Followers

Friday, May 19, 2017

Rupanya kembar tiga

2 May 2017

Tibalah hari untuk rujuk ke hospital plak.Aku ke hospital putrajaya, paaaling dekat dengan rumah.Sampai sana, dorang suruh pergi Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya plak.Tak ramai tahu pasal Pusat Bersalin ni kan.Kat sini dorang terima yang bersalin normal dan tak banyak risiko dan komplikasi je.Tapi best kat sini, semua doktor perempuan, semua baik2, lemah lembut jee bercakap, tenang je hati ni.Orang pon tak ramai, tak kena tunggu lama sangat pon.Cuma pendaftaran kena bayar RM30.Tapi puas hati, dorang check detail punya.Walauponnn sengsara jugaklah aku kena mengangkang je sepanjang masa kat situ..Dorang check ikut bawah kan..Hurmmmm..

Masuk bilik rawatan, doktor scan dulu, mula2 scan ikut atas, aku pon tak cakap yang aku pregnant kembar, sebab aku nak doktor tu tahu sendiri, sebab aku pon macam tak yakin dengan doktor kat Sofea tu, hhahahaha...padahal betul je apa yang doktor kat klinik sofea tu cakap.Cuma nak kan second opinion, aku nak doktor lain plak umumkan kat aku pasal kes 2 kantung tu.Sekali doktor tu cakap, ehhh 2 kantung, kembar yer??Aku senyum je, sambil cakap "hurmm ye kot" ..Saya pon baru tahu semalam, tapi macam tak sure lagi" hehehe...oooo yela, memang ada 2 kantung ni.takpe kite scan ikut bawah yer sebab nampak macam ada something, tapi tak clear sangat.Aku cuak lagi, ntah2 ketumbuhan kot..Haishhh aku ni, asyik fikir camtu je..Risauuuu..

Aku tak selesa scan ikut bawah tu, ngiluuuu...Hahahahaha...Tapi redha jelaa yang mampu, sekali taraaaa...ada 3 kantung semuanyaa..Dah kecoh dah dalam bilik tu, makin ramai nurse masuk nak tengok..Teruja tgk kembar tiga kan.Aku blur lagi, taktau macam mana nak react.Macam tak caya, betul ke tiga??Doktor mulanya takut2 nak sahkan ada 3 kantung, so aku kena naik atas plak jumpa doktor lagi senior, dan dia pon sah kan, yup sah 3 kantung..Tapi satu kantung je yang paling besar, lagi 2, kecik lagi..Maybe awal2 dah tak boleh survive, so tak menjadi..

Doktor pon dah sahkan yang takde heartbeat dah, dan kandungan disahkan tidak menjadi, dan kena tunggu process keguguran jadi sendiri.Sama ada dia turun sendiri, atau kalau tak turun semua, kena cuci (D&C).Nurse2 kat situ semua baik2, dorang tenangkan aku, dan doakan aku tak kena D&C, harap keluar semua secara natural.

Masa tu Abi pon taktau lagi pasal kembar tiga ni, sebab suami takleh masuk dalam masa scan tu.So masa doktor nak terangkan tu barulah boleh panggil Abi sekali, doktor cerita lah pasal kandungan aku yang dah tak menjadi tu, baby tak boleh nak survive, dan doktor bagitau husband sambil tunjuk kertas scan, tunjuk ketiga2 kantung tu, sambil cakap kalau menjadi insyaAllah kembar tiga, tapi baby tak boleh nak survive, sebab tu dia tak menjadi.Mungkin dia banyak sangat masing2 cuba nak membesar, tapi mungkin faktor kurang vitamin, rahim tak kuat atau tak boleh nak tampung, thats why baby tak menjadi kot.Still tak dapat nak simpulkan sebab apa yang sebenarnya menyebarkan si kembar tiga kami tak dapat diselamatkan.Mungkin sampai disitu sahaja rezeki tertulis buat kami.Tapi aku tetap bersyukur sebab jadi hambanya yang terpilih untuk merasai pengalaman mengandungkan kembar tiga.Alhamdulillah walau hanya 10 minggu 2 hari menumpang dalam rahim aku, aku tetap rasa happy bercampur sedih.huhhuhuhu

Tercengang jugaklahh laki aku, aku dah tercengang awal2 dah sebab aku dah tau dulu masa scan kat dalam bilik tadi tu kan..Sampai berpandangan sesama sendiri kitorang masa tu, haaaa apa kite makan ek ???Sampai tiga!!! Hahahahah..Walaupon sedih, tapi kami dah bersiap sedia awal, kami dah pon redha dengan segala keputusan.InsyaAllah ada hikmah semua ni.Bila tanya Abi, abang sedih tak??"Mau tak sedih, hilang 3 anak sekelip mata."Tapi takpelahh elok dia pergi seawal ni, dari dah cukup sifat, dan dia pergi, mesti lagi down masa tu kan.Hurmmm kami cuba untuk positif.

Ni jela yang aku sempat snap masa dalam kereta.Sebab lepas tu nurse dah terhilangkan semua kertas scan aku...alahaiii sayangnya...Mungin patient lain terambil kot..takpelahh, kalau ada aku suruh nurse tu simpankan..Nasib baik lahhh ada satu gambar ni buat kenangan..Nampakkk tak 3 kantung tu..1 besar dua lagi kecik je, yang tengah2 tu sempat membesar dulu, lagi dua awal2 dah takleh survive kot masa tu, tu yang kecik je..Wallahualam..

4 comments:

  1. ALLAH,

    tkpe kak..tkde rezeki akk. inshaaALLAH akan dtg

    ReplyDelete
  2. Tak apa..yakin nanti Allah ganti dan gandakan rezeki dan nikmat yang sama atau mungkin yang lain...ameen..

    ReplyDelete
  3. Allahu Akbar.
    indahnya nory, meskipun seketika.

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)