Followers

Monday, January 23, 2017

Tips bagi anak makan sayur


Dak Iqy sekarang dah pun berusia 2 tahun 10 bulan, lagi 2 bulan nak masuk 3 tahun dah anak bujang aku sorang ni..Walaupon agak cliche tapi aku nak cakap jugak , cepatnyaaa masa berlalu, tau2 je dah nak masuk 3 tahun ni, tahun depan dah boleh pergi sekolah dah.Cepat nauuu budak2 ni membesar kan.

Sepanjang hampir 3 tahun membesarkan Dak Iqy ni, aku tak nafikan aku juga macam ibu bapa lain jugak yang turut mengalami cabaran dan dugaan sepanjang proses membesarkan anak ni.Besarkan anak tak sama macam besarkan anak kucing, kalau rasa besarkan anak kucing pon mencabar, besarkan anak apatah lagi kan, lagi lah sentiasa kena bermain dengan emosi, kena kawal emosi, aku terkadang fail bab ni, sebab aku ni jenis cepat nauuuu nak hot temper.Kadang aku rasa aku yang lebih teruk tantrum berbanding Dak Iqy,hahahahahah..Kadang tu terkawal, kadang tu takleh nak kawal, suara jerit-jerit macam tarzan tu dah biasa sangat dah.heheheheh.Eh baru anak sorang, kalau 2,3 nanti ntah camne plak lah keadaannya kan..Adehhh..

Dari segi pemakanan kan, Dak Iqy ni nampak je jenis yang pemakan orangnya, tapi masa umur dia dalam setahun lebih tu, aku pernah stress jugak bila dia start tolak makanan, jenuhnya nak suap dia makan, minum susu je, masa tu susut badan dia, tapi berat dia still terkawal lagi lah.Ya Allah masa tu macam2 menu aku masak try & error nak cari apa yang selera ditekak dia.Tapi nan hadooo..Pernah sampai tahap nangis-nangis tau pujuk dia makan.hahahaha...Biasalah mak dia pengaruh tengok drama banyak sangat..muahahahaah..

Tapi alhamdulillah makin lama, selera makan dia makin terserlah.Mulanya dia tunjuk minat suka makan pedas-pedas, tak pedas takmau makan.Yang aku plak kalau boleh takmau lah dia makan pedas terlalu kerap, aku selang-seli kan dengan soup, mula tu dia tolak jugak, tetap nak pedas jugak, tapi lama2 dia boleh terima soup.Aku lebihkan sayur dalam makanan dia dan jugak ikan, sebab dia kurang gemar makan ayam, ikan ok lagi, tu pon dia pilih jugak, ada jugak ikan yang dia taknak makan.Pfftttt sangat memilih okeyyy..

Masa tu aku selalu buat sup ikan merah dengan brocoli, nampaklah dia suka ratah brocoli tu.Tapi seiring peningkatan usia dia, dah terpengaruh dengan budak2 lain yang tak makan sayur, dia pun takmo makan sayur, sampai tahap tak boleh nampak hijau2 sayur tu kat pinggan dia,dia nak nasi sahaja..Pffffttt..

Dan sekarang, selera dia makin bertambah, cepat lapar, kalau time weekend tu, aku memang bangun awal, kena masak nasi dan lauk untuk dia siap2..Sebab kalau dia dah mintak nasi, pastu masa tu lah ko baru nak terhegeh2 nak masak, memang serabut lah kepala ko ni, dia dok berzikir je nak nasik, tak sabar-sabar, pastu nak masak pun tak feel, kurang kasih sayang dalam masakan tu nanti..muahahahaha..So aku prepare masak lauk dia siap2, aku jenis makan lambat, biasa kalau weekend, Abi kerja, aku akan masak lauk untuk Abi petang time dia nak balik kerja, sebab suka hidang lauk panas2 untuk Abi, penat2 balik kerja, mestilah nak dia makan yang fresh dari periuk kan..heheheheh..So tengahari aku biasa makan ringan2 je,.Janji perut anak tu aku isi siap2 dulu.heheheh

Dan sekarang ni, kat rumah memang kena ada stock sayur bayam atau sawi takpun suun.Senang nak masak lauk untuk Dak Iqy, ok nak bagi dia makan sayur memang susah yer...Tak semudah disangka, dia takmo nampak sayur pon, tapi aku kan mama yang bijak, aku gunting sayur tu kecik2 sikit, sorok dalam nasik dan suap dia, bila dah masuk mulut dia, dia rasa sedap je, dan dia tahu tu sayur, tapi aku pelik kenapa kalau aku suap yang nampak seketul sayur tu dia taknak, tapi bila dah masuk mulut dia, siap cakap lagi, ermmmm dapnya sayurrrr...Cehhhhhh drama king sangat dia ni (penagruh kuat mama dia).....

Finally, berjaya jugak aku train Dak Iqy makan sayur walau hakikatnya aku sendiri tak makan semua jenis sayur...ahhahahaha...Eh aku tak kejam kan, aku cuma nak yang terbaik je untuk anak aku, takmo lah dia ikut macam mama dia tak makan sayur seumur hiduppp..Ehhh aku makan sayur time dalam pantang je tau, tu pon hempap2 telan, takde masa nak kunyah2 meratapi bagai..kahkahakahkahhhh, sebab masa tu fikir nak cepat sihat, dan nak bagi anak dapat khasiat dari susu badan masa tu...Wahhhhh begitulah dasyatnya pengorbanan seorang ibu, punyalah tak pernah makan sayur seumur hidup, tapi bila dah beranak, sanggup berkorban makan sayur..Bagi aku makan sayur tu satu penyiksaan tau...hahahahahahha...Ko apa tahu???Takpelahhh janji anak aku makan sayur, lega hati mak nakkkk...



1 comment:

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)