Ini adalah rabun mata yang paling lazim di kalangan kanak-kanak dan remaja serta boleh disebabkan oleh keturunan. Kanak-kanak yang rabun jauh memiliki bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang. Ini akan menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan bukannya ke atas retina seperti yang sepatutnya.
Rabun jauh biasanya dapat dikesan ketika kanak-kanak memulakan alam persekolahan, seawall usia 6 tahun. Pada umur remaja (ketika tubuh badan membesar dengan cepat), rabun jauh mungkin akan menjadi lebih serius. Walau bagaimanapun, kadar kerabunan ini akan menjadi lebih stabil pada umur 20-40 tahun.
Rabun Dekat
Ini terjadi apabila bentuk kornea kurang melengkung atau bola mata terlalu pendek dan menyebabkan cahaya tertumpu ke bahagian belakang retina. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung untuk rabun dekat. Keadaan ini akan menjadi lebih baik apabila mata semakin membesar dan menjadi lebih panjang.
Rabun Silau (astigmatism)
Ini terjadi apabila bentuk kornea tidak sekata dan membiaskan cahaya ke arah yang berlainan. Ia boleh wujud bersama jenis rabun mata yang lain.
************************************************************************************
Cara Atau Kaedah Rawatan
Kaedah rawatan paling mudah untuk masalah rabun adalah melalui penggunaan cermin mata. Kaedah lain pula ialah menggunakan kanta lekap yang diletakkan di atas lapisan kornea. Rawatan terbaru ialah rawatan laser yang memberi seseorang itu keyakinan dan tidak perlu memakai cermin mata.
Sebilangan daripada mereka yang rabun mungkin mengalami komplikasi kelekangan lapisan retina. Ini berlaku apabila retina lekang daripada lapisan koroid, menyebabkan gangguan fungsi retina dan menyebabkan buta jika tidak dirawat.
Kelekangan retina boleh berlaku kepada seseorang yang rabun jauh. Pesakit mungkin akan mengalami kehilangan penglihatan di medan penglihatan sebelah bawah.
Sejenis masalah rabun yang berlaku apabila seseorang itu dapat melihat objek yang jauh dengan baik, tetapi tidak dapat membaca dengan baik dikenali sebagai presbiopia. Ia biasanya berlaku pada seseorang yang mencapai umur lebih 40 tahun.
Ini disebabkan proses pengerasan kapsul kanta yang menyebabkan pengurangan pergerakan kapsul kanta ketika melihat objek. Dalam keadaan seseorang ingin memfokus pada objek yang dekat, kapsul tersebut harus mengendur untuk menjadikan kanta itu lebih cembung.
Apabila berlaku pengerasan, proses ini sukar dilakukan dan keupayaan mata melihat objek yang dekat berkurangan.
Masalah ini perlu diatasi dengan memakai cermin mata untuk membaca yang harus ditukar setiap dua tahun. Untuk mengetahui sama ada seseorang itu menghidap presbiopia, kekaburan dekat berlaku pada kedua-dua mata dan ketajaman objek itu menjadi lebih jelas apabila objek dijauhkan sedikit.
Masalah ini juga tidak seharusnya disalahfahamkan dengan masalah katarak mata, terutama bagi mereka yang melebihi umur 40 tahun. Penghidap katarak menghadapi kesukaran melihat objek jauh. Seseorang yang menghidap katarak tidak dapat melihat objek jauh dengan jelas dan objek itu masih kelihatan kabur walaupun dengan memakai cermin mata - myMetro
Ni percubaan pakai spek pinjam member opis punya..ahahahah...Kelakarr...Ada yang cakap okey, ada yang cakap tak okeyyy..Last-last, takyah pakai jelaaaa...Layan je mata yang tak berapa nak nampak ni, atleast kurang sikit dosa dari terlihat benda-benda mungkar...cewahhhh...Betul ke orang kata, kalau pakai spek, rabun akan menjadi semakin teruk??Fakta ke auta ek??Cer citer cer citer...
cik nor dah 3thn pkai spek..huhu
ReplyDeletebetul nory! jgn pakai, sbb makin lama nt kanta ko akan tebal.pg2 try tgk benda hijau, banyak minum air carrot, hehehe.mst ok.
ReplyDeleteDepend pada orang. Kadang macam perempuan, lepas bersalin ada yang power kurang, ada yang power makin tinggi. Sedar tak sedar dah 15tahun jugak za pakai spek. Hoho.
ReplyDeleteCikna start pki spek masa F2, pki seminggu dg kena curi lak mengagau skjp,huhuu... Kalau b'kemampuan buatla laser, mmbr buat kt prince court laburla 3k.... Sllunye kn klu rabun jauh power tinggi utk silau dia rndh..
ReplyDeletesaya pun rabun sejak form 2.. huhu
ReplyDeleteRabun jauh..setakat ni power sama je..xnaik2 dr masa pkai dulu..
ReplyDeleteAssalam nory,
ReplyDeleteakak pun rabun
tapi jarang pakai spek
masa blajo dedolu pakai la
ni time koje, bila ngadap pc ja pakai he3