Followers

Wednesday, January 25, 2017

Last Day kerja uolls, sila lah jelesss!!


Amboiii riak betul ko kan, mementang harini last day kerja, kemain happy macam nak sambut raya sendiri plak.Padahal ni raya orang, aku je sibuk tumpang bercuti panjang sekali.hahahaha..Harini kerja memain je, masuk opis berjimba ria je, boss plak tak masuk pagi ni, tengahari nanti ada jamuan makan plak kat Bandar puteri.Layannkan aje laaa.Pastu balik opis semula, ada buat majlis cabutan bertuah bagai, dan kemungkinan balik awal harini.Yahoooo...Dan bermulalah cuti panjang hakak selama 11 hari.Perghhhhhh sikit je tu.Tapi tetap bersyukur..

Semalam kecoh giler, balik kerja amik Dak Iqy dari rumah pengasuh singgah rumah mak nak amik Tasha, lepas tu nak pergi amik stock mekap customer order, sekali Dak Iqy taknak ikut, nak tinggal dengan nenek, puas aku pujuk suruh ikut, bertuahhh punya anak, dia boleh buat derkkkk je dengan ajakan aku tu..Grrrrrr...Last- last mak cakap, biar jela dia tinggal sekejap, ko pergi je amik stock dengan Tasha.Aku pon setuju jela.Tinggalkan dia kejap je, tapiiii tetap tak sedap hati, sebab dia tu kan suka buat drama swasta ni..

Dan apa yang aku risaukan tu memang terjadi, baru separuh perjalanan, mak aku dah call cakap Dak Iqy dah meraung cari aku.Adehhhh..Tadi ajak kemain lagi ko kekwat taknak ikut mama kan, pastu melilau cari mama.Hurmmm..Dah aku  haru biru dah mengenang anak yang meraung tak henti2 tu.Haishhh..Aku teruskan jugak perjalanan pergi amik stock tu sebab dah separuh perjalanan kan.Amik stock terus berdesup balik, jalan jammed plak time orang balik kerja dengan jammed traffic light lagi.Bertabah jelaaa aku.

Sampai umah Dak Iqy dah berhenti nangis dah, siap boleh gelak2 lagi bila aku balik.Ek elehhh, sabooo jela aku dengan budak ni.Mak aku cakap puas pujuk dia tak makan saman budak ni..hahaha..Last2 mak aku ugut dia nak panggil polis, terus dia diam..Hahahahah dia memang takut polis aku tak tau kenapa..Dulu takut doktor, sekarang tak takut dah, polis pulak ditakutnya..hahahahahah...adoiiilahh..

Cuti panjang ni, aku ajak Abi balik kampung dia.Wahhhh bertuah betul laki aku ni, setiap kali balik kampung dia, aku yang ajak.Aku yang plan.hahahahha..Mana nak dapat bini macam ni..wakakkaakakkaka...Panggg nak!!! Yelaaa cuti panjang yang ada ni, atleast ada lah terisi dengan aktiviti beemanfaat sikit contohnya melawat mertua.Ye tak???

Mohlerrr balik kampong!!!
Ada tak reader blog ni orang Felda Sg Behrang, say hiiii sikit..Kotlahhh boleh jumpa kat Pasaraya TF ke  nanti..hehehehehe...

Oklah baiiiii


5 comments:

  1. amboi lamanya cuti..i jeles tau..:)

    ReplyDelete
  2. sy dok sg behrang..jln f

    ReplyDelete
  3. untung la lastday kj kn..akak esok lastday kj hehe

    ReplyDelete
  4. Perghhhh nory lamanya cuti sampai 11 hari memang jeles tau haha...banyak ke dapat angpaw?

    ReplyDelete
  5. bestnya cuti lama kak? huhuhu.. saya cuti isnin je.. hahahaha

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)