Followers

Thursday, October 8, 2015

Sanah Helwah ibu mertuaku

 
Weekend lepas balik kampong Abi, raya haji tu kan tak balik, so awal bulan ni balik jenguk mak abah mertua kat kampong, kebetulan abang n kakak ipar pon balik sekali, dorang siap beli kek lagi untuk mak sempena ulangtahun kelahiran dia selang bebehari sebelum tu.Celebrate lah kami sekeluarga, kek comel sedap plak tu, pandai kak ipar aku pilih..
 
 
Mak mertua iolss memang pemalu orangnya, tengok tu malu-malu nak potong kek taw, abah mertua iolls biasalah rock steadyyy sempoiii habis..Yang penting dua-dua aku sayang, walau hanya sebagai mertua tapi sayangnya aku kat dorang sama macam aku sayang mak papa aku.
 
Sanah helwah mak, selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke tettttt...Rahsiaaa !!(padahal terlupa,ketuk kepala sendiri,dush dush dush,ahhahaha).Aku rasa around sixty something laaa camtu..Semoga mak sentiasa diberi kesihatan yang baik, serta dilindungi dengan rahmat dari Allah.
 
Bagi aku mak mertua aku mak mertua paling terbaik dimata aku, dia melayan anak menantu dia semua sama rata, takde berat sebelah, seimbang dan setara.Macam dia layan anak dia sendiri, buat aku rasa selesa dan rasa macam mak aku sendiri je.Aku ni tak perfect mana pon, masak pon tak reti, tapi takat tolong menyibuk kat dapur tu boleh lah, paling koman pon tolong kacau lauk dalam kuali, asalkan ada usaha nak tolong mak mertua kat dapur kan, macam aku gamble terus terang cakap dengan mak mertua yang aku memang tak pandai masak...hahahaha..Tapi mak mertua aku memang sporting, lagipon syarat jadi bini orang bukan kena pandai masak pon kan..hihihihi
 
Selamat ulangtahun kelahiran buat ibu mertuaku, Puan Jayariah .Semoga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki dan juga diberi kesihatan yang baik sentiasa..Aminnnn..
 

2 comments:

  1. best kan dapat mertua sempoi.
    pink lagi kek nya :)

    ReplyDelete
  2. Minta gambar.. Minta maaf x minta izin dah download..

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)