Followers

Tuesday, November 24, 2015

Cerita 19 November

 
 
Sebelum terlambat aku  nak ucapkan khas buat diri sendiri dengan ucapan "Selamat hari lahir" yang ke tettttt...Tak yah nak tetttt sangat lah, dah terpampang dah tahun kat situ kan..hahaha..Walaupon dah jadi "belated", lantaklahhh nak wish jugak..hahaha.
 
 
Tahun ni 'special" sikit, awal-awal dah dapat "hadiah" dah..Dua hari sebelum tu aku diserang chicken pox, haah aku masa kecik dulu tak pernah kena lagi, sebab tu dah tua bangka baru nak merasa.Haaa amik ko..Aku cuti 5 hari minggu lepas, deret seminggu..2 hari je aku lekat kat rumah, hari ketiga gatal-gatal semua dah kering, aku keluar berjimba dengan adik aku, pergi tengok wayang, pergi lepak minum-minum..Hoiii heavennya..Tiket wayang free plak tu sempena birthday, GSC bagi gift..ehhehehe.,Aku tengok movie kat IOI City Mall, dekat je dengan rumah, malas pergi jauh-jauh..huhuhu..

taktaw kenapa gambar ni blur bila tepek kat sini.haishh
 
Dalam toilet pon jadikkk..Adik aku pon kena chicken pox sama dengan aku, cuma dia kena besau-besau kat muka, aku kena jenis kecik-kecik je naik kat muka..Sekejap je dah nak hilang dah kesan dia..huhuhu..Tapi kat badan ada lagi kesannya..huhu nasib baik tersorok..
 
Malam tu plak, Abi berhajat nak celebrate dengan family aku semua.Dia beli kek , sate dan makanan lain bawak pergi rumah mak aku dan celebrate sama2..Tenkiuuu Abi..ailebiuuu to the moon and back..
 
HAPPY BIRTHDAY, NORY ZOULKEFLE!!!
 
 
 layaaannnnnn....
 
 

Monday, November 23, 2015

Koleksi Casio Watches 2015

 
 
Jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Casio merupakan jenama jam tangan yang cukup terkenal dan mempunyai legasi yang kukuh di serata dunia. Dipercayai sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, Casio masih lagi diangkat sebagai salah satu jenama jam tangan yang dipercayai dan sentiasa komited dalam menghasilkan produk yang bermutu tinggi. Jenama yang berasal dari negara matahari terbit ini kini boleh ditemui di mana sahaja dengan tawaran harga jam tangan yang cukup berpatutan. Bukan itu sahaja, ia juga boleh dimiliki secara pembelian online di portal-portal online terpilih dan salah satunya adalah di ZALORA Malaysia. Untuk anda yang sedang mencari koleksi jam tangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, Casio watches 2015 merupakan pilihan yang paling ideal!
Temui koleksi jam tangan bertali kulit atau leather strap watch yang direka dengan cukup eksklusif dan sesuai dipakai oleh anda yang ingin tampak sofistikated. Jika ingin dibandingkan dengan koleksi jam tangan kulit keluaran jenama terkemuka yang lain, koleksi jam tangan Casio dijamin memberikan anda kepuasan yang anda inginkan!
Bagi penggemar jam tangan bertali besi atau stainless steel strap watch pula, Casio turut menawarkan aneka pilihan yang menarik. Anda juga boleh memilih jenis jam tangan analog atau kronograf yang anda gemari.
Selain itu, Casio juga amat terkenal dengan rekaan digital trademark yang sememangnya digemari sejak awal keluaran rekaan ini lagi. Jenis jam tangan digital ini sesuai digayakan dengan padanan pakaian kasual mahupun formal!

 

Monday, November 16, 2015

Serangan chicken pox menjelang birthday 3 hari lagi


Huhuhuhu...Awal-awal dah sedih dah.Tahun ni sempena bertambahnya umur baru 3 hari lagi, diberi ujian sakit untuk diri sendiri..Takpe positif..Sakit tu kan penghapus dosa-dosa kecil.Tu laaa nak sangat demam kan, hamik kau siap pakej gatai-gatai satu badan.Rasakann weyyy..Tapiii seronok sangat sebab dapat MC seminggu...Yehhaaaa...Pagi tadi pergi opis, semua orang halau suruh balik, semua takut jangkit..Ekceli semalam tak lah obvious sangat ciri-ciri chicken pox tu,pagi tadi bangun tidur, eh dah penuh kat badan.Muka pon dah start naik sikit-sikit, walaupon dia main tepi-tepi muka, tapi tetap menggusarkan hati ni, habislahhh kalau berkesan kat muka, OH NOOOOO!!!!!

Punch card pukul 9 pagi, pukul 9.30 dah calo betee..Terus shoot pergi klinik, Jumpa doktor terus buka baju tunjuk kat doktor,Nasib baik doktor perempuan Doktor cakap kompom ni chicken pox, "awak tak pernah kena ke sebelum ni? "tak pernah,doktor, tu yang saya nak kompomkan dengan doktor, ni campak ke tak." Doktor suruh nganga mulut, kat anak tekak aku pon dah penuh dengan ulser, patut perit tiap kali nak telan air liur.Terus doktor bagi MC, awak kena MC lama ni, saya bagi awak seminggu..Dalam hati, yahoooooo!!!hahahahaha...Bengong tul aku ni..

Dak Iqy dah hantar rumah pengasuh, aku balik berehat kat rumah mak aku.Bila mak ada , bolehlah dia jaga pantang aku, chicken pox ni makanan kena jaga macam dalam pantang, so bila dengan mak, mak kan lebih arif boleh jaga dan pantau apa yang boleh dan apa tak boleh makan.Huhuhuhu..

Ekceli pembawa virus ni berpunca dari anak buah aku si Darwish, dia yang kena dulu, lepas dia kena, abang dia plak kena, Lepas tu berjangkit kat aku dan adik bongsu dia yang sebaya Dak Iqy tu..Aku risau jugak ni takut dak Iqy berjangkit dengan aku.Petang ni nak pergi cari air kelapa muda..
Tasha, adik aku pon dah ada simptom-simptom macam nak kena jugak..Harap - harap tak kena lah, kesian dia tengah berperang dengan SPM tu..

Doakan kesihatan dan kesejahteraan aku yer...
OKBAII



Thursday, November 12, 2015

Mama Iqy Homemade : Sarapan sihat

 
Cuti Deepavali haritu, aku kemain bersemangat waja bangun awal nak readykan sarapan untuk si anak bujang toang2 aku ni.Jangan ingat Robocar Poli je yang hebat, mama pon hebat jugak taw..hahaha..Poli mana reti readykan breakfirst ni.Makan pon belum tentu dia pandai. (apa motiff haku jeles sangat dengan si Poli tu?kuikuikui) 
 
Disebabkan Abi kerja hari tu, maka berdua-duaan jela aku dengan dak Iqy kat rumah, bahan-bahan masak semua aku dah siap-siap beli sehari sebelum tu, sebab aku malas nak keluar rumah time cuti tu, yelaa cuti sehari je pon, memang nak rehat je kat rumah malas keluar, dahlah petang selalu hujan, tido lagi best weyy..hahaha..
 
Dak Iqy ni sejak dah makin pandai bercakap ni, kemain lagi, suka suki je bagi arahan..Bangun pagi je dah mintak "mamam', mintak "shushuwa"..Paling win dia dah pandai bagitaw kalau dia berak..Selamba je panggil "Mama....yak..yak"..Grrrr...Rasanya macam dah boleh start "Potty train" dahni..Tapi nanti dulu lah..Cepat sangat lah pulak rasanya..hihihi..Kasi can dia manja-manja dulu pepuas..Relax laa belum 2 tahun lagi..Apsal cepat sangat membesar ni Iqy oiii..
 
 
Sambung cerita, dah bangun awal pagi tu, terus lah ke dapur potong-potong bahan yang nak digunakan.Aku taktaw nak bagi nama apa kat resipi ni, tapi tujuan aku satu je, nak biasakan Iqy makan sayur, takut dia terikut peel aku yang tak makan sayur langsung ni..Sila ikut abah ye anak, makan sayur baik untuk kesihatan..Mama taw memang baik untuk kesihatan, tapi mama memang takleh nak telan, taktaw kenapa..So, Iqy je lah makan untuk mama ek.Bila tengok Iqy sihat, mama pon akan sihat..InsyaAllah. 
 
Nak resipi ke? Alaaa simple mimple je, segan plak hakak nak share, tapi takpe, sharing kan is caring..hikhikhik..
 
Bahan-bahan:
 
- Tomato Cherry/ Baby tomato
- Brocolli
- Kentang / potato
- Crab drummet (frozen) betul ke nama dia eh?
 
 
Cara-cara:
 
Kukus Brocolli dan kentang.Brocolli jangan kukus lama sangat, agak-agak je..Potong cherry tomato kepada beberapa bahagian, ikut kesesuaian cara makan anak.Macam Dak Iqy, tomato tu dia suka kalau dibuang biji, kalau tak buang, dia taknak makan, asyiklah sebut "eeee...eeeee...yekk"..Eleh poyo je taw..So aku kutip balik tomato tu buang biji baru dia makan.Brocolli pon dia boleh ratah macam tu je.Suka aku tengok dia makan..Walaupon aku tak makan sayur, tapi aku nampak macam sedap je sayur tu.Harap anak aku makan sayur sampai ke besar jangan jadi macam aku..hukhukhuk
Dah siap semua, boleh deko ikut kreativiti memasing, masa ni lah nak tunjuk skill ala-ala masterchef..kahkahkahkah..Hidangkan bersama sekotak susu Dutch Lady perisa Chocolate..So yummy...susu lain pon boleh, kalau Dak Iqy, stock susu Dutch Lady Chocolate ni memang kena ready berkotak-kotak kat rumah.
 
Oklah selamat mencuba menu Sarapan Sihat by Mama Iqy.
 

Wednesday, November 11, 2015

Terima kasih daun keladi

 
Aku berkenan lama dah nak pakaikan Iqy jubah.Ada survey jugak kat online shop, fuhh harga boleh tahan jugak, telan air liur aku..Gulpp!!Hampir cecah seratus sekali pos segala..Fikir 40 kali jugak aku nak beli ke tak? Kalau beli baju aku pon boleh dapat 2,3 helai..hahahah..
 
Haritu ada sorang peminat Iqy ni haaa, wassap aku bagitau yang dia ada pos baju untuk Iqy, memang dia ada mintak size pon sebelum ni, alih-alih barang sampai, aku lak excited, sekali tengok jubah ni..Ya Allah dik, susah-susah jee..Speechless hakak..Terima kasih banyak-banyak dik non..Dah dua kali dah dia bagi hadiah kat Iqy, taktaw nak ucap terima kasih macam mana lagi.Ngam ngam soii je dengan badan Iqy.
 
Dia baru je dapat baby girl, teringin nak anak lelaki katanya.Takpe dik, lelaki ke perempuan ke sama je..Usaha lagi untuk yang seterusnya..InsyaALLAH.. Akak dulu pon masa mengandung memang kepinginn sangat anak sulung lelaki, Alhamdulillah Allah makbulkan, moga-moga second baby nanti dapat baby girl pulak...Aminnn..Pastu dah boleh tutup kilang...Eh??hahaha
 

Monday, November 9, 2015

Check up Iqy 18 bulan

 
Minggu lepas  Iqy ada appointment check up untuk 18 bulan. Aku n Abi memang dah amik cuti siap-siap bawak Iqy pergi Klinik Kesihatan.Memang tiap kali check up Abi kena amik cuti sekali sebab anak bujang toang2 ni memang over dose tahap kemanjaan dia tu, pergi Klinik pon nak kena mama dan abah yang teman, kalau abah dia takde kang, mau dia muncungg 14 inchi je..Huhh!! Nyampah taw..Lagi satu Iqy ni suka buat drama, nak timbang dan ukur tinggi pon terjerit-jerit, tu belum kena cucuk lagi, lagi lah dia meraung panggil abah dia je, abah dia kat luar pon boleh otomatik melompat masuk dalam bilik check up kalau dengar dak Iqy jerit , sebab tu tiap kali check up, abah Iqy memang akan amik cuti sekali, sebab dia kesian kat anak bujang dia toang2 ni..Tu yang makin naik lemak dak Iqy ni..Bukan mama saje mengada-ngada suruh abah dia cuti sekali ek, abah dia yang sukarela nak teman sekali.Hewhewhew..Tenkiuu Abi kerana sentiasa menemani dan sentiasa disisi..Cewahhh...Muahcikedd..
 
 
Appoitment pukul 9 pagi, biasalah datang awal pon tak semestinya boleh balik awal, kena nasib tak baik, sampai ke tengahari lah melanguk kat situ.Nak tunggu kat dalam ramai plak orang, lagipon nanti dak Iqy mesti bosan, so lepak je kat luar , jenuh plak nak melayan dia main turun naik tangga, tak pasal2 keluar peluh pagi-pagi..huhu
 
Dah penat terkinja-kinja, "mama!!Air..air.."..Tau pon haus.Mujur bawak bekalan biskut Tiger dan susu kotak..Sekali sroottttt dah habis..Adehhh..Tak lama pastu giliran Iqy untuk timbang dan ukur tinggi..Berat Iqy terkini 13Kg..Nampak je kurus, beratt budak ni..Patutlah semput pikul dia naik tangga..hekhekhek..Macam biasalah dia, nak timbang pon terjerit-jerit, mengada sangat.Nasib dia baik harini tak kena cucuk sebab klinik baru dapat arahan dari KKM cucuk untuk 18 bulan dilajakkan ke umur 2 tahun nanti, so check up harini tanpa kena cucuk lah, elehhh suka lah tu tak kena cucuk, kalau kena cucuk ni mau bergegar satu klinik..hahahah
 
 
Lepas check up, terus hantar Iqy kat rumah baby sitter, ingat nak masuk kerja balik setengah hari, last-last Abi ajak dating..kehkehkeh..ikutkan aje..Dapat lepas gian karaoke..Perghhh lama tak test vocal ni..haha..Pastu ikut Abi pergi restock barang pulak sampai lah ke petang.
 
Sekian melaporkan dari balai berita.hikhik

Friday, November 6, 2015

Main potong-potong kek

 
Eh tak sangka dah masuk bulan November kan, macam sekejap je rasa, bila masuk bulan November aku perasan kat FB ramai akan update status "Hello November", termasuklah aku, macam bermakna sangat bulan November ni kan..Macam aku memanglah bermakna sebab bulan kelahiran aku..hikhikhik..Selain aku, Along aku jugak berkongsi bulan kelahiran yang sama, bezanya along aku awal bulan , 4 November , dan aku plak tengah-tengah bulan ,19 November..Along aku selalu sakat aku cakap, apaa daaa lahir time poket tengah nazak, tengok aku pandai timing awal, poket penuh lagi, boleh demand hadiah..Elehhhh kisahhh plak aku..Memang dalam adik beradik aku, aku sorang je lahir tengah2 bulan,adik n along aku awal bulan..So whattt???Hade aku kesahhh...kahkahkahkahkah.. Nasib baik ade geng , Abi pon lahir tengah-tengah bulan...Give me five Abi..Yeayyy ade geng...Iqy pon sama, lahir tengah2 bulan..hikhikhikhik..
 
 
Malam 4 November tu. ada lah majlis ringkas main potong-potong kek untuk besday boy ni..Satu family je dah meriah..Jadiklahh..Pastu mak belanja makan kat restoran area rumah tu, berjemaah jalan kaki pergi restoran malam-malam buta, dengan dak Iqy yang jakunnn sangat, seronok betul dia dapat jalan malam-malam..Berlari tak cukup tanah..Grrrr... 
 
 
Cer teka berapa umur along aku??Dah cecah 34 tahun beb..Tapi muka macam budak belum habis PMR je lagi..Tensionnn je aku..hahahah.. 
 
 
Kek besday ditaja oleh bini besday boy..Haah dah berbini dah dia..Tapi ada 3 kosong lagi katanya...hahaha ...Ngadeee..
 
 
Bapak dan anak dah macam sama je, macam adik beradik je, hahahaha..
 
Happy Birthday Along!! 

Thursday, November 5, 2015

Mrs specky

 
Akhirnya aku terpaksa menerima ketentuan yang sememangnya aku ni rabun..Dah banyak kali Abi suruh aku buat speck ni, tapi aku je poyo konon tak gojeslahh pakai speck..hahaha..Tapi sekarang dah macam trend pulak orang pakai speck ala-ala nerd ni kan..So, tetiba macam dah sampai seru pulak nak pakai speck,hihihihi..Tenkiuu Abi, belanja titew..Ni tak dikira hadiah advance birthday kan, haaaa jangan nak "cenekel"..Hadiah besday nak lain okeyyy..hikhikhikhik.. 
 
Abi baekkk punya puji konon nak bagi bini dia semangat lah untuk terus pakai, dia cakap macam budak lepas SPM lah, macam budak sekolah lah, Nampak muda lah,,,elehhh taktik sangat taw...Aku rasa sejak beli ni, jarang sangat aku pakai, kalau nak tengok tv je aku pakai atau pon time drive, sebab aku ada masalah susah nak baca signboard kalau memandu, teruk benornya Rabun aku ni, silau tinggi.
 
Masa baru dapat speck lagi lah, kemain jakunnya aku, Abi siap bawak jalan-jalan time malam lagi, dia suruh aku baca semua signboard2 yang ada, hahahahaha..Asal nampak tulisan je semua aku baca..Macam budak-budak baru pandai mengeja je kekdahnya, dak Iqy pon pelik apasal lah mama aku ni dok membaca signboard je..hahahahah..

Wednesday, November 4, 2015

Cabaran 3 liter sehari, mampu ke??

 
Sejak akhir-akhir ni, makin ramai plak mintak aku tips kurus, masalahnya kuruskah aku??Haritu diet seminggu je, "cheat day" berminggu-minggu...hahahah ..Haritu rasa mengecut jugaklah sang badan ni haaa, tapi lately sejak hari-hari asyik "cheat day" je celah mana nak mengecutnya kann??muehehehe..Kembang balik lah jawabnya, tapi dalam dok "cenekel", aku masih kekalkan satu tips ni, yang bagi aku sangat berkesan, even ko nak melantak apa sekali pon, pastikan ko minum air kosong secukupnya, macam aku, aku saje cabar diri aku untuk minum atleast 3 liter sehari..Yeee 3 liter, bukan 3 cawan yer anak-anak..
 
Mula-mula jenuh wey, nak habiskan sebotol pon tercungap-cungap, penat berulang ke toilet pon satu hal..Tapi bila dah terbiasa, dah jadi sebati dah, setiap hari kat opis, aku akan berulang topap air sebanyak 3 kali sehari..Yesss I can do it...Yela sebab botol pink aku ni seliter je, so kena topap 3 kali lah untuk cukupkan 3 liter sehari..hehhehhe..
 
 
Amacam??Comey tak botol pink titew..Beli kat Mr DIY RM9.90 je..hahahah motif sangat bagitau harga..kahkahkahkah.. Itu jela tips yang tak seberapa dari aku..Lagi satu jangan makan malam yer, dinner sebelum pukul 8 malam okey..InsyaAllah cepat kurus nanti..Tapi aku kadang-kadang bedal je sebab laki aku suka tapau berger untuk aku, aku tak request pon, dia beli kan, dah tu takkan aku tak makan, membazir kan amalan syaitann..hekhekhekhek...padahal tak dapat nak kawal nafsu makan..

Tuesday, November 3, 2015

Siti last day

 
Hari Jumaat lepas, merupakan hari terakhir rakan seperjuangan berkhidmat kat company ni..Siti namanya, tu yang pakai tudung bunga-bunga kaler biru tu lahh..Lama jugak dia kerja kat sini, weools ni nama je bekerja dibawah satu bumbung, tapi berlainan company, lain department, lain boss..Tapi bila bergabung, ni jela beberapa kerat "gadis melayu" yang hado kat opis ni haaa.."Siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati,"lalalala...Eh tetiba ternyanyi lagu tu..hehehe
 
 
Sempena last day Siti berkhidmat kat sini, dorang ni semua sibuklah ajak bergambar.Siap paksa-paksa lagi tu..Haishhh...Aku ni dahlah busy je memanjang..Tapi bila ajak bergambar, sanggup tolak kerja tepi dulu..hahahahahah..Nasib ko lah labuuu..Posing memasing taknak kalah..Kemainnn sangat..huhuh..Tu yang kedua dari kanan berbaju hitam all black tu, tu paling otaiii kat opis ni, bertahun-tahun dia kat sini.Dah boleh pegang title 'hakak kawasan" dah tu..hahahaha...Peaceee kak Honeyyy!!!
 
 
Si Echah dan Siti, abaikan aksi aku yang terlebih riang kat belakang tu..Abaikan jugak tempat aku yang berserabut dengan file-file, haishhh aku pon pening sebenarnya..huhuhu..Kerja tak pernah setel-setel, nak wat camno..Bertabahlah ko wahai file-file ku sekalian..
 
 
 
Tersesat plak seorang jejaka terhangat dipasaran ..hahahaha..Abg Shah..Mulanya dia tukang amik gambar, last-last dia tak puas hati, apsal gambar aku takde,,,yela-yela...Kasik can lahh kan..Nah amik..
 
Untuk Siti, semoga lebih success ditempat baru, selamat menjadi ibu, yeahhh Welcome to the club!!Best tak jadik mak orang???hehehehe..Jangan lupa kami kat sini, kalau rindu hallo-hallo lahh weolls yer..Okbaiii...