Fessofoll (first of all), kasik can hakak tepek setepek pap melekat kat sini, gambar selfie masa kat Tesco haritu..hahhahahaa...Cer cari apa yang tersembunyi?Okey tak payah cari, sampai raya haji pon belum tentu jumpa, tak de pape yang tersembuyi pun, cuma yang terserlah seketul hakak Norylopa je kat situ yang perasan diri nampak kurus.Tu yang berkobar2 nak hupload kat sini tu, sila komen cakap "haahlah kurusnya"...ataupon "memang lahir2 je dah kurus camni ek?"...hahahaahah..
Hakikatnya takdelah kurus sangat pon, tapi aku suka lah cermin tu, rasa nak beli sebab nampak kurus dan tinggi..Hahahahah boleh?? Semata2 sangat kan...Ekceli nak story morry sikit ni, lama tak mengomel pasal kerja kan..Life seorang hakak kerani cabok ni takdelah mencabar mana..Ko pon tau kan aku spesis pekerja yang macam mana, ikut kepala sendiri je, ikut suka hati bila nak datang kerja, bila rasa malas, tak payah datang.Dengar memang macam best, tapi dalam hati ni takut2 jugak tau2 je dapat warning letter ke hape kan..hahhaahahah..Tapi setakat ni belum lagi lah.Pejam celik pejam celik dah setahun plus2 beb aku kerja kat sini, dalam pada kata nak kerja main2 je, dalam kata sibuk nak riki2 kerja lain, tau2 je dah setahun dah pon, dan aku takde pon cari kerja lain lagi.
Dah mula serasi dengan tempat kerja sekarang??? Urmmmm bolehlahh, dah setahun kot, rasanya macam dah boleh hadam dah kot.Tak amik port sangat pon, lagipon sebenarnya opis sekarang ni setakat ni takde masalah pon, takde stress, ada tu ada, tapi mungkin sebab aku dah biasa hadap kerja yang lagi stress dan mencabar sebelum ni, so takat stress sikit2 tu aku boleh handle lagi kot setakat ni...Setakat ni laaa...Soal gaji pon macam dah nak improve sikit, dah tak lambat macam baru2 kerja dulu,Dulu tu lambat sangat kotttt..
Boss dan bini boss baik ke???? Setakat ni dorang ok lahhh, boss aku ni,dia jenis diam tak banyak cakap, paling kuat pon dia bebel je, agak2 dia rasa aku sentap, nanti dia belanjalah KFC..hahahaha..Bini boss plak , dia okey..Tak pernah lagi lah dia marah aku, cuma satu jela dia ni jenis yang sangat cerewettt semua nak perfect detail segala lah, contoh ehh macam ko nak beli nasi lemak kan, dia suka peningkan kepala dia, nak kaji sambal tu buat dari apa, ikan bilis dalam sambal tu sape pembekal dia, berapa harga sebatang timun tu, kenapa dia potong timun tu mcam tu, kenapa tak macam ni...Haaaa kalau dia spesis suka pikir sendiri takpe jugak, ni suka melibatkan orang sama2 pening dengan dia, sebelum dia takde dulu, nak order barang, order je , senang.., tau harga, tau jenis dan nama barang, setel..Sekarang banyak prosedur plak walaupon ko hanya nak order sebijik Nut yang kecik tu...Alaahaiiii...Tang tu lahhh yang stress nya..Betul lah laki aku cakap, aku ni cepat stress...hahahahaha...Korang tak stress ke kalau camtu weyyy??? Serabut tau tak..hahaha.
Boss aku plak setakat ni kalau aku silap order barang je, dia nak marah pon takut2, sebab selalu berpunca dari dia, dia yang bagi maklumat salah, berapa kali dah salah, tapi baru aku nak check "eh betul ke aku yang salah ni", tau2 je dia yang mintak maaf balik, "Eh sorry2, my mistake...Aiyaaaa"....hahhahahahah...Nasib baik kau ...
Minggu ni aku berjaya datang kerja full seminggu...hahahhaha...sila bagi tepukan gemuruh kat aku yer..bukan senang tau nak dapat full attendance per week..ahahahha...Teruk nya lahai..Tapi minggu ni macam wujud kesedaran yang "hutang banyak" , maka sila lah pergi kerja dengan rajin yer Nory..hahahahah..Tapi tu pon banyak ngelat, 2 hari masuk opis lewat..Sebab lalok makan ubat selsema, bangun pagi ngantokkk giler, wassap Wendy, "I masuk lambat sikit, tak sihat"...hahahahah..Lantak kau lah..
p/s : semoga istiqomah untuk minggu2 seterusnya pulak...ahahahahah...Gudluck Norylopa!!!
semoga kuat iman utk terus bekerja
ReplyDeleteha ha ha sampai sambal nasi lemak pun nak dikaji, hadoi la bini bos.
ReplyDeletetu maybe modal dia nak berborak kot, nory :)