Followers

Friday, August 29, 2014

Rizqy cucuk 5 bulan

Saje nak update pasal Iqy kena cucuk sempena 5 bulan..Bulan ni appoitment Iqy kat Klinik Kesihatan (KK) lari sikit dari tarikh sepatutnya Iqy 5 bulan.Biasanya selang beberapa hari je lepas dia genap usia bulan kan.Iqy 17hb genap 5 bulan, tapi appointment 26hb, aku kerja half day Rabu aritu, Abi plak kerja shift pagi, so tengahari dah balik kerja, boleh join gi KK sekali.

Balik kerja 12.30 terus amik Iqy dari rumah babysitter, lepas tu terus lepak rumah mak aku dulu, tunggu Abi balik, appointment kul 3ptg, sempatlah dak Iqy tidur seround, tu pon tak lena tidur, asyik kena buli je dengan maksu Tasha dia.Pukul 3 pergi KK, uihhh ramai plak orang, jenuh nak menunggu, Iqy plak dah "banyak kerja" sekarang ni, nak berdiri tepuk2 meja lah, pusing sana pusing sini, nasib baik dia tak meragam, aku rasa dah boleh kot bawak dia masuk panggung tengok wayang, hahaah..Paling koman pon dia mesti tertidor punya dalam panggung nanti, dia macam nyamuk, kena aircond je tidurr..hahaha..

Macam biasa kat KK, mesti kena lalui step by step barulah setel sume boleh balik, bila nama Iqy dipanggil, kena bogelkan Iqy untuk timbang berat dan ukur tinggi, oiiihh ni memang Iqy suka lah kalau part buka2 baju ni, makin ligat lah dia berpusing2 , nak pakai baju balik pon susah.pffftt...

Berat Iqy untuk 5 bulan ni :

Berat : 9.3kg
Tinggi : 69cm

Alhamdulillah , berat badan Iqy ideal gituu, sesuai dengan ketinggian dia..Walaupon orang ternganga mulut bila dengar berat dia yang dah hampir sama dengan seguni beras tu..hahaha..Alhamdulillah tak obes..Sepanjang dok menunggu giliran tu, ramai yang menegur Iqy ni, susah jadi budak hensem ni taw..hahah..Bila cakap umur Iqy baru 5 bulan, mesti orang terkejut..Badan dia panjang , Sadoo plak tu, orang ingat budak setaun  dah dia ni, tapi bila dokong, lembik lagi, baru orang percaya dia baru 5 bulan..hehehe..Nurse2 kat situ plak dok panggil dia "anak arab", siap panggil "pak syeikh" lagi..hurmm hentamlah labu, arab pon arab larr.Taktaw lah kenan pak arab mana dia ni..pfffttt..

Lepas dah timbang semua, nurse pon bagitau lah yang bulan depan Iqy dah boleh start makan bubur nasi.Nurse cakap genap je usia 6 bulan, terus bagi Iqy makan, aku exciteddd weyyy, excited sangat bila tak lama lagi anak dah start makan, tak sabarrr tunggu Iqy genap 6 bulan.Tapi hurmmm rasa cepat sangat masa berjalan, rasa tak puas lagi jaga dia masa kecik ni..hehe, tak lama lagi dah besar, dah berjalan, dah berlari, nak ke tak lagi dok berkepit ngan mama, alahaiii sindrom mak2 sangat aku ni taw..

Lepas dah dengar penerangan dari nurse tu, bawak Iqy ke bilik suntikan plak untuk cucuk kat peha gebu dia tu.Sebelum kena cucuk, sempat lagi nurse tu perah2 peha Iqy yang montok tu, sampai merah2 peha dia, geram punya pasal..hahaha..Dia dah start meronta2 dah time aku pegang peha dia tak kasi bergerak, ni baru kena pegang peha, belum kena cucuk lagi..Pastu sappp!!! nurse suntik jarum kat peha Iqy, reaksi Iqy ...Hurmmm, cool n steady macam takde menda berlaku je, ke sebab lelemak kat peha tu tebal sangat sampai cucuk jarum pon tak rasa..ihkihkihkih..Gud Boyy anak mama..Sedut gas kemain nangis lagi, cucuk montot macam takde menda berlaku je..Heyyy autaa lebih taw budak ni..Kadang2 mama konpiuss taw tak..


Layan ekeperimen dari mama dulu..Iqy pasrah je diperlakukan apa saje kat dia..Terserlah ke"azroyy"an nya kat situ, dengan kie dekat dahinya, amboiii mama dia tengok pon cair tawww..Ni kalau posing kat motor abah dia lagi mengancammm ni..Okey tggu next "eksperimen", tau lah mama dia kerjakan nnt..heheh


Ni gambar sebelum gi cucuk montot, main selfie2 ngan Ashu Tasha dia..Balik dari klinik, mentidooo dalam kereta, ubat cucuk tu mengantuk ke atau Iqy dah memang ngantuk??huhu..

Stock sebulan


Rutin baru setiap bulan, aku suka beli sekali harung untuk sebulan terus, senang sikit.Iqy punya stock susu sebulan 4kg-5kg, maknanya 4 kampit atau 5 kampit.Kadang2 4 kampit je sebulan, kadang2 ujung bulan kena beli lagi sekampit..huhuhu..

Iqy sekarang dah fully minum susu formula, jangan nak hentam aku plak ek, setiap yang terjadi mesti ada sebab2, bukan saja2 nak bagi anak susu formula.Dan jangan terlalu berbangga dapat fully breastfeed anak, sebab rezeki kita lain2..Dah rezeki aku takat tu je nak buat camne kan..Aku pasrah..Mybe anak kedua nanti rezeki susu badan aku mencurah2 plak.InsyaALLAH..Doakan ekk..

Tapi aku berjaya ajar anak aku "tak berbuai" dan "tak berputing".Tapi aku takde plak nak bangga2 , gebang2 kat orang lain yang aku handal sangat ajar anak tak berbuai dan tak berputing.yelaa mungkin anak pertama aku ni jenis yang senang dijaga tanpa perlu buai dan puting, tapiii aku selalu pikir camne lah anak kedua nanti, orang kata lain anak lain peel dia, kite takleh nak samakan anak kite dengan anak orang lain, mungkin anak kite selesa tidur tak berbuai dan berputing, tapi anak orang lain yang terpaksa diberi buai dan puting, takkan kite nak hentam mak nyer plak, dah itu jalan terbaik untuk anak dia, mungkin kalau anak dia tak berbuai dan berputing, anak dia akan menangis melalak sampai pagi, haaa takkan dia nak biar je anak dia menangis, mesti lah nak cari solution kan, kalau aku ditempat mak2 yang camtu pon, aku dah tak pedulik apa pandangan orang lain dah, lantak lah kalau nak berbuai pon , lantaklah kalau nak berputing pon, asalkan anak aku diam tak menangis..Kalau anak menangis je tak henti2, yang susah hati sape, mesti mak ayah kan, bukan orang yang hentamm kite tu nak jaga...hahahah..

So, pendapat aku, jangan memperlekehkan cara orang lain jaga anak dorang.Jangan lah pandang "enteng" ibu2 yang bagi anak minum susu formula, janganla pandang "slack" kat ibu2 yang ajar anak tidur berbuai dan berputing.Semuanya mesti bersebab, jangan suka menghentam orang tak tentu pasal..Macam ko je ibu yang paling perfect kat dunia ni, macam ko sorang je sayang anak ko, ooo yang bagi susu formula ni tak sayang anak lah ek...Yang bagi susu ibu tu sayang anak, heyy takleh lah cakap camtu, jangan cepat menghukum orang, tapi apa2 pon aku tetap respect ibu2 yang berjaya breastfeed anak2 dorang..Tahniahhh korang..Doakan adik Rizqy nanti dapat merasa susu badan selama yg diperlukan..InsyaALLAH...

*nak citer pasal stock susu je tapi dah meleret2 ke cerita lain..Sorry ehh!!.hikhikhik

Thursday, August 28, 2014

Umma Lacto dari Legacy Secret


Aku cuma nak memperkenalkan salah satu produk dari Legacy Secret iaitu Umma Lacto.Produk ni sangat bagus untuk ibu-ibu yang sedang dan ingin menyusu badan untuk bayi mereka.Mesti korang dok tertanya-tanya kan apa kelebihan Umma Lacto ni, meh aku senaraikan satu persatu kelebihan Umma Lacto ni.


  • Membantu pengeluaran susu ibu dan memperbanyakkan susu ibu
  • Memberi ibu rasa kenyang berpanjangan 
  • Membekalkan tenaga untuk ibu sepanjang hari
  • Membantu membekalkan zat besi dan mineral secukupnya kepada ibu dan bayi
  • Membantu mengelakkan sembelit
  • Membantu kesihatan perut dan kolon
  • Sebagai prebiotik ibu dan anak
  • Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Membantu mengurangkan risiko jaundis pada bayi
  • Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan
  • Membantu membekalkan kalsium dan menguatkan tulang ibu selepas bersalin
  • Membantu mencantikkan kulit ibu selepas bersalin
  • Membantu membuang angin dalam badan dan mengelakkan kembung perut.
Sangat bagus untuk ibu-ibu yang menyusukan anak, biasanya ibu yang menyusukan ni kerap berasa lapar, tapi dengan pengambilan Umma Lacto mampu buat ibu berasa kenyang selalu.Lagi satu ia mampu membekalkan tenaga sepanjang hari , maklumlah tugas ibu seharian ni memerlukan tenaga yang banyak, mana nak kendong anak lagi, mana nak kemas rumah lagi, mana nak masak lagi kan.Umma Lacto ni pon boleh membantu mengurangkan risiko jaundis pada bayi, alaaaa ruginya tak jumpa Umma Lacto ni dari sebelum bersalin aritu, Rizqy kena teruk jaundis masa baru lahir,dugaan betul..Ermmm banyak lagi lah kelebihan Umma Lacto ni, tak cuba tak tau kan..Apa kata korang try plak..hehehe..


Tapi sebelum membeli, selidik dan kenalpasti dulu produk tu produk original ataupon tiruan, jangan sampai tertipu, jadi pembeli yang bijak taw..Meh aku story camne nak kenal pasti ciri-ciri samaada produk tu original atau tiruan..Produk keluaran Legacy Secret ni ada banyak taw antaranya, Harum Malam, Wira Malam, B'Vite, Secret Laxing dan lain2..

Antara cara mengenal pasti cici-ciri keselamatan produk Legacy Secret

1. Pengesahan Melalui Visual

Lihat perkataan LS dari sudut serong 15 darjah




2. Pengesahan Melalui Sentuhan

Cetakan timbul yang dapat dirasa menggunakan jari



3. Pengesahan Melalui QR Wechat

Imbas kod produk dan info akan diberikan



PERINGATAN!!!!

  • 1 QR kod hanya boleh diimbas 5 kali sahaja
  • Sekiranya melebihi had. anda akan diberikan no telefon syarikat Legacy Secret untuk pengesahan produk
  • pastikan beli barangan original kerana takut akan kesan sampingan
  • WECHAT ID : harummalam
Cara lain mengenal pasti produk tiruan atau original.


Untuk lebih lanjut pasal produk dan untuk membuat pembelian boleh layari link2 di bawah..





Tuesday, August 26, 2014

7 tahun nan indah



7 tahun yg lalu, pada tarikh yg sama dengan harini, menjadi saksi pertemuan dua jiwa antara aku dan Abi.Semuanya bermula dari mata dan turun ke hati.Hari yg sama berkenalan terus jatuh cinta.Dari panggilan saya dan awak bertukar ke sayang dan abang.Cepat masa berlalu..Aku pon tak sangka perkenalan singkat pon boleh sampai ke tahap sekarang ni..Alhamdulillah.

Syukur aku dipertemukan dengan insan yg sempurna dimata aku.Yang sentiasa membahagiakan hari2 aku, yang sentiasa menerima setiap inci kekurangan aku.Kehadiran Abi dalam hidup aku cukup melengkapkan setiap yang kurang dalam diri aku..Terima kasih MY SOULMATE, teman serumah, teman sebilik,teman sebantal dan teman dunia akhirat..

Semoga ikatan ini kekal ke jannah..HAPPY 7TH ANNIVERSARY TO US..7 tahun dah kite jadi pakwe makwe kann,,,

Terima kasih sebab tak pernah berhenti menjadi pencuri, penyamun & perompak hati sayang.Sayang janji tak report polis, cume 3 tahun lepas je tereport kat tok kadi...hahaha..

Minggu terakhir Syawal : Raya rumah Ieda

Sekejap je dah nak habis raya.Tetiap minggu sana sini dapat jemputan, mana yang larat aku pegi, mane yang tak sempat, kira halal lah ek..Tahun depan buat lagi jemput aku taw, tu pon kalau masih diberi umur yang panjang bertemu syawal tahun depan.Sempena minggu terakhir Syawal ni, rata2 semua orang dok pakat buat open house, aku rasa dekat 10 jemputan aku dapat, tapii, aku pegi mana yang mampu je, malas lah nak bangun pagi bersiap2, dengan kerja rumah lagi nak setel, lecehhh weyy..Lagipon weekend masa yang ada untuk golek2 dengan anak, tapi bulan Syawal ni, terpaksa korbankan masa golek bersama anak dengan mengunjungi rumah sanak saudara dan sahabat taulan..Lepas raya nanti mama ganti balik "masa golek2" kite yer Iqy..Cian anak mama, kang kurus plak terkurang kasih sayang...heheheh..

Sabtu haritu, siang ada jamuan raya untuk penduduk taman perumahan mak aku, so aku pon join lah sekali, lagipon dekat2 je..Jauh2 malas lah nak tempuh jammed, peningg..Dekat situ pon dah makan macam2, dengan sate nya, kepak ayam, bihun sup, rendang, kuih muih, macam2 lah..Pfffttt...Lepas tu plak hujan, lepak rumah mak aku dulu, dah nak dekat maghrib ingatkan nak terus shoot ke rumah Ieda, dia ada buat makan2 malam tu, tapi Abi kata nak balik dulu nak mandi sebab badan dah berlengas..Balik rumah dulu, terus lap2 badan Iqy, nak mandi cuaca sejuk plak, Iqy pon baru nak sihat dari selesema, so, lap2 jela badan dia tu..tukar baju sume, terus pegi rumah Ieda, tapi geng lain milo n yaya tak join, sebab mila ade emergency kena balik kampung, yaya plak still dalam pantang.Yang ada aku n Ieza je yang ada.


Ni pestaim Iqy jejak kaki ke rumah mama Ieda dia.Seronok la dapat jumpa Darwish (anak Ieza), sorang tido, sorang berjaga, yang sorang berjaga, yang sorang ni plak tido..Yang mak2 n bapak2 busy bergosipp...hahaha..

Menu kat rumah Ieda memang best2, rugilah sape diet, nasib baik aku belum nak diet lagi, bulan raya ni aku pulun makan kaw2 punya, lepas raya baru nak work-out balik..So jangan tanya kenapa badan aku kembang mekar macam dalam gambar tu.Ida cenekel sorok badan dia kat tengah2..Choiiii sangat taw..hahahaha..

Menu apa yang ada kat rumah Ieda?

-sate ayam & daging
-burger mini bakar
- kuey teow cantonese
- macaroni goreng pedas nak mampppp**s (haha)
- pavlova
- chocolate buffet 
- nasi impit
- kuih kacang
- air anggur
- air teh o

Perghhh...perghhh...Gambar takde, ko bayangkan je la ek...hehehe



Ni time nak balik, ni lah penangan kalau dah berjumpa memang tak ingat jalan balik ke rumah..Pukul 1.30pg baru gerak balik dari rumah Ieda..Tu pon Ieza yang ajak balik, sebab dia dah tak tahan nak mandi lepas seharian jelajah 5 buah open house..Perghhh giler arrr...Iqy pon mamai2 dah time ni, bape kali tido, bangun, tido bangun je keje dia..Masuk kereta terus tidoo tak hengatt dunia..huhuh..


Belanja gambar bertiga sebelum balik..Kembangnya akuu..Tunggu lepas raya aku kasi work-out balik kasi badan cutting macam kerengga bak hangg...hahahah..

Anyway tenkiuuu Ieda & Andi susah2 je masak sedap2, semua menu nory rasa taw, kecuali kuey teow cantonese tak sempat nak rasa, sibuk bergosipp lah katakan..hahahha..

Sekiannn, tamatlah cerita raya aku..Pasni dah habis raya, back to the normal routine, tak serabut kepala lagi nak pikir nak pakai baju apa tiap kali pegi open house,,,Feninggg oiii...Normal lah tu orang pempuann kann..hahahhaa

Monday, August 25, 2014

Pengalaman Rizqy pergi casting shortlisted iklan Johnson Baby

Tak habis2 citer pasal Rizqy, dah macam blog dia plak sume citer pasal dia jeee..Tapi oklah dari takde entry langsung, dari terbiar je blog aku ni kan..Kang ko rinduu kat aku plak...hahahah...puihhh...(ferasannn giloss)..

Ni citer Rabu lepas yang aku MC tetiba tu, pagi2 bangun nak gi kerja tetiba dapat panggilan dari Talent Agency bagitau Iqy shortlisted untuk casting iklan Johnson Baby.Tu yang terus MC tu...Okeyy baru shortlisteddd je ponn...Takyahh nak over happy sangat, tapi tetap happy jugak dan rasa bangga sikitlah sebab Iqy tak sempat lagi nak lalui first stage untuk buat profile casting kat talent agensi tetiba terus dapat shortlisted..Biasanya kena buat profile dulu, amik gambar kat studio Agency,buat profile, pastu baru tunggu offer kot2 ada syarikat pengiklanan yang berkenan, tapi Iqy terus dapat shortlistedd, tu yang aku teruja sangat tu, tapi aku tak letak harapan tinggi sangat sebab ni pengalaman pertama Rizqy, takde pegalaman casting lagi..Kalau tak dapat yang ni, kite try lain plak..Ni kira langkah permulaan untuk Iqy timba pengalaman..Manalah tau rezeki dia dalam bidang ni kan..heeee..


Tengahari tu kitorang anak beranak pon pergilah ke studio casting tu..Aku taktaw berapa orang yang terpilih untuk shortlisted ni, sebab masa aku pergi tu Iqy sorang je kena buat casting, sebelum iqy tu ada sorang budak pempuan..Dia shortlisted sama macam Iqy jugak, menurut agensi tu dorang nak 1 orang baby boy,& 1 orang baby girl..Kiranya Iqy antara calon baby boy tu la..Masa sampai kat studio tu, kena isi borang dulu..


Lepas isi borang, baru lah masuk studio..Dah nama pon studio kan, penuh dengan lampuu kiri kanan depan belakang..Mak Iqy yang teruja lebih, nerbesss gegilerrr..Iqy relaxx je taktaw mendaa..hahahahah..
Untuk casting ni, Iqy kena buat video, photografer suruh agah2 Iqy bagi senyum, Iqy senang senyum kalau nampak kamera, tapi masa baru2 sampai dia liat sikit nak senyum, maybe mamai baru bangun tido..Pastu disuruh timang Iqy plak, Abi timang Iqy slow motion giler, camne lah Iqy tu nak gelakk..Aku timang barulah Iqy gelak kekek2..Jangan tak taw, antara mama n abah, mama lagi ganas jaga anak dari abah yang sopan santun tu..hahahaha...Abah dia mengucapp panjang tengok aku duk timang2 Iqy, ala bukan timang tinggi2 pon sampai gegar2 otak, timang2 angin je..Iqyy suka gilerr okay..Abah timang slow, Iqy tak sukaa...hahaha..
Pastu ditanya Iqy ni biasa tak kalau berendam dalam air? Ok tak kalau orang lain yang pegang dia selain mama dia..Aku cakap Iqy okay je, dia suka air, dia suka mandi, dia pon jenis nak dengan orang..
Itu jela casting untuk aritu..Tadi Agency tu ada bagitaw next week baru dapat keputusan samaada Iqy dapat ke tak ..Kalau dapat nanti aku gebang kat entry , kalau takde entry tu maknanya tak dapat lah tu...Aku tak letak harapn tinggi sangat sebab aku tau yang shortlisted ni mesti yang jauh lebih berpengalaman yang dah selalu join iklan, Iqy ni baru nak bertapakk, baru nak timba pengalaman, kalau ade rezeki, ade lah...Doakan ek...

Friday, August 22, 2014

First Time Rizqy kena sedut gas

Susah hati kan kalau anak sakit, lagi2 first timer mama macam aku ni, cepat panik, walau anak selsema sikit je, dan2 tu jugak hangkut bawak gi hospital.Sekarang ni batuk selsema demam bukan boleh buat main2, macam2 kes sekarang ni...Risauu aku..

Ni citer hari Rabu baru2 ni, aku MC pagi tu..Pagi2 pihak talent agency call bagitau Iqy terpilih untuk casting iklan,tu yang aku terus MC tu,,(tu nanti aku citer)..Lepas settle bawak Iqy gi casting semua terus pegi Hospital Assunta..Nasib baik jarak studio casting dengan hospital dekat je..


Lepas register, macam biasa kena timbang dulu..Mak oiii dalam tak sihat, berat naik boleh tahan jugak ko ni Iqy oii..9kg sempena usia 5 bulan...hahaha..Lepas tu giliran jumpa doktor plak, doktor cakap nafas Iqy tak berapa nak cantik, kahak banyak, takut masuk paru2 nanti kena jangkitan kuman plak, dan paling takut sekali boleh kena asma..So, doktor suggestkan sedut gas, dulu aku ingat pesakit asma je yang kena sedut gas ni, rupanya gas ni berfungsi untuk cairkan kahak jugak rupanya, tapi ramai jugak yang kata tak elok sedut gas ni? Nape ek? Aku tanya doktor, doktor kata takde side effect apa pon cuma membantu cairkan kahak je..Aku try sedut jugak, bau macam daun sirih..Doktor cakap OK, aku pon OK kan aje..Kalau dengar cakap orang, macam2 pendapat, kang aku yang pening..Kang anak aku lagi bertambah teruk sakit kang..Baik aku dengar je cakap doktor tanpa banyak bunyikk..


Melepettt je kat abah, tengah tunggu misi datang nak pasang menda alah tu kat hidung dia..Muka Iqy stresss je..Mainan tu pon tak mampu nak senyumkan Iqy time ni, macam tau2 je..huhu



Ok misi dah datang sediakan apa yang patut..


Iqy kena sedut 2 kali selang setengah jam..Yang first round tu Iqy meraung mnjerit teruk..Mula2 aku pegang Iqy, Iqy meraung2 teruk, Abi cakap biar dia plak pegang Iqy..Bila dia pegang, dia plak yang nak menangis dengar anak meraung2 camtu..Aku?? Menangis meraung dalam hati je, aku kena kuat..Dah kalau mama abah anak semua menangis, lagi lemah lah anak tu kan..Nasib baik mak ko ni jiwa kental tauuu..Padahal aku sebelum jadi mak2 ni, aku cepat menangis, cepat tersentuhh, tapi bila dah jadi mak2 ni, kental semacam jiwa aku..Giler tak sedih tengok anak meraung2 camtu, tpi aku kuatkan hati kuatkan semangat nak yang terbaik untuk Iqy, biar nampak macam kejam sikit paksa Iqy pakai menda alah tu, tapi tu semua untuk kebaikan dia..Lagi pon doktor kata, lagi elok dia menangis sambil sedut gas tu lagi senang gas tu masuk..Hurmm...Tapii jiwa kena kentalll okeyy....Sedih weyyy sekarang ni pon rasa nak nangis bila ingat balik..Papa aku sampai termimpi2 Iqy lepas tengok video Iqy nangis sedut gas tu..ALLAHHH...!!!Ciannyer..



Lepas setengah jam, kena sedut lagi, tapi masa tu iqy dah tidur atas pangkuan aku, Iqy kalau tido ko buatlah apa pon dia lenaaa je, hihihi..Kali kedua tu okay je dia sedut sambil tido..

Keesokkannya plak doktor suruh datang lagi sedut gas lagi, nak cepat baik punya pasal, sanggup aku berulang alik Puchong-PJ..Sampai je boleh terus masuk sedut gas takyah tunggu giliran, memula risau jugak takut Iqy melalak macam semalam, puas aku kepit dia ketat2 tak bagi dia meronta2, alih2 eh elok je dia pasrah sedut gas tu, siap senyum2 angkat kening lagi..Gud Job bebeh..Barulah macho tak nangis..

2 hari ulang-alik ke hospital, mama Iqy dapat ramai kawan, semua patient suka tegur Iqy, cina india melayu semua tertarik kat Iqy ni, semua dok panggil budak hensem, budak hensem..hahaha..Yang dia pon kemain senyum2 senget dengan orang..Siap ada kesan lipstik lagi kat pipi Iqy, kasanova sangat taww...Ish ish.ishh..Tu dengan orang tak dikenali tu, belom lagi bawak dia kat department Abi, lagi teruk dia kena gomolll dengan kawan2 sedepartment Abi kat hospital tu..ahahaha..Nasib ko lah nakkk...



Ni video second day, cool and steady je dia...Kemainnn lagi ko kann...

Thursday, August 21, 2014

Selamat Ulangtahun yg keee???


Harini 21 August 2014, bertambah lagi umur kekasih halal ku yang keee...tettt!!!!.Haaa takyah nak tettt sangatla..yang ke 32 dah pon.Tua dah laki ambeee..Tapi sentiasa muda dihati ini..Cewahhh..


Semoga abang sentiasa dalam lindungan ilahi, diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan..Memiliki abang satu anugerah terindah, tak teragak sayang nak cakap abang adalah suami terbaik di mata sayang.Abang sentiasa menerima dan tak pernah merungut akan kekurangan diri sayang, Abang sentiasa terima sayang seadanya..Taw tak abang sebijik macam watak Zill Faezrul dalam citer Rindu Awak 200%..Sangat sebijik, sayang nampak abang dalam watak Zill Faezrull tu, sorang yang penyabar, sorang yang tak reti marah, sorang yang terima pasangan seadanya, tak pernah komplen pasal kekurangan sayang...Sebab tu sayang taknak mintak lebih2 dari abang, cukup dengan abang yang sekarang ni..Sayang bersyukur sangat..

Sempena hari kelahiran abang ni, saya memanjatkan doa ke hadrat ilahi, agar sentiasa merahmati suami terbaik sayang ni, sentiasa lindungi abang, sentiasa murahkan rezeki abang, sentiasa mudahkan segala urusan abang di dunia dan akhirat..Abang dah buat yang paling terbaik untuk keluarga kecil kite, biar tak mewah mana, tapi cukup bagi sayang dapat merasa kebahgiaan dari diri abang...

Terima Kasih Abang...Sayang dan Rizqy sayang abang dunia akhirat, kitorang ada abang je..Terima kasih membahagiakan hari2 kami..Lebiuuu so much

SELAMAT HARI LAHIR SUAMIKU, IMAMKU..


Ikhlas dari 

Sayang & Rizqy



Hadiah untuk tahun ni, tudiaaaa seketul dak Rizqy..Hasil percantuman dua jiwa yg penuh dengan kasih sayang antara kita..



Wednesday, August 20, 2014

Kasut Rizqy yang 'Special Edition'


Muka langsiii macam tengah bersiul riang gitu kan,,gaya macam nak ngurat awek,,Phewwwittt...Sape nama, panggil saye abam Iqy..Abam Fifiy pon boleh..Abam Aish pon boleh...hehe..


Arini nak story pasal kasut special edition "Rizqy' ni..Ramai rupanya yang berminat, aku ingatkan ramai dah taw pasal kasut ni, tengah TOP kat IG masa aku beli tu..Aku plak jenis yang suka aim barang dari Iqy dalam perut lagi, mana yang aku berkenan, aku printscreen online shop tu simpan dalam memo henpon, ada duit terus order..hehehe..Sindrom mak2 kot kan..Bukan aku sorang je perangai camni, aku percaya mak2, ibu2 lain pon perangai cam aku jugak kan..hehehe..Sep..sep...sep..Dah jarang dah aku ushar barang keperluan aku, semua barang Dak Iqy je sekarang ni.Bagi aku dunia dan zaman aku dah berlalu, sekarang zaman dan dunia baru untuk Iqy je..Semua untukmu sayang..I lappp U...Mama janji tak bagi adik lagi dalam masa terdekat ni, perhatian 100% milik Iqy n abah je sekarang ni..Heehee..Tapi kuasa tuhan sape tahu kan..Mama redha je kalau ditakdirkan termengandung lagi dalam waktu terdekat ni  walaupon trauma tak hilang lagi..hahahaha..

Ok meh nak share kat mana aku order kasut "special edition with name" ni..Aku order kat Instg Online Shop @Littlecutiekids ..(rujuk gambar bawah)..Kasut ni pre-order, aku order sebelum raya, bayar depoit dulu, nak bayar habis pon boleh..Servis sangat tip top, owner sangat soft spoken, aku sukaaa bekerjasama dengan tokey online shop yang tak sombong macam ni..Rasa hari2 nak membeli-belah kat situ, nasib baik poket tak berapa nak tebal..hahah .Telan air liur jelaa..




Follow sini okey...


Kasut boleh pilih nak pattern design macam mana yang ko suka.tak semestinya macam kasut Iqy tu je, macam2 pilihan kasut lain ada, jangan rambang mata sudah..haha.Tulisan kat tapak kaki pon boleh pilih..Ikut suka dan minat masing2..


Didatangkan khas dalam kotak macam ni, aku suka beli kasut Iqy yang siap ngan kotak, sebab aku suka simpan kasut iqy dalam kotak, nampak kemasss je..Kalau tak serabutt almari dia..hahaha


Ni namecard dia..Nak tanya apa2 or nak order kasut special edition macam Iqy tu boleh terus wassap Sarah...013-226 0211..Facebook pon ada taw..Pi add sekarang...Aku beli masa tu harga RM49 tak termasuk postage..

Tuesday, August 19, 2014

5 bulan already


(entry ni sepatutnya publish 17 august lepas..kira halal lah ek..hihihi)


17 mac 2014-17 august 2014 = 5 bulan

Selamat Ulang Bulan Sang Arjuna ketipak ketipung mama..5 bulan berlalu , bulan silih berganti, seiring dengan perkembangan Iqy yang makin hari makin buat mama n abah tersenyum melebar.Kalau boleh senyum sampai telinga, dah terkoyak dah mulut mama ni, senyuman tak pernah lekang bila lihat Iqy disisi, dihadapan mata. mama, membesar bagai johan, sampai tahap time Iqy tidur pon, mama n abah dok tatap muka Iqy sambil senyum2 macam first time mama abah jatuh cinta dulu...cewahhh...Sumpah...Iqy lah permata hati mama abah yang paling berharga..Tiada yang lebih berharga melainkan Iqy, Iqy, dan Iqy..Mana nak jumpa , mana nak cari anak sebaik Iqy, mudahnya menjaga kamu wahai anak mama abah..

Membesarlah sayang..Jadi anak yang soleh, yang mampu menjaga kebajikan mama abah kelak, yang akan mendoakan kesejahteraan mama abah, yang akan menjadi penjaga mama, yang akan menjadi waris sulung keluarga kite, yang sentiasa menjaga nama baik mama abah, InsyaALLAH..Ingat taw sayang, dunia ni penuh dengan pancaroba, harapan mama semoga Iqy bijak memilih jalan mana yang baik, jalan mana yang bengkok..Amiinnn...

Bulan depan Iqy dah boleh start makan..Mama yang excited giler tau takk..Macam2 dalam kepala otak mama ni nak masak macam2, semua yang berkhasiat untuk anak mama nanti..Doakan mama rajinnn selalu taw...hehehe..

Dah 5 bulan ni, macam2 benda baru Iqy tunjuk, Iqy dah pandai nak bercakap, mulut becok sangat, potpetpotpet, taktaw ikut sape, mama n abah pendiam rasanya...hewhewhewhew..ni msti ikut mulut mama Ieda ni..hahahahaahah...Dah makin laju meniarap, asyik2 nak meniarap, sampai mama tak kasi Iqy meniarap sebab Iqy suka sepah2 mainan kalau niarap, mama peningg malas nak kutip bola2 yang Iqy tolak bergolek2 tu.Pastu suka jerit kalau penat sebab Iqy tak reti telentang lagi kan, so mama terpaksa berlari nak tolong telentangkan Iqy.....hahaha..Makin senang jaga Iqy sekarang sebab malam Iqy tak bangun susu lagi, biasa kalau Iqy tido kul 12 kul 6pg baru bangun mintak susu, pastu tido lagi, tak macam dulu tiap 2 jam sekali..tapi Iqy senang sangat tido dari baru lahir lagi, bagi je susu terus tido balik..Kadang2 Iqy join mama sekali bangun tido kul 11 pagi..hahahah..Kemainnn hobi suka tido sebijik macam mama..anak mama tu kan..huhu.Pastu sekarang ni dah pandai ngicak makanan orang, pantang tengok orang makan, mulut dia pon dok ajok tiru gaya orang ngunyah..Sabar ek, bulan depan Iqy boleh makan dah...Yeayyy...Dah pandai tiru perbuatan orang, bila mama zikir sambil tepuk dia suruh tidur, dia pon tepuk mama sekali, kalau mama tak zikir, dia yang zikir humming sendiri sampai tertido..Kemain tido siap nak bernyanyi bagai, kalau tak nyanyikan, dia nyanyi sendiri, bertuah punya anak, sentiasa memudahkan mama abah..Tak pernah susahkan langsung setakat ni,Alhamdulillah..

HAPPY 5 BULAN , RIZQY HAFIY AISH

-anak mama ketipak ketipong-


Photoshoot Rizqy tema pilot (Captain Rizqy)

Dari Iqy dalam perut, ter"berangan" nak Iqy jadi pilot dah besar nanti..Dah lah masa ngandungkan dia suka sangat kalau isu2 pasal kapal terbang ni, masa tu plak tengah hot isu pasal MH370, ari2 overnight tengok astro Awani nak tau perkembangan pasal MH370 ni, padahal sebelum2 ni aku bukan jenis yang suka amik port pasal isu2 ni, lagi plak nak bersengkang2 mata tengok berita pasal isu tu sampai ke pagi, padahal esok tu nak keje..Memang takkk arrr kan..Tapi bila ngandungkan Iqy, aku kemain suka nak taw setiap perkembangan MH370,,Semualah pasal penerbangan ni,kapal terbang ke, jururterbang ke, isu hijack lah..Smpaikan malam sebelum bersalin Iqy pon sempat tengok wayang citer pasal kapal terbang kena hijack tu..Apa ntah tajuk lupa dah..Sambil tengok Iqy dah meronta2 kat dalam perut sibuk bagi hint yang dia nak keluar esok tu, hurrmm balik dari tengok wayang boleh sambung layan astro awani lagi sampai subuh, masa tu perut dah start sakit2 dah, tapi khusyukk dok layan astro Awani..Sok pagi tu baru pegi hospital, malam tu keluarlah Captain Rizqy aiii tu...hehehe..

Tapi ni angan2 mama dia je, dah besar nanti aku akan bagi kebebasan kat dia untuk pilih kerjaya apa yang dia minat, even dia kata nak jadi pekerja kilang sekali pon, asalkan ianya kerja yang halal, aku terima je..heee..

Ok moh layan gambar Captain Rizqy yang bakal menggantikan Zill Faezrul dalam drama Rindu Awak 200%...hahhaa..Gambar ni aku amik kat IOI Mall, boleh pilih costume apa nak pakai then shoot.Masa photoshoot ni, Iqy paling kecik sekali..Masa tengah shoot, ramai orang kerumun tengok aksi dia..Kelakar pon ada..hehehe..


Ni dah macam Inspektor SAhab plak..hahahah


Sebelum fly, kite makan buah dulu ek..


Kantoiii...Captain fly bawak teddy bear...anak mak sangat taw...!!!Awek lari nanti sayangg oii...hahah


Trademark senyum senget ikat tepi satuuu!!!


Captain ketottt..


Ni dah macam penjaga kanak2 melintas plak..Stopp!!!Stop!!! Kanak2 sekolah sedang melintas..Sila perlahankan kenderaaan anda...hahahahaah

Kalau berminat nak photoshoot macam ni untuk anak korang, boleh pergi kat IOI Mall, kat ruang legar tu je, RM10 untuk sekeping gambar 4R..Tapi aku amik pakej 5+1 =RM98.Dapat 5 keping gambar 4R & 1 keping gambar besar..10R kalau tak silap..Saje nak buat kenangan untuk Iqy..Jadikan semangat untuk dia kejar cita2 sebagai pilot, padahal tu cita2 mama dia yang create...hahaha..Sesuka hati ko je kan nak tentukan cita2 anak ko kan Nory..Ntah2 dia nak jadi tukang masak macam abah dia jugak...hehehe..Mama jugak yang untung, ada 2 orang tukang masak kat rumah, mama goyang kaki jela..hahah

Monday, August 18, 2014

Raya belum berakhir


Iqy dah siap nak gi beraya, setiap weekend busy ke rumah sanak saudara, maklumlah sedara mara semua merata kat KL ni.So, takleh nak ngelat dari datang beraya, lagipon bukan selalu dapat ziarah camni, hari raya jela pon..Weekend baru ni Abi kerja, tapi tetap tak menghalang kami dua beranak (aku & Iqy) untuk pergi beraya ke rumah sanak saudara, kesian Abi kena tinggal,takpelah demi mencari sesuap nasi kan..Cik Bini sangat memahami.. Sabtu Ahad penuh dengan jemputan dari rumah ke rumah, Iqy penat kemain sampai tiap kali pegi rumah orang, mesti dia tido..Pegi umah lagi satu, pon tido lagi..hahaha..Penat kena gomol pon yer..Bertabahlah anak mama oii..haha..

Hari sabtu umah jiran mak aku dengan rumah sepupu aku kat Kinrara.Takde gambar time ni batteri hnpon flat habiss..huhu..Kalau rumah sedara limit satu hari 2 rumah je, sebab biasa kalau rumah sedara mesti duduk lama2 sikit kan...heheh..Tapi perut full macam pegi 10 buah rumah..perghhh..perghh..


Hari Ahad plak, rumah pakcik aku kat Cheras dan rumah makndak aku kat Kg. Pandan, Ampang..Rumah makndak kitorang stay lama sikit, sebab mak aku suruh tunggu dia sampai, dia keluar lambat rumah lambat dari kami.Aku follow abang aku dulu, tu yang cepat sampai..Iqy siap mandi terus kat umah makndak aku.Dah kepamm habis bau badan seharian gi beraya..Merengek mandi air sejuk, ngade nak mandi air suam je..Selera mat salleh sangat taw..;hahaha..Mak aku sampai terus melepek kat nenek je dengar nenek bergosip..ahahha..

 Gambar blur anak buah tangan tak bedung tangkap gambor...sabooo je laa aku..hahaha


Iqy mood malas nak layann, biasa dia sorang je kongker kamera kan, kalini mama join sekali, buat muka tak puas hatiii...hahaha..


Tengokk tu nampakk mata je..Kemainnn buat muka tak puas hati dia nak dia sorang je bergambar..Orang lain takleh join sekali...Giler kuasaaa ini budak taw..huhuhu..



Ok, Iqy pi duduk ngan nenek, kasi can mama n Ashu plak berdualfie.hehehe...Kami adik beradik memang memiliki "cacat" kekal di pipi..Lesung pipit boleh, lesung batu pon boleh..ikut suka ko lahh...Nak tumbuk belacan meh tumbuk kat pipi kitorang...hahaha..



Ni anak buah aku, Dicha...Tua sebulan dari Iqy..Tapi si Iqy lagi besarr dari dia..Dicha gigirl , takpe slim, baru cunnn...hehehe.


Dicha kalau tak pakai headband nampak macam baby boy, sebab rambut dia segan2 nak tumbuh..Padahal cukur sama dengan Iqy..Takpe Dicha, Yun Nam kan ade, jangn risau sangatlah soal rambut tu..Pakai headband, setel masalah..hehehe


Iqy dengan muka garang nya...Kemain giler kuasa nak dia sorang je bergambar, orang lain join, buat muka tak puas hati...Amboiiiii dia tu...Biasa sangattt..


Apa mama ni nak gigit2 tangan Iqy plak, takmo kawan mama n ashu,,Iqy nak bergambar sorang je taw pasni..mama n ashu duk tepi diam2..Iqy takde mood nak senyum ni..huhuhu