Followers

Thursday, July 3, 2014

Homeschooling : Flash Cards pertama untuk Rizqy

Semalam time lunch aku pergi Tesco Bukit Puchong, dekat je dari opis dan rumah aku.Aku pergi beli barang dapur sikit, dah ada anak ni, kena bijak bahagi masa, masa bila nak beli barang dapur, masa bila nak pergi kedai..Semua tu kena manage betul2, aku memang jarang singgah kedai or supermarket lepas balik kerja, bagi aku, lepas waktu kerja adalah kualiti time untuk family, suami dan anak, nak2 plak sekarang dah ade Iqy, Iqy lak tinggal ngan pengasuh, aku taknak lah tinggalkan Iqy lebih masa dengan pengasuh dia, sian dia, dahlah seharian duduk dengan pengasuh, setiap hari tepat 5.30 aku keluar dari opis terus balik rumah dan amik Iqy kat rumah pengasuh, masa yang ada tu jela yang aku ada nak bermanja dan bermain dengan Iqy, rinduuu siott..huhu..

Sejak Iqy dah masuk 3 bulan lebih ni, aku peratikan dia macam cepat boring kalau bermain dengan dia, main sekejap, dah mengantuk, sampai tahap nak senyum pon tak larat..Tapi yang aku perasan dia senang tertarik dengan benda2 yang berwarna-warni dan bergerak..Since sekarang pon dia dah start nak pegang2 barang, aku pon dah start ushar2 mainan yang sesuai ntuk Iqy..Tapi aku ada terbaca, lagi elok kalau kenalkan anak dengan "early eucation", skarang kan trend homeschooling..Aku bukanlah pandai sangat nak mengajar anak aku, tapi ini tanggungjawab semua ibu2, dulu aku kurang kesedaran, tapi bila dah jadi mama ni, terpikir sendiri nak ajar nak dari kecik lagi..


Dan semalam lepas beli barang dapur, aku masuk kedai buku kejap, cari "Flash Card" untuk Iqy..Flash Card atau nama melayu  nyer Kad Imbasan..Apa yg aku taw, bayi seawal usia Iqy atau dibawah 6 tahun sangat mudah menyerap ilmu dan serap apa yang kite ajar.Dia belajar dengan keadaan sekeliling dia.Sambil main pon ekceli dia sdang belajar.Dia akan explore dan terus mengexplore..Masa camni lah paling sesuai untuk serapkan anak2 dengan ilmu pembelajaran, bagi dia kenal huruf , nombor , bentuk dan sebagainya..


Aku beli Flash Card ni kat kedai buku harga RM8.90 sekotak..Ade 26 keping kad A-Z ..Kad berwarna warni, Iqy ska tengok kalerful2 ni..Harap2 dia suka lah dengan Flash Card ni.


Kaedah gunakan flash card ni senang je, sehari amik masa paling kurang 5 minit je..Tunjuk kad ni laju2 dengan suara yang Kuat, Jelas dan Berulang2..Pegang 3 tips tu untuk kaedah pembelajaran Flash Card ni yer..(Kuat, Jelas, Berulang)..Dah nama pon flash card (kad imbasan) kan..Kena lah tunjuk sekali imbas je.Jangan risau, otak bayi ni fresh lagi dan mampu menyerap ilmu dan pembelajaran yang diterima..Cer bayangkan sekali imbas tapi hari2 ko tunjuk kat anak ko, kompom anak ko akan ingat punya..Cuma kena gigih je..Golongan mak2 ni memang supermak, time anak sakit, mak yg jadi doktor tolong bagi anak makan ubat, pantau suhu badan anak, bila anak nak belajar, mak jugak yang jadik cikgu kat rumah mengajar anak2..Kalau anak lapar, mak jugak yang jadik chef untuk siapkan makanan anak..Hebatkan super"mak"..?


Doakan aku gigih dan kuat semangat untuk teruskan Homeshooling untuk Iqy ni..Sape taknak tengok anak dia pandai membaca dengan cepat?Sape taknak tengok anak dia cerdik pandai kan?? Aku usaha je, yang lain aku berserah je kat Allah..Yang baik datang dari Dia, yang tak baik tu mgkin dari kesilapan  aku sendiri..

13 comments:

  1. go go go go kak nory....semoga tabah ye...salam ramadhan akak :D

    ReplyDelete
  2. elok la tu nory...dedahkan iqy dengan something yang sangat berfaedah, in shaa allah.... teruskan usaha sampai berjaya ya ^_^

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum nory, semoga iqy cepat pandai ye. heheee very supermak sangat kannnn

    ReplyDelete
  4. wahhhhh go go nory! semoga berjaya! eh mcm nk amik exam lak.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...best kn walaupun mula2 dieorg duk tilik je walau xphm..lama2 nnti ajar dia mngenal satu2 plk

    ReplyDelete
  6. walllaaaa semangat ni... chaiyook dear...

    ReplyDelete
  7. hi salam kenal, btol skrg mmg kena ajar anak dari rumah tak leh 100% serahkan kt school :) ggod luck!!

    http://lovelyfreesia.blogspot.com/2014/05/homeschooling-activities-color-tunnel.html

    ReplyDelete
  8. Chaiyok chaiyok..rajin mommy iqy ni..nnt dah bsar die pn rjin mcm mommy die..

    ReplyDelete
  9. kecik2 dah belajar ye iqy..
    saya balik keje singgah kedai kejap kalo teringat ada barang tak cukup

    ReplyDelete
  10. waa kagum ngan akak! betultu, apa-apa pun kena usaha.. nanti anis pun nak wat camni gak la.. :)

    ReplyDelete
  11. good .. good.. chaiyok²... nory belikan buku kat dia.. yg org jahit pakai kain tu/buku kain pernah jumpa kat blog hamizan shop.. hr tu pernah jgk jumpa sekali kat mph.. tp mmg ssh nak jumpa buku tu budak² boleh hisap dia macam kain sebenarnya.. mesti iqy lg tertarik.. satu cukup mmg mahal.. tp berbaloi².. kalau iqy dah meniarap atau dduk baru bg flash card ni.. bg dia pegang pulak.. dia pun mesti teruja.. jgn risau koyakk.. nnt umo setahun dia tak heran dah tak koyak klau jumpa buku atau srat kabar hihihihi ... itu pembelajaran yg baguskan.

    ReplyDelete
  12. Sesuatu yng bgus.. Kdng ada orng suka bg ank2 lyan kartun.. Sy pun dh niat nk buat mcm ni bila bby dh lhir nti..

    ReplyDelete
  13. ape nama kedai yang jual falsh card tu yerk..boleh bgtaw sbb sy mmng nak cari kad tu..terima kasih ye

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)