Followers

Thursday, June 27, 2013

Rinduuu Krabi sangat2


Honeymoon secara berjemaah...wiwiiwiwiwwii

Perghhh, apa jenis jin dah masuk dlm badan aku ni.Lemauu semacam, sampai tahap nak update blog pun tak larat.Takde mood, No idea..Nanti-nanti ek aku story morry pasal Krabi.Sekarang ni tengah menanggung rinduu kat Krabi..Hurmmm, taktaw nak cakap camne,asal tido je mimpi kenangan di Krabi, asal mandi je, teringat time snorkeling, asal nampak air je, terbayang lautt,..asal bawak kereta je, rasa macam naik speed boat....Haishhh sasau dah aku ni.. Sumpah tak percaya, yang aku dah sampai dan jejak kaki ke tempat yang aku angan2kan dari sebelum kahwin..Alhamdulillah, mybe jodoh dengan Krabi kuat kott..

Mungkin bagi sesetengah orang yang dah pernah pergi Krabi akan rasa Krabi tu biasa2 aje, tapi bagi aku best sangat2, mybe sebab pergi ramai2, or mybe sebab Krabi tu sendiri memang best.Bayangkanlah kat sana, orang-orang nya semua peramah, semua baik2 belaka, nak shopping pon best, barang2 semua murah2, lagi pandai ko tawar, lagi banyak lah ko boleh shopping.Paling aku suka masuk 7-Eleven dia,biasa kalau 7-Eleven kat Malaysia, harga mesti mahal dari kedai runcit kan, tapi 7E sini, semua murah2, air RedBull sebotol seringgit je beb, rokok Winston 6 hengget je sekotak, lompat bintang lah laki aku tengok rokok murah cmtu..haha..

Sepanjang kat sana jugak, hari2 kitorang sentiasa terisi dgn aktiviti2, keluar pagi, balik malam, tidur sekejap, dah bangun balik.Pastu kerja asyikklah mencekikk je, mengunyahhh je,maklumlah makanan kat sana murah2,sedap2 plak tu.Takde satu makanan pon yang aku rasa terkurang rasa nya, semua sedap2, semua terasaa, takde tawar ,takde masin,semua sedangg2 je..

Abi plak masa kat sana, dapat ramaii kawan baru.Walaupon sorang cakap bhasa itik,sorang cakap bahasa ayam, masing2 boleh jadi kawan.Siap dapat naik motor free lagi,merasa jugak aku bawak  motor sengsorang kat atas jalan raya Thailand tu..Sampaikan time nak tawar2 harga barang, msti dorang suruh Abi yang tawarkan..hahahaha..Mybe sebab Abi dah biasa kawan dengan foreigner kot, sebab tu dorang cepat mesra dengan Abi.

Alaaa rasa macam nak citer semua pasal Krabi, tapii tak best plak takde gambar, nanti aku cerita dengan gambar2 sekali lah ek, baru ada feel nak bercerita..Sekarang takde feel lagi nak belek gambar, sebab kalau aku buka folder gambar tu kang, aku yang giler sorang2,sebab gambar2 je dah lebih 3 ribu lebih keping, belum masuk video lagi...UmanggggAihhh..Jenuhhlah akuu nak karang entry satu2..




Monday, June 24, 2013

Haii ISNIN yang ceria


Apaaa!!!Hari ni hari isnin..Sukanyaa.. suka nya...Suka sebab harini still bercuti lagi dan sedang menikmati cuti-cuti Cinta di Krabi, Thailand.Harini hari ketiga kami disini, esok nak balik Malaysia dah...Sob..Sob..Ni yang tak best ni, nak tunggu punyalah lama, bila dah dapat pergi, rasa sekejap je, dah nak balik dah...Alaaaa....we will miss you, Krabi...Hukhukhuk..Ada rezeki kita jumpa lagi..


Sunday, June 23, 2013

Korang jenis darah apa?



Agak-agak jenis darah aku,jenis apa??Cer teka..cer teka...Alaaa lambat lah, meh aku bagitaw jela, aku adalah pemilik jenis darah AB.Mengikut ramalan kat atas ni pemilik darah jenis AB ni memiliki ciri-ciri seperti Tenang,Jiwa Sentimental, Bijak Mengawal Emosi, Menghormati Orang, Pelawak, Ceria, Penghibur, Berani, Bijak. Hurmmm agak2 ada tak ciri-ciri tu kat aku, lets check it out..

Tenang
 Aku rasa tak kot, Sebab aku jenis manusia yang sangat kelam kabut dan cepat panic.Senang citer aku memang minah yang menggelabah habis..Pernah dulu masa aku bawak motor, ada sekor cicak hinggap kat cover helmet aku, kau tahu apa aku buat, dalam keadaan motor yang agak laju tu, aku cabut helmet aku terus buang kat atas jalan tanpa pandang kiri kanan, nasib baik masa tu jalan kosong, tak banyak kenderaan.Gilerr arr smpai sekarang aku teringat2..So, aku bukanlah seorang yang tenang.Harap maklum, mungkin sometime tu adalah kot..huhuhu..

Jiwa Sentimental
Haa yang ni tepat sekali, aku memang memiliki jiwa yang sangat sentimental, mudah menangis, marah pon aku menangis, aku pon pelik.Tengok kucing aku tidor je, aku kesian, pastu sedih , pastu menangis.Bab jiwang plak, tak berapa nak jiwang, tapi jiwang jugak lah, suka dengar lagu yang jiwang2..hahaha

Bijak Mengawal Emosi
Tak berapa nak bijak sangatlah, kadang-kadang tu Hot Temper jugak, tapi boleh kata, bijak jugaklah kawal emosi bila berhadapan dengan orang lain, tapi kalau bergaduh dengan diri sendiri, susah nak kawal.Tapi aku bukan jenis yang suka baling-baling barang kalau tengah marah.Kalau marah aku suka duduk dendiam je.Lama2 aku cool sendiri lah.

Menghormati Orang
Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi ludah muka orang, walaupon orang buat "taik" kat aku pon, aku still respect dia lagi.Kadang-kadang aku lebih pentingkan perasaan orang lain dari perasaan aku sendiri, aku pon tak taw kenapa..

Pelawak
Boleh tahan jugak lah bakat melawak dalam diri aku ni, kalau kat rumah, Abi selalu terkekek2 gelak.Kadang2 aku tak rasa kelakar pon Abi bantai ketawa terbahak2..Muka aku ni muka minah lawak ek??haha..

Ceria
Memang ceria tapi aku ni kalau orang tak kenal, aku pendiam sikit, tapi kalau dah kenal, baru terserlah tahap keceriaan aku tu.So, nak taw aku ceria ke tak? Meh lah kawan ngan aku..hehehe

Penghibur
Rasanya jawapan sama dengan pelawak tadi..Kadang-kadang suka menghiburkan kucing aku je, sebab dia je rajin layan aku..hahaha..Abi pon sama..

Berani
Aku berani kalau buat benda-banda extreme ni, kau suruhlah aku naik roller coaster tunggang terbalik camne pon aku berani..Tapiiii jangan suruh aku duduk dalam gelap sorang2..Aku penakuttt gelap.Lagi satu , aku suka tengok cerita hantu, tapii lepas tu nak pergi bilik air yang sekangkang kera tu pon penakutt, jenuh lah kejut Abi malam2 ajak teman gi bilik air..hahah

Bijak
Takdelah bijak sangat, tapiii pernah jugak lah jadi best student dan periksa No.1 masa zaman sekolah rendah dulu, naik sekolah menengah terus jadi banganggg nak mamp**...hahhaahhaha..



Saturday, June 22, 2013

Harga Tiket Flight Krabi



Sekarang ni maybe aku dah selamat sampai ke bumi Krabi, Thailand,tengah sibuk cari pakej-pakej aktiviti yang akan kitorang buat sepanjang 4 hari 3 malam kat sana.Cadangnya arini sampai2 je nak terus buat aktiviti gajah dengan Emerald Pool, apa-apa pun tunggu aku balik dari Krabi nanti aku story morry pasal aktiviti2 kami sepanjang di Krabi nnt ek.

So, harini, memandangkan tuan tanah kedaung blog ni pergi berhoneymoon, blog takkan dibiar sunyi tanpa khabar berita, entry auto-publish sedia menanti..Ekcewahh, kenapa aku rasa ayat aku skema giler dalam entry ni..??hahaha..

Ekceli takde sape yang tanya pon, saja je nak up entry harga tiket flight ke Krabi untuk rujukan sendiri dan kenangan dalam blog ni, nanti senang nak refer balik.Lagipon ada jugak yang nak tanya, tapi mungkin segan dengan aku kot  kan...hikhikhik..Takpe,takpe aku memang nak kongsikan pon harga tiket flight ni.Jangan kau cakap aku nak menunjuk2 plak, niat aku nak berkongsi je, takde timbul istilah nak riak or membangga diri plak, alaaa gi Krabi je kot, takkan lah aku nak velagaaakkk macam pergi Paris plak kan..hahaha

Plan asal ke Krabi ni start dari Yaya dan Mila, mulanya dorang nak pergi berempat termasuk suami masing2, masa tu Air Asia tengah promo tiket .Dorang ada ajak aku n Eida, tapi masa dorang beli tiket tu, aku tak cukup fuluss lagi, sebab duit habis baru balik dari USS,Singapore...hikhikhik..Eida plak taknak sebab eida cakap bulan 6, pulau tak cantikk katanya..Last2, ntah camne cerita, taw2 aku n Eida pon ter"join" sekali add-on Sheila sekali.Maknanya dari 4 orang , dah beranak2 jadi 11 orang semuanya, mana datang lagi sorang??Sorang lagi, adik yaya, dia pon join last minit jugak.Dah jadi habit kitorang, setiap kali bercuti mesti bawak sorang "fotografer",,,hahahah...Kalau time kat USS,Singapore dulu , adik aku jadi mangsa, kalini adik yaya plak jadi mangsa "fotografer" bidan terjun kitorangg..hehehehe...Steaddyyy ek broo!!!

Dah nama pun last minit kan, harga tiket kompomlah melambung2 harga dia.Sebulan aku laki bini makan megi, sardin and ikan bilis je.hahahaha..Nasib baik Syafiq n Yaya cover sikit subsidi tiket flight..Kalau tak,hurmmm kat rumah lah aku sekarang ni, tengokkk je dorang berjimba ria kat krabi tu..Thankkkks Yaya..Thanks Sapikk..

Nak taw, berapa harga tiket flight pergi balik ke Krabi untuk 2 orang??Harganya adalahhhhh, RM738.00....Kesat peluhh dulu, huhu..Bagi aku yang "sengkek" ni, harga tu sangat2 mahal bagi aku, tapi mungkin pada kau, murah je..Yela,ko kan kaya, aku je kayaaappp...Tapi sekayap2 aku, sampai jugak aku ke bumi Krabi..Alhamdulillahh...Dan tiket aku antara yang paling mahal dari dorang sebab aku last minit beli, hukhukhuk..Sedihh..Kalau korang nak murah, beli awal-awal yer, jgn jadik macam aku, nanti nyesal tak sudah..

Dan Yaya n Mila pon kena tanggung rugi jugak, sebab dorang terpaksa "burn" kan tiket balik dorang dan beli tiket balik yang baru sebab dorang plan nak pergi 3hari 2 malam je mulanya, tapi lepas dah makin ramai join, kitorang tambah satu hari lagi, dan dorang pon setuju mem"burn"kan tiket balik dorang tu dan beli tiket balik yang baru..Alolololoo...sweettt taw tak Uollss ni, mmmhmuah mmmhmuah..



Dan sebagai bukti, nah aku tepek bukti pembelian dengan harga sekali..Sumpah nangis 4 hari 4 malam, duit gaji taleee ke tiket felaitt je..Tapiii takpe, sebab dah minat punya pasal, ikat perut pon iolls sanggup..sob...sob..sobb..

*Dijangka balik ke Malaysia pada hari Selasa ni.Doa2kan yer..Semoga semuanya selamat pergi dan balik..Aminnn...




Friday, June 21, 2013

Pakej Spa Termurah dan Best di Rosena Spa, Puchong



Sabtu lepas aku pergi spa , saja nak memanjakan diri sebelum honeymoon katanyaa..kehkehkehkeh..Kemainn lagi, pergi honeymoon pon nak ber"spa2" bagai, orang kata tak kisah lah berapa tahun pun usia sebuah perkahwinan tu, asalkan kita sendiri sentiasa rasa macam pengantin baru..Orang kata lah, bukan aku kata..ihkihkihk.Mula-mula ingat nak ajak Abi temankan, tapi last minit tukar plan ajak mak aku lah lagi best, ada geng satu bilik nak bermassage2, kalau bawak Abi, kesian plak dia nak tunggu aku lama2.So, pagi2 lagi dah bangun pick-up mak aku kat rumah dan sempat breakfast sesama, pastu baru gerak ke spa.Kalini aku ke Rosena Spa yang terletak di Taman Tenaga,Puchong.Dekat je dengan rumah aku, cuma jarang lalu area situ, sebab tu aku gerak awal, takut sesat..Janji dengan Kak Nurul (tokey Spa) pukul 10pg, tapi pukul 9.30pg aku dah terpacak kat depan spa, hihihi..Nasib baik rumah Kak Nurul sebelah je dengan Spa dia.



Kak Nurul Aryantie,  (pemilik Rosena Spa)


Kitorang berdua disambut ceria dengan penuh ramah oleh Kak Nurul, masuk2 je, mak aku dah seronok dah, habis dia geledah satu spa tu, suka betul dia tengok deko-deko kat Rosena Spa ni.Mak aku kan minat deko-deko rumah ni, dalam perjalanan nak ke Spa ni pon, sempat ajak aku round2  nak tengok rumah2 cantik area situ, nasib baik aku pon minat jugak, so, layann kan aje..hehe

Pagi tu , aku dan mak aku je yang buat appointment, makanya kitorang jela yang ada masa tu, sementara tunggu Kak Ezreen (pembantu Kak Nurul), kitorang bersembang dulu dengan Kak Nurul, Kak Nurul ni nampak macam anak dara, tapi dah kahwin and dah ada anak pon, tapi body dia maintaiinnn kurus je beb, ..Ada ke patut mak aku mati2 ingatkan Kak Nurul ni budak sekolah menengah lagi...Suka-suki je kan,bila dah borak2, baru taw yang Kak Nurul ni dah kahwin dan lagi tua dari aku, nasib baik aku tak tersebut diri aku ,kakak..hahahah...












Lepas dah borak2, sessi pertama yang kitorang buat adalah sessi sental kaki ataupon scrub kaki, sessi ni memang sessi wajib untuk setiap pelanggan yang datang ke Rosena Spa ni, tak kisah lah amik pakej apa pon, sessi ni kira termasuk sekali dalam pakej, free aje.Best giler rendam kaki dalam bekas yang berisi bunga-bunga fresh, dengan batu-batu kecik kat dalam tu, paling best time Kak Ezreen scrub kaki aku, lembut giler tapak kaki aku, pijak lantai pon rasa macam pijak karpet gebu.Sumpah tak tipu..!!Mak aku pon sukaaa!!Oh yer,selain menjadi assistant kat Rosena Spa ni, Kak Ezreen ni juga merupakan kakak ipar kepada Kak Nurul, dorang sama-sama kendalikan Rosena Spa cawangan Puchong ni.Kalau nak tahu, nama Rosena Spa ni diambil sempena nama Ibu Kak Nurul, iaitu Rosena Yanati.Ibu Kak Nurul ni bergiat aktif dalam bidang kecantikan dan spa sejak tahun 1980-an lagi taw, dan terlibat aktif dengan Ibu Moeryati (pengasas Mustika Ratu)..Wahhhh glamour tuhh..!!! Selain cawangan kat Puchong ni, ada cawangan lagi satu kat Kuantan Parade, so, orang Kuantan boleh lah ber"spa" kat sana..hehehe





Lepas scrub kaki, masa untuk memilih pakej seterusnya plak, aku pilih pakej Scrub, Sauna dan Jacuzzi.Mak aku plak dia pilih nak buat Advance Facial.Harga untuk pakej aku RM110 je, dan harga Advance Facial mak aku RM80.Murah kan.Bukan facial yang basic tu taw, dah nama pun Advance Facial kan, mesti advance punya,(cuci, stim muka, massage,picit black head n white head, dll),  mak aku sampai tertido-tido time akak tu urut muka dia.Sedappp lettew ..hehehe..

Aku plak mula dengan Scrub satu badan, perghhh sedappp giler Kak Ezreen sental n tenyeh badan aku, semua celah-celah di sental nya, semua daki-daki hilang, puas hatii sangatt, lama juga akak tu tenyeh badan aku, memang dia buat betul-betul , takde satu inchi pon part badan aku yg tak bersental.(kecuali part ehem2 lah) hihihi..Sambil scrub, akak tu massage sekali dengan urutan2 kecil.Ohhh heavennn nya!!
Lepas dah scrub, aku bersihkan badan dulu kat toilet, dalam toilet time aku gosok kulit badan aku, terkejutt beb, ehh nape rasa lembutt semacam ni, licinn plak tu, dan nampak lebih cerah..hahahaah, bukan nak puji diri sndri, tapi betull lepas scrub tu rasa bersih giler satu badan..Phewwww..Rasa nak scrub hari2 je..hehe




Kalau rasa nak tambah suhu panas lagi, tuang je air dalam bekas arang batu tu..Menjejes2 peluh keluar satu badan..hohoho


sikitt lagi nak habisss, 15 minit teran peluh..huhu

Teh halia
Then, aku buat sauna plak, duduk sorang2 dalam peti yang macam peti ais tu,tapi yang ni versi panas bukan sejuk.Hihi..Fungsi adalah untuk mengeluarkan toksin-toksin dalam badan melalui pengeluaran peluh, dan boleh jgak membakar lemak, patutlah aku rasa kurus je lepas keluar dari peti tu..Ahahahah (penipu sangat).Lepas 15 minit duduk dalam peti panas tu, keluar2 je dah tersedia Air Halia..Alamakkk pestaim minum ni, tekak memang tak leh terima, tapi gagahkan jugak minum, sambil teguk bayangkan macam minum air Coca-cola je, slurrpppp setengah cawan je mampu.hehehhe..(eh sedapp jugak ek rasa dia, tak macam yang aku sangkakan)





Tunjuk gambar kaki je mampu, tunjuk gambar berkemban kang, kontroversi plak..hahahaha

Tadi tunjuk kaki, sekarang tunjuk jari tangan plak..hehehe

Dan last sekali, part paling aku tertunggu2, berendam dalam jacuzzi like a Divvaaaa...hahahahah..Mula-mula mak aku cakap taknak berendam dalam jacuzzi tu, pastu dia tengok aku sedapp je berendam kat dalam tu, dia pon join sekali, nasib baik muat masuk 2 orang sekali, so berendamlah kitorang berdua anak beranak..Aku siram mak aku, mak aku simbah aku plak.Alalalallalaaa,,,sweet tak? sweet tak?Siap suruh tangkap gambar lagi, nak tunjuk kat papa..hahaha Auww seksi youuuu!!!!Berkemban je kitorang masa tu..

Bilik persendirian,nak privasy pilihlah bilik ni.
aku pilih bilik ni,sebab taknak jauh2 dengan mak..heheh

deko atas katil, 

Kat Rosena Spa ada disediakan bilik untuk 2 orang dan  kalau rasa nak privasy boleh buat dalam bilik sorang2.Macam aku, aku pilih bilik yang sekali dengan mak aku, boleh jgaklah bersembang-sembang ngan mak, takdelah sunyi sangat,mak aku kan penghibur aku.Muka je nampak garang, tapi pelawak jugak mak aku ni..hehehe..

Ruang sinki yang dihias cantik,,,I loikeee...



Pemandangan dari arah ruang tetamu

Reception kaunter

Free WIFI okayyy

Dan ini sedikit gambaran dalaman Rosena Spa ni, deko-deko semua ilham Kak Nurul sendiri, Rosena Spa ni   dibina bersebelahan je dengan rumah Kak Nurul, dan Spa ni terletak di tempat yang sangat strategik di kawasan perumahan, Kak Nurul cakap, sebelum Rosena Spa ni dibuka, dia dah memang ada customer tetap, dan biasanya rawatan akan dibuat dari rumah kerumah mengikut permintaan, disebabkan permintaan ramai lah Kak Nurul decide buka Rosena Spa ni bersebelahan dengan rumah dia..Hebakkk kan..Kat sini pon ada disediakan WIFI taw, free je..So, boleh lah beronline sambil berspa..hewhewhew

Dari kiri : Kak Ezreen, Aku , Mak , Kak Nurul

Okbaii, nak balik dah..
Sebelum balik, sempatlah bergambar sekeping dua dengan Kak Nurul and Kak Ezreen.Terima kasih kak sebab layan kami dengan baik dan terima kasih untuk servis yang sangattt2 best.Mak saya hari-hari cerita pasal Rosena Spa je, insyaALLAH, balik honeymoon nanti nak repeat lagi lah bawak mak sekali..huhuhu..

Terbaeeekkkkk!!!!
Mak senyummmm sampai telinga..Suka lettew!!!..Nanti kita pergi lagi ek mak..(comeyy kan mak titew?,,ihikihik)





Sekarang Rosena Spa tengah buat promotion under Groupon taw, kalau korang tak beli melalui Groupon pun korang still boleh dapat promotion tu kalau korang walk in terus ke Rosena Spa, dan lagi best kalau kau datang Rosena Spa sebut nama aku, insyaALLAH korang boleh dapat diskaun RM30..Dan paling penting, sebelum nak datang call Kak Nurul dulu untuk buat temujanji ok.

Info :   Rosena Spa
           Lot 92, Jalan 3
           Taman Tenaga
           Batu 9, Jalan Puchong
           47100 Selangor.

           Tel : 03-8070 2621


Facebook  : Rosena Spa (klik)