Followers

Wednesday, December 21, 2016

Cuti panjang pergi mana?

Perghhhh lemaunya start keje setelah bercuti panjang.Tapi memang bestlahh bulan ni memang banyak cuti.Bulan depan pon best, raya cina aku cuti seminggu.Yahuuuu..Cuti panjang baru2 ni aku sekeluarga ke Kuantan untuk majlis kahwin adik kakak ipar aku kat Hotel Vistana, Kuantan.Dari KL gerak 2 kereta, mak , papa, paklang n maklang naik satu kereta, aku plak naik kereta adik aku dgn anak beranak aku dan Tasha.



Pukul 7 dah gerak dari rumah weyyy..Gigih bangun seawal 5pagi untuk bersiap.Mujur beg baju dah siap kemas 2 hari awal, kemain semangat kemas beg baju, sebab takut kelam kabut.Sebab lepas kenduri kat Kuantan, dah plan nak ke Kemaman pulak bermalam kat rumah maklong aku kat sana.Alang2 kita shortvacay lah sekali kan.Lama tak pergi rumah maklong kat terengganu ni, ni kira first visit Dak Iqy ke Terengganu lah ni.hehehe..

tema mak ko hijo harini...

Dalam kereta selfie dulu lah, gigih bangun awal nak mekap tau.Hahahahah..Singgah hentian Temerloh,aku makan roti je, tak selera lagi nak makan nasi, lagipon kejap lagi dah nak makan nasi kat kenduri kan.Papa aku makan ikan patin, Abi makan ikan keli je, dia kata ikan patin mahal plak.Seketul RM10-RM15 ..Alaaa bukan selalu pun, makan jelah kan, dah dalam kereta kempunan nak makan ikan patin, time balik repeat balik singgah hentian Temerloh semata-mata nak makan ikan patin.Hahahaha..Aku tak makan pon.Aku ni memilih makanan sikit.Banyak benda aku tak makan.Mak aku cakap rugi jadi aku ni, makanan sedap2 semua aku tak makan..Ehhh yeke...



Sampai kat Vistana Hotel Kuantan, lebih kurang pukul 11 lebih, kite tangkap gambar dulu lah, sementara menunggu ketibaan pengantin.Lepas bergambar baru makan, macam2 pulak aku bedal kalini, sebab semua makanan kena dengan selera aku.Boleh dikatakan sepanjang majlis berlangsung, mulut aku tak pernah kosong dengan makanan.Puding roti pon berapa kali aku repeat makan, rasa nak hangkut dengan tong2 tu sekali letak atas meja.hahahaha..Punyalah seronok mentedarah sampai lupa nak amik gambar makanan.Dengan sate nya, dengan gado-gado nya, tangan aku penuh sampai tak dan nak pegang henpon camera dah.




Lebih kurang pukul 2 pengantin pun sampai dan berarak masuk ke Dewan.Sama cantik sama padan pengantin ni, adik kakak ipar aku ni sebaya dengan aku dan dapat jodoh dengan orang Singapura.Ni kalau dapat baby ni kompom comel kalah anak che ta ni..Pengantin lelaki tu mix blood pakistan kauuu..Tak ke terpacakk hidung anak dia nanti..Besttnyaa lahaiii..hehehehe


Cantik kan pelamin, tangkap gambar dari jauh je malu nak tangkap gambar dekat2 sebab baju ketat makan banyak...hahahahaha...



Lepas majlis bersanding, kitorang pon nak gerak dah, sebab lepas ni nak terus ke Kemaman, check in rumah Maklong aku, dia pun ikut sekali pergi kenduri ni, dan kebetulan ada satu lagi kenduri lepas ni, perghhhh makan lagi.Okey sebelum balik, tangkap gambar ramai2 dulu kat photobooth ni.Yeeehhaaaaa...




Tengoklah gambar budak berdua ni.Sweetttt je tau..Ni sebab mak sedara Dicha yang kahwin, tu sebab Dicha pakai gaun jadi flower girl tu.Dak Iqy pelik je apsal lah dak Dicha ni cantik nau-nau harini..Asyik nak peluk Dicha je keje dia..Haishhhh nak kena sunat Dak Iqy ni tau..Hehehehe..Baru sehari tak jumpa dah rindu kemain budak berdua ni.Yela dari kecik mana pernah berpisah, tinggal pon dengan babysitter yang sama, hari-hari jumpa hari-hari gaduh.Dialah kawan time baik, dia lah kawan time gaduh...hehehehehe..


Kat luar pintu hotel plak, bergambar lagi, bergambar dengan asben kita plak.Asben kita hensemm jugak.Muka mix blood jugak, Masa pergi Kuching dulu, orang ingat dia orang New Zealand lagi...kahkahkahkahhh...Aku rasa nak gelak guling2 je masa tu..hahahaha...Takdelaaa asben kita takde mix blood apa2, tapi dia tetap hensem dihati hakak walaupon makin mengembang dengan jayanya sekarang ni.Alaaa apa nak kisah, laki bini sama je mengembang, takyah nak banyak bunyi..hahhaaha..


Complete!! Ni lah tulang belakang aku.Cukup korum adik beradik tiga orang, mak dan papa.Alhamdulillah bersyukur dilahirkan dalam family yang serba sederhana ni, yang penting bahagia tanpa sengketa, takde gaduh takde dengki mendengki.Syukurrrr!!!


Dah setel sessi bergambar, perjalanan diteruskan ke Kemaman, dah tak jauh dah dari Kuantan ni.Sempat singgah satu lagi kenduri, ingatkan taknak makan dah, dah kenyang giler makan sebelum ni, badan pun dah penat dan lesu ni maklumlah jalan jauh, bangun awal pagi plak tu.Tapi bila dah sampai, lain plak citer nya, dah rasa rendang daging, mak oiii apsal sedap sangat, tak pasal2 bertambah2..Haishhh nafsu makan apekahhh|???Sepanjang duduk Kemaman 3 hari 2 malam ni, kerja aku makan je weyyy..Terasa lah sessi pengembangan badan tu semakin pesat..hahahahaha..Lantakklah, 3 hari tu memang aku peruntukkan untuk makan sahaja..kahkahkahkahh..Yang hattt kembang2 tu nanti balik baru repair mana yang patut...kiehkehkehkehkeh..

Okey ni jela dulu cerita yang nak dikongsikan, nanti rajin aku sambung citer lagi ek..

1 comment:

* Sila2 kan lah tinggalkan jejak anda disini.
* Terima Kasih ..=)