Followers

Wednesday, November 9, 2011

Khasiat Delima

Delima digelar "superfruit" mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat,payudara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian menunjukkan delima boleh memusnahkan sel kanser payudara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payudara membentuk.

Kajian ke atas tikus menunjukkan delima merencat pembentukan kanser paru-paru,melambatkan pertumbuhan kanser prostat.

Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat , pengambilan delima menstabilkan aras PSA.

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salur darah arteri , mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL  atau kolesterol baik.

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus.Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukkan delima boleh mencegah atau melambatkan penyakit nyanyuk atau penyakit Alzheimer.Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tikus kawalan .

Beberapa kajian menunjukkan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi .

Pengambilan delima oleh ibu yang mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.

Rahsia Penciptaan Buah Delima 

Di dalam al-quran terakam indah firman Allah yang bermaksud,: " Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima".(Surah Al-Rahman ayat 68). Allah menyebut buah delima(rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatnya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan dari syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhluknya di muka bumi ? Apakah keistimewaan disebali sebiji buah delima ?

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica Granatum dalam istilah botani juga didapati di India,Afghanistan dan Syria.Pada zaman Nabi Musa a.s. lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon.Buah delima menjadi simbol lesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah..,Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima  dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic.Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah Al-An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al-Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung-kantung kecil yang segar , dengan bahgian bawahnya yang besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia di balut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut.Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri.Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu,sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut.Dengan mendapat sari itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama.Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflovin, tiamin, niasin,vitamin C,kalsium dan fosforus.Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya.Oleh sebab itu ia mempunyai nilai pemakanan yang baik , buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah-buahan mahupun dijadikan sebagau ubat penawar.Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap,oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut,tekak,dada, dan paru-paru kerana ia akan melegakan batuk.Sepertimana sabda Nabi Muhammad s.a.w daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud :" Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut.Oleh sebab itu buah delima disarankan kepada mereka yang menghidap demam.Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.Disamping itu, buah delima dapat mnguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot.Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan.Didalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit-birit,sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

0 comments:

Post a Comment

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)