Followers

Wednesday, June 3, 2015

Anak manja abah

Dak Iqy sekarang dah semakin besar, macam- macam perangai baru keluar, kadang-kadang rasa nak menyinga, kadang-kadang rasa nak gigit je, telatah dia tu ada yang datang dalam pakej, dia macam rasa nak marah tapi tetiba jadi geram nak gigit, tetiba tersenyum tak jadi nak marah, kelakarr dak iqy ni sebenarnya, pandai buat kelakar sekarang ni, punch line dia mengena je, pengaruh TV kuat dia ni, biasa budak besar dia ni suka tengok citer kartun, tapi dia marah wey kalau tukar chanel lain, kalau dia ada, TV kat rumah kena stay chanel 132 je, tak habis-habis suka bebenor dengan citer Karoot Komedia , Maharajalawak, dan Betul ke Bohong?..Die hard Fan Ac Mical & Sabri Yunos dia ni..hahahhaha..
 
Kalau dikir barat tu, dia punya joget kemain senyum sampai telinga, tepuk-tepuk tangan, goyang-goyang bontot, hentak-hentak kaki, pernah kitorang try kena kan dia, masa tengah syiokk dia berjoget lagu dikir barat, abah Iqy tukar chanel, oiii ngamukkk dia wey hentak-hentak kaki, terus pergi kat abah dia rampas remote tv, haaa yang ni memang ngikut aku, sebab aku pon selalu bengang ngan abah Iqy suka nyakat orang tengah syiok tengok TV, last-last aku rampas remote sorok bawah kerusi..hahahha..Sekarang anak plak berebut remote ngan abah..Rasakannnn abah Iqy oii..Iqy lagi garangg okey.. Yeayyy mama ada geng..
 
Dan sekarang aku dah lega sikit sebab dia tak kisah dah kalau aku nak mandi ke nak masak ke, dia tak nangis dah kalau tak nampak muka aku, dia dah pandai bawak diri dah main sorang-sorang layan karoot komedia sorang2, senyum sorang2..hahaha..Tapii dengan aku jela, dengan abah dia, No..No...No...Abah dia kalau ada kat rumah, dua beranak ni macam magnet, nak melekat jee, sampai tahap abah Iqy nak bangun pergi dapur untuk minum pon dia dah menangis mengada-ngada..Padahal aku ada je tertonggok depan mata dia, tak laku dah mama dia kalau abah dia ada, eksyennn kemain..Nyampahhh taw..
 
 
Kalau dah melekat je 24 jam, paham-paham jela, apa aktiviti pon, semua nak abah buatkan, semua nak dok beriba atas abah je, kalau abah baring, perut abah jadi tilam dia, bila dia lari kejap pegi amik mainan dia, aku try meleset-leset kat abah dia, dia marah okeyyy nangis sedu-sedu,sedih sangat gamaknya, siap bagi sedass penumbuk kat muka mama, adoiii...Hamboiii hamboiii...dia sorang je nak bolot kasih sayang abah ek..Mana aciii camni... 
 
Makan pon nak bersuap sambil duduk atas riba abah, kalau takde abah, elok je aku suap dia duduk kat bawah, ni pon selera dia baru ada balik , aritu lama jugak dia takde selera makan, aku naik menyinga jugak lah nak suruh dia makan, seksa weyyy..Tu pasal lah badan dah susut, bukan aku tak kasik makan, dah dia takmo makan..Acanerrr..??
 
 
Camni lah dia kalau abah dia ada kat rumah, melekattt je 24 jam..Turn mama??Kena lah tunggu Iqy tidooo..Dah membuas ni, memang taklah dia nak tido semudah ABC..Masakkk lah mak nak tunggu turn.Kurang kasih sayang dah mama ni Iqy oiii... hahahahahah...

9 comments:

  1. anak lelaki kan.manja sgt kan!

    ReplyDelete
  2. panjang dah rambut dier..
    anak lelaki rapat kot ngan ayah dorang..anak2 akak sumer camtu tau..
    mungkin gak sebab maknya garang..hahahaa

    ReplyDelete
  3. alolo.. manjanyer dia dgn abahnyer.. senang le maknyer nak buat keje, hehe~

    ReplyDelete
  4. Iqy geng dgn abah ye..mama krne cari geng la pulak lps ni ^^

    ReplyDelete
  5. Assalam nory,
    samalaaaaaaa kita
    dah kurang kaseh sayang
    nak mengaum pun kena tunggu turn & schedulize gitew he3

    ReplyDelete
  6. best tu.. rasa bebas... hehe.. ank sy usi gtu nk abi dia juga.. tapi bila dh besar melekat dgn umi balik pula..

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)