Followers

Monday, September 29, 2014

Dating lagi


Weee, hari Sabtu Ahad adalah hari menggentel anak dan suami, tapi suami keje, so kite gentel anak je, maksud gentel disini, bermanja2 okay, jangan pikir macam2 plak..hehe..Macam biasa, weekend adalah hari yang ditunggu2 oleh Iqy (memandai je ko kan), sebab dia dah terbiasa setiap kali cuti mesti mama bawak dia pergi dating, walaupon abah dia kerja, dating tetap dating, bawak lah pengikut2 setia. si Tasha..Cuma Sabtu aritu, adik sepupu sebelah rumah nak join sekali, bagussss ada driver, so takyah drive, boleh relax like a boss kat belakang.hehehe..

Taktaw nak pegi mana, last minit planning pegi Paradigm Mall , shopping sikit2 je, Padini sale plak tu, pulun beli baju Iqy 2,3 helai, beli kasut Vincci sepasang, ok dah tu je shopping..Berhemah kan..Kasut Vincci promoo gegiler, sepasang RM15 je, giler tak tergoda, harus lah beli.hewhewhewhew...

Pastu tengah jalan-jalan, terserempak plak ngan mak n papa..Mak ajak pergi kedai Kaison beli barang deco rumah, aku follow sekali sebab memang nak beli frame pon kat Kaison, murah sikit dari tempat lain.Lepas tu kitorang berpisah sekejap, ke haluan masing2, tetiba papa call ajak makan sekali..Yeayy papa belanja makan..Kitorang makan kat restoran Satay-Satay, tapi tak recommended sangatlah sebab tak banyak pilihan makanan.


Sebelum balik, belanja satu gambar dulu..Budak untat tu dah pandai sekarang, takmo duduk dalam stroller, nak berdukung je, kemain..Nasib baik pengikut setia rajin dukung dia..Time tido baru letak dalam stroller balik.Hurmmm..


Mama Iqy makinnn gemok!!! Yeee, aku mengaku...So what??? hahahaha...Tak mintak beras kat rumah kau pon..muahahahaha...#akuyanggemokkauyangpanasdahkenapahahaha? Eh banyak gelak lah kau ni...


Okbai..

Thursday, September 25, 2014

Rizqy check-up 6 bulan


Gini lah rutin mak orang tetiap bulan.Bawak Anje ketipak payung pegi cucuk montot kat KK Pulau Meranti.Ni cerita semalam, biasanya aku amik half day kalau pegi check-up Iqy, tapi bulan ni punya check-up saje amik cuti sehari, padahal appoitment pukul 3 petang, Abi kerja petang tak dapat ikut pegi klinik, siap sentap lagi kenapa tak bagitaw dia yang harini (semalam) ada check-up Iqy, aku sengaja taknak bagitaw Abi, sebab aku sayangkan cuti Abi tu, setakat pergi check-up ni, aku boleh pergi sendiri bawak Iqy, tapi adik aku Tasha teman sekali la..heheeh..Kalau tak, Abi bising pot pet pot pet nanti, pergi sendiri2, sekarang ni macam2 kes culik budak lah apa lah, so Abi memang risau kalau aku pergi berdua je dengan Iqy..Atleast kena bawak Tasha..Kalau tak, dia cuti emergency pon dia sanggup..Hurmmm gitulah sayangnya seorang abah kat anak tunggal dia ni..Tapi biasanya aku pilih tarikh appoitment yang kena time Abi kerja balik tengahari, so, Abi boleh ikut sekali, tapi aritu aku tersilap pilih tarikh, kena time Abi kerja petang lah plak..Adoiyaiii, my bad, my bad.

Seronokk oii cuti sehari, bangun pagi Abi siapkan brekpes nasi goreng pattaya, dan tolong masak bubur nasi carrot kegemaran Iqy..Dia jeles Iqy makan masakan aku je, tu yang dia pon nak tunjuk skill masak kat Iqy jugak tu..hahaha..Hentamlah labu..Iqy makan je tak banyak bunyi, tak tanya pon sape yang masak..hahaha..Lepas dah setel bagi iqy makan semua, Abi pon pergi kerja, aku plak siap2 nak pergi lepak rumah mak aku, ada banyak masa lagi sebelum pukul 3 ni, tunggu Tasha balik sekolah lagi, pukul 3 baru gerak dari rumah ke Klinik Kesihatan (KK).

Lega tengok klinik tak ramai patient semalam, boleh duduk bawah kipas, kalau tak mau berjurai2 peluh dak Iqy..Dah lah budak tu kuat berpeluh..Mujur lah Tasha ikut, ada jugak kawan berborak, boleh jugak gilir2 pegang Iqy, ko ingat aku larat sangat ke dukung Iqy, lagi2 sejak dah pandai melompat2 time berdukung ni, makk aii rasa nak terputus urat kentut taw tak..hahaah..

Tak lama pastu nama Iqy dipanggil, macam biasa kena bogel sambil tunjuk bibird kat nurse..Maluuu la Iqy,ma..Dah pandai tegur orang, nurse tu cair terus tengok dia senyum gatai camtu..Suka laa tu nurse2 semua panggil dia budak hensemm..Lagi gataii lah dia senyum, tapi bila orang tegur dia, hareemmm susah nak senyum, dia tenungg tak berkelip mata..hurmm urmm,.

Update check-up 6 bulan :

Weight : 9.8kg
Height : 73cm

Hampir 10kg, tak banyak naik berat dia bulan ni, naik 500gram je, nurse kata normal sebab dia dah mula melasak sekarang kan..Memang ponn..Dah pandai sepah2 rumah ni taw, tak lama lagi mama ko jadi tarzan la..huhu.,.Palinggg suka main dengan karpet, puas aku cover carpet bulu aku tu dengan tikar evamatik 10 hengget, dia pandai selak tikar tu cari karpet, digentel2nya bulu karpet tu ..adoiyaiii..Apalah suka sangat dengan karpet tu, kang tak pasal2 dapat nama gelaran baru.."Majeebur"..hahahaha..

Time kena cucuk, Tasha kata nak ikut masuk bilik suntikan nak tengok Iqy kena cucuk..Dia ngeri nak tengok, konon nak tengok dari jauh je, last2 nurse suruh dia pegangkan kaki Iqy sebab iqy tak reti dok diam, Iqy ni kuat drama, belum kena inject dah nangis, bukan nangis sebab kena inject tapi nangis sebab pegang dia tak bagi bergerak, ngamuk lah dia..Masa nurse inject, elok je dia tak nangis..Haishh pelikk lah Iqy ni taw, orang kena cucuk lah menangis, ni buat muka innocent je,,,Menangis tak bagi orang pegang kaki tangan dia..Abih dah tak reti dok diam, acaner...huhu..

Sejam jugaklah amik masa kat KK tu walau pon tak ramai patient..Balik dari KK, sambung lepak rumah mak lagi, petik mangga muda celet dengan kuah kicap gula...Perghhh perghh...Hujan plak tu, lepas makan, tidooo..Mana tak gemokkk macam tong drumm..wakakakaak...Lepas maghrib, pergi pasar malam dengan Tasha jalan kaki je, nak bawak Iqy , atok dia suruh tinggal sebab nak main dengan dia..So, tinggallah dia, Nasib baik dia jenis nak dengan orang, tapi bahaya sebenarnya budak tak takut orang ni, tu yang kena extra carrefull..Abi n mak aku selalu pesan kalau pegi mana2, jangan sesenang je bagi orang dukung anak kite..Tapi kadang serba salah jugak, sebab kalau pergi mana2 mesti orang mintak nak dukung Iqy, kang tak bagi orang kata kedekut plak kan,dahlah yang mintak dukung tu orang yang aku tak kenal,kalau kenal, aku tak kesah pon sesiapa nak dukung, so aku bagi jela tapi aku tengok orang jugaklah, dan pastikan orang tu tak bawak Iqy jauh dari pandangan aku..Sekarang ni macam2 kes kan..Haishhh giler tak risauuu..Anak aku tu jela sorang weyyy...Jangan kata aku bajett plak, macam aku anak ku tu HOT sangat..Dia takdelah HOT sangat, tapi HOT&SPICY je...Eh dah macam KFC plak....laparrrr....hurmm hurmm..



Belanja satu gambar sempena montot kena cucuk ni..hehehe...

Tuesday, September 23, 2014

Majlis Kesyukuran Bunga


Harini baru nak up citer pasal Majlis Kesyukuran Bunga ( anak Yaya). Majlis ni diadakan seminggu lepas, time cuti Hari Malaysia.Kebetulan cuti, dapatlah menghadirkan diri dengan mak n adik aku, Abi macam biasalah, kerojeee mencari sesuap chicken chop eh sesuap nasik lah..hehehe..So, Abi tinggal, padan muka tak dapat makan kambing.Nasib baik Yaya siap tapaukan taw.Takdelah kempunan sangat kan..Gambar dengan pengantin kecik Si Bunga takde, so kite bergambar dengan gambar dia jela, sebab Bunga demam time ni, maybe sebab nerves terlebih kot..Hihihi..


Aku sampai rumah Yaya lewat sikit sebab biasalah dah ada anak kecik ni, leceh sikit nak datang awal2, nak kena bagi dia makan dulu, sebelum bagi makan, kena masak dulu, masak plak bukan kejap2, masak bubur kott, memang remeh sikit, tapi aku suka dengan new hobby aku ni, padahal aku sebelum ni jenis yang susah nak ke dapur nak memasak bagaii..Memang takkk arr kan..Tapi bila dah ada anak ni, dah matang sikit agaknya, segalanya demimu anak, dari malas jadik rajin..Hope berterusan rajin cenggini sampai bebila, memang dah niat nak bagi iqy makan hasil air tangan mama dia sendiri..Sambil masak, sambil zikir, sambil doa, moga dilembutkan hati sang anak supaya mudah menerima segala ilmu.InsyaALLAH, setakat ni belum pernah lagi bagi Iqy makan nestum..Aku cuba untuk elak dari makan nestum, kecuali kalau travel kemana2 yang menyukarkan aku untuk masak bubur anak, baru aku bagi..Aku tak kata nestum tu tak baik, cuma aku nak cuba elak je, nak bagi Iqy makan masakan mama dia je, biar dah besar nanti, kemana pon dia pergi dia akan ingat masakan mama dia walau hanya telur gentel dengan nasi panas je..hewhewhew..

Ok2, sorry cerita meleret-leret, ni entry pasal majlis kesyukuran Bunga laa, yang aku dok merapu meraban segala ni dah kenapa, hentammlah labu..Dah memang peel semulajadi, suka bebenor lari tajuk ..Cikgu BM aku dulu pon pening tiap kali semak ujian karangan aku..hahahaha,,
Haaa ko tengok, dah meleret merapu lagi..Okay2..Sambung cerita..

Mak aku teruja nak datang rumah Yaya ni, sebab nak tengok rumah Yaya yang cantekk tu, mak aku dengan deko rumah memang takleh dipisahkan, aku minat tu ada, tapi duit je takde, so, terpaksa pendam dulu keinginan nak rumah cantik2, hias ikut kemampuan je dulu.Hee..

Tasha plak teruja nak ikut sebab nak makan Chocolate Fountain Ida..Lama dah dia dok ngidam cekelat Ida tu..Makan lah ko sampai lebam.Ngehngehngehngeh..

Sesampai je rumah Yaya, dah tak ramai dah tetamu, yela aku datang kan dah lambat, tapi sempatlah jugak jumpa a few kawan blogger yang datang macam Nanie dan Alyza..Iqy kena gomoll gegiler dengan hakak Nanie, hurmm hakaklah sangat kann..heheheh..Time kasih Nanie tolong jaga Iqy, dapatlah iolls makan dengan tenang hingga menjilat jari..Nyammnyam, ikut hati nak jilat ibu jari kaki sekali, nasib baik pikir ooo kat rumah orang...hahaha...


Lepas dah makan, ko macam tak biasa plak kan, dah tentu2 lah sessi bergambar..Gigih Yaya dok sediakan prop2 untuk bergambar, rugi lah kalau tak guna kan..hihihi..


Kembar kepala tiga..Macam biasa tak cukup korum #GengKeretaPutih ni..Sorang tak sampai lagi, yang lagi sorang outstation ke Manila..So, yang mana ade jela ek..


Ni hampir cukup korum, sebab Ieza dah sampai..Yang kiri sekali yang comey tu, blogger Alyza Fisol ...Mila je takde..sob..sob..sob...Well, busy like Rosmah, bak kata Ieda..hahaha


Ni je yang ada, pose ni khas untuk Milo yang jauh di Manila masa ni..hehehe


Dah hujung2 baru teringat gambar dengan Iqy takde lah...hahahaha...Ok2, kite welfie togede2 yer..


Iqy pon nak jugak bergambar dengan Chocolate Fountain mama Ida..Aikkk gigi mana gigi???


Bunga dicelahan bunga2 ...Suweeettt gitu..Selamat Pengantin Baru Bunga...eheheheh..

Monday, September 22, 2014

Rizqy dalam Majalah Pa&Ma

Ingat lagi tak aku penah up entry pasal Iqy menang tempat kelima Peraduan Bayi Comel Majalah Pa&Ma..Haaa lupa lah tu, okey boleh klik sini Pemenang Kelima aje pon..Tapi masa tu baru diumumkan kat website Pa&Ma je, sekarang baru keluar kat majalah Pa&Ma..Alaaaa gambar seketul secoet je pon, tapi aku nak gebang jugak.teruja sampai tahap beli majalah sekali 3 terus..Macam biasalah satu untuk simpan, satu untuk letak kat tempat kerja abah dia, satu lagi untuk di framekan..Tak aci lah gambar mama masuk paper elok je di frame, gambar anak yang seketul secoet tu pon nak kena frame jugak, buat kenangan..Bukan selalu dapat masuk majalah kan...hehehehe...


Buat tatapan peminat2 Iqy samaada di blog, IG mahupon di luar sana, bolehlah dapatkan majalah Pa&Ma keluaran Oktober dipasaran sekarang..Tapi  gambar Iqy kecik je lah pon..hahahaha...


Tudiaaa...Secoett je kan gambar Iqy..Nasib baik gambar muka penuh setepek, nampak lah jugak dari jauh..hehehe...Jadiklah dari takde kan...

Friday, September 19, 2014

Layan snow ice di petang Ahad


Memang jenis tak reti lekat kat rumah, anak beranak sama je..Kononnya hari sabtu dah keluar , hari Ahad nak duk rumah je lah rehat esok nak keje kan..Tapi jangan percaya sangat muka ni nak dok terperap je kat rumah.Tengahari adik aku si Tasha, wassap nak datang rumah, pastu petang tu tetiba tekak rasa macam nak makan yang sejuk2 like ABC ke cendol ke..Hurmm hurmm..Kebetulan adik sepupu aku (sebelah rumah aje pon) tak keje hari tu, terus ajak dia sekali, dia boleh drive kereta aku, so aku takyah lah drive, Abi kan keje..hukhukhuk..So, keluarlah kitorang bertiga eh berempat termasuk Iqy..heehe..Oleh kerana Cyberjaya paling dekat dengan rumah, so kesitu lah hala tujuan kitorang..Mencari ABC..



Tasha nak sangat makan Snow Ice, puaslah dok pusing mencari..Rupanya laa kat tempat yang biasa pergi rupanya, cuma tak perasan plak ada snow ice kat situ..



Sementara tunggu order, welfie dua tiga ketul dulu..hikhikhikhik..Iqy time ni mamai2 ayam baru bangun tido dalam kereta, sedar2 terus teruja, eh kat mana aku ni??hahaha..


Ni dia Snow Ice, aku punya yang strawberry..Tasha punya peanut , Amy punya Banana Choclate..Nyamnyamm..Lembut je ice dia, macam snoww gitu..Macamlah penah pegang snow kan...Penah pegang salji tiruan je kat Genting Highlands, hahah boleh??..Si Iqy melalak mintak disuap..Tertelan2 airliur dia,,,Tak sampai hati tengok aku bagi dia rasa sudu je...hahahaha...Kesiannn anak mama..kuikuikuikui...


Thursday, September 18, 2014

Story hari sabtu


Cerita dimulakan dengan gambar makanan, saje nak bagi anak2 cacing korang bergelinjatt nengok makanan ni..hehehe..Sabtu lepas Abi kerja, tapi pagi2 aku dah bangun pergi Gdex ambik barang aku, punyalah lama so Gdex ni peram barang aku, masalaaahh betoii lah, Gdex ni memang selalu bermasalah..Sorry to say!! Setakat ni i loveee Poslaju...Sebab tak penah buat hal lagi, aku ni dah lah kaki "shopping online", taim nak tunggu barang sampai tu yang dugaan tu, nak2 kalau si Gdex yang hantar, alahaii aku dah taw dah mesti ade masalah...Siottt ahh..

Mulanya, aku ajak adik aku je temankan aku pergi Gdex tu, last2 mak aku pon nak join sekali, sebab papa aku pon keje sabtu tu, bila dah bawak mak, mesti lagi panjanglah langkah kitorang kan, lepas amik barang kat Gdex, last minit planning terus pegi Giant USJ.Tempat yang selesa bagi aku lah, sebab boleh shopping dengan tenang, orang tak ramai sangat, agak2 boring boleh gi Mydin kat sebelah Giant tu je..Huhuhu..


Sampai kat Giant, mak ajak makan Marrybrown, iolls menurut perintah je, lagipon memang tengah lapor, tapi kitorang naik atas dulu beli barang sikit, aku beli buah avocado untuk buat puree Iqy..hehehe..Mak2 sangat aku ni kan..Beli barang semua untuk Iqy je..
Lepas dah beli, baru turun semula ke Marrybrown kat tingkat bawah..Mak nak belanja, tapi aku yang bayar, alaa takpe sesekali belanja mak, eh selalu pon apa salahnya, mudah2an murah rezeki kan..aminn..Kitorang makan nasi lemak Marrybrown, rugi Abi kerja, kalau tak boleh join sekali, dia minat nasi Marrybrown ni.Sedappp..


Sempat ber"welfie" togede2 lagi.Dak Iqy taknak duduk dalam stroller, nak beriba plakk dia, heyy nasib baik dah sudah makan..huhuhu..


Lepas makan lepak2 sampai petang, saje mengabihkan masa dan duit kat situ..hahaha..Kebetulan ada taman permainan kat sebelah Marrybrown tu, bawak Iqy main kat situ japp..Happy lah tu..hheeehee


Sebelah malam plak, mak ajak main badminton kat Puchong Utama Court..Sewa time malam mahal sikit berbanding siang, RM24 sejam, kitorang main 2 jam..Gilir2 dengan mak, papa, Abi , Tasha n Maklang aku..Time ni Abi dah balik kerja dah, semangat nak gi main badminton, konon nak kurus, last2 esok tu bangun pagi sakit2 badan tersimpul urat segala..Nasib baik tak MC..Pekerja cemerlang sangatt kenn...hahahah..


Nampak kurus sikit kan lepas main badminton seround...hahahah..Kurus tang hidung jela....Yang lain mengembangg...kuikuikukukiikuii


Ini budak lagi takleh pakaiii...Orang punya bersemangat main badminton nak bakar lemak, yang dia punyalah sayang segala lemak2 kat badan dia, apa lagiii mentidoo lah keje dia...Muka tak bersalah je..Erkkkk...


Wednesday, September 17, 2014

Rizqy setengah dozen



Harini genap setengah dozen umur Rizqy bersamaan 6 bulan..Weeee cepat betol.Rasa macam baru je karang entry dia 5 bulan aritu, ni dah entry untuk 6 bulan plak..Alahaiii anak, cepatnya membesar..Sekarang dah start nak melasak dah, tak lama lagi mama kurus lah dok kejar dia je sana sini..Dah pandai tak boleh kena tinggal sekejap, aku nak ke dapor pon dia dah bising..Kecoh satu rumah..Nak tengok muka aku depan mata dia je, haishhh satu keje umah tak jalan kalau camni,.

Oh yer, bulan ni excited sangat sebab Iqy dah start makan, maka jadual harian mama pon dah bertukar.Sekarang dah kena bangun pagi2 masak bubur nasi untuk Iqy.Kenapa tak bagi puree buah??Bagi jugak, tapi aku ikut nasihat nurse suruh bagi bubur nasi dulu, pelan2 ajar dia makan puree buah plak, lebih berkhasiat gitu kan,

Aku bagi Iqy makan awal dua hari sebelum dia masuk umur 6 bulan, konsider dah 6 bulan lah tu..First aku try bagi puree avocado, avocado ni makanan pertama yang terbaik untuk bayi katanya, tapi tak ramai yang taw, mak aku pon macam pelik nape aku bagi puree avocado..Tapi aku dah explain dah kat mak aku yang avocado ni banyak vitamin yang baik untuk baby, yela orang2 dulu ni percaya bahawa nasi sahaja yang mampu mengenyangkan..Mungkin bagi pandangan dorang, kalau bagi buah mana nak kenyang budak tu, padahal okay je sebenarnya..Tak semestinya budak tu merengek je tandanya lapar kan..Tapi aku pasrah jugak, dalam dok bagi puree avocado, aku selit jugak bagi bubur nasi, kang orang cakap aku tak sayang anak plak, bagi makan buah je...alahaaiii...kdg2 serba salah dibuatnya...hahhaah..

Rasa macam nak beli walker untuk Iqy, tapi abah dia macam tak berapa nak bagi kelulusan je, memang ada dengar pasal keburukan walker baby ni tapi dibolehkan bagi bayi 6 bulan ke atas sebab kaki dah makin kuat..Kalau umur 3 bulan dah naik walker, pikir lapan belas kali jugak aku...hahahah...Alaaa acaner ek ?? Rasa macam nak gi beli walker tu petang ni jugak..Tapi abah Iqy....hurmm hurmm hurmm...




Monday, September 15, 2014

Jom Port Dickson (Part 3)

Entry Part 1 klik
Entry Part 2 klik




Lepas mandi laut, nak rasmi kan pelampong Iqy kat  swimming pool plak, sebab Abi tak kasi Iqy guna pelampung kat laut..Bahaya katanyaa.Tapi betul jugak, beringat sebelum kena tu kan elok..Patutlah Abi selalu pesan, tiap kali happy jangan terlalu seronok, kena sentiasa beringat selalu, sebab malang tak berbau, bak kata orang tua2, kalau kite seronok sangat mesti ada sesuatu yang buruk terjadi yang buat kite menangis plak..hurmm so tkleh seronok sangat..Ingat selalu pesan Abi..huhu

Kalau dekat laut, Iqy macam kurang berminat, sebab dia jenis penggeli nak pijak pasir tu, taktaw kenapa..Tapi berbeza sangatt dekat pool, dia seronok sangat, senyumm je sepanjang masa, teruja dengan pelampung dia, asyiklah dok nak masuk mulut benda alah kat pelampung tu..Dia pon tak takut air sbab dia memang suka mandi pon.Mula2 celup dia kat kolam kanak2, cetek sikit kan, tapi bila dah ramai budak2 main simbah2 air kat kolam tu, kitorang beralih ke kolam dewasa plak, Iqy kan ada pelampong, boleh mandi sama2 dengan mak, papa, along dan lain2 sekali.heee..Lama jugak ktorang berendam, risau jugak takut Iqy demam ke hape, tapi ahamdulillah Iqy tk demam walau 2 hari berturut2 berendam air laut dan pool..Syabass anak mama.Nanti boleh repeat lagi..



Sebelah malam pulak, kalau sebelum2 ni mesti wajib pergi pasar malam kat Port Dickson tu, suka beli makanan kat situ, tapi kalini ubah citarasa plak kitorang tak pergi pasar malam pon sebab sayang nak tinggal parking, kang balik takde parking, jenuh nak mencari.So, kitorang decide nak jalan kaki je pergi restoran yang dekat dengan karnival apa ntah. jauh jugaklah jalan kaki, tapi bila jalan ramai2, tak rasa jauh sangat, perut pon tengah lapar, sebab tu gigih berjalan walau pon jauh sikit, ikutkan ada je restoran yang dekat dengan hotel tapi saja nak pergi jauh sikit, lagi pon ada persembahan pentas kat situ, happening sikit.Makan malam ditaja khas oleh aku..hehhehe..Papa dah belanja penginapan, aku belanja makan malam lah plak, along aku belanja makan esok plak..heee..



Esok pagi plak, pagi2 dah bangun, kejut Iqy bangun, dia kan biasa bangun lambat, tapi pagi tu kejut jugak dia bangun, lepas tukar baju mandi semua, kitorang turun ke tepi pantai untuk breakfirst, mak n papa ada breakfirst percuma tapi untuk 2 orang je, kitorang kasi can mak n papa makan berdua jela..Kitorang pepandailah bawak diri cari makan kat tepi laut, hhahaha...Along belanja breakfirst kitorang makan nasi lemak kat warung tepi pantai..Dak Iqy dengar bunyi ombak, dah bantai tido lagi seround atas pangkuan aku, dapatlah aku makan dengan penuhh feeling sehingga menjilat pinggan..hehehe



Lepas makan, lets gooo mandi laut..Yeahooo, hari kedua mandi laut, Iqy dah tak geli sangat dah, dah tak jakun macam hari sebelum tu, steady je berendam..Tapi macam biasa, dengar bunyi ombak lagi, dia kalah, sambung tidur atas pangkuan lagii..Pfffttt...Aku rasa nak download bunyi ombak lah, agak2 rasa nak bagi  dia tido, pasang bunyi ombak tu, kompom dia tido punya..hahah..Tetiba hujan turun renyai2 plak, berlari aku masuk kedai kawan mak tu tumpang berteduh..Tapi sekejap je hujan, pastu berhenti..Tapi malas nak sambung mandi laut lagi, kitorang continue mandi pool plak..Mandii puas2 sampai ke tengahari, pastu balik bilik siap2 terus check-out..Tamatlah kisah percutian singkat kami sekeluarga.Tiap kali datang, masing2 dah taw aktiviti apa nak dibuat, so kitorang dah pandai manage time, 2 hari 1 malam pon rasa puas bercuti..Aktiviti malam sebelum tidur biasanya kitorang main pingpong kat Game Zone Ancasa Resort ni..Macam2 permainan ada, gym pon ade, karaoke pon ada, tapi anak kecik ni takkan nak bawak masuk bilik karoke kot, rosak gegendang telinga anak kang aku yang susah hati...hehehe..




the sibling..




Mak n papa bersama cucu2..3 lelaki 1 orang perempuan..








SEKIAN..


*Menghitung hari untuk next family vacation November nanti..yuhuuuuu!!!