Followers

Thursday, October 15, 2015

Tips Memakai Dress untuk Temujanji

 
Well, semua mesti pernah lalui pengalaman "first date" kan?Betul tak? Bagi kaum lelaki mungkin soal pemakaian tak terlalu penting bagi mereka, tapi bagi seorang wanita, perkara tu paling penting lebih-lebih lagi untuk temujanji pertama kali.Mestilah nak nampak cantik dan gojes betul tak?Macam aku first date dulu siap shopping baju baru lagi taw,hahahaha..
 
 
 
Antara tips-tips yang boleh diambil sebagai rujukan adalah yang pertama sekali "Tampil Ringkas".
Yupp, maksud ringkas disini bukanlah bermaksud main tangkap muat atau main sarung je, ringkas bermaksud yang simple, tak terlalu berlebih-lebihan dan ikut kesesuaian tempat, takkan lepak coffee house ko nak pakai baju bikini plak kan..Haaa no,no,noo..Kasut plak takyah tinggi bebenor sampai terpelecok depan bopren nanti. eh buek malu je nanti taw..hahaha
 
 
 
Seterusnya, kena pandai pilih warna yang bersesuaian, pilihlah kaler yang sesuai dengan diri sendiri, sesuai dengan warna kulit kita, warna paling selamat, maybe boleh try kaler hitam, selain nampak lebih elegant dan ada "class", boleh nampak kurus jugak.Suka tak??suka tak??Giler tak suka?hahahaha.
 
 
 
Tips seterusnya "Gaya Sopan".Jangan ingat semua lelaki suka perempuan yang seksi saje taw, seksi buka setakat kena berpakaian menjolok mata, tapi gaya bahasa dan body language juga seksi dimata lelaki.Tak percaya tanyalah kaum lelaki.Lagipon dengan berpenampilan sopan akan nampak wanita itu lebih manis gituuu.Mak mertua pon suka tawww..
 
 
 
Tips seterusnya, "Aksesori" jangan dilupa.Tapi jangan berlebih-lebihan juga, pilih yang simple dan tak serabut sangat, nanti orang tengok pon serabut kepala dibuatnya..Contohnya rantai labuh tapi jangan lah sampai bergayut-gayut kat leher tu, letak seutas dua pun dah memadai.
 
Cukup semua tips diatas, okay sekarang dah boleh pergi dating..Jom lawati link Koleksi Dress Wanita
 
 
 
 
 

1 comment:

  1. heeeee. boleh try ni. tapiii kalau Lissa date salalu pakai jeans jaa. lagi santai. haha

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)