Followers

Friday, August 22, 2014

First Time Rizqy kena sedut gas

Susah hati kan kalau anak sakit, lagi2 first timer mama macam aku ni, cepat panik, walau anak selsema sikit je, dan2 tu jugak hangkut bawak gi hospital.Sekarang ni batuk selsema demam bukan boleh buat main2, macam2 kes sekarang ni...Risauu aku..

Ni citer hari Rabu baru2 ni, aku MC pagi tu..Pagi2 pihak talent agency call bagitau Iqy terpilih untuk casting iklan,tu yang aku terus MC tu,,(tu nanti aku citer)..Lepas settle bawak Iqy gi casting semua terus pegi Hospital Assunta..Nasib baik jarak studio casting dengan hospital dekat je..


Lepas register, macam biasa kena timbang dulu..Mak oiii dalam tak sihat, berat naik boleh tahan jugak ko ni Iqy oii..9kg sempena usia 5 bulan...hahaha..Lepas tu giliran jumpa doktor plak, doktor cakap nafas Iqy tak berapa nak cantik, kahak banyak, takut masuk paru2 nanti kena jangkitan kuman plak, dan paling takut sekali boleh kena asma..So, doktor suggestkan sedut gas, dulu aku ingat pesakit asma je yang kena sedut gas ni, rupanya gas ni berfungsi untuk cairkan kahak jugak rupanya, tapi ramai jugak yang kata tak elok sedut gas ni? Nape ek? Aku tanya doktor, doktor kata takde side effect apa pon cuma membantu cairkan kahak je..Aku try sedut jugak, bau macam daun sirih..Doktor cakap OK, aku pon OK kan aje..Kalau dengar cakap orang, macam2 pendapat, kang aku yang pening..Kang anak aku lagi bertambah teruk sakit kang..Baik aku dengar je cakap doktor tanpa banyak bunyikk..


Melepettt je kat abah, tengah tunggu misi datang nak pasang menda alah tu kat hidung dia..Muka Iqy stresss je..Mainan tu pon tak mampu nak senyumkan Iqy time ni, macam tau2 je..huhu



Ok misi dah datang sediakan apa yang patut..


Iqy kena sedut 2 kali selang setengah jam..Yang first round tu Iqy meraung mnjerit teruk..Mula2 aku pegang Iqy, Iqy meraung2 teruk, Abi cakap biar dia plak pegang Iqy..Bila dia pegang, dia plak yang nak menangis dengar anak meraung2 camtu..Aku?? Menangis meraung dalam hati je, aku kena kuat..Dah kalau mama abah anak semua menangis, lagi lemah lah anak tu kan..Nasib baik mak ko ni jiwa kental tauuu..Padahal aku sebelum jadi mak2 ni, aku cepat menangis, cepat tersentuhh, tapi bila dah jadi mak2 ni, kental semacam jiwa aku..Giler tak sedih tengok anak meraung2 camtu, tpi aku kuatkan hati kuatkan semangat nak yang terbaik untuk Iqy, biar nampak macam kejam sikit paksa Iqy pakai menda alah tu, tapi tu semua untuk kebaikan dia..Lagi pon doktor kata, lagi elok dia menangis sambil sedut gas tu lagi senang gas tu masuk..Hurmm...Tapii jiwa kena kentalll okeyy....Sedih weyyy sekarang ni pon rasa nak nangis bila ingat balik..Papa aku sampai termimpi2 Iqy lepas tengok video Iqy nangis sedut gas tu..ALLAHHH...!!!Ciannyer..



Lepas setengah jam, kena sedut lagi, tapi masa tu iqy dah tidur atas pangkuan aku, Iqy kalau tido ko buatlah apa pon dia lenaaa je, hihihi..Kali kedua tu okay je dia sedut sambil tido..

Keesokkannya plak doktor suruh datang lagi sedut gas lagi, nak cepat baik punya pasal, sanggup aku berulang alik Puchong-PJ..Sampai je boleh terus masuk sedut gas takyah tunggu giliran, memula risau jugak takut Iqy melalak macam semalam, puas aku kepit dia ketat2 tak bagi dia meronta2, alih2 eh elok je dia pasrah sedut gas tu, siap senyum2 angkat kening lagi..Gud Job bebeh..Barulah macho tak nangis..

2 hari ulang-alik ke hospital, mama Iqy dapat ramai kawan, semua patient suka tegur Iqy, cina india melayu semua tertarik kat Iqy ni, semua dok panggil budak hensem, budak hensem..hahaha..Yang dia pon kemain senyum2 senget dengan orang..Siap ada kesan lipstik lagi kat pipi Iqy, kasanova sangat taww...Ish ish.ishh..Tu dengan orang tak dikenali tu, belom lagi bawak dia kat department Abi, lagi teruk dia kena gomolll dengan kawan2 sedepartment Abi kat hospital tu..ahahaha..Nasib ko lah nakkk...



Ni video second day, cool and steady je dia...Kemainnn lagi ko kann...

7 comments:

  1. get well soon iqy, tak sanggup mummy Fawwa tengok kena neb tu...wah iqy 9kg abang ash baru 7.8 kg tak silap mummy Fawwa... yeayyy...iqy terpilih untuk casting... suka suka suka... semoga cepat sembuh dan terus berjaya iqy dalam casting...wahhh retisss iqy lepas ni...

    ReplyDelete
  2. Nory, meyh nak habaq mai... sebenarnyer, bler budak menangis time amik neb, lgi baguih sbb smua saluran udara terbuka, so gas neb tu masuk ke paru2...

    dulu2 akak sedey amat bler anak amik neb & nanges... now da tau, xde la sedey sampai goleng2...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum nory, semoga iqy cepat sembuh. jangan lupa buat garlic steam dengan kunyit hidup tau. in shaa Allah, cepat hilang sakit iqy tu ~~~

    ReplyDelete
  4. semoga sihat selalu yer budak hensem.. :)

    ReplyDelete
  5. alohhh kesianyer die...smoge cepat sihat iqy babam..:)

    ReplyDelete
  6. alaa sian baby comel nih...cepat sembuh yer..:)

    ReplyDelete
  7. nasib budak comel mcm tu la. buat semua org geram..hihi

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)