Followers

Thursday, July 6, 2017

Short Vacay di raya kedua,menyempat je kau kannn


Raya kedua tahun ni, mulanya plan berubah2, mak aku lah, kejap nak gi sana kejap nak gi sini, aku follow je.Nak ikutkan malas nak berjalan musim2 raya ni.Tapi bila fikirkan #teamberayaKL ni sangatlah membosankan, kitorang terpaksa jugak kena pergi short vacay..hahahahha..Pagi raya kedua tu bangun je tidur, mak suruh kemas beg ajak gi Melaka.Ingatkan nak gi beraya rumah sedara, rupanya nak jalan2 bandar Melaka  je..ahahahha..Mak aku,mak akuuuu...Layannkan jela.Lagipon Bulan 8 nanti ada kenduri sedara kat Melaka, mak aku cakap, nanti kita balik lah sekali.Raya ni kite gi jalan je.Yelaaa mak.I follow je..Naik satu kereta dengan mak.

Gerak dari rumah pon lewat dalam kul 12 macam tu, jammed sikit kat highway.Singgah kat tol ayer keroh jap.Makan2 terus gerak.Kitorang bawak je baju siap2, kalau takde hotel kosong, kitorang balik KL malam nanti.Nasib baik ada kosong kat hotel yang mak selalu pergi ni.Mak pilih bilik family room yang ada 2 katil queen tu.Selesa sikit kitorang tido.Lepas check in, rehat2 jap, lepas maghrib dalam kul 8 camtu baru keluar semula.Dak iqy n Tasha nak makan McD..Tasha nak makan ayam McD, Dak Iqy nak happy meal nugget dia tu..Last2 dua2  tak dapat, ayam goreng habis, happy meal plak takde mainan.Dak Iqy mengamuk2 bila tau happy meal dia takde mainan.huhuhuuuuu..Sikit lagi aku nak jadi hulk.Mujur Abi ada selalu selamatkan keadaan.Dia je yang maintain cool hadap tantrum anak dia tu..ahahahahha..Aku surrender.
Time ni ood Dak Iqy dah okeyyy sikit...tu yang peluk2 tu..kalau tak bergaduh je 2 ketul ni..yang mak taknak kalah, anak dia lagilah kan..ahahahaha

Abi bawak Dak Iqy jauh sikit dari aku, sebab aku dengan Dak Iqy dua2 keras kepala, takleh dekat2, kang terbalik meja kat McD tu..ahahahahahaha..Dia redakan Dak Iqy, sampai Dak Iqy dah boleh senyum2 baru datang semula makan kat kitorang.Belikan aiskrim, bagi dia sejukkan hati dia tu..So dia lupa kejap mainan dia yang takde tu..ahahahaha..Aku makan MCchicken je, kenyang dahh..Raya kedua dah makan MCd..rendang semua tak jumpa dah.ahahahah..Sedihhhh.Lepas makan, masuk Dataran Pahlawan Mall.Jalan2 je cuci mata.Tak beli apa pun, Tasha je shopping .Dia tu shopping mengalahkan orang yang bekerja..huhhh!!!Aku yang bekerja ni pon nak shopping kena fikir 45 ratus kali tauuu..hahahaha






Esok tu lepas check out hotel, singgah jalan2 kat bandar Melaka,Dak Iqy sibuk nak naik boat..Dok berzikir je dari semalam nak naik boat tu.Atok pon belanja kitorang semua naik boat.Yeayyyy..Ni first time Dak Iqy naik boat ni, kitorang dah banyak kali naik..Sampai biawak kat tepi2 sungai tu pon dah kenal kitorang..hahahaha...Turun dari boat, staff dorang dah siap tunjuk gambar, cantik plak gambar tu lepas dorang edit.Mak aku beli nak buat kenang2an , 2 keping gambar dengan fridge magnet bergambar RM50.Okeylahh tu kan..Pastu lepak kat gerai situ, makan megi cup dengan coconut shake as a brekpes, pastu ingat nak singgah raya rumah kawan Tasha, tapi tak jadi sebab kawan dia takde kat rumah, kitorang singgah makan asam pedas plak, aku tak makan pon sebab kenyang makan meggi tadi.Dak Iqy plak mengamuk2 taknak duduk makan dia kata tempat tu busuk..Urghhhhh sabar jela aku..So aku bawak dia duduk dalam kereta, abi plak makan dengan mak n papa semua.
saaayyyyang mak!!!

Sempat singgah Tg Bidara jap,tak mandi pon..Saje je melawat kawasan, last aku datang tg Bidara ni masa kecik2 dulu, time balik Melaka mesti singgah sini dengan sedara mara semua,syiokkknya teringat zaman kanak2..Dah besar2 ni nak mandi laut kena pikir 64 ratus kali, takut kulit kena sunburn, makan tahun nak kasik putih balik tahu tak???Kahkahkahkahh...



Lepas tu terus gerak balik KL, jammed sikit..Lebih kurang pukul 7 lebih sampai RNR Dengkil singgah makan lagi..Kalini makan satay plak..Uishhh kenyang perut..Dah lah aku order nasi lemak ayam., nasib baik kongsi dengan Dak Iqy.Habis jugak sepinggan.huhuhuuu..Pastu sambung makan satay plak..hehehe..Sampai rumah mak pukul 8.30 malam.Sambung tido rumah mak lagi satu malam, esok tu baru balik rumah sendiri.kejap je dah habis raya kan..


3 comments:

  1. lastyear akak teamrayakl...mmg rasa lain sbb biasa blk klate...tp ada la p beraya umh sedara mara belah mertua...nory p cuti2 okla tp melaka jammed juga kn

    ReplyDelete
  2. oic. short vacay aje.
    ingatkan nory balik kg ke hape ke :)
    tg bidara tu area kg aida ler tu.

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)