Followers

Friday, October 23, 2015

Happy 19 Mothsary Baby Mamabah

 
Alhamdulillah 17hb haritu genaplah baby tua bangka aku ni 19 bulan.Kenapa baby??Haaa tu nama samaran dia kat rumah selain Anje.Banyak nama samara dak Iqy ni..Nasib baik dia tau nama sebenar dia, dah pandai sebut nama penuh dia sendiri "Rizqy Hafiy Aish", tang Aish je mesti dia tergelak, ntah apa yang kelakar sangat taktawlahh, padahal nama sendiri tu..
 
Kalau aku marah dia, mulalah dia pujuk sambil sebut "Mama, Babyyyy", "Mama,Babyyyy" sambil kecik-kecik kan mata dia, haish sabar jela aku, tapi aku jiwa kental beb, marah tetap marah, walau dalam hati tak tahan nak gelak, sebab kelakar sangat cara pujuk dia tu, dia nak suruh aku pujuk dia ke dia yang nak pujuk aku, arghhh konpiusss..
 
Pastu tiap kali habis menyusu, dia akan panggil "mama,mama, mama!!", suruh aku amik botol susu kat tangan dia, yang aku ni kadang tengah kat dalam bilik, bergegas kat ruang tamu, tengok kenapa dia panggil aku, rupanya suruh amik botol susu je pon, aku pon amik lah dengan muka hurmmm hurmm..Pastu dia terus cakap "Tacih..."(terima kasih)..Alahaii touching lah plak dengar dia cakap terima kasih..hehehehe..
 
 
 
Kadang kan aku rasa gerammmm sangat dengan perangai dia, tapi bila dia tidur tu, alaaa rasa sayu sangat tengok muka dia, tenang jeee..
 
Oh yer, genap je umur 19 bulan haritu, Iqy dilanda demam.Iqy ni jenis yang jarang sangat demam, last dia demam masa umur 11 bulan dulu, tu pon suhu badan tak tinggi mana, dedar-dedar je, tiba-tiba masuk 1 tahun 7 bulan ni baru dia demam, tinggi jugak lah suhu dia, pestaim sepanjang 1 tahun 7 bulan ni suhu badan dia 39 darjah celcius..Aku cuak jugaklah, bawak pergi hospital sampai kena amik darah, dia punya meraung satu hospital dengar, mulut dok sebut "Abah,abah,abah" je..Alhamdulillah bebas virus denggi, demam biasa je.
 
 
HAPPY 19 MONTHSARY BABY MAMABAH!!!

4 comments:

  1. Alhamdulillah. Tumpang gembira..baby memang comel sungguh..he he

    ReplyDelete
  2. Besar dh encem boy ni.. Cute je dia tdo.
    Sma la ngn zara ni. Klau dia buat prngai, xde kompromi dh nk mara2.. Hee.. Geram kut..

    ReplyDelete
  3. alolo comelnyaa baby iqy.. hehe

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)