Followers

Friday, July 25, 2014

SALAM AIDILFITRI


2 hari lagi menjelang Aidilfitri..Aku mengambil kesempatan ni nak mohon maaf pada semua yang mengenali diri ni, kot2 lah ada terkasar bahasa, terkhilaf kata, terlajak perkataan, mohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki..Kosong-kosong ek..

Harini last day berbuka puasa bersama family tercinta, esok dah gerak balik kampung mertua.Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik.Harini Abi masak special untuk family gathering kat rumah aku..

Aidilfitri kalini banyak memberi makna pada aku, yup!!Aidilfitri pertama sebagai mama kepada Rizqy Hafiy Aish dan Aidilfitri keempat sebagai isteri kepada Zulkefle ..Alhamdulillah.Tahun ni ramai pertambahan anggota baru dalam keluarga besar aku, baik dari sebelah aku mahupun sebelah Abi..Meriahhnya raya walaupon besederhana..Syukurr Ya Allah...

Jemputlah datang rumah, takde "open house" tapi pintu sentiasa terbuka untuk tetamu..


SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN.!!


Thursday, July 17, 2014

4 bulan dah boipren mama


Harini 17 Julai 2014, bertambah lagi satu bulan untuk Rizqy..Happy 4 month old ,sayang mama.Terngiang2 lagi suara Rizqy masa baru lahir, 4 bulan dah berlalu..Hurmm, sumpah hingga ke harini aku still tak percaya yang aku dah pon ada anak.Yang cumell, yang gebu, yang hensemm, yang kepamm, yang manja, haishhh mama ko dah start dahh masuk bakul sendirikk angkat..hahaha..Terima kasih sayang kerana menceriakan hari2 mama dan abah..


Senang hati dapat tengok sendiri perkembangan anak setiap hari, alhamdulillah setakat ni Rizqy anak yang sangat mudah dijaga, tak banyak ragam, tak banyak songeh, mak dia je yang banyak songehh..hahaha..Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik , sihat tubuh badan, malah makin membuntat setiap hari, hurmmm budak ni sangattt sangatt kuat minum susu ok..Mak ko pasrah jela.Walaupon tak dapat teruskan dengan susu ibu, alhamdulillah, Allah taw apa yang terbaik..Tak semestinya minum susu formula tak baik seratus peratus, tanya dulu apa masalah orang jangan main nak sound2 je, mak sentapp okehh..
huhuhu..


Makin hari makin cerah kulitnya, aku pon pelik, dulu risau jugak kalau kulit dia sensitif sebab orang cakap kalau minum soya kulit anak jadi sensitif, dahlah masa preggy aku suka minum soya, tapi mungkin sebab aku minum soya homemade kot,yang Abi buat sendiri punya, sebab tu kulit Iqy tahan..hihihi..Ntahlah tu ikut mazhab aku je..Agak2 nak ikut tips ni silakann..Jangan minum soya kotak yer, minum yang sendiri buat, lagiii sedappp dan terjamin kebersihannya..hikhikhikhik...Lagi2 berkat air tangan suami kan..haaaa..


Makin suka beraksi depan kamera, kalau tak kemain susah nak senyum, bila nampak orang pegang kamera/henpon amboii kemainnn senyumm..Gataiii taw..Memang dari lahir mak ko ni sentiasa tangan pegang kamera, sampai anak pon dah ketagih nak pandang kamera je...Ahhh sudahh...


Dah mula start duduk dalam car seat, seblum ni tak pernah guna sebab car seat tu rupanya utk 6 bulan ke atas je..tapi sejak nak masuk 4 bulan ni, Iqy pon dah pandai nak duduk, dan kepala dia pon dah keras, sebab tu aku mula kenalkan dia dengan car seat, amboiii kemain suka, gaya macam naik kapal terbang, tangan tu stay je macam tu sampai lah ke destinasi..Kalau tertidor pon tangan still letak macam tu je...hahahaha...


Dah pandai sibuk nak pegang botol sendiri, walaupon kadang2 tersasar puting ke lubang hidung..Aishh memang sentiasa kena pantau, takdelah aku nak biar je dia pegang sendiri tanpa pantauan aku kan..


Dah makin laju meniarap, tapii lebih kepada malasssss..Muatan berat lah kata kan..Kan Iqy kan..hahaha..Kalau kat rumah babysitter dia laju je meniarap, tapi bila balik rumah, mengada2 nak orang tolong...Eeee gedikk taw tak...Gerammm..


Ni dia gaya tidur dalam car seat, tangan tu penting k..Tak lepas tu tangan stayy je kat situ..Muka berkerut2 ntah apa mimpi ntah, mimpi misi pencarian MH370 kot..hahaha..

Wednesday, July 16, 2014

Super Raya Sale by Lazada


Berita baik bagi online shopper yang suka shopping dari rumah, dari opis atau dari mana2 sekali ponn dengan hanya pilih2, klik2, bayar dan dapat barang.Takyah pening kepala nak bersesak barat kat Jalan TAR ke, Chow Kit ke, Uptown ke, lagi2 yang ada anak kecik macam aku ni, tempat sesak-sesak memang aku pangkah awal2 dah taun ni.Baju-baju Rizqy pon kebanyakkan beli online je, senang..heeee..

(klik gambar untuk lihat barangan2 pilihan)

Sempena nak menyambut kedatangan Syawal yang tinggal beberapa hari saja lagi ni..LAZADA MALAYSIA telah pun melancarkan Kempen Raya Lazada yang diberi nama SUPER RAYA SALE (klik)..Kempen ni berlangsung sehari saja pada 16 JULY 2014..Pastikan korang jangan ketinggalan untuk menikmati kempen ni, sebab banyakk sangat diskaun menanti korang..Discount sehingga 92% untuk barangan raya antaranya 

- Home and living  RM77 & below
- Home Appliances RM99 & below
- Sale for Samsung Items ( Best of Samsung)
- Fashion Sale for Hari Raya
- Hatta Dolmat Raya (refer link ni - http://www.lazada.com.my/hatta-dolmat/  )


Baju raya hasil rekaan Hatta Dolmat pon ada..Boleh tambah koleksi baju raya yang sedia ada ni..Murah giler rugi kalau tak beli..

(klik gambar)

5 sebab kenapa korang patut membeli-belah di LAZADA MALAYSIA..
Yang pasti aku tak sabar nak shopping kat LAZADA ni.Aku dah ushar barang-barang apa yang nak dibeli kat LAZADA ni..Perghhh memang berbaloi-baloi lah harga dia dengan harga beli kat luar..


Korang juga berpeluang untuk SPIN & WIN..Macam roda impian , hadiah dia pon menarik ok..Antara hadiah2 nya adalah :

- Joy Dishwashing Liquid
- 10 x Voucher RM100
- 10 x Voucher RM50
- 500 x RM50 of Home Appliances (Min Purchase : RM350)
500 x RM25 of Home Appliances (Min Purchase : RM170)- valid only on that day -16th July 2014


Layari http://www.lazada.com.my/ untuk mengetahui lebih lanjut pasal kempen SUPER RAYA SALE by LAZADA ni..





Monday, July 14, 2014

Warna tema raya tahun ni


Setiap tahun mesti kena pilih kaler apa untuk tema raya kan..Aku pon tak terkecuali.Mesti nak sedondon bondon macam raya-raya sebelum ni jugak.Tahun ni extra happy sebab dah ada si kenit Rizqy hafiy Aish..Weekend aritu barulah berkesempatan kuar shopping raya, takdelah sakan sangat shopping taun ni, lebih kat anak je, takdelah nak verangan beli baju mahal2..Cukuplah murah2 aje, asalkan baru..Ekceli tak kesah pon kalau takde baju raya taun ni, tapi Abi nak jugak tengok bini dia berbaju baru dipagi raya..Ioll terima je..Syukurr dapat jugaklah sepasang..Taun ni Abi yang pilih kaler, amboii kemain mentang2 ada geng tahun ni, Iqy pon dah kawtim ngan abah dia..Cehhh..Ikutkan ajelahh.Mulanya Abi kata nak kaler coklat gelap, tapi masa nak beli terjumpa baju melayu Iqy dulu, kaler grey gelap, aku pon berkenan, last2 tukar kaler, makanya taun ni tema kitorang Grey kaler..

Aku shopping kat IOI Mall je aritu, pulun sekali hadap, senang setel takyah pikir pasal persiapan raya lagi..Boleh pikir nak tambah2 baju raya Iqy lagi, walaupon dah banyak aku still rasa macam tak cukup lagi untuk dia, ntahlah mungkin sindrom mak-mak kot kan..Layann je la labuu..huhuhu..Aku n abi cukuplah sepasang baju pon takpe..

Sebenarnya tak plan pon nak shopping weekend aritu, pergi IOI nak berbuka puasa togede2 je anak beranak..Last2 ntah cemana leh tershopping terus, sebab dah alang2 Abi cuti kan..Pasni dah tak cuti dah, terus cuti raya je nanti..Takut takde masa plak nak menyopping last minit..huhu..

Raya ni raya kat Behrang..Last minit tukar planning, memang kalau ikut turn tahun ni giliran beraya ngan family Abi dulu, tapi aku "cenekell" nak raya sini lagi taun ni sebab dah ade Iqy kan..Konon nak beraya ngan family aku dulu lah..Tapii macam unfair plak ngan Abi kan, Abi tak kesah pon ekceli..Tapi bila dia cakap semua adik beradik dia ade tahun ni, alaa macam sebak plak aku nak langgar turn dia tahun ni, maka aku pasrah jela beraya kat kampung Abi dulu..Takpelah raya kan sebulan, tak kisah lah raya mana2 pon..Tapi sedih jugak sebab dah planning macam2 ngan mak raya ni..Tapi mak aku tak kesahh pon n tak pernah paksa pon aku raya mana, mak aku suruh dengar n patuh cakap suami..Bila dah kahwin aku kena ikut suami katanya...Baikklah makk...Nanti raya kedua adik balik raya ngan mak okey,,,TUNGGUUU!!!..


WARNA TEMA TAHUN NI ADALAH "GREY"...

sekian , terima kasih...heheheh


Saturday, July 12, 2014

Iftar dengan Geng Kereta Putih @ Bangi Golf Resort

Sabtu lepas, kitorang Geng Kereta Putih atau Geng Kembar berbuka puasa togede2 di Bangi Golf Resort..UmaagggAiii ramai nyer umat manusia...Aku sampai sana lebih kurang kul 6.30ptg, Abi balik kerja kul 4.30 aritu, so sempatlah bawak Abi sekali..Aritu tak bawak dia, kempunan nak makan kambing golek katanya...Ok, sila makan puas2 yer..heheh.


Budak ni awal2 dah siap, memang kena siapkan dia dulu, kang mak takleh nak melaram, muahahah...Melaramm lah sangattt.Sempat ber#OOTD lagi, kemainnn dak Iqy ni sekarang, makin mesra kamera, kalau nampak kamera kemainn senyummm gatai.Kalau tak, punya lah susah nak senyum..Tak pasti plak ikut perangai sape..huhuhu


Alaaa gambar blur plak, Iqy blur mamai2 time ni baru bangun tidur, dia kan pantang naik kereta mesti nak tido,,,huhuh..Ni masa baru sampaii..Orang dah ramai macam lalat hinggap kat makanan..hehe..


Eh2, perut chef tu boroi macam perut Iqy jugakk..hahaha..


Kitorang duduk dalam dewan ber"aircond"..Tapi bila dah ramai2 tak rasa plak ekon nya..Iqy  masa mula2 sampai mood ok lagi...Tapi lepas berbuka dah start buat "konsert" dah...Uwaaaa.Jangan taktaw sekarang dah pandai ngamuk2..Mak ko pasrah jeee....Tu gambar masa baru sampai, sebelum amik makanan, Iqy yang menjadi santapan, masing2 tengah lapar, Iqy pon dorang dah bayang macam kambing golek dah...hahahaah..


Meja dah makin penuh dengan makanan, rasanya meja kitorang paling penuh dengan makanan..hahahah
Sampai adik waiter tu dah boring nak kemas meja kitorang, sekali datang bertingkat2 pinggan dia kena kutip dari meja kitorang...hahaah..


Lepas berbuka, relak2 jap pastu sambung next trip makannn lagi sampai lebammm..Makan biar berbaloi dengan harga...baru puas hati, perut kenyang..


Muka-muka kekenyangan...Time ni Iqy dah ngamuk2 dah..Ok siap2 nak balik dah..Nasib baik dah lepas berbuka, dah selamat makan puas2..Jomm kita balik..Tak dapat lah mak ko ni nak join diorang ni gi shopping kat uptown.,,huhuh


Sempat lagi berposing 4 orang sebelum balik..Still tak cukup korum..Patutnya berlima, Ieza takde time ni..Ni jela yang ada...Mila, Yaya, and Ida..Mak buyong Yaya tengah menunggu hari...Bungaaaa, cepatlah kuarr...Tak sabarr dahni nak gentel2 bunga...hehehe

Friday, July 11, 2014

Bersilat di dapur Ramadhan ke 12


Ni citer semalam, macam biasa Abi akan wassap tanya arini nak buka makan apa? Tapi semalam lain sikit, Abi nak masak plak, aku ok je, lagii aku suka kan..Siap tanya rasa2 nak makan apa? Aku memang lama nak makan ketam masak lemak cili api, oiii sedappp habaq ang..Lagi2 kalau mak n Abi yang masak, kalau aku yang masak, hampehhh...Tapi semalam, ntah macam mana ter"rajin" plak tetiba nak buat kuih..Terus blink-blink kuar mentol kat kepala, yeszaaa kuih paling senang nak buat kuih buah melaka ade jugak yg panggil ondeh-ondeh, sebab bahan2 dia simple je, dulu masa zaman muda belia rajin jugak buat sendiri, lama dah tak buatt..Alaaa benda senang pon malas nak buat, apa lagi nak buat yang susah2 kan..Nory...noryyy..


Ececehhh balik2 kerja je, Abi dah siap masak dah lauk ketam yang aku request tu, Saje buat lebih bagi kat jiran2..Aku pon letak beg, terus gi amik Iqy dulu kat umah babysitter dia..Alaa depan umah je pon. Taw tak Iqy tengah buat apa masa aku datang nak amik dia tu, dia tengah meniarap , dengan sendirinya....Alahaii anak, kalau kat rumah kemainnn lagi manja takmo meniarap sendiri, nangis2 suruh orang tolong, kat umah ibu dia, elok je dia niarap sendiri...Eeee gerammm taw..Tapii happy tengok Iqy niarap sendiri..Iqy ni spesis abah dia, jenis yang tak suka tunjuk2 kat orang kepandaian diri..Suka sorok2, suka malu2...hahahaha..
Eh eh eh, ni bukan nak citer pasal Iqy, ok sambung pasal citer masak2 tadi ek...haha..

Balik rumah letak Iqy jap, suruh Abi layan dia tengok tv, suruh dia ajar Iqy guna Flash Card, Abi tu suka main2, nyampahh taw...Dah anak tu suka main dari belajar...Pokk karangg..So, semalam lewat sikit study ngan Iqy..Sampai ngantuk2 dia ..hahaha..

Eh sambung balik, pastu kan aku gi lah dapur, check bahan2 yang Abi dah siap2 beli kan, aku tinggal nak buat je..Cehh konfidenn giler, siap sound Abi jangan tolong aku, dok je diam2 ngan Iqy tu..Tapi baru seminit kat dapur, aku dah merajuk ngan tepung, Abi dah taw perangai bini dia camne, bini dia bukan jenis yang kaki dapur ni..ahahahah,,,pasrah..So, terpaksa jugaklah si laki turun dapur bantu bini dia yang dah merajuk ngan tepung tu..Aishh ingat balik memang kelakar...Abi sambil tolong, sambill sengih2 cakap aku ni dengan tepung pon nak merajukk...Wakakakakka...Mau tak bengang,, sbb tu aku tak suka masak2 ni, sebab aku buat mesti ada je yang tak kena...Mesti kena mintak tolong Abi jugakk..Hurmm patutlah jodoh aku dengan Abi yang pandai masak, kalau tak, hurmmm...nayaaaa je..

Dan akhirnya berjaya jugakkk...Abi puji sedappp..Hikhikhik...Haruslah puji sedapp..Berani puji tak sedap, mau sentap 4 hari 4 malam, melayang periuk belanga kang...muaahahahaha,,,


Tapiii ketam masak lemak cili api yang ABi buat seriusss sedappp..Hampir2 sama ngan mak masak..Tenkiuuu Abiii...I lappp U..Oh yerrr, aku turun ke dapur ni sebab nak sahut cabaran Ieda , #SayNotoParam ..Hkhikhik...Jom sama2 sahut cabaran ni...Jangan lupa hashtag k..

Remark : Pssstttt!!! Arini tak masak sebab arini Abi balik kerja malam, so arini berbuka kat rumah MAK!!!!!!....Yeayyyyy!!!!! Lompat Bintangg!!!

Thursday, July 10, 2014

Apa istimewanya tempoyak ni?

Terus terang cakap ek, aku memang hantu durian, suka makan durian..Tapi peliknya aku tak makan tempoyak, sampai tahap bau dia pon aku tak boleh blah..Bukan sebab aku ni orang bandar ke apa, tapi memang aku tak makan tempoyak, tak makan cencaluk, petai, jering, semua lah yang ucuk2 tu..Tapi aku taw yang ucuk2 tu lah sedap kan..Aku pon kadang2 bengang ngan diri sendiri kenapa aku dilahirkan sebagai seorang yang sangat cerewettt tang makan, ade makanan yang aku tak makan, biasanya yang orang suka makan, macam gulai tempoyak, family aku cukup suka makan tempoyak, lebih2 lagi papa aku, Abi, Paklang (sebelah umah)..Maybe sebab dorang ni orang perak kot..Orang Perak memang sinonim dengan tempoyak kan..hahahah...Abi lagi lahhh, dia feberet betol tempoyak ni, lagi2 kalau ada ulam2 petai, jering, kerdas, eh macam2 lah, aku sampai naik kenal dah semua nama ulam2 tu, padahal dulu tak kenal pon sebab tak pernah makan, dah kawen ni baru kenal...haahahha...Aku punya tak suka dengan tempoyak ni sampai kan Abi suka nyakat celet2 tempoyak kat pinggan aku, heyyy pantanggg taw..Kalau tempoyak dia ade lagi kat dalam peti ais tu, tak buka peti ais sebulan pon aku sanggup...kahkahkahkahkahkah...Tapi pelikkk, durian aku boleh plak tahan bau, kenapa tempoyak tak boleh plak..Masalah betol lah aku ni..


Oh yer, ni gulai tempoyak paklang (sebelah umah) bagi time berbuka, Abi kemain suka lah kannn...Aku pandang senget2 mata je...hukhukhukhuk

Wednesday, July 9, 2014

Koleksi baju raya Rizqy untuk tahun 2014.

Taun ni first time sambut raya dengan "orang baru", Rizqy Hafiy Aish..Persiapan raya dah tentulah berhabis ke dia aje, mama abah pakai kain pelikat ngan kain batik pon ok..Biarlah dia merasa raya pertama ni, biar jadik kenangan dia dah besar nanti, betapa terujanya mama n abah dia nak sambut raya dengan dia..3 kali raya sebelum ni hanya berdua, still tak pulang modal duit raya, hahahah..Taun ni insyaALLAH pulang modal, Iqy dah start collect duit raya taun ni yer sedara mara, sahabat taulan sekalian...Readykan satu sampul untuk Iqy taun ni..hehehe..2 sampul pon ok, satu untuk mama...Sampul mama kasi duit kaler ungu je taw, hahahah..

Koleksi baju raya Iqy untuk taun ni, alhamdulillah ni je yang mama abah termampu, raya puas2 yer sayang..Ade rezeki mama tambah lagi baju raya Iqy yer..Mama memang suka dok grooming2, pesyen2 kasi stylo ,abah dia pandang senget2 mata je tiap kali mama dia beli barang utk dak Iqy ni..Mama selebet takpe, anak kena smart, sampai tahap nak tido pon kena smart2..Ok pitammm...hahaha..



Saturday, July 5, 2014

Rizqy nak jadi abang dah

Tajuk saje bikin gempak je tu..Giler ko!! Iqy tu meniarap pon tak pass-pass lagi, takde maknanya nak ber"adik-adik" bagai lagi.Buat masa sekarang ni (aku cakap untuk masa dan ketika ini yer), biarlah aku manjakan Iqy sepuas2 nya dulu, biarlah dia sorang dulu buat masa ni, bukan taknak tapi bukan waktu sekarang ni..Memang betul orang cakap anak tu kan rezeki, iyerrr betul , aku tak nafikan pon, tapi kite kena ada perancangan jugak, zaman sekarang duit segala2nya, pampers, susu, keperluan, ubat sakit anak, tu semua duit tu..Kalau dah berderet anak tetiap tahun satu, tipu lah kalau ko cakap anak ko tak terabai, mesti ade yang terabai..Tipulah kalau ko cakap ko dah bahagi sepenuh kasih sayang sama rata dengan semua anak2 ko..Yakin ke yang ko berlaku adil dan saksama dalam menyayangi anak2 ko, kang ko sayang and belek yang kecik je, anak yang besar, ko biar kan je..kan tak elok gitu..Tapi ade jugak yang aku tengok ibu2 yang cekap uruskan anak2, walaupon anak berderet, contohnya macam makngah aku..Anak 9, tapi dia boleh urus sendiri, teratur jee..Tapi aku tak secekap makngah aku kot, biarlah aku besarkan Iqy dulu, agak2 dia dah terlebih kasih sayang, baru aku pikir nak bagi adik ke tak kat dia..hahahah..Eh ni pendapat aku je taw, jangan kau "tiaw" aku plak...


Meh nak belanja gambar Iqy dan new cousin dia, yang kiri tu.Ni gambar Iqy masa hari ke 6..Baby tu baru je lahir 2 Julai kelmarin..Ini anak buah aku..Anak adik ipar aku (Achik)..Sekarang ni Achik kat Taiping berpantang kat rumah mertua dia..Kalau kat Behrang boleh gi lawat, ni jauh sangat la plak, dapat tengok gambar je..First time tengok gambar baby Achik ni terus terjojol bijik mata, sebab muka sejibik macam Iqy, terus cari gambar Iqy yang paling sama dengan baby girl Achik ni..Eh eh, haah lah sama...Abi pon teruja, eh samalah macam Iqy..Dah nampak bayang dah, macam ni kot rupa adik Iqy nanti..hikhik...Kalau girl lah pon..Kalau boy jugak, aku tak kesah pon..


Pastu saje wassap gambar yang dah dicantumkan tu kat Abi, siap tulis nama Iqy n nama bakal adik dia lagi...(Alaaa kantoi nama adik Iqy nanti)...hahaha...Pastu Abi boleh plak tanya soklan cepuk cemas tu kan...Haaa cer baca tu...ahahahaha...Terkujatt lah aku, choiiiii....Iqy terlalu kecik untuk cerita pasal adik untuk dia ...Ciann dia...Takmo dia kurang kasih sayang...hukhukhukhuk...Takmolah citer pasal adik lagi...


Sejukk je tengok gambar baby Achik ni, teringat masa baru bersalinkan Iqy bulan 3 aritu..Wajah dorang saling tak tumpah..Rindu bau baby masa ni, sekarang Iqy dah ucuk acam...tapi still sedap lagi bau dia...heheheh..

Berapa berhabis kat bazaar ramadhan?

Sepanjang bulan puasa ni, baru 3 kali aku jejak bazaar ramadhan kat rumah aku ni.First masa second ramadhan, berbuka kat rumah mak, takde menda nk bawak gi umah mak, so pergi lah bazar nak cari kuih 2,3 jenis..Lauk semua mak dah masak, saje beli kuih buat tambah2 hidangan.

Kali kedua masa ramadhan ke 5.Kalini memang beli untuk berbuka kat rumah.Dapur memang tak berasap lah kan..haha..dan kali ketiga semalam.

Kalau pergi bazaar ni memang bahaya sikit..Silalah bawak duit cukup2 je jgn terlebih.Macam aku bawak 20hengget je..Konon nak cuba taknak habiskan 20hengget tapi hurmm siap terlebih lagi ade laa..Euwww bahaya lah gi bazaar ni kan.Duit keluar tanpa sedar..

Apa yang aku beli?

Nasi Lemak Ayam Berempah = RM4.50
Rojak = RM3.00
Sate 10 cucuk = RM6.00
Ayam Gunting Crispy = RM6.00
Air Soya = RM3.00
Total = RM22.50

Hurmm mahal ke murah???

Friday, July 4, 2014

Cerita Rabu lepas..


Puasa ke-4 Rabu aritu, Abi wassap tanya harini nak berbuka apa? Samaada nak masak , beli atau berbuka kat luar..Aku pon blur kekadang taktaw nak berbuka apa, kat mana dan bagaimana...Eh??Tapi tetiba macam nak makan KFC, maka berbuka lah kami 3 beranak kat KFC ..Gerak lewat sikit dari rumah, Iqy dah start ek ek ek, baru kitorang gerak, budak tu memang suka berjalan..Kalau ek ek ek tu cer bawak keluar,amboii kemain suka, senyap je dalam kereta.Kalau kat rumah bukan main lagi, ek sana ek sini...huhu..


Kurma percuma disediakan, siap ngan packaging lagi, tahun lepas takde packaging camni...Ekceli kan, sebab utama aku nak makan kat KFC ni sebab nak beli blanket Doraemon KFC tu haa..Heyy berkenan betul aku dengan blanket tu, konon nak beli untuk Iqy lah kan..Sekali stock habis lah plak, sedihhh aku..Rasa nak guling2 hentak2 kaki kat situ..Siap pesan kat Abi suruh ushar stock kat KFC yang dekat ngan tempat kerja dia, kalau ade tolong belikann..huhuhu...

Iqy macam biasa lah, dalam kereta dia dah bantai tidoo..Turun dari kereta campak dia dalam stroller, lena sampai lah kitorang setel berbuka puasa..Good Boy Iqy!!!!




Elok je kitorang setel habis berbuka, Iqy pon terjaga, tetiba teruja plak dia tengok lampu2 kat KFC tu..Lepas bagi susu, kitorang pon gerak balik, pastu nampak orang jual durian, singgah beli kejap, pastu terus singgah rumah mak, makan durian ramai2 baru meriah kan...heee..


Sanggup tunggu papa balik terawih baru buka durian..Iqy sampai dah marathon tidur bangun tidur  dah...hahahah..


Sempat rembat kopiah Atok, konon2 macam baru balik terawih lah tuu...hehehehe...Dah macam anak orang bosnia plak along aku cakap...hahahha...Aku taktaw lah Iqy ni kenan ngan sape, paling sentap orang cakap aku tertukar anak masa bersalin, terambik anak mat salleh....Choiiii penat aku teran nak kuarkan dak seketul ni wey...Agak2 lah, takkan aku tak kenal anak aku sendiri...hahahhahaha



Thursday, July 3, 2014

Homeschooling : Flash Cards pertama untuk Rizqy

Semalam time lunch aku pergi Tesco Bukit Puchong, dekat je dari opis dan rumah aku.Aku pergi beli barang dapur sikit, dah ada anak ni, kena bijak bahagi masa, masa bila nak beli barang dapur, masa bila nak pergi kedai..Semua tu kena manage betul2, aku memang jarang singgah kedai or supermarket lepas balik kerja, bagi aku, lepas waktu kerja adalah kualiti time untuk family, suami dan anak, nak2 plak sekarang dah ade Iqy, Iqy lak tinggal ngan pengasuh, aku taknak lah tinggalkan Iqy lebih masa dengan pengasuh dia, sian dia, dahlah seharian duduk dengan pengasuh, setiap hari tepat 5.30 aku keluar dari opis terus balik rumah dan amik Iqy kat rumah pengasuh, masa yang ada tu jela yang aku ada nak bermanja dan bermain dengan Iqy, rinduuu siott..huhu..

Sejak Iqy dah masuk 3 bulan lebih ni, aku peratikan dia macam cepat boring kalau bermain dengan dia, main sekejap, dah mengantuk, sampai tahap nak senyum pon tak larat..Tapi yang aku perasan dia senang tertarik dengan benda2 yang berwarna-warni dan bergerak..Since sekarang pon dia dah start nak pegang2 barang, aku pon dah start ushar2 mainan yang sesuai ntuk Iqy..Tapi aku ada terbaca, lagi elok kalau kenalkan anak dengan "early eucation", skarang kan trend homeschooling..Aku bukanlah pandai sangat nak mengajar anak aku, tapi ini tanggungjawab semua ibu2, dulu aku kurang kesedaran, tapi bila dah jadi mama ni, terpikir sendiri nak ajar nak dari kecik lagi..


Dan semalam lepas beli barang dapur, aku masuk kedai buku kejap, cari "Flash Card" untuk Iqy..Flash Card atau nama melayu  nyer Kad Imbasan..Apa yg aku taw, bayi seawal usia Iqy atau dibawah 6 tahun sangat mudah menyerap ilmu dan serap apa yang kite ajar.Dia belajar dengan keadaan sekeliling dia.Sambil main pon ekceli dia sdang belajar.Dia akan explore dan terus mengexplore..Masa camni lah paling sesuai untuk serapkan anak2 dengan ilmu pembelajaran, bagi dia kenal huruf , nombor , bentuk dan sebagainya..


Aku beli Flash Card ni kat kedai buku harga RM8.90 sekotak..Ade 26 keping kad A-Z ..Kad berwarna warni, Iqy ska tengok kalerful2 ni..Harap2 dia suka lah dengan Flash Card ni.


Kaedah gunakan flash card ni senang je, sehari amik masa paling kurang 5 minit je..Tunjuk kad ni laju2 dengan suara yang Kuat, Jelas dan Berulang2..Pegang 3 tips tu untuk kaedah pembelajaran Flash Card ni yer..(Kuat, Jelas, Berulang)..Dah nama pon flash card (kad imbasan) kan..Kena lah tunjuk sekali imbas je.Jangan risau, otak bayi ni fresh lagi dan mampu menyerap ilmu dan pembelajaran yang diterima..Cer bayangkan sekali imbas tapi hari2 ko tunjuk kat anak ko, kompom anak ko akan ingat punya..Cuma kena gigih je..Golongan mak2 ni memang supermak, time anak sakit, mak yg jadi doktor tolong bagi anak makan ubat, pantau suhu badan anak, bila anak nak belajar, mak jugak yang jadik cikgu kat rumah mengajar anak2..Kalau anak lapar, mak jugak yang jadik chef untuk siapkan makanan anak..Hebatkan super"mak"..?


Doakan aku gigih dan kuat semangat untuk teruskan Homeshooling untuk Iqy ni..Sape taknak tengok anak dia pandai membaca dengan cepat?Sape taknak tengok anak dia cerdik pandai kan?? Aku usaha je, yang lain aku berserah je kat Allah..Yang baik datang dari Dia, yang tak baik tu mgkin dari kesilapan  aku sendiri..

Wednesday, July 2, 2014

Sample diapers dan free gift dari Drypers


Sape tak suka benda free, cer habaq mai kat aku??Mestilah suka kan dapat benda free, rezeki jugak tu.Tak baik di tolak..hehehe..Aritu ada sign up members kat laman web rasmi Drypers, bila dah siap isi2 butir2 diri dan anak, dia suruh pilih jenis diapers dari Drypers yang kite berminat nak try.Aku pilih Wee Wee Dry size M untuk Rizqy..

Semalam baru dapat free sample diapers tu, dapat 4 keping..4 keping pon banyak jugak lah dapatlah topap stock diapers Iqy kat rumah..Iqy memang tak kisah pakai diapers jenama apa pon, kulit dia tahan, walaupon orang cakap kulit putih ni cepat sensitif, tapi aku tengok kulit Iqy ni kira tahan jugak lah..Macam2 brand diapers aku dah try untuk Iqy, semua sesuai dengan kulit dia, yang selalu jadi masalah antara diapers tu tahan bocor atau tak je..Biasalah kalau pakai yang murah tu, kalau pakai lebih dari 3-4 jam mesti bocor habis basah baju dia, tapi lepas aku try Drypers, aku perhatikan Drypers ni tahan bocor, paling koman pon dia melendut sebab dah berat sgt je, tapi takde bocor..So, sejak dari tu, aku terus setia dengan Drypers sampai sekarang..

Korang kalau nak dapatkan free sample diapers dari Drypers ni boleh lah sign up kat link www.drypers.com.my ni..Kalau bernasib baik korang akan dapat beg ladybug kaler merah hitam tu..Beg tu terhad untuk 50,000 yang terawal mendaftar je..Kalau bernasib baik, korang pon akan dapat...Cecepat gi daftar sekarang taw..Comel je beg tu, tapi tak guna pon lagi..

Tuesday, July 1, 2014

Shopping baju Rizqy @ Warehouse OKBB


Sioootttt betul, pandai betul dorang ni buat sale time cantik kena time gaji..Boleh plak buat sale secara berjemaah, MyDear, Baby Kiko, Hytex, OKBB, heyy macam2 lagi lah..Kan best kalau duit berkepuk2, boleh pegi semua sale yang ade..Bila dah ade anak ni, memang aim sale baby warehouse/expo je.Sebab utama nya adalah murah.Aku sempat pergi Warehouse sale OKBB je, yang lain aku terpaksa buat2 yang aku tak taw, sebab poket makin nazak, dah lah nak raya ni...hukhukhukhuk..Kan best kalau boss bagi bonus berbulan2...(bersyukurlah Nory oiii)

Aku pegi Warehouse OKBB hari sabtu haritu, pagi2 tu rushing berkemas sebab petang Abi ajak balik kampung sambut puasa kat sana.Nasib baik kampung dekat kat Behrang tu aje..Pagi2 bangun kemas beg, siapkan Iqy, terus gerak singgah umah mak dulu, mak rindu Iqy seminggu tak jumpa..Lepas dah jumpa mak terus ke Warehouse OKBB dekat je dengan rumah aku, kat Puchong je, boleh kata warehouse sale kebanyakan buat kat Puchong, boleh pitam aku taw..huhu..Kena pergi cepat2 sebab lepas tu nak ke Hospital Assunta plak check kahak Iqy yang tak hilang2 lagi tu..


Sampai je kat Warehouse OKBB, orang dah ramai dah berpusu2, tapi takdelah ramai sangat, tak macam sale Pureen orang berasak-asak, tolak menolak..Kat sini masa aku pegi tu smooth n steady je, cuma beratur nak bayar je lama sikit, beratur panjanggg..Lenguh kaki berdiri, Iqy tidur dalam stroller, Abi tunggu Iqy kat tepi tembok..Aku sorang2 jalankan misi perabihkan duit..Weeee...Seronok shopping barang anak ni, eksaited lain macam..Kalau boleh semua nak di beli, nasib baik lah duit ada secoitt je...Fuhhh bahaya2..


Apa yang ada kat WH OKBB ni? Macam yang ade ka sale Pureen jugak cuma kat sini ada pilihan yang cantik2 dari brand Pocoyo & Disney..2 brand ni kan mahal jugak kalau beli kat luar..Tapi kalau beli kat WH OKBB ni, harga jauh lebih murah..Aku sambar 2 helai baju raya Iqy brand Pocoyo n 2 helai brand Disney.Harga jatuh selai RM20-RM25 ..Kalau beli harga asal, boleh pengsan harga sehelai rm80++...Perghh...Memang berbaloi lah beli kat WH ni..

Padahal niat asal datang sini nak beli baju basahan Iqy je, tapi bila tengok harga baju 2 brand tu (Pocoyo n Disney) tu murah giler, so aku rembat lah sekali harung, jimat sikit kan..So, baju raya Iqy dah setel,tinggal baju melayu je, aku tengah cari baju melayu rompers utk Iqy, sape taw kat mana ade jual bagitaw aku ek, sebab nak tempah dah tak sempat, aku prefer yang ready made jela jawabnya..Harap2 ade, sebab aku suka baju melayu rompers tu nampak kemas n bila dukung Iqy takdelah baju dia terangkat sampai nampak perut boroi dia tu..hehehe..

Oh yer masa tengah beratur, tiba2 datang sorang akak ni, aku blur mula2, sebab tak kenal kan, pastu akak tu hulur tangan nak bersalam, rupanya dia pembaca blog aku.Ya Allah, malunyerr..Haii Kak Nanie, salam kenal yer, tak dapat borak lama pon time tu kan, terima kasih lah sebab sudi baca n singgah blog picisan Nory yang selalu dok merapu meraban ni..hehehe..Rupa2nya kak Nanie ni satu kampung dengan Abi...Alaaa malunyer orang kampung Abi bace blog murahan ni...hehehe...Sape lagi orang Sg Behrang, cer angkat tangan??Nanti raya boleh lah aiolls singgah umah uolls kutip duit raya Iqy...hehehe..


4 Helai baju dan 1 helai seluar..2 brand Pocoyo dan 2 lagi brand Disney..Baju kemeja putih (pocoyo) tu RM25, Baju kemeja oren (pocyo) RM20, Kemeja kotak2 (Disney) RM25 dan baju kemeja dark green (Disney) RM15, Seluar pendek (Disney) RM25..2 pasang kasut setiap satu RM8 aje..haaa berbaloi kan haga murah giler banding harga kat luar..

Tapi biasa lah baju budak lelaki terhad fesyen nya, balik2 kemeja, takpon t-shirt berkolar...Hurmmm pasrah..


Baju basahan lak aku beli 8 pasang..Harga ada yang 2 pasang RM10, ada yang 2 pasang RM20..ade yang selai RM3..Haaa memang murah2 lah..Baju basahan duduk rumah memang beli banyak sikit sebab baju2 sedia ada banyak yang dah tak muat kat Iqy.hukhukhuk...