Followers

Tuesday, November 22, 2011

Syabas Malaysia!!!



Siapa yang tengok final Malaysia vs Indonesia semalam pasti bangga dengan pencapaian skuad Harimau Muda yang berjaya merangkul pingat emas dalam Sukan sea kali ni.Perlawanan semalam boleh dikatakan pertembungan dua musuh tradisi yang masing2 mempunyai kekuatan tersendiri.Tetapi kemenangan berpihak pada pasukan negara kita.Perlawanan yg berlangsung selama 120minit berakhir dengan kemenangan penalti hasil tendangan oleh Kapten Harimau Muda, Baddroll Bakhtiar .Malaysia juga hampir2 kecundang ditangan Garuda yg mempamirkan aksi2 yg tidak kurang hebatnya dimana pada minit ke 3 perlawanan Indonesia berjaya mendahului Malaysia 1-0, tetapi kegembiraan Indonesia hanya sementara setelah Asrarudin dari skuad Harimau Muda telah menebus kekecewaan itu dan menjadikan Malaysia & Indonesia terikat seri 1-1. Akhirnya penalti menjadi penentu kepada pemegang pingat Emas yg berpihak pada Skuad Harimau Muda.Dalam pada itu juga, kecekapan serta ketangkasan  penjaga Gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat harus diberi pujian kerana banyak menyelamatkan gawang pintu gol Malaysia.

Berikut adalah antara wira2 negara yg bertungkus lumus untuk kemenangan semalam..

Penjaga Gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat

Asrarudin Putra Omar..

Kapten Pasukan, Baddroll Bakhtiar.



2 comments:

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)