu, tapi bila dah pregnant, memang aku gigihkan juga diri ni membaca surah-surah tersebut.
 
Bila Iqy dah lahir, ternyata dia mudah sebati dengan alunan zikir-zikir dan bacaan alquran, setiap kali azan kat TV, dia akan focus sambil mulut terkumat-kamit, taktaw apa yang dia baca..hihih..Asmaul husna dah memang wajib didengar sebelum dia tidur, selang seli dengan Doa Dhuha, memang dia akan focus bila dengar (kengkadang selit jugak selingan lagu dangdut,kikikiki).Sejuk perut tengok dia bila dia betul-betul menghayati setiap bait-bait alunan ayat suci tu.
 
Seawal Iqy 3 bulan aku dah kenalkan dia dengan flash card, walaupon berhadapan dengan cabaran, dengan laki aku yang suka gelak-gelak kan aku sebab macam aku syiok sendiri je baca dan tunjuk seketul-seketul flash card tu kat iqy, yang dak Iqy buat dekk je.Tapi aku tetap kentalkan hati, aku tunjuk je flash card tu hari-hari kat Iqy, dengan harapan one sweet day dia mesti akan faham dan akan respon.Alhamdulillah ,ianya berhasil..#abisenyumkambingjehikhokhikhok
 
Semakin dia membesar, aku mula start belikan buku-buku yang sesuai dengan dia, biar dia mesra dengan buku.Dan percayalah, ianya turut berhasil..Di usia Iqy sekarang yang nak masuk usia Setahun 1 bulan ni, dia dah mula pandai pilih buku sendiri untuk dibacakan, tapi bukan dia lah yang baca, aku lah yang kena baca, dia dah ade buku feberet dia sendiri, yang mana kalau aku tukar baca buku lain, dia akan mengamuk sakan,buku feberet dia tu pon dah jadi macam belacan dah, dah dia duk kepit je buku tu kehulu kehilir.Aku ni sampai sakit-sakit tekak bacakan buku untuk dia, pernah cuba pass kat Abi suruh baca kan, tapi ko tau jela laki aku tu suka main-main, alih-alih Iqy panggil mama jugak suruh bacakan.Intonasi mama dengan abah memang berbeza lah, mama macam cikgu-cikgu sikit kan Iqy kan..hikhikhik
 
 
Kalau time weekend tu, lepas dia main puas-puas, aku try cakap dengan dia "Iqy, ambik book baca ABC"..Dia pon terkedek-kedek pergi rak buku dan selerakkan semua buku-buku dia, then dia akan amik buku feberet dia yang macam belacan tu, aku dah naik hafal dah tetiap hari baca benda yang sama...layannkan ajeee..Dia pandai tunjuk dan sebut ikut bahasa dia,siap sebut "ni ape?" hihi..Seronok tengok dia minat dengan buku,hope sampai ke besar lah minat dia tu.InsyaALLAH..
 
 

7 comments:

  1. Terbaik nory ! Chaiyok. Darwish buku ABC dia dh bukan belacan, tapi hancur lunyai berkecai. Hahaha. Alhamdulillah, ABC ddgn nombor darwish dah kenal. Moh le kenalkan alif ba ta pula.

    Tang hafal buku tu pun sama. Satu2 aku dah hafal dari dapur dah boleh jerit A for apple, B for ballon.. hahaha.

    ReplyDelete
  2. semoga Iqy menjadi budak bijak sayanggg..rajin2 baca buku ye.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum nory, wahh bagusnya. nice tips. memang berguna. heheh iqy cute, dah besar dah...

    ReplyDelete
  4. thanks for the tips ya. good boy la

    ReplyDelete
  5. kalo dr kecik dah dibiasakan dgn buku, smp ke besar mmg dia akan suka buku..anak2 sue mcm tu juga..

    ReplyDelete
  6. Assalam nory,
    aloloooooooooooo
    pandai iqy
    ghajin iqy
    :)

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)