Followers

Friday, December 30, 2016

Babai 2016


Ni mungkin entry last penutup tahun 2016, tinggal beberapa hari je lagi nak melangkah masuk tahun 2017.Perghhh sekejap betul aku rasa.Tahun 2016, hurm banyak dugaan jugak yang aku lalui, alhamdulillah sikit-sikit dah boleh survive, walau kerja masih terumbang ambing lagi, nak cari kerja lain or nak berhenti terus je sekarang ni.Pening bila fikir..Adoiii...

Semoga tahun baru 2017 nanti, rezeki aku mencurah-curah lah hendaknya, takdelah kata nak kaya raya, asal ada duit lebih yang boleh dibuat saving or shopping kehendak pon dah syukur sangat dah.Sekarang ni dengan gaji yang ada, langsung tak boleh dibuat saving, nak kata boros tak jugak, dah berjimat dah, tapi still cukup2 makan aje.Bukan nak merungut cuma nak meluah je.Hope tahun depan ada keajaiban berlaku, kot2 lah tengah jalan2 tersepak satu karung guni penuh dengan duit ke kan...hahahahaha...Rezeki tanpa diduga lah tu kan..Rezeki dapat buat income dari rumah ke, tak payah aku pikir nak kerja lagi dah.Nak jaga anak sendiri depan mata , moga-moga boleh tambah lagi sorang dua buat kawan Dak Iqy.Tu pun kalau rezeki menyebelahi kami lah.

Ada jugak pasang niat nak tambah anak lagi, tapi tak tahu lah diri ni dah betul2 bersedia ke atau terpengaruh dari member2 yang baru tambah anak.Tengok orang lain ada baby, nak jugak...Ko dah kenapa, kalau lah mengandung tu boleh main petik2 je, takpelahhh kan..Aku pon tak tahu lagi tahap kesuburan aku camne untuk yang kedua nanti, yela Dak Iqy dulu pon 3 tahun aku berusaha dan menunggu.Hurmmm apa pun aku berserah sepenuhnya pada Allah yang menentukan rezeki kita semua n.Kalau ada, ada lah..Nantikannnnn adik Iqy tak lama lagi..Eh lama lagi kot..Ntah lah, takmo berharap sangat..heheheheh

2 comments:

  1. wah Iqy dah ready nak ada adikkk..

    semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki utk tahun baru 2017!

    ReplyDelete
  2. kejap je dah nak masuk tahun baru kan..huhuh..moga tahun depan kita semua dimurahkan rezeki dan akan menjadi lebih baik..aamin..


    yanieyusuf.com

    ReplyDelete

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)