Followers

Friday, October 16, 2015

Kenapa tiba-tiba nak diet??

 
Ramai plak yang tanya aku kenapa tiba-tiba nak diet?Alaa malu lah nak cakap, sebenarnya dah lama ade niat nak diet tapi tertangguh-tangguh, sampai lah satu tahap tiba-tiba je dapat "hidayah" untuk mula berdiet.hahaha..Puncanya aku ada terbeli sehelai seluar jeans, masa beli tu konpiden je muat, last-last balik rumah tak muat, tak boleh nak kancing butangnya.Adehhh..Nak tukar balik tak boleh, nak letgo sayang, lagipon aku suka seluar tu.Sejak dari tu lah aku berazam nak diet..hhahahaha..
 
Aku start diet minggu lepas, dalam masa 6 hari turun 3kilo beb..Berat je turun tapi badan camtu je aku rasa, tapi orang duk tegur nampak kurus, eh ko jangan bagi harapan palsu padaku, adik aku sampai raba-raba badan aku tak percaya aku kurus.hahaha..Sebab dia tau kakak dia ni jenis yang tak "istiqamah" kalau berdiet, sebab jenis yang pantang nampak makanan..Tapi kan dah cakap tadi, kalini aku dah betul-betul tekad, bukanlah nak kurus sangat pon, dapat lost beberapa kg pon jadiklah, kang kurus sangat macam papan plak aku, takde cutting plak..hekhekhek..
 
Tapi memang banyak cabaran nak berdiet ni, especially time lunch kan aku balik rumah mak aku, mak aku plak jenis hari-hari mesti masak sedap-sedap, entahlah mak aku tu, dia masak telur masak sos pon, aku nampak sedapp dan terliur sangat.Dasyat penangan air tangan mak ni kan.huhu.Jadi untuk mengelakkan aku dari tercuit makan nasi, aku tekad time lunch aku tak balik dan stay kat opis, lepak kat meeting room berbekalkan seliter air kosong.Hebatt kann..hahahaha..Sebab aku jenis yang tak boleh nak makan nasi segenggam, daripada segenggam better aku tak makan langsung, so aku boleh sekat selera aku.
 
Cabaran seterusnya bila dirumah, Abi suka pujuk aku suruh makan nasi walaupon sesuap.Dia punya pujuk jenis yang merayu-rayu tu taw, dia risau sangat tengok bini dia tak makan nasi, apsal tak taw lah.Sejak aku diet ni, setiap hari wassap tanya aku sihat ke idok.Mesti nasihatkan suruh makan nasi..Aku buat pekak je telinga, aku anggap tu cabaran dan COBAAN..hahahah.Abi cakap suruh maintain yang sekarang ni je, dia tak suka aku kurus sangat, katanya body sekarang dia lagi suka..Tapi kita orang perempuan ni mesti nak kan bentuk badan idaman hati kan..hehehe..Kalau kurus, nak kurus lagi.huhuhu..
 
 
 
 
Belanja lah sekeping gambar yang orang kata kurus sangat tu.Mungkin sebab baju kot, takpon mungkin silap mata, hehehe..Tapi yang aku perasan, baju yang aku pakai rasa sempit sebelum ni, dah rasa longgar.Tak tawlah sampai bila aku akan terus "istiqamah" berdiet ni..Kalau tanya aku, berderet list makanan dalam wishlist aku ni, ntah bila boleh qada' satu persatu wishlist aku tu kan..urmmmm..
 
 
 
 

9 comments:

  1. nory kene makan gak nasik. klu tak sampai satu tahap bile nory makan nasi berat badan akan naik mendadak.. at least segenggam nasik. bukan ida cakap tau. Kevin Zahri cakap. hihihi..

    ReplyDelete
  2. wahh kak diet apa tu.. keck je tgk gmbr ni..hihih

    ReplyDelete
  3. jomm berdiet sihat, haha..ikut diet atkins gtew, ohsem....hahaha~
    makan telur rebus jerr memanjanggg, ~
    dan sayuran hijauuu lebihhhh...... inshaALLAH.cepat lah turun tuuuu~

    ReplyDelete
  4. nory diet makan ape je? share la cara diet nory..nk tahu gak

    ReplyDelete
  5. noryyyy mila tgk takdela gemuk mana pun maintain mcm seblm kua iqy je mila tgk tp klu nory gemuk mungkin ada isi hikhikhikhik

    ReplyDelete
  6. Amalkan diet secara sihat ya. Good luck :)

    ReplyDelete
  7. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  8. wah...nmpk kurus tu...tahniah....

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)