Fakta unik Koala.
Koala ni adalah antara haiwan kegemaran yg aku teringin nak bela selain kucing & anak harimau.Aku memamg suke sgt dgn haiwan2 berbulu ni kecuali ulat bulu taw!!eee geli pulak..hehe
Koala adalah salah satu haiwan yang dilindungi.Betapa bestnya kalau dapat memiliki Koala ni.Tetapi kalau di Australia korang boleh dihukum penjara taw kalau didapati memelihara Koala ni..Hurmm sedihnyer..Selalu kita tengok besarnya koala dewasa, tapi tahukah korang, semasa baru lahir koala hanya memiliki panjang 1 inchi je? Beratnya pulak hanya seberat seekor lebah je mase baru dilahirkan.Keciknyer...Bayi koala akan tetap berada dikantung ibunya hingga dia berusia 6 bulan dan semasa masih menyusu.
Koala adalah salah satu dari beberapa mamalia yang memiliki jari mirip jari manusia.Sangar sukar nak membezakan walaupun dengan menggunakan mikroskop.
Haiwan ini juga terkenal sebagai haiwan yg kuat tidur.Koala mampu tidur selama 18 jam setiap hari.Pada waktu ia tidak tidur pula koala akan menggunakan waktunya untuk makan atau berpindah dari satu dahan ke dahan yg lain.Koala juga boleh melompat jauh sehingga 150 kaki dari puncak pokok.
Meskipun nama "koala" membawa erti "tidak minum", koala tetap minum air.Tetapi koala jarang sekali kita lihat sedang minum.Koala mendapatkan air dari daun2 eukaliptus yg dimakan olehnya.
Berbeza dengan zirafah yg hidup berkelompok,koala adalah haiwan penyendiri.Maksudnya mereka hidup sendiri dan jarang terlihat berkelompok.
Mereka juga haiwan pelindung yg sentiasa melindungi tempat tinggalnya.Koala menandai tempat tggalnya dgn meninggalkan aroma tubuhnya di pokok dgn cara menggosok dada mereka ke pokok.Koala adalah haiwan yg sgt tenang dan tidak banyak bergerak.Mereka hanya aktif selama 2 jam dalam sehari.Namun koala boleh mengeluarkan suara mengeram yg sgt kuat dan agresif jika merasa terancam.
Meskipun koala kelihatan tenang, koala juga boleh berlari.Ia boleh berlari dengan pantas.Kepantasannya hampir sama seperti seekor arnab berlari.
Koala memiliki ekor yang berfungsi sebagai tempat duduk mereka semasa duduk di ranting pokok selama berjam-jam.Koala jarang sekali turun dari pokok kerana koala memiliki beberapa predator,terutama anjing.Supaya terhindar dari predator dan memastikan keselamatan diri dan tempat tggal nya terjamin,mereke terus menetap di atas pokok.
0 comments:
Post a Comment
* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)