Short vacay kedua untuk tahun ni, bersama dengan family tersayang.Acara wajib setiap tahun dalam family aku, memang wajib pergi bercuti sama2, tak kisah jauh ke dekat, asalkan bercuti, macam tahun ni percutian bajet kami ke Cameron Highlands, lamanya tak pergi Cameron Highlands, 3 tahun lebih jugaklah.Last pergi masa Dak Iqy dalam perut 4 bulan.Kuat tau mak buyong jalan masa tu turun naik bukit, steady je.
|
belanja selfie seketul ,dalam perjalanan masa ni.. |
Percutian pendek ke Cameron Highlands kalini bergabung dengan family maklang aku (jiran sebelah rumah)..Aku sewa apartment yang selalu aku booked kat Brinchang tu, cuma kalini owner yang berlainan, owner yang biasa tu fully booked plak masa tu.huhuhuu...Tapi apartment nya tetap best, luas, besar dan selesa..Satu apartment ada 3 bilik, ngam2 sumbat kami 2 family ni..Oh yerr apartment yang aku sewa ni terletak betul2 kat Brinchang, namanya
Crown Imperial Court Apartment .Kalau nak ikutkan sebelum ni ianya lokasi yang sangat strategic sebab betul2 berhadapan dengan pasar malam Brinchang yang happening itu,jalan kaki je dah sampai tak perlu susah payah cari parking..Tapi masa aku pergi ni, nasib kurang baik, sebab aku baru tahu yang pasar malam dah berpindah ke tempat lain, 2km dari pasar malam sebelum ni.Hurmmmm ruginya...Malam takde aktiviti nak buat, nak pergi naik kereta malas sebab mesti susah parking..huhuhuu..Last2 makan malam kat restoran area situ je.Next time dah boleh kot sewa apartment selain area Brinchang ni..Dulu selalu aim area Brinchang je, sekarang Brinchang dah kurang happening dah uolls..huhuhuuu..
|
dorang selfie tak tunggu kitorang..Ni jela gambar reramai yang ada, walaupon aku takde dalam gambar, takpe lahhh janji kenangan itu ada..hehehehehe...Love u olls.. |
Kitorang gerak dari Puchong hari sabtu pukul 8pg.Cadangnya nak berhenti sarapan kat hentian Rawang, sekali dah sampai, baru tahu yang RNR Rawang dah tutup sebab renovation.Terus lajak ke hentian Tapah, ingatkan boleh bertahan, tapi semua dah kebuluran, along aku tumpang kereta aku, sepanjang perjalanan merengek lapar, cehhh ngalahkan budak2, anak2 dia pon steady je..hahahaha...Dia cakap "aku dah janji dengan cacing aku nak makan kat Rawang, ni dah lajak jauh, cacing aku dah merajuk"...hahahaha along bongok taw!!!Sampai hentian Tapah, kitorang sarapan siap2, konon nak singgah sarapan kat Ladang Teh, tak jadi, sebab masing2 dah tak tahan lapar tahap gigil2 dah..Takut naik bukit kang, muntah plak sebab perut kosong..hahahahha...Aku okey je, sebab aku memang tak makan pagi..So cacing aku tengah tido lagi time tu..muahahahahhaha...
Kitorang exit Simpang Pulai, tol dari Putrajaya ke Simpang Pulai RM29++ ..Aku isi minyak RM40.Lepas lah sampai Brinchang, pastu sampai Brinchang isi lagi RM50, cukup2 sampai rumah dah menyala lampu merah.Jalan naik ke Cameron Highlands melalui jalan Simpang Pulai ni selesa sikit berbanding jalan Tapah, yang lebih adventure dan bahaya kalau hujan, silap2 boleh masuk gaung...phewww ngilu kepala lutut aku..ahhahaha..Destinasi pertama aku plan nak singgah Ladang Teh Sg Palas, oleh kerana aku yang tahu jalan, aku kat depan sekali, malangnya masa kitorang masuk simpang ke Ladang teh Sg Palas tu, lagi 2 kereta tak perasan kereta kitorang, dorang dah terlepas simpang, kitorang plak masa tu dah separuh jalan baru perasan yang lagi 2 kereta takde kat belakang.Call suruh papa uturn balik, tapi dorang tak jumpa, padahal betul2 kat depan dorang berhenti tu je..ahhahaha...Last2 kitorang patah balik, lepak kat mall baru buka.Ada macam2 game, masa tu Dak Iqy dah siap main dah segala game kat situ sebab dia naik kereta dengan sepupu aku, sebab ada " kakak" cantik kat kereta tu, dia admire sangat dengan tunang sepupu aku tu, nak melekattt je..Aku plak tak sedap hati nak lepas dia naik kereta berlainan.Tapi kalau masuk kereta aku, dia melalak sepanjang perjalanan "nak kakak, nak kakak "katanya..aduiii pening kepala aku.
|
Gambar 3 beranak yang susah nak dapat...huhuhuhu...Mak pasrah nakkk!! |
|
budak ni menguji kesabaran sangattttt tau...Kecik besau kecik besau je aku tengok dia..hahahahah |
|
Bumblebee ni boleh gerak2 tau...Teruja mak nokkks...huhuhu
|
Last2 semua dah malas nak pergi Ladang Teh Sg Palas tu, baru plan nak makan scone kat situ..Arghhh melepas..Lepak je kat mall tu layan Dak Iqy main, aku pon join sepupu sepapat main kereta langgar.hahahaha..Teringin jugak beb.Mana boleh tahan..heeee..Tengok jam dah dekat pukul 2, call owner apartment inform yang aku dah sampai dan tanya bilik dah available ke belum, dia cakap boleh, so kitorang terus gerak ke apartment.
|
view dari balcony...Dak Iqy dah dapat kakak, lupa dah meleset kat abah, nasib mama kuat leset jugak...hahahahaha...Yeayyyy mama abah punya...#Iqyjanganjeles |
Setel amik kunci terus angkat barang2 naik
ke apartment..sessi pilih bilik masing2..aku pilih paling kecil sesuai lah untuk aku tiga beranak ni.Setiap bilik ada 2 biji katil queen.Besar biliknya..Bilik aku je satu katil queen.Mak , papa, maklang n paklang kongsi satu bilik, satu bilik lagi adik aku dengan tunang Asri, dengan 2 orang anak buah aku..Dan satu bilik lagi bilik aku 3 beranak, yang bujang dan along aku tido kat ruang tamu.Sampai2 je kat apartment, terus makan meggi cup secara berjemaah..hahahaha..Lapar plak sejuk2 ni.Rehat2 kejap pastu pukul 5petang kitorang jalan kaki ke Big Red Strawberry, hurmmm takdelah dekat sangat, tapi okeylah nak exercise kan, kat situ best sebab kitorang suka lepak kat cafe atas tu, makan aiskrim.strawberyy...Tapi sebab kitorang lewat sampai cafe dah nak tutup dah, tak sempat nak makan aiskrim sundae strawbery, Tasha je sempat merasa lepas tu habis dah..Dapat rasa aiskrim batang strawberry tu je..Tu pon menyesal beli sebab tu lah punca Dak Iqy dan anak2 buah aku sakit perut muntah2, Dak Iqy start muntah2 dulu, dia ngadu sakit perut.Perut dia memang sensitif dengan makanan tak bersih ni, cara masak tak betul ke, atau air tak masak ke..Mesti dia dapat detect dulu.Kesian Dak Iqy muntah teruk petang tu sampai ke malam, jalan kona2 macam ular tu dia boleh tahan, tapi dengan aiskrim yang airnya mungkin tak dimasak ni dia tak tahan, esoknya tu anak buah aku plak yang muntah2 punca dari aiskrim tu jugak.So korang hati2 kalau nak makan aiskrim tu tau.kalau perut sensitif, takyah lah makan.hehehe..Kang sakit perut potong mood nak bercuti..heeee..
Malam tu dorang semua pergi makan, aku anak beranak balik apartment setelkan hal Dak Iqy, Abi dah bermandi muntah Iqy dah masa tu.Tukar baju semua, sapu minyak angin kat badan dia, pastu dia tertidur..Makan minum taknak, hampir nak balik malam tu jugak, tapi try lagi sapu minyak, bagi minum air banyak2..Pukul 2pg camtu, dia nampak sihat sikit lepas dah muntah banyak kali, dia bangun mintak roti, habis seketul roti dia makan, lapar lah tu..Pastu bagi minum air banyak, terus dia sihat bergelinjat macam takde pape berlaku, padahal sebelum tu satu rumah dok risaukan dia.Lembik gilerrrr..Esoknya terus sihat walafiat..Tu lah satu kelebihan dia, dia kuat lawan penyakit, sesetengah budak dah demam dah kalau kena camtu, tapi alhamdulillah balik dari Cameron takde plak demam..Kuat macam mama ni, susah nak demam..alhamdulillah moga kesihatan yang baik sentiasa mengiringi Dak Iqy sampai dia besar panjang nanti.InsyaAllah..
|
brekpes stoberi cicah cekelat bebbb!!!! |
Esok tu plak, mak n the geng pagi2 dah bangun pergi ikut papa beli madu asli katanya, papa memang kalau datang Cameron suka beli madu kat sini.Yelaa kat bawah susah nak dapat madu asli kan..Kat sini murah pun murah.Boleh tawar menawar lagi.Mak plak siap2 shopping sayur buah semua dah..Balik bawak stroberry dengan coklat..Dah pepagi buta kitorang brekpes stoberi cecah cokelat.Kemainnn lagi..hahahahaha...Mujur cacing aku behave tak meragam..Tapi ada jugak rasa tak sedap perut semacam je...Tapi malas nak layan..hahahaha..Kitorang pon bersiap2 nak check out, nak singgah Kea Farm untuk shopping ..yeayyyy!!!..Aku suka shopping Kea Farm ni sebab murah.Ko jalan lagi kedalam, lagi murah kau dapat.Macam aku beli sayur untuk stock dak Iqy dan bagi kat pengasuh, kalau area depan tu 7 bungkus RM10, aku jalan kedalam.lagi, 10 bungkus RM10..Aku baru masuk satu jenis sayur, Abi panggil aku, cakap kat depan sana 11 bungkus RM10, terus aku letak balik sayur tadi..hahahaha...Tamakkk betul..Pastu beli jagung 2 longgok RM15 je..Mak aku beli kat pasar lain, 1 longgok RM10..See jimat aku kan..Jagung sama je dengan jagung mak aku..hehhehe..Mak aku dah menyesal beli awal2..Tulaaa sape suruh tak tunggu..heheheheh..
Dak Iqy plak dari semalam duk tuntut janji aku nak belikan dia patung bantal spiderman tu..Aku nak compare harga pon tak sempat, last2 beli jugak sebab dia dah meraung2 hentak kaki sampai bergegar satu Kea Farm tu dengan suara dia tu..Ko taktau suara anak aku tu memang memanjang high pitch je..urghhh...Beli jugaklah seketul RM25..bila dah beli jumpa satu kedai ni RM23 je..alahaiii...RM2 pon rugi tau...hahahaha..Pastu aku beli strawbery, 7 kotak camtu..5 bungkus RM20..yang pack kecik 3 RM10..Malas nak beli banyak2, takut turun kang buah rosak plak..Beli yang nak makan dan bagi kt orang je..huhu..Lagi aku beli keledek kecik2 kaler pepel tu, aku suka keledek tu, sedapppnya makan panas2, sekilo RM7..Pastu buah feberet aku, buah jeruk jambu yang kaler merah dan hijau tu..2 bijik RM10 , 4 bijik (2bungkus) RM18..Ermmmm heavennya kalau dapat borong buah ni banyak2..Tapi beli sikit jelaa, poket tak berapa nak tebal plak..Hahahahahaha...
Masa tengah syok2 shopping, kasut aku putus plak..Ada kasut spare dalam kereta, nak beli memang tak lahh..Membazir je kann..Tapi nak pergi kat kereta jauh plak, perghhh masa ni lah aku rasa laki aku suami palingggg sweet pada abad semesta ini..hahahah..Abi bagi selipar dia kat aku, dan dia berkaki ayam dan kami pun sambung shopping..Kau rasa??Ya Allah gentelman giler laki aku...Rasa macam jatuh cinta pandang pertama plak..Walaupun banyak sebenarnya yang sweet kat laki aku tu, tapi takmo lah war2 kan, kang ada yang menaruh hati plak kat asben hakak..Choiiiiiiiii...mintak simpang lahh..Tapi moment tu memang aku akan kenang lahh..Mak aku marah aku buli laki sampai camtu..Bukan aku yang paksa, dah dia yang offer kan..Kalau ko nak tolak ke.??hahaha..Sambung shopping sambil berkaki ayam.Abang, abang satu dalam sejuta tau...Abang memang winnnn...muahciked...#baekkkpunyakipas
|
Dak Iqy dah start buat "onar",,,,harharharhharrr...#hambar |
|
Ni je seketul gambar kat ladang teh...kesian kannn |
Dah setel shopping sampai terputus selipar, kitorang pon gerak turun ikut jalan Tapah..Sebab plan nak singgah Ladang Teh yang kat tepi jalan tu, walau pon nak ikutkan aku lagi suka ladang teh sg palas, tapi faham sebab jalan dengan warga emas kan, kesian mak aku nak jalan panjat tangga bagai, so dapat singgah ladang teh Bharat ni pon okey sangat, pekena teh tarik dengan Strawberry Cheese Cake..Tak sempat bergambar tiga beranak kat ladang teh, sebab Dak Iqy dah start buat onar, nak makan aiskrim lah, turun kat ladang teh tu dia cakap panas lah apa lah ..urghhhh...Cerewett...Last2 lepak je kat cafe minum teh tarik dan strawbery cheese cake..huhuhuuu..Ada lah sekeping gambar aku berlatar belakangkan ladang teh..Jadiklah dari takde kan.hahahahha...
|
Belanja jela gambar dorang yang bergambar kat Ladang Teh..Sedapkan hati sendiri, takpe next time boleh datang lagi, masa tu Dak Iqy dah behave sikit lah...hahahahaha |
Lepas tu kitorang gerak turun ikut jalan Tapah..Adventure giler, rasa jauh plak ikut jalan ni..huhuhuu..Tertido sepanjang perjalanan, tau2 je dah sampai Hentian Tapah, dorang semua berhenti makan, aku takde selera nak makan, Dak Iqy plak buat perangai, dia memang tak suka tempat makan ni..So better aku duduk je dalam kereta.Pastu gerak singgah rumah mertua kat Behrang, bagi buah tangan dari Cameron, sembang2..Maklumlah jarang jumpa besan2 ni..hehehhe...Alang2 tu mak n papa nak ziarah sekali.Dorang gerak balik dulu, kitorang balik lambat sikit, along aku pon tak kisah balik lambat sebab dia tumpang aku kan, dia kata takpe kitorang pon lepak2 lah dulu, sempat makan malam sekali, sebab Dak Iqy sibuk nak makan nasik air, tadi masa orang makan, ko taknak, sekarang baru tahu lapar..huhhhh!!!..Lebih kurang pukul 10malam kitorang gerak balik Puchong..Sampai rumah 11 lebih..Alhamdulillah..Selamat semuanya..Tamatlah sudah percutian singkat kami sekeluarga..Sebelum puasa ni ada satu lagi short vacay.Mak aku tu jenis main planning je, aku plak jenis yang menurut perintah, tolong booked kan aje...hehehehe...Semoga dimurahkan rezeki selalu agar dapat selalu luangkan masa dengan family tersayang..Aminnnn..
|
Lena Dak Iqy tido berpelukan dengan Spiderman dia tu...huhuhuhu... |