Followers

Tuesday, July 11, 2017

#OOTD Raya Ketiga



Raya ketiga aku masih di Melaka, disebabkan plan asal lepas check out nak singgah open house kat rumah kawan Tasha, aku bawaklah baju kurung.Baju kurung tahun lepas beli ni, aku suka pakai sebab selesa, tapi sebab selalu pakai, dah naik berbulu sikit kainnya.Sebab aku dengan selamba badak je masuk dalam mesin basuh, tak koser nak basuh pakai tangan, ahahahaahahha..Lantak situuu...

Mulanya berlagak dengan mak n Tasha sebab dorang tak terfikir nak bawak baju kurung, aku dengan egois hidung tinggi nya kemain velagak sebab berjaya terfikir nak bawak baju kurung..Kau dah kenapa?tak kelakar okey..ahahahha..Mak n adik aku dok berhuhu huhu jelaaa..Mak dah segan nak pergi beraya..tapi aku cakap alaa relaxlah mak, dorang faham kite kebetulan je datang sebab pergi bercuti.So mak aku pon okey je, lagipon baju yang mak aku bawak masih dalam kategori sopan lagi.Takdelah kurang sopan ke hape kan..okey jee...mak aku je nervous semacam..hahahah..

Nak dijadikan cerita, dah nak sampai rumah kawan tasha tu, dia cakap dia kat luar lagi, jauh lagi nak sampai umah, idoklah kami nak menunggu sampai dorang sampai kan..Last2 tak jadi lah ber open house pada hari tersebut.So sekarang aku yang berhuhu huhu, sebab berbaju kurung tapi tak pergi beraya walau satu rumah pon..ahhhh lantak lahh..ahhaaha..siap pergi pantai lagi, posing kat tepi pantai berbaju kurung.Monyet2 kat situ terkesima melihat aku manis berbaju kurung persis Norylofa ke Nory Hasrita ni?..okbaiii...😅😅😅😅😅


2 comments:

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)