Followers

Wednesday, June 24, 2015

Ngidam Durian

 
Setiap hari memang Abi akan call or wassap tanya nak makan apa ..Tak kira lah mengandung ke tak, dia memang setia melayan tekak bini dia, cer bayangkan kalau mengandung plak, dia punya double prihatin tu akan lebih lagi lah..hehehehe..Tapi sebagai seorang isteri yang mithali, jujur fathonah ni, takdelah aku mintak makanan yang mahal-mahal.Biasanya jawapan aku, hurm takde nak makan apa, tak kisah apa-apa pon boleh.Wallauweyyy baik tak aku (kihkihkihkih), tak suka lah amik kesempatan kat suami..Sebab tu laki aku rajin je tanya hari-hari nak makan apa, sebab dia tau aku takkan mintak makanan mahal-mahal punya, dapat kepak ayam 2 ketul pon dah bersyukur dah.Cuba kalau aku mintak Kenny Rogers , Nandos ke, kompom dia tak berani tanya punya..hahaha..
 
Macam kes semalam, dia tanya ada teringin nak makan apa-apa tak? Kalini aku mintak durian je, siap mention yang 3 biji 10 hengget tu, yang mahal-mahal aku tak bagi beli, sebab aku memang tunggu lama dah yang selonggok 10 hengget, sebelum ni kemain mahal lagi harga durian kan, sedapp nya tak jugakk..Aku suka durian yang kecik-kecik dan isinya kuning, manis isinya..Terliurrr sudahh..
 
 
Alhamdulillah dapat jugak..Rezeki bulan pose, dapat free sebijik..Isi semua kuning, yang dalam gambar tak berapa kuning sangat, sebab yang kuning sangat2 dah selamat masuk perut dulu, tak tahannn aku tengok..hahahaha..Dak bobot pon kemain  suka sampai jilat-jilat jari..Takut nak bagi dia makan banyak-banyak, takut tak tahan panas, demam plak kang, tapi Alhamdulillah tak demam..Mengundang sangat makan durian musim-musim panas ni kan..Tapi ngidam punya pasal, tunaikanlah jugak permintaan anak tekak nan satu ini...hheehhe
 

Tuesday, June 23, 2015

Hari pertama Ramadhan

 
Alhamdulillah, harini dah 6 Ramadhan.Tapi baru harini berkesempatan hapdet pasal hari pertama Ramadhan, macam tahun-tahun lepas, dah jadi wajibulghunnah berbuka kat rumah mak berbuka satu family. Dan menu utama dah tentulah menu air tangan mak..Mak aku ni air tangan dia memang ajaib, bulan pose pon boleh masak sesedap tu, tak masin sangat tak tawar sangat, pandai bajett, sama macam Abi jugak.Patutlah orang cakap, orang Melaka memang masak "terasa" (sedap)..hihihi..Tapi orang negeri lain pon masak sodapp jugak..hehehe..
 
Menu hari pertama, mak masak kari ayam, bubur kacang, tauhu sumbat, ikan masin dan sambal belacan.Abi plak sempat goreng Kueyteow bawak pergi rumah mak..Tak banyak sangat menu, tapi aku makan nasi bertambah, mak masak sedap sangat, takleh tahan..hahahah..
 
 
Baru 1 hari puasa time ni, tangan aku dah nampak kurus kan...hikhikhikhik ..Tangan je lah pon...Pasghahhh..

Thursday, June 18, 2015

Hari pertama berpuasa

 
 
Firstly, aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak pada semua umat islam seluruh dunia (bajet macam satu dunia bace blog aku, harharharhar). Amacam , puasa ke harini?Haaaa jangan nak macam-macam..Ke ada yang terlupa harini dah start puasa, takpon ada yang pura-pura lupa..Kihkihkih..
 
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan kalini, tiap kali Ramadhan, kenangan yang paling dan tak akan aku lupakan, Ramadhan 2 tahun lepas, masa tu aku taktaw bahawa ada satu nyawa dah bermastautin kat dalam rahim aku, aku dapat taw masa raya kedua..Kedatangan "nyawa" dalam rahim aku tu membolehkan aku puasa penuh sebulan..Alhamdulillah..Sikit pon dia tak menyusahkan dan memudaratkan kesihatan mama dia..Dan tahun ni, Ramadhan kedua bagi aku dan Rizqy..Tahun lepas dia baru 3 bulan lebih, tahun ni dia dah setahun lebih dah.Cepat masa berlalu.Yang pasti kenangan itu akan terus terpahat manis dalam hati sampai bila-bila.
 
SELAMAT BERPUASA !!!
 
 
 
 
 

Wednesday, June 17, 2015

Genap 15 Bulan

 
Harini genaplah usia dak bobot ni 15 bulan.Yeayyyy happy yang kelima belas bulan abam bobot mama.Macam biasa mama masih gigih mencelebrate tetiap bulan monthsary Iqy.Kadang mama tertanya sendiri, "eh bila anak aku membesar ni?" tak perasan walau dia tertonggok je kat depan mata, taw-taw je dah besau, taw-taw je dah panjang, taw-taw dah semakin bijak, taw-taw je dah makin banyak kerja, taw-taw je dah makin becok mulut dia..Bila ek dia membesar, why aku tak perasan ni..Sumpah ai is rindu nak ber"anak" kecik..Tapi bersyukur, dak Iqy dah semakin membesar dengan sihat dari segala segi, Alhamdulillah..Mama tak mintak lebih pon Iqy, cukuplah Iqy sentiasa depan mata mama, membesar depan mata mama, dan sentiasa sihat walafiat.
 
Kalau nak cerita satu-satu tentang perkembangan Iqy sekarang, tak tertulis kat sini, sebab terlalu banyak, yang pasti sekarang hari-hari yang kami lalui sekarang penuh dengan ketawa melihat telatah dan kerenah dak Iqy, petahnya dia bercakap ikut bahasa dia, kalau dia panggil abah dia, satu block rumah aku ni boleh dengar kot, tiap kali buat apa-apa yang dia tak boleh nak setel sendiri, mesti jerit panggil abah.Tapi intonasi dia panggil abah tu yang comel..Macam bukan  budak setahun 3 bulan yang bercakap..Mengelicap mulutnya..Rasa nak gigit-gigit je mulut dia.
 
Contoh kalau aku sebut One!!, laju je dia sambung "Two"..Tapi kalau aku sebut "SATU", elok plak dia ikut sebut satu jugak, Pastu buka buku , asyik tunjuk gambar ball, dia panggil ball, "BAL"..Ntah kenapa bunyiknya cenggitu, paling win bila dia mintak susu, dia akan sebut "mama...shushu"..Pandai dia gabungkan dua ayat.Kalau dia nak minum air masak, dia sebut "shushuwa", taktaw nape dia sebut shushuwa..Bedal lah nakk..Yang paham mama n abah je..hikhikhik
 
Tersangat rapat dengan abah dia, dah macam magnet dua orang ni, cuma dia akan cari aku time suruh baca buku je, kalau abah dia amik buku bacakan, dia marah sambil rampas buku tu dan bagi kat aku sambil sebut "mama", maksudnya dia suruh aku yang bacakan, sebab abah dia suka baca main-main..hahahaha..Tapi kitorang selalu sakat dia, saje bagi dia merajuk hentak-hentak kaki..Dia bila garang comeyy macam mama dia...kahkahkahkahkahhhh...
 
 
HAPPY 15th MONTHSARY bopren tecikk mama!!! 
 

Best kan kerja hari Isnin

Asal hari Isnin je mulalah penyakit lemau tu datang saat nak pergi kerja, mungkin sebab tak puas berehat time weekend, ataupon memang sejak azali memang femalasss..Ehhh..Takdelah malas sangat, tapi lebih kepada, alaaa lemaunya nak bersiap.haaa gitu..Paling stress malam Isnin tu mesti berdiri depan almari pikir nak pakai baju apa untuk esok..Ahhhh stresss..Time tu lah rasa macam dah takde baju dah kat dalam almari, padahal dah nak roboh dah almari tu..kahkahkah..Well, tu biasa , biasalah kan kalau kite seorang wanita berpelakuan sebegitu..Ekekekeke..
 
 
Pastu kat opis plak, aku dapat lihat semua reaksi staf-staf yang datang, yela aku kan duduk front desk, so tiap kali orang keluar masuk aku usha muka sorang-sorang..Boleh kata semua yang masuk especially hari Isnin, semua muka lemau je, diam, sugul, mengantuk, macam2 ada..Termasuklah aku, biasanya hari Isnin memang malasnya nak mulakan kerja, debar-debar nak check email, mesti aku akan lengah-lengahkan kerja atleast satu jam baru start buat apa yang patut, lepak-lepak dulu buat air, brekpes dulu, pastu baru start kerja.
 
Bila dah start mula kerja, muka akan jadi lebih ketat dan ketat sampai ke petang..Sebab kerja aku ni tak pernah habis, baru nak habis , bertambah lagi..Paling malas nak jawab telefon, kena plak time hari Isnin tu tetiba banyak plak call masuk, rasa nak cabut je cable telefon, tak suka lah jawab call opis ni, dahlah bunyi dia berdering-dering , pening kepala hotak aku.. 
 
 
Dan kerja yang tak pernah habis dan tak akan habis, kerja fail-memfail.Haiii lah nasib, muka aku  pon dah macam fail dah aku rasa.Mujur aku tak keseorangan kat front desk tu, jarang kan kat front desk ada 2 orang staff, boss aku saje letak 2 orang supaya kitorang tak stress sangat sorang-sorang layan kerenah staff dan customer.Perangai customer plak ada yang baik, baikkk sangat, yang tak berapa nak baik tu yang buat spoil mood tu, banyak kali dah bergaduh dengan customer, gangster tak aku...hhahaha..Customer yang baik plak, ada yang siap call sebelum dating tanya nak makan apa, dia siap tapaukan untuk kitorang, memang untung duduk kat front desk ni, murah rezeki, apa-apa kitorang yang dapat dulu, kalau kena maki pon, kitorang kena maki dulu...hahahahah...

Friday, June 12, 2015

Syioknya stock take kalini

 
Minggu lepas ada stock take kat opis, kalau nak ikutkan memang seghonok kalau stock take ni sebab takyah buat kerja lain, kira stock aje, yang tak bestnya, kat warehouse belakang nun panas yang hamatt.. Bersauna aku kat belakang tu, dan yang paaalllling bestnya, tiap kali stock take, mesti boss belanja tea time.Manyak syiookkk ooo..Paling best stock take kalini arrr..Manager aku tanya, nak order air apa?Aku spontan je jawab nak Starbuck..Mihmimhimih,niat asal nak bergurau je, tapi kalau dapat syukurrr Alhamdulillah..bhahahaha
 
Pastu manager aku cakap "Okey", nak air apa?coffee ke ice blended? Opkos lah Ice blended, tengah panas kot, naik berlecak dah ketiak ni haaa..huhuhu..Last-last semua orang dapat Starbuck.Untonglahhh, pandai tak aku bodek,sebelum ni dapat air milo ais je taw, tu pon dah cukup syukur dah orang nak belanja, kali ni demand nak Starbuck, boss layankan aje, sekali kira stock banyak shott, hahahah..Esok tu bos belanja milo ais je, takmo cakap banyak, sape suruh kira main-main...hahahaahah...Anyway thank you so much bosssss...

Thursday, June 11, 2015

Jenis-jenis rabun | Rabun spesies apakah aku?

 
Aku kan ekceli kan, rabun orang nya.Lama dahh, tapi mempoyooo takmo buat spek mata, konon macam mata tu terang benderang sangat, padahal jalan pon main agak-agak je, bukan aku nampak dengan jelas sangat pon, Abi dah berbuih-buih mulut dah suruh aku buat spek, berapa biji kedai dah kitorang pergi semata-mata nak survey spek mata, tapi tiap kali pergi, belek-belek spek dan blahh gitu sajee.Ntah kenapa bila diri sendiri pakai rasa macam ada je yang tak kena, tengok orang lain pakai okey je..Contact lens plak malas plak aku nak pakai,buka,pakai buka tiap kali..Lagipon Abi tak bagi pakai contact lense, taktaw nape..
 
Mungkin orang akan cop aku sombong bila terjumpa aku kat mana-mana, dorang puas senyum, yang aku buat bodoo je, sumpah weyyy aku tak nampak..Kalau nampak takkan aku nak menyombong tak tentu hala ye dakkk..Takkan aku nak menyengihhh je sepanjang jalan, kang kena cop gila meroyan plak..hehehe..Taw2 je member wassap, "weyy sombong giler sekarang, senyum pon takmo"..Laaaa bila ko jumpa aku??Haaaaa bahaya jugak ni..Kalau jumpa aku jangan senyum ngan aku dari jauh taw, atleast lambai-lambai ke, pastu pergi dekat sikit , haaaa barulah aku nampakk..kikikikiii...Buruk perangaii kan..Yela-yela nanti aku buat spek..
 
Aku dah pergi check mata dah, dan aku disahkan penghidap rabun silau yang agak tinggi jugaklah.Rabun ni ada 3 jenis setahu aku, ni aku siap gugel tepek kat sini buat tatapan semua.hihihi..
 
 ************************************************************************************
 
Rabun Jauh
Ini adalah rabun mata yang paling lazim di kalangan kanak-kanak dan remaja serta boleh disebabkan oleh keturunan. Kanak-kanak yang rabun jauh memiliki bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang. Ini akan menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan bukannya ke atas retina seperti yang sepatutnya.

Rabun jauh biasanya dapat dikesan ketika kanak-kanak memulakan alam persekolahan, seawall usia 6 tahun. Pada umur remaja (ketika tubuh badan membesar dengan cepat), rabun jauh mungkin akan menjadi lebih serius. Walau bagaimanapun, kadar kerabunan ini akan menjadi lebih stabil pada umur 20-40 tahun.

Rabun Dekat
Ini terjadi apabila bentuk kornea kurang melengkung atau bola mata terlalu pendek dan menyebabkan cahaya tertumpu ke bahagian belakang retina. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung untuk rabun dekat. Keadaan ini akan menjadi lebih baik apabila mata semakin membesar dan menjadi lebih panjang.

Rabun Silau (astigmatism)
Ini terjadi apabila bentuk kornea tidak sekata dan membiaskan cahaya ke arah yang berlainan. Ia boleh wujud bersama jenis rabun mata yang lain.

************************************************************************************

Cara Atau Kaedah Rawatan
Kaedah rawatan paling mudah untuk masalah rabun adalah melalui penggunaan cermin mata. Kaedah lain pula ialah menggunakan kanta lekap yang diletakkan di atas lapisan kornea. Rawatan terbaru ialah rawatan laser yang memberi seseorang itu keyakinan dan tidak perlu memakai cermin mata.

Sebilangan daripada mereka yang rabun mungkin mengalami komplikasi kelekangan lapisan retina. Ini berlaku apabila retina lekang daripada lapisan koroid, menyebabkan gangguan fungsi retina dan menyebabkan buta jika tidak dirawat.

Kelekangan retina boleh berlaku kepada seseorang yang rabun jauh. Pesakit mungkin akan mengalami kehilangan penglihatan di medan penglihatan sebelah bawah.

Sejenis masalah rabun yang berlaku apabila seseorang itu dapat melihat objek yang jauh dengan baik, tetapi tidak dapat membaca dengan baik dikenali sebagai presbiopia. Ia biasanya berlaku pada seseorang yang mencapai umur lebih 40 tahun.

Ini disebabkan proses pengerasan kapsul kanta yang menyebabkan pengurangan pergerakan kapsul kanta ketika melihat objek. Dalam keadaan seseorang ingin memfokus pada objek yang dekat, kapsul tersebut harus mengendur untuk menjadikan kanta itu lebih cembung.

Apabila berlaku pengerasan, proses ini sukar dilakukan dan keupayaan mata melihat objek yang dekat berkurangan.

Masalah ini perlu diatasi dengan memakai cermin mata untuk membaca yang harus ditukar setiap dua tahun. Untuk mengetahui sama ada seseorang itu menghidap presbiopia, kekaburan dekat berlaku pada kedua-dua mata dan ketajaman objek itu menjadi lebih jelas apabila objek dijauhkan sedikit.

Masalah ini juga tidak seharusnya disalahfahamkan dengan masalah katarak mata, terutama bagi mereka yang melebihi umur 40 tahun. Penghidap katarak menghadapi kesukaran melihat objek jauh. Seseorang yang menghidap katarak tidak dapat melihat objek jauh dengan jelas dan objek itu masih kelihatan kabur walaupun dengan memakai cermin mata - myMetro
 
 


Ni percubaan pakai spek pinjam member opis punya..ahahahah...Kelakarr...Ada yang cakap okey, ada yang cakap tak okeyyy..Last-last, takyah pakai jelaaaa...Layan je mata yang tak berapa nak nampak ni, atleast kurang sikit dosa dari terlihat benda-benda mungkar...cewahhhh...Betul ke orang kata, kalau pakai spek, rabun akan menjadi semakin teruk??Fakta ke auta ek??Cer citer cer citer...

 

 

 
sumber dari sini ====> rossacalla.blogspot.com

Wednesday, June 10, 2015

Rambut baru lebih stylo

 
Aritu setelah diriki-riki, suka dengan style rambut macam ni untuk Iqy.Tapi bila di fikirkan kalau bawak potong kat kedai, kompom dia takkan duduk dendiam punya dak bobot tu, yang boleh handle dia abah dia je, so kebetulan minggu lepas balik kampong, abah Iqy terus cantaskan rambut Iqy, sebab kat kampong ada mesin potong rambut tu, lagipon Abi memang pandai potong rambut orang, dulu masa bujang-bujang, kawan-kawan datang rumah suruh dia potongkan.. 
 
Ko ingat senang nak control budak supaya duduk dendiam time potong rambut..Memang takkkk arrr..Mula-mula je diam sekejap setelah disogokkan dengan pump, tapi sempat potong rambut belakang je, dia dah start bosan, nak bangun dan berlari ke sana kesini..Grrr..Berkejaran lah abah dia mengejar dia dengan mesin rambut..hahaha..Dari darat sampai ke dalam air..Ko mampu??Ni kalau upah orang potong ni, mau caj mahal, dari depan rumah , ketepi rumah, sampai dalam kolam renang nak umpan dia supaya dia duduk dendiam time potong rambut..Oiii seksaaaa bak angg..
 
 
Dan akhirnya, ini hasilnya..tak berapa nak menjadi, tapi hampir menjadiii..Kena nipis lagi tepi dia tu..Next time lah kite kasi ejasss yeerr..hihii..Muka tengah meneran tu..Tu pon orang kata hensemmm ??..kahkahkahkahkah.. 
 
 
kenangan rambut belakang dia yang panjang, kalau disikat or time basah, panjang melebihi paras bahu dah tu..Memang sayangg..tapi takpeee, sesekali kena ubah fesyenn..hehehe...Dah pendek pon , muka still jambuu lagi..Nasibblahhh nakk..hahahaha 

Tuesday, June 9, 2015

Mandi pool kat rumah opah

 
Rajin kan anak bujang toa'ng2 tu sapu keliling rumah opah dia.hahahah..Pestaim jumpa penyapu.Kat rumah memang aku tak bagi dia main pon, kang habis satu rumah bersepai dengan bulu penyapu.Bila kat kampong, apa yang dia tak boleh buat kat rumah, dia boleh buat, suka lah dia.Bebasss..Bebas berlari, rumah opah plak lapang takde perabot, senang dia nak berlari kesana kemari.Bila lepas kat luar, terkesima dia tengok ayam, panggil ayam pon macam panggil kucing,hantamlah labuuu.Dapat jugak main pasir, seronokk sangat lah dia..
 
 
Jakun giler jumpa penyapu, kehulur-kehilir diseretnya batang penyapu tu, bersih keliling rumah opah..hahaha
 


Muka macam terpaksa je, tapi diri sendiri yang rajin sangat nak menyapu kan..haaaa...hadapp..
  
 
Gigih dok menyapu, dengan harapan ada ganjaran menanti..Ingat free ke? bayar arr...hahahah..Oooo ade udang disebalik mee ek..
 
 
Oklah, oklah..disebabkan Iqy terlebih rajin, abah kasi upah mandi pool okey..Iqy sapu, abah pump pool yerr..Suka tak suka tak?Opkoslahh suka terkinja-kinja kan..
 
 
Yeeehhhaaaa...heavennnya!!Dah penat sapu rumah, berkubang plak dalam "pool" ..Pool ni hadiah dari Mummy Yaya masa besday Iqy tempoh hari, ni first time Iqy rasmi sebab rumah Iqy sekangkang semut tak muat nak tebar pool ni kat tengah-tengah rumah, hahaha..So, kebetulan balik kampong, kite hangkut bawak balik kampong dan tebar depan rumah opah.Luasss sikit..Sepupu sepapat Iqy pon join sekali, tapi dorang malu-malu plak, Iqy okeyy je mandi sama-sama..hikhik
 
 
Dah terbiasa mandi kolam kat kolam renang, so dipraktikkan ke pool belon plak.Siap selam-selam lagi, heyyy mama yang cuak takut dia lemas, dia boleh gelak terkekek2 plak, tak lawak okeyy..Mana belajar ntah kuak lentang bagai..Heyyy anak, anak, anak..Urut dada je mama tengok peel ko..
 
 
 
Ni time tengah behave, elok je dia duduk diam-diam tepuk air je, sekali dia buat aksi kuak lentang, dan asyik ulang buat je, mama campak henpon ketepi lahh, kang pape jadik, mama jugak yg susah nakk..huhuhu
 
 
Sampai ke petang dok berendam sakan, suap nasi, kemain banyak makan nya, syukur selera dia dah kembali, sebelum ni punyalah payah nak suap nasi ke mulut dia..Balik kampong, mandi pool, makan, minum susu, tido..Kalau duduk lama-lama mau tembun balik dak iqy ni, sekarang dah selim melim dah..Jaga body katenya...hahahha

Thursday, June 4, 2015

Fesyen rambut anak lelaki

 Aku tengah pening nak pilih fesyen rambut yang sesuai untuk anak bujang toa'ng2 aku tu.Sebab aku dah puas dah tengok dia bela rambut panjang, nak tukar selera plak..Alhamdulillah, dak Iqy dikurniakan rambut yang lebat sejak lahir, masa kat hospital nurse berebut-rebut nak mandikan dia, pastu main pacak-pacak kan rambut Iqy..Hahahah..Sian kecik-kecik dah kena buli..haha.
 
Dan sejak lahir jugak , rambut belakang dia sengaja dibiarkan panjang, kalau potong pon, potong rambut depan je, tu pon cepat nau panjangnya,bila dah panjang dia mulalah serabot lagi-lagi time panas sekarang ni kan.So, dah tiba masanya aku nak "korbankan" rambut belakang dia tu..Tapi tengah fikir-fikir lagi nak buat fesyen apa, aku suka nampak stylo myloo ni.Biar nampak like Macho Man gituu..Takmo gaya childish sangat, yelaa dah besau kan..hikhikhikhik..
 
Sekarang ni tengah "IN" fesyen rambut "Pompadour" kan, alaa yang slurp tepi tu, pastu sikat tepi..Auwww melting aku tengok gambar bebudak kat bawah ni haaa..Tak sabau nak mem"pompadour" dak Iqy..ahahahha
 
 
Tengok ni smart kan..Segak bergaya..
 
 
Ni pon smart, auuwwww kacakk nyer..
 
 
Ehhh suka lah kiteee..
 
 
That's call pompadour...halamakkk, melting aihhh..
 
 
Yang ni rambut Iqy tak boleh kot sebab rambut Iqy jenis lembut, kena selalu guna wax atau gel plak nanti, tak elok kan..
 
 
Ohhhhh mann...
 

Wednesday, June 3, 2015

Anak manja abah

Dak Iqy sekarang dah semakin besar, macam- macam perangai baru keluar, kadang-kadang rasa nak menyinga, kadang-kadang rasa nak gigit je, telatah dia tu ada yang datang dalam pakej, dia macam rasa nak marah tapi tetiba jadi geram nak gigit, tetiba tersenyum tak jadi nak marah, kelakarr dak iqy ni sebenarnya, pandai buat kelakar sekarang ni, punch line dia mengena je, pengaruh TV kuat dia ni, biasa budak besar dia ni suka tengok citer kartun, tapi dia marah wey kalau tukar chanel lain, kalau dia ada, TV kat rumah kena stay chanel 132 je, tak habis-habis suka bebenor dengan citer Karoot Komedia , Maharajalawak, dan Betul ke Bohong?..Die hard Fan Ac Mical & Sabri Yunos dia ni..hahahhaha..
 
Kalau dikir barat tu, dia punya joget kemain senyum sampai telinga, tepuk-tepuk tangan, goyang-goyang bontot, hentak-hentak kaki, pernah kitorang try kena kan dia, masa tengah syiokk dia berjoget lagu dikir barat, abah Iqy tukar chanel, oiii ngamukkk dia wey hentak-hentak kaki, terus pergi kat abah dia rampas remote tv, haaa yang ni memang ngikut aku, sebab aku pon selalu bengang ngan abah Iqy suka nyakat orang tengah syiok tengok TV, last-last aku rampas remote sorok bawah kerusi..hahahha..Sekarang anak plak berebut remote ngan abah..Rasakannnn abah Iqy oii..Iqy lagi garangg okey.. Yeayyy mama ada geng..
 
Dan sekarang aku dah lega sikit sebab dia tak kisah dah kalau aku nak mandi ke nak masak ke, dia tak nangis dah kalau tak nampak muka aku, dia dah pandai bawak diri dah main sorang-sorang layan karoot komedia sorang2, senyum sorang2..hahaha..Tapii dengan aku jela, dengan abah dia, No..No...No...Abah dia kalau ada kat rumah, dua beranak ni macam magnet, nak melekat jee, sampai tahap abah Iqy nak bangun pergi dapur untuk minum pon dia dah menangis mengada-ngada..Padahal aku ada je tertonggok depan mata dia, tak laku dah mama dia kalau abah dia ada, eksyennn kemain..Nyampahhh taw..
 
 
Kalau dah melekat je 24 jam, paham-paham jela, apa aktiviti pon, semua nak abah buatkan, semua nak dok beriba atas abah je, kalau abah baring, perut abah jadi tilam dia, bila dia lari kejap pegi amik mainan dia, aku try meleset-leset kat abah dia, dia marah okeyyy nangis sedu-sedu,sedih sangat gamaknya, siap bagi sedass penumbuk kat muka mama, adoiii...Hamboiii hamboiii...dia sorang je nak bolot kasih sayang abah ek..Mana aciii camni... 
 
Makan pon nak bersuap sambil duduk atas riba abah, kalau takde abah, elok je aku suap dia duduk kat bawah, ni pon selera dia baru ada balik , aritu lama jugak dia takde selera makan, aku naik menyinga jugak lah nak suruh dia makan, seksa weyyy..Tu pasal lah badan dah susut, bukan aku tak kasik makan, dah dia takmo makan..Acanerrr..??
 
 
Camni lah dia kalau abah dia ada kat rumah, melekattt je 24 jam..Turn mama??Kena lah tunggu Iqy tidooo..Dah membuas ni, memang taklah dia nak tido semudah ABC..Masakkk lah mak nak tunggu turn.Kurang kasih sayang dah mama ni Iqy oiii... hahahahahah...