Followers

Wednesday, April 12, 2017

Surirumah separuh masa


Mueheheheee...tak dapat jadi surirumah sepenuh masa, dapat jadi part time surirumah pun boleh.Biasanya cuti hujung minggu macam ni lah baru boleh merasa jadi surirumah sepenuh masa ni.Kalau hari bekerja tu faham faham jelaa, balik kerja dah penat, dengan kerenah anak lagi, dengan nak masak lagi, kadang tu tak terlarat nak kemas rumah dengan betul2 proper punya.Kemas2 gitu je buat sedapkan mata ,so bila tiba hari cuti ni lah nak berkemas rumah, menvacuum, lap perabot, kemas dapur, kemas peti ais, kemas bilik segala.Pfffttt memang penat jadi suri rumah ni, tapi jadi surirumah yang dalam masa yang sama bekerja jugak penat giler.



Sabtu haritu, baru lah ada masa terluang nak melipat baju , mula2 vacuum satu rumah dulu, lap perabot, pastu mop lantai, dalam masa yang sama dah siap2 mesin baju bajan, mujur Abi cuti weekend ni, so dia yang tolong sidai kan, masak pon dia yang prepare, oohhh thats why aku suka kalau abi cuti time weekend , so aku tak rasa diri ni macam amah sangat.hahahahah..Abi ni dia memang spesis suami yang sentiasa memahami, tak payah suruh, dia sendiri akan volunteer tolong setelkan kerja rumah.Syukurrrr, aku patut bersyukur dengan kelebihan suami yang satu tu.Tu pon selalu mengeluh laki aku macam ni lah macam tu lahhh..Nak perfectt je manusia ni kann..hahahah..Aku sendiri pon tak perfect mana..Pigidaaaa...Aku sambung mesin baju Dak iqy plak, sampai sekarang aku masih asingkan baju bajan Dak Iqy kalau membasuh, sidai pon aku yang sidai, sebab baju bajan Dak Iqy, aku je tau cara nak sidai camne, heheheehe..Orang lain takleh masuk campur..muahahaha..


Ok dah setel semua, lepak depan tv, lipat baju bajan yang seminggu menggunung itu..Sakit mata dah aku ni tgk gunung ganang baju tu, takleh tahan, gagahkan diri jugak melipat.Oh yang ni aku tak bagi Abi tolong, sebab cara lipat abi dengan cara lipat aku berbeza, aku cannot accept..hahahahaha...Pernah dulu dia tolong lipat, tapi aku kirai balik dan lipat semula.Entah aku pon tak faham nape aku macam ni.Mungkin ada sindrom OCD sikit2 kot..Tapi masih tak terlalu serius lagi lah..hehehehe...

Dak Iqy dah terlepas kat rumah sebelah, melepak rumah Neklang dia.Lepas tu tak reti2 balik siap ikut paklong n paksu dia beli cendol durian lagi, punyalah suka sampai halau aku suruh tinggal kat rumah diam2.Bertuah punya anak.huhuhuhuuuu..Kemain dah macam orang bujang2 plak dia, kawan dengan orang bujang je.Kemain sangat..Pagi tu dia mengamuk tak tentu pasal, aku dah sakit kepala dah dengan kerenah dia, mujur Abi ada, bawak dia keluar pergi kedai, bagi aku reda sikit emosi aku ni.Gerammmm wey..Bila dia balik, barulah sejuk sikit hati ni.Kalau tak sebelum tu aku rasa nak telan2 je dia..hahahaha..


Ingat petang nanti nak bawak Dak Iqy main kat playground, kasik dia happy2 sikit, bosan agaknya cuti2 terperuk je kat rumah,tapi dia tidur plak..huhuhu.. aku ni kadang time weekend suka memerap kat umah, sebab malas nak bersiap2 nak keluar tu..Duduk umah lagi best aku boleh fokus kemas rumah je, seronok je tengok semua teraturrrr..Kalau keluar kang, kepala ni tak tenang je serabut fikir rumah bersepahlah apa lah..Susah betul jadi seketul Nory Zoulkefle ni..urghhh..

4 comments:

  1. nory tlg lipat baju umah cik nor..hihi

    ReplyDelete
  2. Bagus nory rajin mengemas. Betul hari sabtu dan ahad adalah hari suri rumah untuk wanita bekerja macam kita nory...enjoy !

    ReplyDelete
  3. lipat baju paling kemalasan hehe

    ReplyDelete
  4. Samalah kita pon masih asingkan baju anak

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)