Followers

Monday, July 31, 2017

Raya dah habis, tapi cerita raya tak habis lagi..huhu


Maaflah yer, raya dah habis tapi cerita raya belum habis lagi.Tak ingat masa ni raya keberapa, masa ni nak pergi beraya rumah sedara mara sebelah arwah abah aku.Walau pon abah dah takde tapi ikatan saudara tu masih kuat, aku bertuah lah dapat abang aku yang selalu ingatkan adik2nya supaya jangan lupaka  saudara mara sebelah arwah abah.Setiap kali raya mesti along akan bawak kami 3 beradik pergi rumah saudara mara belah abah sana.Biasanya mak n papa ikut sekali, tapi masa tu mak ikut maklang beraya umah siapa ntah masa tu, tu yang tak ikut tu.Papa aku walaupon papa tiri tapi hubungan dengan sedara mara belah arwah abah pon rapat tau, tu satu kelebihan papa aku yang mudah mesra dengan semua orang.



Sebelum gerak, macam biasa belanja seketul dua posing dulu.Masih tak boleh move on dengan kaler purple dari raya pertama.hahahaha..Baju jubah pepel ni dah beli lama dah tapi jarang pakai tu sekali pakai still nampak macam baru lagi kan.hehehhe..Aku ni sebenarnya takde kaler peberet..Aku suka kaler yang aku nampak cantik, aku suka , then aku suka lah tuu..Tapi takde yang betul2 kompom yang aku minat satu2 jenis kaler saje..Aku rasa aku jenis tak tetap pendirian lah, kejap harini suka kaler pink, esok suka kaler biru plak, tulat suka kaler hijau plak..haaaa gituuu laaa...Lantak kau asalkan kau bahagiaaa kan..hahahaha


Bila kau tengah fefeling posing ala2 wany hasrita kat situ, tetiba datang plak si bujang kenit aii ni menyelit sekaligus mem"photobomb" picture mak dia..ahahahaha..Nasib baik mak dia boleh control ayu lagi tahan marah.Kalau tak mau bertukar jadik hulk.Tak pasal2 baju kaler pepel kau nampak macam kaler hijau plak kan..hehehehehe




Last sekali belanja gambar dengan satu2 nya kakak ipar aku.Masa ni kat rumah sepupu aku, rumah pertama yang weoll serang pada hari itu..Sampai2 je tuan rumah suruh masuk, kau menyempat bergambar plak kat luar tu kan...Dasaaarrrrr sangattt..huhuhuhuuuu..Nasib baik comel..Ehhhhh...😆😆😆😆




Friday, July 28, 2017

Best tak Microphone Bluetooth Q7??



Ada ke yang tertunggu2 aku share barang apa yang aku beli sempena dapat cheque 80 jutaaa  dari Nuffnang aritu???hahahahah...80 juta sangat kann..Ok lah kau taknak tahu pon aku tetap bagitau jugak apa yang aku beli untuk rewards diri sendiri dengan duit hasil berblogging gituu..ahahahaha..Aku dah pon berjaya memiliki sebijik micropon bluetooth Q7.Bolehlah dikatakan sebagai idaman jugak laa , tapi kalau nak ikutkan idaman kalbu macam micropon Dato Ac tu..ahahahah..kemain sangat kan..



Aku beli murah je beb kat Shopeee, RM36 hengget siap ada lebih lagi duit nuffnang aritu aku belanja mak aku makan A&W .hahahah..Semoga murah rezeki aku berkongsi dengan mak tersayang, tu aku cakap walau pon duit tu tak banyak mana tapi sangat bermakna bagi aku tau..

Dulu pernah jgak riki2 harga micropon tu kat uptown..RM50 hengget kot..Nasib baik tak beli masa tu, rezeki lah ni terjumpa yang murah kat shopee..Tu pon mulanya aku order kaler Rose Gold, tapi habis plak..Rose Gold memang tengah hot sekarang ni kan..Last2 aku pilih kaler silver..Janji ada kan..Lantaklah kaler apa pon..Cehhhh percubaan nak sedapkan hati sendiri lah tu..hahahaha..




Best tak micropon bluetooth Q7 ni???

Disebabkan ni baru first collection aku, so aku tak boleh nak bandingkan model apa yang lagi bagus.Tapi setakat ni aku sangat berpuas hati dengan model Q7 ni.Korang cuma perlu on kan bluetooth kat handphone korang je, then tekan butang ON kat micropon tu.Macam aku, aku save siap2 lagu karoke yang aku suka dari youtube..Tapi tak semua lagu boleh save kat youtube tu.Tapi oklahhh sebab aku kat umah takde wifi.Kat opis aku saved banyak2, so kat umah aku boleh karokke sampai lebam tanpa guna data internet aku.Bijak kan aku????hahahahah..Boleh jugak connect dengan smule sing.Cuma aku lagi suka smule sing guna headphone sepuluh hengget kesayangan aku tu..hehehehehhe..

Yang bestnya micropon ni dia dilengkapi sekali dengan mini speaker, memang kuat lah suara kau,macam karok kat Redbox gituu..hahahaha..Bahagianya aku rasa..Impian aku nak ada mini studio satu hari nanti.Taktau bila nak tercapaiii..hahahaha..Besar sangat angan2 kau kan Nory..pigidaaaaaa..tak sempat lagi nak upload video aku guna micropon tu.Layan jelaaa dulu video unboxing ni haaa..Sekarang ni rajin tetiba buat video..Acah2 nak jadik vlogger plak kot..Jadik blogger pon suam2 kuku, ada hati nak jadi vlogger plak kan..Ada lah 13 ketul je yg subscribe youtube hakak tu..hahaha..Kalau baik hati meh lah join subscribe sekali..Search je Nory Zoulkefle..heheheh..Pastu kau buat2 layan jela video2 aku yang syok sendiri tu ek..muahahahahah...




Dan yang kalakarnya, dah 3 hari beli baru tahu rupanya micropon tu kena cas.Mati2 aku ingatkan rosak tetiba le hape..Cuak hakak okey..Camne aku boleh tak terfikir..Dah terang disediakan sekali cable charger..hahahah...Alaaa cas macam cas henpon je..Tapi oklah bateri dia tahan lama.Cas sekejap pon ok..





Thursday, July 27, 2017

Pengalaman Mistik Dak Iqy | Boleh percaya ke tak?



Aku jarang cerita pasal kisah2 mistik kat blog ni.Lagi2 yang melibatkan diri sendiri, sebab rasa lagi seram plak bila cerita kisah mistik pengalaman sendiri berbanding baca dan tengok cerita seram yang lain .Aku memang suka tengok dan baca cerita2 seram.Kadang kat opis time free mesti online baca kisah2 misteri, citer2 hantu ni la..Nak kata percaya sangat idok laaa.Tapi kena percaya juga yang "mereka"2 itu memang wujud.

Kalau nak citer pengalaman misteri tu, aku belum pernah lagi lah nampak secara real, dan kalau boleh biar lah tak akan nampak sampai bila2 pon.Idoklah aku teringin nak menengoknya.Suka tengok dan dengar citer hantu je, tapi penakutt ya hamat.hahahah..

Aku nak share story dari Dak Iqy.Aku taktau nak percaya ke atau tak tak percaya dengan cerita dari budak umur 3 tahun ni.Tapi dalam tak percaya, masa aku dengar dia cerita tu pon dah cukup buat aku meremang segala bulu.Kebas tengkuk aku tau..huhu (orang kata budak2 kecik ni senang nampak benda2 camtu).Sebelum tu aku nak bagitau lah yang Dak Iqy ni memang sejenis yang senang "kena tegur" dari baby lagi.Masa umur 4 bulan dulu pon penah bawak dia pergi bazar ramadhan, masa tu time nak berbuka, tapak bazar tu pon memang agak keras sebenarnya sebab berhampiran dengan lombong.Tapi tak jangka plak masa tu, masa tu pon sekejap je, beli yang depan2 je, dah beli terus balik, sebab rushing nak berbuka kan.Pastu sampai umah mak, elok azan je waktu berbuka, Dak Iqy terus meraung2, pestaim dia macam tu, masa dalam pantang pon dia bukan budak yang jenis kuat menangis ni.So memang peliklah masa dia tetiba meraung masa maghrib tu..Tak berhenti2 dia menangis, kak ipar tolong redakan pon tak mau, sapu minyak kat perut ingatkan kembung ke hape tapi perut dia biasa je.

Dekat nak masuk Isyak baru dia berhenti nangis, dan2 boleh senyum macam biasa macam takde pape yang berlaku sebelum tu.Hati dah tak sedap dah.Mak aku pon cakap suruh bawak jumpa mak Esah mintak tengok2 kan.Mak Esah takde rumah plak masa tu, esok tu bawak pergi rumah Pakcik Abu.Pak Abu tengok2 kan, buatkan air penawar sapu kat muka dan minum, dia cakap ada "benda" tegur budak ni,ada bawak gi mana2 ke, aku cakap lah pegi bazar kat belakang tu, terus pakcik tu cakap , ooo patutlah , tempat tu sesuatu sikit tak sesuai bawak budak kecik time nak dekat maghrib camtu.huhuhuhu..Alhamdulillah dah okey ..

Okey terus ke topik utama.Ada satu hari tu, dalam pukul 4 ke 5 pagi camtu,belum subuh lagi, tetiba Dak Iqy menjerit "abahhhhhhhh!!!" ..."abahhhhhh!!!!!!...peluk Iqy, Iqy takut..Aku kat sebelah dia je, Iqy tido kat tepi dinding, aku tengah2, abah dia sebelah aku.Aku ingatkan dia mengigau, aku tepuk2 jela dia balik suruh tido.Rupanya dia tak ngigau, terus dia melompat tido tengah2 dan peluk abah dia sambil cakap "abah bangunlah abah, Iqy takut, ada hantu"..Abah dia tersedar, "manede hantu, abah kan ada ni,dah2 tido cepat.."..pastu Iqy cakap " tu ada lagi, ada satu lagi"..arghhh sudah, dah aku plak seram tetiba tapi paksa jugak diri untuk terus tido, last2 tak tahan kejut jugak Abi suruh bangun buka lampu..Dak Iqy takleh tido jugak, walaupon dia dah tido kat tengah2 masa tu sambil peluk abah dia, aku dapat tengok mata dia terkebil2 lagi pandang serata bilik.Heyyy seram okey..Aku tutup mata balik, dah bukak lampu pon masih rasa aura seram tu, pastu terus kedengaran azan subuh.Nasib baik azan subuh masa tu kuat plak, biasa sayup2 je..Bergema jugak lah azan subuh tu dalam bilik, abi n aku bangun sebab nak bersiap gi kerja, aku solat subuh dulu.Tu pon rasa tak khusyuk sebab efek seram tadi.Haishhhh..Masa tu baru Dak Iqy boleh tido.Abi plak dah gi kerja, aku plak yang tak leh tido.Rasa lama plak nak tunggu hari terang..Dalam hati cepat lah pukul 7, terang sikit nanti..huhuhuuu..

Siang tu aku tanya Iqy, betul ke Iqy nampak hantu?Rumah kita mana ada hantu.Pastu dia jawab " betullll ada.Iqy nampak.Hantu kaler red kat atas katil kacau Iqy.."..urghhhh serammmm siot...cerita habis setakat tu, aku malas nak tanya lebih2, sebab rasa tak sedia lagi nak dengar..Baru dengar sikit dah meremang acaner kan.Lagipon Abi dia tak suka aku tanya pasal hantu2 kat Dak Iqy.Dia takut nanti dak iqy jadi penakut (macam mama dia,hahahah).Hari lain tu aku tanya lagi, pastu masa Ida n Yaya datang baru2 ni pon Dak 
Iqy ada cerita lagi, dan yang buat aku percaya tu, cerita dia memang sama dari apa yang dia ceritakan kat aku sebelum ni, maknanya dia memang bukan reka2 cerita.Cara dia cerita pon dengan riak muka yang nampak takut dan serius cara dia bercerita.Menguatkan lagi kepercayaan aku pada cerita seram Iqy ni.Mula tu takut dia reka2 cerita je, sebab tu aku saje tanya banyak kali, nak bandingkan dengan yang dia pernah ceritakan sebelum tu.Yer memang sama.Cuma makin detail lah bila aku tanya dengan betul2.

So aku nak sinopsiskan  cerita keseluruhan Dak Iqy ni.
*

Situasi dalam bilik.

Aku : Macam mana Iqy nampak hantu haritu?

Dak Iqy : hantu kaler red tu kat sini( sambil tunjuk atas tempat Iqy tido).

Aku : ooo pastu dia buat apa?dia ada cakap pape ke?

Dak Iqy : Dia tak shakap pon, tapi dia dekat2 dengan Iqy macam ni ( maksud dia benda tu himpit2 dia, sambil tunjuk gaya)

Aku : oooo yeke..mama abah kan ada kat sebelah, dia tak takut ke.? 

Dak Iqy : takkk ..dia tak takut.

Aku : masa abah bangun suruh hantu tu pergi, hantu tu pergi tak.. 

Dak Iqy : tak..dia tak pergi..dia jalan macam ni (sambil jengket tangan kedepan dan kesemua jari gerak2, sambil tunjuk kat arah pintu bilik)
Aku : Lepas tu, dia pergi tak?

Dak Iqy : Takkk...dia berdiri kat sebelah abah.pastu dia nak masuk bawah katil tak boleh..kaki dia tak boleh masuk macam ni..(sambil tunjuk gaya, berdiri kat sebelah katil bahagian Abah tido)..Pastu dia jadi besar (sambil depa kan tangan dia)..baju dia jadi kaler white..muka dia ada hidung ada mata, pastu baaanyak dawahhh (darah) ..

Aku : dia ada rambut tak? Macam rambut mama ke macam abah (panjang ke pendek) 

Dak Iqy : rambut dia tak cantik (ok ni kelakar)..(dia tak cakap plak rambut dia panjang mana masa ni) lupa lah tuuuu...hahahaha
Aku : lepas tu dia buat apa kat abah?

Dak Iqy : dia hilang....(aku syak masa ni time azan subuh berkumandang dari surau berdekatan)

Aku : bukan hantu lah tu..Spiderman kot..(saje ngusik, sebab kan dia suka tengok video superman kan)

Dak Iqy : bukan spiderman..spiderman baik ..ni hantu betollll..

Aku : dia ajak Iqy main ke?

Dak Iqy : takk...dia kacau Iqy.Muka dia tak nampak..(mungkin sebab gelap kot)

*


Kesimpulannya, mulanya Dak Iqy nampak "sesuatu" yang berwarna merah badannya, ada kepala tapi takde muka berdiri kat bahagian kaki dia kat atas katil dalam keadaan "benda" tu cuba menghimpit badan dia masa tidur.Bila dia tersedar, dan melompat ke abah dia.Abah dia sedar dan cuba pujuk Iqy suruh tidur semula sambil buat2 halau "benda" tu..(yelaaa kitorang kat tak nampak "benda" tu, Iqy je yang nampak). Dalam masa yang sama Dak Iqy cakap "benda" tu tak pergi lagi, tu ada lagi satu tu..maksud Iqy ada lagi satu tu  "benda" tu ada kat situ lagi tak pergi pon walaupon abah dia dah buat2 halau tadi.And then masa tu lah dia nampak benda tu dah kat area pintu bilik plak, tadi kan kat atas katil, pastu "benda" tu jalan style berjengket sambil tangan kedepan dan jari gerak2 menuju ke sebelah katil abah Iqy.Masa tu Iqy cakap benda tu nak naik atas katil tak boleh, pastu dia nak masuk bawah katil pon tak boleh, dia macam tersekat2 kat situ (Dak Iqy siap tunjuk cara dia tersekat2 tu okey, euwww seramm) ..Aku syak masa tu aku baca ayat kursi dalam hati tu yang dia tak lepas nak naik atas katil kot, pastu dalam keadaan "benda" tu tersekat kat tepi katil tu, dia bertukar jadi besar, dan masa tu Iqy cakap kaler dia jadi kaler white (putih), siap cakap ada mulut ada hidung pastu banyak darah kat muka dia.Lepas tu dia hilang.Aku rasa masa "benda" tu hilang time azan subuh berkumandang kot..

Ermmmmm korang rasa boleh percaya ke idok cerita budak 3 tahun ni..ni hasil 3 kali punya cerita tau..sama je jalan cerita dia...tak mungkin dia reka cerita kan, hebat sangat boleh celen Shamsul Yusof ni buat filem "Munafik 3" plak nanti..hahahaha

Seriusss aku serammmm dengar.Entahlah nak kata rumah aku ada "sesuatu", tak taulaaa..Penah jugak masa baru2 pindah dulu aku selalu je kena "tindih" time tidur..Abi kan selalu gi kerja awal sebelum subuh camtu.Lepas abi gi kerja, mesti aku kena,tapi Abi tak pernah kena pun..huhuuhuu..Mula2 takut, lama2 aku plak yang naik hantu, aku maki hamun je..Lama2 dah takde..Penah gak ada sekali tu tahun lepas kot..Time pagi jugak, sebelum subuh jugak.Lepas abi gi kerja, aku tido macam biasa, aku tido membelakangkan Dak Iqy..Aku mengiring mengadap tempat tidur Abi.abi takde so kosonglah tempat tu  kan..aku letak bantal peluk, sekali tu aku dapat rasa tangan Dak Iqy, aku masa tu mamai2 ayam, aku pon pegang jela tangan tu, bonding time gituu kan..Tetiba aku teringat ehhh Dak Iqy kat belakang aku, camne tangan dia kat belah sini plak..Eh tadi tu tangan sape plak,sempat aku raba2 lagi cari, eh dah takde..Terus aku melompat bangun, pukul2 dengan bantal tempat Abi tu..Bukak lampu, aku maki2 hamun oiii pergi lah sial sambil pukul2 dengan bantal, jangan kacau aku.Sampai hilang takut aku tauuu..Dak Iqy elok je tido kat sebelah aku.Jauh kot tangan dia nak sampai kesebelah sini.Pelik tauuu..Sampai sekarang aku tak tahu sama ada kejadian tu benar2 berlaku, ataupon aku bermimpi masa tu..Tapi tak mungkin aku mimpi kotttt...Haishhh tak mungkin lah...Eh ntahlah malas nak fikir..

Siang tu baru tau yang malam tu ada buat kelas bacaan ruqyah kat surau beramai2, aku pernah dengar jugak, orang kata kalau kite pasang ayat2 ruqyah "benda" tu akan rasa lagi tergugat dan tercabar, tu yang dia merayau2 melilau2 tak senang duduk agaknya, tu yang sampai sesat ke rumah aku tu..Haishhhh cari lah rumah lain woiii..Ok yang musykilnyaaa, tadi tu tangan sape oiiiiiii,susah aku hadam persoalan ni...Euwwwwwww..
Korang ada cerita seram nak kongsi dengan aku, meh tepek link kat komen, aku suka baca kisah2 seram ni....

P/S :::: malam ni malam apa ek..okey gerak dulu pape roger...hikhikhikhikhik



Wednesday, July 26, 2017

Header baru !!!!!! shantekkkkkk tak?

Wowwwwiiieee, okey buat yang tersesat kat blog hakak arini, amacam shantekkk tak header baru hakak.? Sila cakap cantek ok, kalau tak, nak sentap 2 minit..hehehehe...Saja je tukar header baru kasik semangat sikit nak hupdate blog hari2, macam rajin je kan.Aku ni kalau boleh hari2 nak update blog, bukan kata perasan suruh orang baca hari2, tak takkkk bukan tu..Tapi untuk bacaan sendiri jugak, aku kan peminat setia blog sendiri, terhibur baca cerita diri sendiri..(eh berapa banyak perkataan sendiri daaa) hahahha..maklumlah blogger suam2 kuku je mana ada fans..gituuuu..so diri sendirilah fan nya..bolehh?? Hehhhhee

Masih menggunakan perkhidmatan member baik sendiri jugak untuk menghasilkan header terbaru ni, dari dulu kini dan selamanya memang guna khidmat dia je untuk edit blog ni haa..Support kawan2 gituu...Kalau korang berminat nak tempah header ke edit blog ke boleh contact Ieza Ashaari ok..Harga munasarawak sangat ok.Mampu poket gituuu..

Tema header kalini memang kena sangat dengan perwatakan owner blog, aku lah sape lagi kann..Nampak tak micropon kat atas kepala tu..haaaa yang kenal aku tau lah yang aku  dan micropon ni ibarat aur dan tebing, berpisah tiada gituuu..Aku memang minat dan suka nyanyi, tapi ko jangan aspect more okey, jangan dok ingat suara aku sedap sangat macam suara Wany Hasrita plak..Nory Histeria bolehlaaa...hahahaha..Minat nyanyi tak semestinya suara sedap ekk..Ai is sedar diri..setakat nyanyi kat karoke jamban layaklaahh..ohhh anginnnn kau kirimkan kalimah kasihkuuu....eh ternyanyi plak..hahahahah

Selain tu nampak tak gambar mekap terbang2 tu, tu pon salah satu perkara yang sangat sinonim dengan aku.Aku pon tak sure sejak bila ekk minat mekap.Tapi takdelah pandai sangat, mekap sendiri oklah..Takat bagi muka nampak shantek sikit tak pucat lesi, okeylahh tu kan..

Oklah tu jelaaa nak share..semalam aku pontengg kerja..hahahahaha...2 minggu je mampu jaga attendance, semalam dah kecundang..babaiiii..Penyakit mim alif lam sin dah sampai ko jangan tanya kenapa lg? Hahahhaa

Tuesday, July 25, 2017

Kipas susah mati (#diehardfan) Tomok New Boyz



Muehehhehee....Tersengih aku sengsorang bila ternampak statement ni lalu kat timeline FB..Terus teringat zaman sekolah dulu, zaman masa New Boyz tengah meletop2, aku rasa masa tu New Boyz ni antara kumpulan remaja pertama masa tu , lepas tu baru lah kumpulan2 lain macam Boboy, Q-Face, dan macam2 lagi masuk ke industri musik tanahair ni..Tapi aura New Boyz ni yang terrrpaling memberi impak lah kat remaja2 seusia aku pada masa tu.Dan aku tak malu pon nak mengaku yang aku merupakan salah seorang dari jutaan peminat fanatik TOMOK NEW BOYZ..hahahahahahah..Tolonglah jangan gelak, apa hina sangat ke minat Tomok??Aku dulu selalu lah kena kecam sebab minat sangat dekat Tomok ni, alaaa yang kecam pon member2 lelaki, dorang tu sebenarnya jeless dengan Tomok sebab dorang tak se"hot" Tomok pada masa tu, semua perempuan tergila kan Tomok tak tergilakan dorang, pastu meroyan cakap Tomok itu lah inilah..Eh baikkk apa dak Tomok ni.Tak pernah ada gosip2 liar tau.Sentiasa tampil dengan imej2 bersih gitu..Kau dah kenapa nak kutuk Tomok aku???hahahaah..Kemain back up lagi aku kan, kalau ada orang kutuk Tomok, aku lah antara yang akan sentap dahulu..Entah pape kan, padahal Tomok kenal aku pon tak..kahkahkahkah.

Aku bukan setakat minat biasa2 je tau, aku tersangat fanatik, kau tanya mak aku, dia tahu sangattt..Bilik aku penuh dengan poster gambar Tomok, buku latihan pon balut dengan poster Tomok, yang paling gigihnya, setiap hari pergi kedai majalah cari majalah yang ada gambar Tomok, walau ada seketul kecik je muka Tomok mesti aku beli, lepas tu gunting dan tampal dalam buku scrap.Gigih tau kumpul duit beli majalah, bila cikgu suruh beli buku latihan, ngelattt...hahahaha..Masa zaman aku tu majalah HAI terbit 2 minggu sekali, aku suka beli sebab dorang selalu cerita pasal TOMOK, yang bestnya majalah HAI tu, kat tengah2 page mesti ada poster artis, biasanya dia selalu letak poster gambar TOMOK lah sebab tengah "hot" kan masa tu, pandai dorang marketing tauu..Aku lah mangsa nya..Kalau beli sekali 2, sebab 1 nak tampal, 1 nak lekat kat buku scrap khas..Ya Allah, gigihnya aiiii..kahkahkahakha...Mana ntah buku scrap tu..Dinding bilik aku dah sampai takde ruang dah nak lekat , hampir2 nak pinjam dinding bilik mak aku tampal muka Tomok..Memang cari nahas lah kalau camtu kan...hahahahaha..

Moment paling aku takleh lupa, masa tu New Boyz ada show kat Putrajaya (seingat aku lah)  .Aku nak sangat pergi...Nasib baik mak memahami, so dia bawak aku.Aku nak sangat jumpa dia secara "life"..Dapat jugak jumpa kat belakang stage..Aku salam semua geng New Boyz lain, last sekali salam TOMOK..Masa tu mana ada henpon kamera lagi, so tak de gambar pon..Sayangnya lahai..Lepas tu, punyalah sayang nak basuh tangan, kalau boleh sebulan taknak basuh tangan sebab dah salam dengan TOMOK tadi kan..hahahahaha...Bengommmmnya lahai..

Semua orang sekeliling tahu camne minat nya aku kat Tomok ni, walau selalu kena bahan, aku wat lek wat pisss je...Lantaklah ikut suka hati aku lah nak minat sape kan..Asalkan aku tak minat kat pakwe ko sudahlah kan..hahahaha..Sampaikan masa Tomok kahwin, ramai member aku text aku , ingat aku sedih ke meroyan ke apa...hahahahaha...Aku minat dia sebagai artis je okey..Takdenya sampai meroyan tengok dia kahwin dengan orang lain..Aku suka tengok bini Tomok, cantikkk giler..Sebab tu lah dia pilih bini dia, tak pilih aku...hahahahahaahah...


Tomok sekarang...dah ada 2 orang anak dah pon.Kalau dulu Tomok comel, sekarang bolehlah dikategorikan sebagai macho.Tapi aku tak minat lah dia imej botak..Rambut biasa2 baru okey aku rasa.hahahaha



Time ni masa zaman dia join one in million rasanya, fesyen rambut ala2 kpop gitu..bila makin meningkat dewasa ni dah kurang follow pasal dia.Jenguk IG dia pun layan video anak2 dia je.hehehehe..Yelaaa dah ada laki kan, better ai jadik peminat nombor satu lakikkk sendiri..tak gituuu..ailebiuu Abi...ehhhh...hahahaahha


Friday, July 21, 2017

Rasa macam raya pertama plak, (Team Beraya Rumah Ida Baharum)



Hari sabtu lepas, dah plan nak serang raya rumah Ida..Milo je tak dapat join.Maka hashtag #gengkeretaputihtakcukupkorum wujud lagi.Susah nak dapat complete semua ada kan.Time BbQ aritu je merasa semua ada.InsyaAllah one sweet day nanti kot..



Janji dengan Ida nak datang awal, sekali malam tu tido lewat memasing, kul 4 pagi teman ida me"rendang" pepagi buta.Weolls teman kat dalam whatsapp je lah pun.Pastu Yaya plak kata nak buat game khas untuk couple laki bini nanti, paksa aku buat soalan sekali..hahahahah..Mujur aku makin pagi, otak makin bergeliga..muahahahahaha...sekali syiottt je dah siap, terus tido..Sekali sedar2 dah pukul 12..hahahaha..Menggelupur bangun, tengok wassap, yaya pon baru bangun masa tu, baru nak masak nasik minyak katanya..hahahahahah..

Aku siap2 terus gerak singgah rumah mak aku dulu, hantar puding karamel.Kawan2 Tasha datang beraya.Punya lah ramai kawan sekolah bergabung dengan kawan2 kampus dia..Penuh rumah, lepas satu grup, grup lain plak datang.Tak putus2 ni, sampai aku tersekat kat rumah mak sampai pukul 4 petang , mak aku tak larat dah..Kesian plak dia..Mujur time pukul 4 lebih tu, tetamu dah surut sikit, lepas lah aku meloloskan diri ke rumah Ida.Lepas tu sedara mara mak aku plak datang sampai ke malam.Hahahaha..




Sampai2 umah Ida, sebelum makan kena main game dulu okeyyy..Sementara lipstick masih merah menyala, mohler kite bergambar dulu, pastu baru main game.Tapi laki aku sempat makan satay dulu sebelum main game tu..hahahahaha..

Lucky Draw Duit Raya 

Photobooth tema Raya

Lain daripada lain okey beraya kat rumah Ida ni, siap ada photobooth lagi,pastu siap ada game "lucky draw duit raya", alang2 Yaya pon tambah lagi 2 game..Bernas jugak idea Yaya ajak main game ni.Merapatkan hubungan suami isteri gituu..hehhehhehehe..Punyalah happy sampai tak hingat nak balik, kul 12 baru memasing gerak balik ke pangkal jalan..hahahaha..



Antara makanan yang dijamu semasa beraya kat rumah Ida.Rendang daging dia memang sedappp..Nasib baik aku sempat tapau..Kat rumah baru makan..Dengan satay nya..Abi memang feberet dia lah satay tu.Dok ngadap tu je dari mula datang..Siap tapau lagi.Yaya siap masak nasik minyak lauk ayam masak merah feberet akuu..nyumnyumnyum


Ni masa main game pertama (game serasiii ke idok?)

Ni masa main game pertama (game serasiii ke idok?)

Entry game nantilahh aku buat entry lain..Biar nampak banyak sikit entry aku nanti..hahahaha..
Belanja muka serius giler nak jawab soalan, berpeluh2 okey nak jawab soalan je pun..huhu...Nah aku belanja sekali gambar pasangan serassiiiii lah sangat kat bawah ni..Dengan soalan, anak mana anak???Anak lelaki uollssss, faham2 je lah kat mana anak2 lelaki masing2 yer...hahahahahah..


Pasangan serasiiii lah sangat yang pertama, perkenalkan tuan rumah kita pada hari ini..Ida & Andi dengan pakaian sedondon kaler pink ko hadeee????Masih mood hornymoon lagiii walaupon dah 7 tahun (kan ida kan?) berkahwin..Mohon kekal sweet sampai bila2 yer korang..


Pasangan serassiiiii lah sangat kita yang kedua , perkenalkannn Yaya & Syafiq..Masih lagi mood hornymoon juga walaupon dah anak dua.Makin bertambah anak. makin bertambah plak sweet korang berdua kan.Semoga maintain "bersemutttt" macam ni sentiasa okeyyy..


Pasangan seterusnya, perkenalkan pasangan selebetrity kita iaitu TMJ & Sherry Ibrahim..Eh bukannn, ni pasangan Ieza & Arab .Mak...anak ko nangis mak..hahahahah..Anak mana anak???Pasangan ni anak2 nya kasik can mak & apak dia bergambar, bukan selalu ye dakkk??hehehhehe..Dengan ucapan, huntonglahhhh muka dedua macam retiss kan...hahahahaha...Semoga berbahgia korang mudah-mudahan hingga ke jannah yer..aminnn..


Pasangan yang takde masa haritu, perkenalkan pasangan Mila & Mcdee.Ni antara pasangan yang terrrrrpaling sweettt.Terpaling serasiii lah sangatt.Adore sangat dengan korang berdua..Walaupon kita berjauhan, korang tetap dekat kat hati hakak Lopa tau..Mohon sayang hakak Lopa lebih sikit okeyy..hahahaha..Walau korang takde masa majlis tu, hakak tetap tepek gambar uolls kat sini tau..Nampak tak betapa sayangnya hakakkk kat korang..cewahhhh...


Pasangan terakhir, pasangan hakak Lopa dengan abam Pattah seribu..kahakahakhakahkahhhh..Maybe pasangan yang paling annoying..Tak sweeet langsung okey..Ni pon paksa laki senyum buat muka bahagia...muahahahaahahah...Anak mana anak???Macam biasa anak kasik cannn..hahahha..



Last sekali nah belanja gambar sekali harung..Makin besar family #gengkeretaputih kami ni..Makin besar makin matang makin havoc..Nak gaduh pon takde point dah..adakah kami makin serasi??? Hehehehhhh...Nampak tak betapa gigih nya aku tepek gambar Mila & Mcdee sekali..Punya lah nak dapatkan gambar yang semua ada lengkap berbaju raya..Gituuuuuu...













Thursday, July 20, 2017

Cheque lapan puluh jutaaaa!!!


Macam tau2 je, lepas raya poket is kering.Berbunga rasa hati bila nampak sampul berisi cheque berjumlah 8 puluh juta ni sampai.hahahahha...RM80 hengget plus2 je yer adik2.Ala banyak mana je RM80 ni kann.Tapi percaya lah besar makna dia pada aku tau..Lagi tengah2 bulan macam ni haaa..Lepas lah beli tiket flight ke Jerman..haaa tu tipu..

Aku masih lagi setia dengan nuffnang, walau dah ramai yang dah beralih ke Adsense kan..Takpelaaa aku blogger suam2 kuku je, dengan Nuffnang pon aku dah bahagia dah walau income ciput je yang dapat.Jadiklah dari takde.Nanti aku dah teror Adsense aku tinggalkanlah Nuffnang ni..hahahaha..Ke kau nak ajar aku pasal Adsense,meh PM tepi..heeee..

Duit hasil dari blogging ni, aku ingat nak beli something lah, ermmm dah plan dah nak beli apa, nanti barang sampai aku share ekkk..Alaa benda biasa2 je..Tapi benda tu memang sinonim lah dengan aku.Benda tu dengan aku ibarat aur dan tebing, berpisah tiada gituu.Kau rasa apa??


Wednesday, July 19, 2017

Weekend je padat dengan jemputan beraya

Sepanjang bulan raya ni, weekend aku memang padat dengan jemputan beraya.Tapi kebanyakan nya rumah sedara mara la..Family aku boleh tahan besar jugak lah..lagi2 adik beradik mak aku, rata2 semua rumah dekat2 sini je.Paling jauh pon KL, paling ramai kat Puchong ni laaa..Nampak sangatt anak jatii Puchong kan..Tempat tumpahnya darahku.cewahhh..tapi masa aku lahir mak aku yang tumpah darah, pelikk jugak aku ni.ahahaha..

Weekend aritu hari sabtu beraya rumah Ida, salah sorang geng kesayangan ku..Tapi entry beraya rumah ida, nantilah aku update, sebab Ida hutang gambar tak bagi2 lagi nii..Aci takk hold entry dulu..ahahahha..So aku skip ke hari Ahad terus.Hari Ahad petang, beraya ke Kinrara rumah sepupu aku.Boleh kata semua sedara mara aku datang lah, sebab sepupu memang buat makan2 khas untuk sedara terdekat je.So memang semua ada lah.

Bila dah jumpa, aktiviti selfie welfie wajib lah ada kannn..Nah lah aku belanja beberapa keping gambar..Seronok dorang dapat bergambar dengan hakak Norylopa..hahahahahah...#lempanglaju2






Selit sekali lahh gambar selfie sengsorang dalam kereta..Mohon terhibur melihatnya..hahahahahaha...Rasa macam berdosa plak kalau masuk kereta tak selfie seketul dua..hahahaha...






Ni semua golongan mak2 sedara dengan sepupu sepapat semua..Dah tak tau nak beza dah mana mak sedara mana mak sepupu..Ehhh..



Menu pada hari itu, bihun sup..Yup,sehingga harini masih belum berjumpa ketupat palas..Kesiann kan aku..hahahahhaha..Nak buat sendiri tak reti..Sape pandai buat tu cer post sikit kat hakak ni.kesian cacing2 aku meleleh air liur nanti..hahahahah..



Balik dari rumah sepupu aku, maklang ajak singgah Tesco.Katanya saje nak amik angin, betul2 masuk Tesco bagi anak2 main kereta control tu, paklang belanja semua Dak Iqy dan anak2 buah aku.Pastu terus balik, paklang ajak makan kat restoran, paklang nak belanja katanya.Memasing lapar nasi kekdahnya..hahahahahah..Tenkiuuu Paklang & Maklang .